You are on page 1of 16

PKP3110

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

TAJUK 1

PENGENALAN KEPADA MATEMATIK

SINOPSIS
Menguasai kemahiran asas matematik merupakan satu aspek yang sangat
penting bagi seseorang murid. Hal ini kerana matematik merupakan sebahagian
daripada kehidupan. Banyak masalah dalam kehidupan hari ini yang perlu
diselesaikan menggunakan kemahiran matematik contohnya dalam menentukan
masa/waktu untuk melakukan sesuatu, menentukan bilangan barang yang ingin
digunakan, urusan jual beli di kedai dan kantin, tambang bas dan sebagainya.
Oleh itu adalah sangat penting bagi seseorang individu itu didedahkan dengan
kemahiran-kemahiran asas ini agar mereka boleh menjalankan kehidupan
dengan lebih terancang dan selesa.

HASIL PEMBELAJARAN
1. Menjelaskan konsep asas matematik pra nombor, komponen matematik
dan matematik dalam kehidupan seharian.
2. Mengenal pasti Teori Pembelajaran yang sesuai untuk pengajaran
pemulihan matematik.
3. Menyenaraikan prinsip am pengajaran matematik.

PKP3110
KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK
KERANGKA TAJUK

PK
g n
a
e
K A
a a
M P
N

l
s
e

eo
e s
p a
e s
d

t o

n
n
a
m

t
i

Rajah 1.1 Gambaran Keseluruhan Isi kandungan

KANDUNGAN ISI
1.1

Konsep Asas Matematik (Pra Nombor)


Kemahiran pra nombor merupakan kemahiran yang paling awal perlu

diperkenalkan kepada murid sebelum memperkenalkan konsep nombor.


Kemahiran pra nombor ni melibatkan pengelasan, turutan/seriasi, perbandingan
kuantiti dan konservasi.
1.1.1 Pengelasan (Klasifikasi)

Warna

Mengenal warna

Menamakan warna

Mencantumkan kad warna

Mengasingkan warna

Mengasingkan warna dengan objek


2

PKP3110
KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

Mewarna mengikut arahan yang diberi

Saiz

Membandingkan saiz objek konkrit yang ditunjukkan.

Mengenal saiz kecil/besar, tinggi/rendah, panjang/pendek

Menamakan saiz

Mengasingkan objek semi konkrit mengikut saiz

Memadankan saiz yang sama

Mewarnakan saiz yang sama.

Bentuk

Mengasingkan objek mengikut bentuk

Menamakan bentuk

Memadankan bentuk yang sama dengan objek konkrit

Mewarnakan bentuk-bentuk yang sama.

Jenis

Menamakan benda mengikut jenis

Mengumpul objek mengikut jenis (Semi maujud)

Mengkelaskan objek mengikut jenis (piktorial)

Mewarnakan/melukis objek mengikut jenis

Kemahiran ini akan membantu murid mengenal nombor dan secara tidak
langsung membezakan nombor dan simbol-simbol matematik yang akan mereka
pelajari dalam pelajaran selanjutnya.
1.1.2 Seriasi /Turutan
Seriasi/turutan pula merupakan faktor penting bagi kebolehan pengaturan
dalam matematik. Murid perlu didedahkan dengan kemahiran mengatur objekobjek mengikut saiz kecil, besar, panjang, pendek, lebar, tebal, nipis dan
mengikut bilangan. Konsep turutan ini akan membolehkan murid mencari
3

PKP3110
KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK
pertalian antara satu objek dengan objek yang lain atau antara konsep
matematik dengan yang lain. Hal ini akan menjadikan proses pembelajaran yang
mereka lalui lebih bermakna. Contohnya:

