You are on page 1of 4

KECERGASAN FIZIKAL

Apakah maksud kecergasan fizikal?

Kecergasan merupakan suatu keadaan di mana seseorang itu mempunyai keupayaan


untuk melakukan kerja hariannya tanpa kelesuan dengan penggunaan tenaga yang
minima serta mempunyai tenaga lebihan untuk digunakan pada masa kesenggangan
dan ketika dalam keadaan.

Maksud kecergasan fizikal ialah keupayaan malaksanakan tugas harian dengan cekap
serta lebih berkesan tanpa berasa kepenatan dan keletihan yang berlebihan serta
mempunyai tenaga yang mencukupi untuk aktiviti riadah.

Di samping itu, seseorang yang cergas dari segi fizikal harus sanggup menghadapi
cabaran keadaan-keadaan kecemasan yang mungkin timbul.

Komponen Kecergasan Fizikal.


Menurut Corbin dan Lindsey (1988), kecergasan fizikal tersebut dapat dibahagikan
kepada dua iaitu, kecergasan berdasarkan kesihatan dan kecergasan berdasarkan
lakuan motor.

Seseorang yang sihat perlu mempunyai kecergasan berdasarkan kesihatan tetapi bagi
seseorang yang bergiat aktif dalam bidang sukan haruslah menguasai kedua-dua
komponen tersebut.
A. Komponen Kecergasan Fizikal Berdasarkan Kesihatan. (Health-Related Fitness)

Ini dapat terbahagi kepada 5 komponen, iaitu :

1. Daya tahan Kardiovaskular.

Maksudnya ialah keupayaan untuk menghantar nutrient, terutamanya


oksigen, menghantar ke otot yang mengangkut keluar hasil buangan ketika
kerja fizikal dilakukan berterusan. Komponen ini telah melibatkan efisiensi
jantung, salur darah dan paru-paru. Sekiranya seseorang yang mempunyai
daya tahan kardiovaskular yang rendah, maka mereka akan mudah berasa
letih dan penat. Oleh itu, aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan daya
tahan kardiovaskular ialah lompat tali, berenang, berbasikal, berjoging dan
senamrobik.

2. Daya Tahan Otot.

Submaximum yang berulang-ulang dihasilkan oleh keupayaan otot. Ini


adalah untuk mengatasi rintangan dan mengekalkan kontrasi otot
berterusan untuk suatu jangka masa yang panjang. Sebagai contoh, larian
maraton. Komponen ini melibatkan suatu jangka masa yang panjang pada
itensiti yang rendah.

3. Fleksibiliti.

Fleksibiliti bermaksud keupayaan otot, ligament dan tendon membenarkan


anggota badan bergerak bebas pada julat pergerekan yang maksimum.
Fleksibiliti yang lancar dan efisien dapat mencegah daripada berlakunya
kecederaan pada sendi dan otot.

4. Kekuatan Otot.

Kekuatan otot bermaksud kemampuan otot mengatasi rintangan dengan


menggunakan daya yang maksimum. Individu yang selalu melakukan aktiviti
yang memerlukan kekuatan otot perlu menjalankan latihan kekuatan otot
perlu dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

5. Komposisi Tubuh.

Terdapat tiga komponen struktur asas yang ada pada badan ialah lemak,
otot dan tulang-tulang.. Hal ini tersebut kerana kelebihan lemak dalam
badan dapat menimbulkan pelbagai jenis penyakit kronik. Contohnya,
kegemukan (obesity).
B. Komponen Kecergasan Berdasarkan Perlakuan Motor. (Skill-Related Fitness)

Ini dapat terbahagi kepada 6 komponen, iaitu :

1. Kuasa (Power)

Kuasa ialah keupayaan malakukan aktiviti dengan daya yang maksimum


dalam jangka masa yang singkat. Contohnya, permulaan lari pecut,
lompat tinggi dan lompat jauh.

2. Koordinasi (Coordination)

Penggunaan deria seperti penglihatan dan pendengaran bersama dengan


anggota badan dalam melakukan pergerakan motor dengan lancar dan
tepat.

3. Kepantasan (Speed)

Kepantasan adalah keupayaan melakukan sesuatu pergerakan dalam


suatu jangka masa yang singkat.

4. Keseimbangan (Balance)

Keseimbangan bermaksud keupayaan yang mengekalkan keseimbangan


badan seseorang individu ketika dalam keadaan static atau dinamik.

5. Ketangkasan (Agility)

Ketangkasan merujuk kepada keupayaan mengubah haluan atau


pergerakan dengan pantas dan tepat melaui ruang secara mudah.

6. Masa Tindak Balas (Reaction Time)

Masa tindak balas bermaksud masa yang diambil oleh seseorang atau
masa dan stimulus dengan permulaan tindakan kepada stimulus tersebut.

You might also like