You are on page 1of 11

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Tajuk 13

Peraturan Paradigmatik 13.1 Pola 13.2 Perbezaan Minimal

Sinopsis Tajuk ini merangkumi konsep peraturan paradigmatik dalam bidang linguistik. Peraturan paradigmatik yang akan dibincangkan secara ringkas ialah pola penggunaan kata dalam ayat dan perbezaan minimal dalam aspek morfologi (kata). Hasil Pembelajaran (i) Pelajar dapat membincangkan konsep peraturan paradigmatik berdasarkan contohcontoh yang sesuai. (ii) Pelajar dapat memberikan contoh perbezaan minimal selain daripada contoh sedia ada di dalam modul ini.

Peraturan Paradigmatik Peraturan paradigmatik merupakan kumpulan perkataan yang tidak jelas melibatkan penggunaan kata dalam ayat. Contoh ayat: Ali sedang lena di dalam bilik. Ali sedang nyenyak di dalam bilik.

Dimensi Paragdigmatik Hubungan sesuatu kata yang bersifat umum dengan kata yang lebih khusus sifatnya. Contoh ayat: Awan gelap menunjukkan hari hendak hujan.

Pola-pola Paradigmatik Perkataan boleh dimasukkan dalam teks asalkan bersesuaian.


1

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Pola paradigmatik di dalam sintaksis

Sintagmatik Horizontal Dibaca secara luaran

Paradigmatik Vertikal Dibaca dengan mendalam

Mencari petanda yang sama Mencari tanda yang tidak hadir dalam teks ada dalam teks

Pola paradigmatik di dalam linguistik: bet dan pet diletakkan dalam ciri linguistik yang sama.

Perbezaan Minimal Perbezaan minimal adalah satu cara bagi mengenal pasti bunyi-bunyi fonem berdasarkan perkataan-perkataan berpasangan minimal. Kanak-kanak yang mempunyai masalah

pembelajaran kerap menghadapi masalah dalam menyebut bunyi-bunyi konsonan tertentu. Mereka kerap tersalah menyebut konsonan yang mempunyai perbezaan bunyi yang paling minimum dalam perkataan sehingga menyebabkan makna perkataan itu tersasar jauh. Sebagai contoh huruf d dalam perkataan ladang disebut sebagai l sehingga bertukar menjadi perkataan lalang. Oleh itu guru perlu menyediakan senarai perkataan yang mengandungi konsonan d dan l dan meminta murid menyebutnya berulang kali sehingga mahir. Dengan menggunakan bahan pasangan minimal ini, pelbagai kebaikan dapat diperoleh oleh pelajar. Antaranya unsur ini dapat melibatkan murid secara langsung dalam aktiviti pembelajaran selain murid dapat membunyikan perkataan itu dengan bunyi fonem yang betul. Ini dapat mengelakkan murid daripada salah faham dalam membunyikan sesuatu perkataan terutamanya perkataan yang membawa maksud yang berbeza. Selain itu, bahan ini mudah alih dan dapat membantu pelajar dengan melihat gambar seterusnya menyebut nama gambar tersebut. Tambahan pula, bahan pasangan minimal ini sesuai untuk kanak-kanak pemulihan yang mempunyai masalah dalam pembelajaran.
2

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Guru boleh membuat bahan dengan menyediakan beberapa perkataan yang hampir sama bunyinya dan setiap perkataan itu disertakan dengan gambar. Kemudian, murid diminta menyebut perkataan tersebut sehingga mendapat bunyi fonem yang betul. Aktiviti ini diulang sehingga murid dapat menyebut perkataan yang diberikan dengan bunyi yang betul sehingga murid tidak keliru dengan perkataan tersebut. Contoh aktiviti pasangan minimal: Beberapa pasangan perkatan berbentuk pasangan minimal dituliskan pada kad manila. Kad tersebut diedarkan kepada semua murid. Guru menyebut salah satu daripada perkataan berpasangan itu. Murid diminta menunjukkan dan menandakannya di atas kertas masing-masing. Seterusnya guru memberikan arahan kepada murid untuk membaca perkataan

tersebut. dengan berulang-ulang sehingga murid tidak keliru dengan perkataan tersebut. Contoh 1 tari lari

Contoh 2 karam garam

Contoh 3 lali lari

Aktiviti: Bincangkan konsep peraturan paradigmatik dalam ilmu linguistik dengan memberikan contohcontoh yang sesuai terutama bagi aspek sintaksis.