Mengatur objek mengikut jenis

Mengatur objek mengikut bentuk

1.1.3 Hubungan Satu Kepada Satu


Hubungan satu kepada satu adalah hubungan perkaitan satu dengan satu
antara objek yang sama atau berbeza. Proses memadan bermula daripada
konsep memadan objek dengan objek mengikut warna, saiz, bentuk, bilangan,
pasangan dan sebagainya, objek dengan nombor dan nombor dengan nombor.
Memadan bilangan objek dengan simbol juga adalah sebahagian daripada
konsep hubungan satu kepada satu. Contohnya,

Memadan benda yang berpasangan yang sama seperti kasut

Memadan benda yang berpasangan tetapi tidak sama seperti

garpu dengan sudu


Memadan bilangan yang sama
Memadan bilangan objek dengan simbol nombor

1.1.4 Keabadian/Konservasi
Mengikut Kamus Dewan, Edisi Ketiga (2002), konservasi bermaksud
pemeliharaan atau penjagaan sesuatu tersusun bagi mengatasi kemusnahan/
kerosakan dan lain-lain. Dalam konteks matematik khususnya aspek pra nombor,
konservasi dimaksudkan sebagai pemeliharaan ilmu asas dengan pranombor
dalam kalangan murid. Untuk memelihara atau memastikan ilmu berkaitan pra
nombor yang telah dikuasai oleh murid ini bersifat kekal, aktiviti pengukuhan
hendaklah dijalankan dari semasa ke semasa.
Ketekalan (consistency) merupakan satu aspek yang boleh dikaitkan
dengan jisim, isipadu, dan keluasan. Konsep keabadian diperkenalkan adalah

PKP3110
KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK
untuk memastikan murid-murid memahami ketekalan jisim dan isipadu walaupun
diletakkan, disusun atau diatur di tempat atau dalam keadaan yang berbeza.

1.2

Pendahuluan dan Konsep

1.2.1 Komponen Matematik


Komponen matematik boleh dibahagikan kepada matematik asas dan
matematik sosial. Matematik asas merangkumi mengenal, membilang, menulis
dan melakukan operasi nombor manakala matematik sosial merupakan
kemahiran berkaitan dengan pengiraan yang diaplikasikan dalam kehidupan
seharian seperti masa dan waktu, ukuran dan timbangan.
1.2.1.1

Matematik Asas

Nombor merupakan asas yang penting dalam mata pelajaran matematik


kerana nombor digunakan dalam operasi asas matematik dan juga dalam tajuktajuk matematik yang lain. Seseorang murid tidak akan dapat mempelajari
matematik selanjutnya jika dia tidak menguasai kemahiran menulis nombor,
membilang

serta

menulis nilai

sesuatu

nombor. Pada

peringkat awal

pembelajaran, murid didapati boleh membilang serta menulis tetapi sering


menghadapi masalah menentukan nilai tempat dan membundarkan nombor.
1.2.1.2

Matematik Sosial (Matematik Dalam Kehidupan Harian)

Menurut Kamus Dewan, Matematik bermaksud ilmu hisab. Dengan kata


lain matematik bermaksud ilmu berkaitan dengan pengiraan. Perkataan sosial
pula ditafsirkan sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal
masyarakat, kemasyarakatan, berkaitan dengan persahabatan, pergaulan dan
aktiviti masa lapang, suka bergaul dan bermesra dan berkenaan hal-hal
kemasyarakatan.
5

PKP3110
KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

Berdasarkan kedua-dua definisi ini, matematik sosial dapatlah ditafsirkan


sebagai ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan pengiraan yang diaplikasikan
dalam kehidupan seharian sesebuah masyarakat.
Matematik sosial mempunyai fungsi yang sangat besar dalam kehidupan
bermasyarakat. Antaranya ialah:

Membolehkan sesebuah masyarakat menjalankan proses jual beli

secara lebih terancang.


Membolehkan manusia mengurus kehidupan dengan lebih baik

apabila mempunyai pengetahuan berkaitan dengan masa dan waktu.


Membolehkan manusia mengira umur, hari, bulan dan tahun.
Membolehkan manusia menentukan jangka masa untuk melakukan
sesuatu .

