You are on page 1of 2

Kesan kepada Penagih

Penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah. Tidak bertanggungjawab kepada persekolahan dan prestasi kerja. Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan seperti dalam khayalan. Pitam, pengsan & berkelakuan ganas Daya tahan penyakit akan berkurangan dan mudah dijangkiti penyakit seperti kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut.

Kesan Kepada Keluarga


Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Rumah tangga menjadi porak peranda. Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga dalam kalangan keluarga. Anak-anak menjadi terabai dan seterusnya mengundang masalah sosial kepada mereka.

Kesan Kepada Masyarakat


Mengancam ketenteraan awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan dan samun. Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja dan belia dengan dadah. Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota masyarakat dengan dadah.

Kesan Kepada Negara


Kehilangan/kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi. Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah. Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan. Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti jenayah yang berlaku. Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya. Kos kerugian tenaga dan modal insan kerana kebanyakan terlibat dalam penglibatan dadah terdiri daripada golongan remaja dan belia.

You might also like