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Tajuk 14

Stilistik 14.1 Ciri stilistik 14.2 Bahasa Perbandingan 14.3 Keberkesanan Stilistik dalam Bahasa

Sinopsis Tajuk 14 ini melihat variasi bahasa yang bersistem yang wujud dalam sesuatu bahasa yang dituturkan atau dituliskan oleh seseorang ahli masyarakat bahasa tersebut. Perlakuan bahasa bergantung pada keadaan dan penglibatan sesuatu pertuturan. Perbezaan dari segi gaya dan laras bermula daripada bentuk yang paling formal kepada bentuk yang agak formal. Hasil Pembelajaran (i) (ii) Mengenal pasti konsep dan prinsip stilistik terutama bagi konteks bahasa Melayu Melihat bagaimana keberkesanan aspek stilistik dalam mempengaruhi penggunaan bahasa Melayu. (ii) Meneliti perbezaan aspek-aspek yang terkandung dalam stilistik bahasa Melayu berdasarkan penggunaannya dalam komunikasi.

Prinsip (ciri) stilistik dan bagaimana stilistik itu mempengaruhi kehidupan masyarakat. Menurut Abdullah Hassan (1990) stilistik adalah fokus dan penekanan terhadap aspek kebahasaan.Ia juga merupakan ilmu tentang stail atau gaya yang dihubungkan dengan pemakaian atau penggunaan bahasa yang merupakan wahana pengucapan dalam bidang kesusasteraan. Oleh yang demikian gaya berbahasa individu seseorang penulis adalah gambaran atau latar belakang sesebuah masyarakat yang

melahirkannya. Contohnya, Azizi Hj. Abdullah ialah seorang penulias yang lahir di Kedah lebih banyak menceritakan keadaan dan ransangan yang berlaku di

persekitarannya.Selalunya karyanya adalah pengalaman yang dirasai dan dilalui oleh beliau sendiri.

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Penggunaan

bahasa

karyanya

dipengaruhi

oleh

dialek

daerah

yang

dikuasainya. Stail beliau menulis menggambarkan peribadinya sebagai seorang individu yang kreatifdan guru agama yang berpengetahuan tinggi.Penerapan dan jalur gagasan yang sering diperinci dan diutarakannya menampakkan taraf pengetahuan dan latarbelakang pendidikan agama yang dimilikinya.Beliau dapat meneliti dan memerhati setiap gerakbalas yang berlaku di depan mata dan di sebalik pandangan mata kasar dengan penggunaan perbendaharaan katanya yang banyak dan pelbagai. Ternyata kebolehan dan bakat beliau dalam berkreatif dapat menarik minat masyarakat membaca karyanya.Penulisannya yang menggunakan gaya bahasa yang agak kasar dikatakan berasal dari cerminan gaya pertuturan hariannya yang sedemikian. Buku-buku nya laris dijual dan beliau memperolehi banyak anugerah sastera hasil penulisankreatifnya. Sehingga kini masih terdapat seminar-seminar yang dirancang khas buat penulis ini yang menumpukan gaya bahasa dan stail penulisannya yang tersendiri. Contohnya yang terkini, UPSI mengadakan majlis khusus untuk membincangkan penulisannya. Gaya penulisannya seperti dalam Tuk cai seperti menggambarkan

pemberontakan seorang tua tetapi disampaikan oleh Azizi berdasarkan gaya pertuturan peribadi pengarang sendiri. Mungkin jika cerita yang sama tetapi ditulis oleh penulis lain, berlainan pula tindak balas pembaca terhadap bacaan tersebut. Stail Azizi, gemar mengarang menggunakan pendekatan psiko. mempunyai pendekatan berbeza pula. Jadi stail atau gaya seseorang penulis seperti Azizi banyak mempengaruhi khalayak pembaca sebagai ahli masyarakat. Maka penulis-penulis lainnya adalah juga berpengaruh menggunakan stilistik masing-masing untuk menerapkan pemikiran, hasrat, malahan luahan perasaannya kepada masyarakat. Ia termasuklah perubahan dalam pemikiran, stail berbahasa, perubahan tingkahlaku yang lebih baik atau sebalikya ,dapat menambah ilmu agama, meningkatkan timbunan perbendaharaan kata, mengetahui kehidupan masyarakat di tempat lain, menerima dialek setempat Manakala penulis lain