1.3

Teori Pembelajaran Matematik


Teori pembelajaran selalu bertitik tolak dari sudut pandangan psikologi

pendidikan tertentu. Dengan wujudnya ilmu pengetahuan tentang pendidikan,


maka psikologi dalam pendidikan turut berkembang dengan pesat. Terdapat
beberapa teori pembelajaran dalam psikologi pendidikan. Sejak beberapa tahun
yang lalu, teori behavioris yang dipelopori B.F. Skinner begitu dominan dalam
dunia pendidikan. Kini wujud beberapa teori baharu yang telah dibangunkan
seiring dengan teori behavioris bagi memenuhi keperluan dan kefahaman
pengajaran

dan

pembelajaran

(P &

P)

Matematik,

termasuklah

Teori

Konstruktivisme, Teori Pembelajaran Sosial dan Teori Perkembangan Kognitif.


1.3.1 Teori Konstruktivisme
Teori Pembelajaran Konstruktivisme ialah falsafah pendididkan yang
berpegang teguh pada pendapat bahawa setiap murid akan membentuk atau
6

PKP3110
KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK
membina pengetahuan dan pengalaman bergantung pada konteks dan bersifat
unik serta tidak lazim diakses oleh individu lain. Pembelajaran konstruktivisme
ialah proses penglibatan atau penyertaan murid dalam aktiviti penyelesaian
masalah dan pemikiran kritikal yang sesuai dalam pembelajaran. Murid
membentuk atau membina pengetahuan sendiri melalui penjanaan idea dan
pendekatan berasaskan pengetahuan dan pengalaman lalu. Di samping itu,
murid

mengaplikasikan

pengetahuan

ini

dalam

situasi

baharu

dan

mengintegrasikan pengetahuan baharu yang diperoleh dengan pengetahuan dan


pengalaman sedia ada.
Prinsip prinsip dalam pembelajaran konstruktivisme adalah seperti:
i. Pengertian diusahakan oleh murid sendiri baik secara individu
mahupun kumpulan;
ii. Pengetahuan tidak dapat dipindahkan daripada guru kepada murid,
kecuali jika murid itu sendiri aktif untuk belajar;
iii. Murid aktif membina kefahaman secara terus menerus sehingga
berlakunya perubahan konsep ke arah yang lebih terperinci, lengkap
serta sesuai dengan konsep ilmiah;
iv. Guru sekadar membantu menyediakan saranan dan situasi agar
proses pembinaan kefahaman murid berjalan lancar sesuai dengan
kemampuan murid.
Ciri-ciri pembelajaran matematik secara konstruktivisme adalah seperti :
i. Murid terlibat secara aktif dalam pembelajarannya,
ii. Murid belajar konsep matematik secara bermakna,
iii. Murid belajar bagaimana cara belajar,
iv. Maklumat baru harus dikaitkan dengan maklumat sebelumnya
sehingga bersatu dengan skemata yang dimiliki oleh murid,
v. Orientasi pembelajaran adalah inkuiri dan penemuan,
7

PKP3110
KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK
vi. Berorientasi pada pemecahan masalah
Belajar matematik tidak sekadar learning to know, sebaliknya

harus

ditingkatkan menjadi learning to do, learning to be, sehingga learning to live


together. Falsafah pengajaran matematik perlu dibaharui secara asas menjadi
paradigma dalam proses pembelajaran matematik iaitu:
i. Dari berpusatkan guru (teacher centered) menjadi berpusatkan murid
(student centered),
ii. Dari berpusatkan pengajaran (teaching centered) menjadi berpusatkan
pembelajaran (learning centered),
iii. Dari berasaskan kandungan (content based) menjadi berasaskan
kecekapan (competency based),
iv. Dari hasil pembelajaran (product of learning) menjadi proses
pembelajaran (process of learning),
v. Dari penilaian sumatif (summative evaluation) menjadi penilaian
formatif (formative evaluation).
Konstruktisvisme

