You are on page 1of 3

Objektif Latihan Jeda

a. Meningkatkan daya tahan kardiovaskular


Daya tahan kardiovaskular merupakan keupayaan jantung dan sistem peredaran darah berfungsi secara berterusan semasa seseorang itu melakukan kerja untuk tempoh masa yang lama.Kecergasan kardiovaskular bergantung kepada kombinasi efisien tiga komponen: paru-paru . . jantung . saluran darah.

Aktiviti yang berat memerlukan keupayaan jantung dan paru-paru yang efisien kerana situasi ini memerlukan tenaga yang banyak dan hanya pengaliran darah yang kaya dengan oksigen yang membolehkan otot dapat menjalankan aktiviti tersebut.

Peringkat daya tahan kardiovaskular boleh menurunkan kadar nadi rehat dan menjadikan jantung lebih sihat. Hasil daripada keadan ini, peredaran darah menjadi lebih efisien sertapeningkatan kebolehan peparu ke kapasiti penggunaan yang optima dapat diteruskan dan oksigen boleh dibekalkan kepada otot bagi mengelakkan keletihan dan kelesuan. Daya tahan kardiovaskular juga dikenali sebagai daya tahan aerobik, atau kuasa aerobik kerana komponen kecergasan jasmani melibatkan sistem tenaga aerobik. Kecergasan kardiovaskular dapat mengawal penyakit jantung dan kegemukan.

b. Meningkatkan tahap ambang anaerobik


Kaedah latihan anaerobik adalah kaedah latihan yang berupaya meningkatkan kapasiti anaerobik iaitu keupayaan untuk bekerja dengan cekap dan berkesan tanpa oksigen. Latihan ini membantu untuk meningkatkan keupayaan tubuh untuk menghasilkan semula ATP dengan cepat semasa rehat antara kerja. Antara objektif latihan anaerobik ini adalah bagi meningkatkan komponen-komponen kecergasan berikut iaitu kelajuan, kekuatan otot, daya tahan otot, kuasa dan ketangkasan.

c. Meningkatkan daya tahan otot


Daya tahan otot merupakan keupayaan otot atau kumpulan otot dalam
melakukan penguncupan untuk mengatasi sesuatu rintangan dalam masa yang lama. Daya tahan otot dibahagikan kepada dinamik dan statik. Ianya adalah berkaitan dengan kebolehan otot untuk mengulangi pergerakan submaximal rintangan atau tekanan untuk mengekalkan darjah ketegangan mengatasi masa. Johnson dan Nelson (1986), menyatakan bahawa daya tahan otot ialah keupayaan otot mengulang pergerakan merentang halangan dan tekanan sambil mengekalkan ke satu tahap ketegangan melepasi satu jangka masa. Menurut Corbin dan Lindsey (1985), daya otot ialah keupayaan otot atau sekumpulan otot melakukan penguncupan untuk mengatasi sesuatu rintangan secara berterusan dalam jangka masa yang panjang.

d. Meningkatkan kemahiran atlit


Melalui aktiviti kecergasan jeda ini, pelajar dan atlit dapat lebih memahami dan menguasai kemahiran sesuatu latihan tersebut, contohnya latihan lari ulang alik. Para pelajar dan juga atlit dapat menguasai kemahiran berlari ulang alik dengan cara dan teknik yang betul dengan mengambil kira aspek kelajuan, pecutan dan juga aspek yang paling penting iaitu aspek keselamatan.

e. Meningkatkan ketangkasan dan koordinasi.


Ketangkasan ialah kebolehan seseorang melakukan pergerakan-pergerakan berturutan ke suatu arah yang berbeza seberapa cekap dan pantas yang boleh. . Ketangkasan juga adalah kebolehan menukar kedudukan di ruang tertentu secara kemas dan mudah.

Koordinasi ialah keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam pergerakan tubuh badan seseorang individu. Ianya melibatkan penyelarasan pergerakan kesemua anggota badan. Ia juga merupakan paduan di antara berbagai-bgai kebolehan yang disatukan bagi menghasilkan suatu pergerakan yang licin. Koordinasi juga adalah kemampuan / kebolehan menggunakan pancaindera bersama badan dan mengaitkan dengan mental dalam pergerakan yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki.

You might also like