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

pengarang untuk diasimilasikan dalam kehidupan, dapat menilai semula diri pembaca dan sebagainya. Harus diingat, stilistik berbeda pengarang yang dapat menarik minat pembaca juga amat berpengaruh sebagai agen perubahan masyarakat contoh Pak Sako dengan cerita Putera GunungTahan mendorong rakyat berjuang menentang penjajah melalui sindiran yang tersirat. Gambaran beliau menggalakkan masyarakat agar tidak mengagung-agungkan penjajah melalui kelakuan-kelakuan tidak senonoh orang putih di dalam penulisannya. Begitu juga, Usman Awang sebagai penulis yang dapat menarik masyarakat agar menghargai jasa-jasa seorang guru melalui sajaknya yang sungguh puitis dan gramatis. Penulis-penulis novel cinta yang terkini juga dapat menarik minat masyarakat pembaca merenung diri dan masyarakat agar dapat berubah dan mencontohi watak-watak baik novel mereka. Sungguhpun tiada kayu pengukur yang spesifik yang menunjukkan stilistik dapat mengubah masyarakat terutamanya dari sudut pemikiran dan tingkahlaku, namun telah terbukti penulis-penulis yang dikhuatiri dapat dan telah mempengaruh kotak fikiran masyarakat telah ditahan oleh penjajah di penjara atau diganggu kehidupan harian mereka. Contohnya di Malaysia ialah Mahathir Mohamad dengan Malay Delima, Pak Sako dengan Putera GunungTahan dan Subky Latif dengan rencananya.Malah seorang ketua pengarang Utusan Malaysia telah membuktikan penahanannya selama dua puluh tahun di sebuah kediaman terhad di Singapura adalah hasil stilistik, iaitu gaya atau stail penulisannya sangat mempengaruhi dan menyemarakkan semangat perjuangan kedalam diri masyarakat. Prinsip stilistik yang pertama adalah menganggap dan mengiktiraf bahasa sebagai punca kegiatan berkreatif dengan merujuk kepada kemampuan berbahasa sebagai satu anugerah dan bakat eserang penulis. Manakala analisis karya sastera merupakan suatu huraian tentang bakat dan kebolehan mengarang seseorang

pengarang. Namun begitu, analisis itu tidak sahaja dalam lingkungan pengaplikasian bahasa tetapi menjangkaui kepersisan bakat berbahasa penulisnya.

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Prinsip stilistik yang kedua pula membincangkan aspek tema seperti yang sering dibicarakan dengan menggunakan pendekatan struktural. Namun, penelitian menggunakan pendekatan ini merujuk kepada aspek bahasa yang melibatkan ayatayat yang membina keseluruhan karya. Pentafsiran makna ayat melibatkan makna mudah difahami, mudah dimengerti, banyak maksuddan mempunyai makna simbolik. Ketiga, penggunaan pendekatan stilistik berhasil memperlihatkan gaya kepribadian seorang penulis. Murry J.M. (1976:7), kedudukan stilistik sebagai

penelitian sesuatu gaya istimewa dalam eksposisi dan pembentukan satu penyusunan diksi serta struktur kalimat yang mencerminkan keperibadian atau idiosinkrasi penulisnya .Penulis pula mempunyai cara tersendiri. Perbezaan ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya pengalaman, pendidikan, sikap dan keperibadian penulis. Keempat, melalui pendekatan stilistik huraian terhadap pemilihan diksi, pembentukan perkataan dan ayat dapat dilakukan. Dalam sesebuah karya sastera yang pelbagai genre itu terdapat pelbagai jenis dan kategori perkataan dan ayat yang digunakan. Pengetahuan dan ilmu yang bersangkutan dengan aspek kemasyarakatan iaitu bidang sosiolinguistik dan dialektologi perlu dikuasai oleh pengkaji atau peneliti. Kelima, pendekatan stilistik membantu mereka memahami makna perkataan yang sukar serta kata ayat dan yang diksi kompleks dari yang digunakan atau oleh pengarang. dapat

Pengaplikasian

bahasa

daerah

tempatan

memperkayakan perbendaharaan kata di samping merupakan satu gaya atau stail bagi seseorang penulis. Keenam, pendekatan stilistik juga menekankan penelitian tentang penghasilan sesebuah karya. Semasa berkarya, seseorang penulis didorong oleh pelbagai Penelitian yang dilakukan

keadaan dan ransangan yang berlaku di sekelilingnya. dengan menggunakan pendekatan stilistik

ini akan menemukan gagasan bahawa

terdapat unsur-unsur bahasa yang mendorong seseorang itu berkreatif. Ketujuh, pendekatan stilistik selain digunakan untuk menganalisis proses penghasilan sesebuah karya, juga digunakan untuk menghuraikan penerimaan dan penghargaan pembaca atau khalayak terhadap sesebuah karya. Oleh itu aspek bahasa dapat menjelaskan kesan penggunaan sesuatu bahasa sama ada dapat
7

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

difahami, menimbulkan keseronokan atau member kecelaruan atau kekaburan tanggapan kesan daripada penggunaan penanda dan petanda bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan pemikiran, mesej atau idealisme pengarang.