merupakan

satu

teori

pembelajaran

berkaitan

pengetahuan dan pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta


memudahkan pemahaman murid. Di samping itu, konstruktivisme menyarankan
murid-murid membina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia
ada murid-murid tersebut. Maka dunia pengalaman bukanlah kesimpulan
berdasarkan data-data empirikal sahaja tetapi suatu bentuk epistimologi yang
sesuai ( Akbar Suta -Wijaya, 2002).
Pembinaan pengetahuan tersebut boleh dihasilkan melalui permainan dan
eksperimen

di

samping

pembelajaran

koperatif.

Apabila

murid-murid

bekerjasama, mereka berkongsi dalam proses pembinaan idea. Secara tidak


langsung, murid-murid dapat membina pengetahuan baharu hasil daripada
pembelajaran secara kendiri. Piaget, salah seorang tokoh konstruktivisme
8

PKP3110
KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK
mengemukakan

bahawa

perkembangan

kognitif

bukanlah

merupakan

pengumpulan dari kepingan maklumat yang terpisah, tetapi lebih merupakan


pembinaan suatu kerangka mental oleh murid untuk memahami persekitaran
mereka, sehingga mereka bebas membangunkan pemahamannya sendiri
(Asikin, 2003).
Dalam

pendekatan

konstruktivisme

ini,

persekitaran

pembelajaran

berpusatkan murid-murid menjadi asas yang penting dan guru bertindak sebagai
fasilitator.

Murid-murid juga didorong untuk mengemukakan idea bagi

menyelesaikan masalah. Dalam pendidikan matematik, murid-murid biasanya


akan diajar dengan menggunakan benda-benda konkrit supaya mereka
memperoleh pengalaman yang boleh dikaitkan dengan pembelajaran matematik
yang dipelajari pada masa akan datang.
Secara

kesimpulannya,

murid-murid

pengalaman dan pengamatan sesuatu perkara.

belajar

matematik

melalui

Selain itu, murid-murid juga

dapat meningkatkan pemikiran dengan menghasilkan konsep baharu. Ini


bermakna pengetahuan boleh dianggap sebagai koleksi konsep-konsep dan
tindakan-tindakan berguna berpandukan kepada keadaan dan masa yang
diperlukan.

1.3.2 Teori Tingkahlaku dan Pembelajaran Sosial


1.3.2.1

Teori Tingkahlaku(Behaviorisme)

PKP3110
KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK
Teori-teori pembelajaran behavioris dikemukakan oleh para ahli psikologi
behavioris seperti Thorndike, Ivan Pavlov dan B.F Skinner. Behaviorisme ialah
teori yang memfokuskan pemerhatian tingkah laku dan cara untuk meningkatkan
tingkah laku positif dan mengurangkan tingkah laku negatif (Kennedy et al.
2008). Teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan
juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan
burung di dalam makmal.
Teori ini menjelaskan bahawa pembelajaran berlaku apabila ada ikatan
atau hubungan yang diwujudkan antara rangsangan dan gerak balas. Mereka
berpendapat bahawa tingkah laku murid dipengaruhi oleh ganjaran (reward) atau
pengukuhan (reinforcement) dari persekitaran sama ada baik atau sebaliknya.
Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku murid boleh diperhatikan,
dikawal dan diramal. Teori ini mempunyai sejarah yang panjang dalam P & P
Matematik. Guru-guru yang mengaplikasikan teori ini menggunakan rangsangan
dan gerak balas bagi pelaksanaan aktiviti latih tubi dan latihan berterusan yang
berulang-ulang dalam P & P Matematik.
1.3.2.2

Teori Pembelajaran Sosial

Teori pembelajaran sosial yang dipelopori oleh Albert Bandura pada tahun
1986 atau disebut juga teori pembelajaran pemerhatian merupakan peluasan
dari teori pembelajaran behavioris yang tradisional. Berbeza dengan penganut
behavioris, Bandura memandang perilaku individu tidak semata-mata refleks
secara automatik berdasarkan Rangsangan-Gerak Balas (R-G) atau dipengaruhi
persekitaran, malah tingkah laku itu berubah akibat reaksi hasil interaksi antara
persekitaran dengan skema kognitif individu itu sendiri.

