You are on page 1of 21

QSE 6024 PENGUJIAN DALAM SAINS SUKAN

TUGASAN INDIVIDU :
KOMPONEN KETANGKASAN

UJIAN :
UJIAN KETANGKASAN SEMO

NAMA PENUH : DARRYL DELEK


NO. MATRIKS : M20182002111
PENSYARAH : PROF. DR. AHMAD HASHIM
ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

1. PENGENALAN 3

2. LATAR BELAKANG UJIAN 6

3. OBJEKTIF UJIAN 10

4. KEPENTINGAN 10

5. INSTRUMEN UJIAN 11

6. PENTADBIRAN UJIAN 12

7. RUJUKAN 15

8. LAMPIRAN 17

UJIAN KETANGKASAN SEMO


2
KOMPONEN KETANGKASAN : UJIAN KETANGKASAN SEMO

1. PENGENALAN

Ketangkasan salah satu daripada komponen kecergasan fizikal. Ketangkasan adalah

keupayaan untuk mengubah kedudukan badan atau arah badan yang pesat.

Keupayaan ini diukur dengan menjalankan ujian yang memerlukan subjek untuk

mengubah atau memulakan dan menghentikan. Ketangkasan juga dipengaruhi oleh

keseimbangan, koordinasi, kedudukan pusat graviti, kelajuan berjalan dan

kemahiran. Ketangkasan boleh diperbaiki dengan melalui amalan khusus untuk

sukan dan juga dengan meningkatkan unsur-unsur tertentu individu dalam

kelajuan, keseimbangan, kekuatan dan penyelarasan.

Ketangkasan adalah salah satu unsur dalam faktor fisiomotor daripada

koordinasi otot saraf selain daripada unsur faktor fisiomotor yang lain iaitu

keseimbangan, kelajuan, masa reaksi dan kuasa. Koordinasi otot saraf yang

melibatkan kepantasan dan ketepatan adalah diperolehi daripada tindakan sistem

saraf ke atas sistem otot dengan reaksi otot yang betul untuk menghasilkan

pergerakan yang diingini. Untuk mencapai keupayaan ketangkasan yang tinggi,

kombinasi berikut sangat diperlukan iaitu imbangan, kelajuan, kekuatan dan

koordinasi. Imbangan yang dimaksudkan ialah keupayaan untuk mengekalkan

equilibrium semasa static atau dinamik (tidak jatuh) seiring dengan koordinasi

fungsi sensori seperti mata dan telinga. Kelajuan pula keupayaan untuk

menggerakkan sebahagian atau semua bahagian badan dengan pantas manakala

UJIAN KETANGKASAN SEMO


3
kekuatan ialah keupayaan otot untuk mengatasi rintangan. Koordinasi pula

keupayaan untuk mengawal pergerakan badan seiring dengan fungsi sensori badan

contohnya menangkap bola (koordinasi bola, mata dan tangan).

Ketangkasan bermaksud keupayaan individu itu bergerak pantas dan menukar

arah dengan cara yang betul dan pantas mengikut lajak yang betul. Ketangkasan

merupakan tunjang kepada kecergasan dan di bawah tajuk Daya Tahan

Kardiovakular. Ketangkasan merupakan salah satu tajuk pengajaran yang menarik

dan diminati oleh murid.

Komponen kecergasan fizikal seperti daya tahan kardiovaskular, daya tahan

otot, kekuatan, ketangkasan, kelajuan, kelenturan, dan kuasa perlu dimiliki oleh

atlet yang baik. Justeru, untuk mencapai peringkat yang tinggi dalam sukan yang

dianjurkan, prestasi cemerlang permainan dan atlet amatlah penting.

Kecemerlangan sesuatu sukan dan permainan bergantung kepada kecergasan

fizikal pemain (Razali, N. 2011). Oleh itu, ketangkasan merupakan komponen

penting dalam sukan dan ditakrifkan oleh "kelajuan dalam perubahan badan

kedudukan atau perubahan arah" Ketangkasan juga dipengaruhi oleh keseimbangan

badan, koordinasi, kedudukan pusat graviti, serta kelajuan berjalan dan kemahiran.

Ketangkasan dapat ditingkatkan dengan ketangkasan latihan latihan tetapi juga

dengan meningkatkan spesifik unsur kecergasan individu kelajuan, keseimbangan,

kuasa dan penyelarasan (Teodor, D. F. 2018).