Aktiviti: Secara berkumpulan, pilih satu daripada bahan sama ada prosa mahupun puisi dan bincangkan aspek stilistik yang terdapat di dalamnya. Kemukakan contoh-contoh ayat atau kata (diksi) yang betul sebagai bukti.

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Tajuk 15

Bahasa Melayu Saintifik 15.1 Konsep 15.2 Ciri 15.3 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu

Sinopsis Tajuk ke-15 ini menghuraikan konsep Bahasa Melayu Saintifik dan ciri-cirinya terutama bagi tugas bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Hasil Pembelajaran: (i) Selepas meneliti konsep dan ciri-ciri bahasa Melayu saintifik, pelajar mampu mengemukakan teks contoh (saintifik) daripada pelbagai sumber. (ii) Pelajar dapat membincangkan sejauh mana peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di Malaysia ketika ini.

Kerangka Tajuk: Bahasa Melayu Saintifik 15.1 Konsep 15.2 Ciri 15.3 Bahasa Melayu sebagai Ilmu

15.1 Konsep Bahasa Melayu berkembang dan maju selaras dengan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat penuturnya. Mampu mengungkapkan pelbagai konsep seperti dalam bidang

pendidikan, undang-undang, sains dan teknologi, ekonomi dan bidang-bidang profesional yang lain.

15.2 Ciri Bahasa Melayu Saintifik

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

15.2.1 Bahasa Melayu menggunakan istilah-istilah yang sesuai yang boleh dibuktikan secara emperikal dan boleh menghuraikan sesuatu konsep yang bahasa. 15.2.2 Istilah-istilah dapat menerangkan struktur, sistem, dan pola-pola bahasa yang mungkin. 15.2.3 Penggunaan istilah- istilah ini penting kerana dengan langsung dapat merujuk kepada benda-benda, peristiwa-peristiwa, objek-objek, sifat-sifat dan konsep-konsep dan sebagainya yang diperlukan dalam penghuraian sesuatu fenomena. 15.2.4 Bahasa Melayu ilmiah menggunakan istilah-istilah teknikal dalam penghuraian bahasa supaya ia wujud sebagai subjek yang diselidiki dengan segala sifatnya yang saintifik. Kesimpulannya, bahasa adalah suatu bidang kajian yang saintifik kerana penyelidikan yang bersifat emprikal, tepat dan objektif tertentu. sesempurna berfokus kepada penghuraian

15.3 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di semua peringkat persekolahan melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1981. Penggunaan bahasa Melayu di peringkat sekolah dan universiti berfungsi sebagai bahasa penyalur ilmu. Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu mampu mengungkap ilmu-ilmu yang tinggi seperti memperkatakan

bidang yang berkaitan dengan sains, ekonomi, perundangan, teknologi maklumat, dan bidangbidang lain yang terdapat dalam dunia moden kini. Ini jelas dilihat menerusi pelbagai laras yang ditulis dalam bahasa Melayu yang berkaitan dengan bidang-bidang tertentu. Bahasa Melayu telah digunakan dalam pelbagai buku akademik untuk kegunaan pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi.

Aktiviti: Bahasa Melayu merupakan bahasa ilmu , bahasa teknologi, bahasa perpaduan, bahasa

kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar. Bincangkan mengapakah bahasa Melayu terus kekal sebagai bahasa lingua franca hingga ke hari ini?

10

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Rujukan:

Abdullah Hassan, Prof., 2006, Linguistik AM Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Selangor, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. http://ms.wikipedia.org/wiki/Linguistik#Linguistik_gunaan Leech, Geoffrey. (1993). Prinsip pragmatik. Penterjemah, Azhar M. Simin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim dan Norlidza Shamsuddin (2008). Bahasa Malaysia kertas 1 & 2. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

11

You might also like