Contohnya seorang

murid mungkin telah belajar bagaimana memudahkan kemahiran pecahan dalam


Matematik tetapi tidak dapat melakukannya dengan baik dalam ujian kerana
kemungkinan murid itu risau, sakit atau tidak membaca sesuatu soalan itu
dengan teliti.
10

PKP3110
KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

Teori ini juga dikenali sebagai teori kognitif sosial kerana melibatkan
kedua-dua faktor luaran dan dalaman mewujudkan interaksi bersama dalam
proses pembelajaran yang dikenali sebagai interaction of forces reciprocal
determinism oleh Bandura (Woolfolk, 1998):
i. Persekitaran sumber/bahan, kesan tindakan dan setting fizikal
ii. Faktor peribadi kepercayaan, harapan (expectation), sikap dan
pengetahuan
iii. Tingkah laku tindakan individu, pilihan dan pernyataan lisan
Bandura juga memberi penekanan dua jenis pembelajaran yang terdapat
dalam teori ini:
i. Enactive learning - pembelajaran melalui perlakuan (doing) dan mendapat
pengalaman daripada kesan atau akibat tindakan yang telah dilakukan.
Dalam enactive learning, kesan atau akibat dikatakan sebagai pemberi
maklumat tentang tindakan yang sesuai, mencipta harapan dan
mempengaruhi motivasi (Schunk, 1996)
ii. Vicarious learning - pembelajaran melalui pemerhatian apa individu lain
lakukan
Prinsip asas pembelajaran menurut teori ini ialah tingkah laku yang
dipelajari individu terjadi melalui peniruan (imitation) dan contoh perilaku
(modeling). Terdapat beberapa syarat keperluan bagi modeling dan peniruan
yang efektif seperti berikut:
i. Tumpuan Murid-murid hendaklah memberi tumpuan untuk belajar
melalui pemerhatian. Murid-murid lazimnya memberi tumpuan kepada
individu yang menarik, cekap dan disanjungi.
ii. Pengekalan Murid-murid hendaklah berusaha mengingat perkara yang
telah diperhatikan agar dapat meniru tingkah laku model yang
diperhatikan.

Pengekalan boleh ditingkatkan melalui mental rehearsal


11

PKP3110
KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK
(imaging imitating the behavior) dan amalan sebenar di samping
mengingat urutan langkah sesuatu proses.
iii. Hasil walaupun murid dapat mengingat urutan langkah tetapi mungkin
tidak dapat melaksanakannya dengan lancar. Oleh itu, individu itu perlu
lebih banyak latihan, maklum balas dan amalan supaya lebih cekap
iv. Motivasi dan Pengukuhan - teori ini juga masih memandang pentingnya
pelaziman. Melalui pemberian ganjaran dan hukuman, seseorang individu
akan berfikir dan memutuskan perilaku sosial mana yang mana perlu
dilakukan.
1.3.3 Teori Perkembangan Kognitif
Teori ini diperkenalkan oleh Jean Piaget, dari Switzerland, seorang ahli
psikologi yang banyak menyumbang kepada pemahaman bagaimana kanakkanak belajar. Daripada kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa
perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza dan berubah melalui empat
peringkat:
i.
ii.

Peringkat deria motor (02 tahun),


Pra-operasi (27 tahun),
iii. Operasi konkrit (711 tahun) dan
iv. Operasi formal (11 tahun ke dewasa).
Walau bagaimanapun, usia tidak tetap kerana ia mengikut kemampuan

murid itu sendiri. Menurut Jere Confrey (1999) Piagetian theory kindled my
intense enjoyment of children and deep respect for their capabilities. Sebagai
seorang guru matematik sekolah rendah, guru harus memberi tumpuan terhadap
perkembangan murid-murid pada peringkat operasi konkrit. Pada usia sebegini
murid-murid hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman
konkrit. Oleh itu, bahan bantu mengajar dapat membantu murid-murid
memahami konsep matematik. Piaget berpendapat bahawa asas pada semua
pembelajaran ialah aktiviti murid-murid itu sendiri. Beliau juga menegaskan
12

PKP3110
KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK
bahawa interaksi idea-idea antara murid-murid tersebut dengan kawan-kawan
sebaya penting untuk perkembangan mental.
Di samping itu, murid-murid secara aktif membina pengetahuan dengan
cara berinteraksi dengan alam sekitarnya. Berdasarkan hasil interaksinya, murid
mengembangkan Scheme(skema), bentuk tunggalnya Schema (ada pula yang
menyebutnya Schema dan Schemata). Skema merupakan memori atau
gambaran tentang sesuatu. Misalnya, seorang anak yang bermain basikal diberi
penjelasan oleh bapanya bahawa itu adalah basikal, maka anak tersebut akan
memiliki skema tentang basikal di dalam otaknya.
Selain skema, Piaget juga menunjukkan pentingnya Adaptasi dalam
pembelajaran.

Adaptasi merupakan proses menyesuaikan skema yang

dimilikinya dengan situasi baharu di persekitarannya. Misalnya, setiap kali anak


menghadapi situasi atau hal baharu ia akan melakukan adaptasi. Adaptasi
dilakukan melalui dua cara iaitu Asimilasi dan Akomodasi. Asimilasi merupakan
proses menggabungkan maklumat baharu dengan skema yang telah dimiliki.
Melalui proses tersebut pengetahuan manusia selalu bertambah.
Menurut Piaget, murid-murid juga belajar melewati tahap Disequilibrium
(Ketidakseimbangan) menuju Equilibrium (Keseimbangan).

Disequilibrium

merupakan situasi yang penuh dengan tanda tanya dan rasa ingin tahu muridmurid kerana fenomena yang dihadapi tidak sesuai dengan skema yang dia
miliki. Jika pertanyaan tersebut terjawab, maka murid-murid kembali ke situasi
equilibrium, iaitu suatu keadaan murid akan berasa puas untuk seketika dengan
jawapan atas pertanyaan dalam fikirannya.

13

PKP3110
KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

Melayari Internet (1 jam)

Melayari laman web berikut untuk mengumpul maklumat tentang konsep pra
nombor. Sediakan satu rumusan kefahaman anda tentang pra nombor dan
menulis refleksi.
http://www.basicconcepts.co.za/systematic.htm
http://www.col.org/stamp/UpMath4.pdf
http://s22318.tsbvi.edu/mathproject/ch1.asp

14

PKP3110
KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

Latihan

1.

Bincang dan bentangkan aktiviti Matematik yang sesuai untuk mengajar

konsep:

2.

klasifikasi
seriasi / turutan
hubungan satu kepada satu
pengekalan dalam pengajaran pemulihan Matematik

Bentangkan maklumat berkaitan dengan teori pembelajaran Matematik

dalam bentuk peta minda.

Berfikir (1 jam)

Bagaimanakah kamu melakukan hasil tambah, hasil tolak dan hasil


darab terhadap nombor-nombor angka bererti? Rujuk kaedah matematik
untuk melakukan operasi ini.

Perbincangan ( 1 jam)

Bincangkan alat-alat pengukur yang sesuai bagi mengukur kuantiti-kuantiti


fizik berikut; panjang tali, ketebalan satu keping kertas, ketebalan cermin
tingkap, ketebalan sebuah buku dan lebar meja.

15

PKP3110
KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK
Rujukan
http://www.bipm.org/en/si/
http://en.wikipedia.org/wiki/SI
(Sistem International)

16

You might also like