UJIAN KETANGKASAN SEMO


4
Dalam kata lain, ketangkasan ialah kebolehan seseorang dalam menukar

arah tanpa menjejaskan kepantasan, kesimbangan serta kawalan tubuh badan.

Pemain perlu mengubah arah pergerakan tubuh badan dengan baik ke pelbagai arah

ketika bermain maka dia harus memberi penekanan terhadap ketangkasan

pergerakannya (Ahmad F. 2006). Manakala, ketangkasan juga merupakan

kebolehan dan keupayaan seseorang itu bertindak dengan secepat yang boleh yang

dapat membantunya dalam situasi permainan dan dalam masa kecemasan dari segi

menyelamatkan diri (Syu, W. L. 2004).

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi tahap ketangkasan seseorang

individu. Antara faktor-faktor tersebut termasuklah faktor latihan, genetik, dan

pengalaman. Di samping itu, ketangkasan juga boleh diukur dan ditingkatkan

melalui latihan, amalan dan perancangan program yang teliti. Keputusan ujian

ketangkasan boleh digunakan sebagai kriteria pemilihan pemain-pemain dalam

sukan-sukan tertentu. Ketangkasan yang merupakan salah satu komponen

kecergasan fizikal perlu dititik beratkan dan diberi perhatian kerana ia diperlukan

oleh semua orang dalam melakukan aktiviti rutin harian.

Faktor latihan merupakan faktor yang penting dalam mempengaruhi tahap

ketangkasan seseorang individu. Latihan untuk pembentukan ketangkasan boleh

dikhususkan mengikut keperluan jenis permainan atau aktiviti, di mana

ketangkasan dalam permainan yang berlainan adalah berbeza. Faktor genetik pula

terdapat perbezaan pada tahap ketangkasan yang signifikan dilaporkan di kalangan

keturunan yang berlainan seperti dalam hasil kajian beberapa orang penyelidik.

UJIAN KETANGKASAN SEMO


5
Dalam faktor pengalaman pula, pengalaman yang diperolehi melalui latihan dapat

membantu meningkatkan konsep kendiri di kalangan individu yang berlatih.

Keadaan ini sudah tentu dapat membantu mempertingkatkan prestasi seseorang

dalam aspek ketangkasan.

2. LATAR BELAKANG UJIAN

Ujian ketangkasan SEMO digunakan untuk menguji ketangkasan individu untuk

bergerak tubuh badan ke hadapan, ke belakang, dan ke arah sisi. Rajah 1

menunjukkan ujian ketangkasan SEMO.

Rajah 1 : Ujian Ketangkasan SEMO

UJIAN KETANGKASAN SEMO


6
Ujian ketangkasan SEMO sebagai ujian pengukuran untuk menguji tahap

ketangkasan individu dengan cara yang tersendiri dan mengandungi gerakan-

gerakan yang sama kepada pergerakan yang terdapat dalam semua permainan atau

sukan.

Dalam kajian Phua Yet Chee (2003), Johnson dan Nelson (1986)

menyatakan Kirby (1971) telah berjaya mereka satu ujian ketangkasan iaitu Ujian

Ketangkasan SEMO. Ujian ini dilaporkan mempunyai kesahan setinggi 0.63

manakala kebolehpercayaan pula mencapai 0.88 bagi dua kali percubaan. Ini

terbukti bahawa ujian ini adalah tepat bagi mengukur tahap ketangkasan atlet-atlet.

Berikut merupakan nilai bagi ketiga-tiga aspek:

i. Kesahan : 0.63 apabila dikorelasikan dengan ujian shuttle run

AAHPERD.

ii. Kebolehpercayaan : r = 0.88

iii. Keobjektifan : 0.97

(Petikan Johnson & Nelson, 1986)

UJIAN KETANGKASAN SEMO


7
Masa terbaik ketangkasan individu akan diambil berdasarkan noma

pengujian ketangkasan SEMO. Pengujian ini dibuat bagi menentukan samada

individu berada pada tahap pencapaian cemerlang, baik, sederahana, lemah atau

terlalu lemah. Berikut merupakan noma pengujian ketangkasan SEMO :

Tahap Skor
Lelaki Perempuan
pencapaian
Cemerlang 10.7 dan ke bawah 12.19 dan ke bawah

Baik 10.47 – 11.49 12.99 – 12.20

Sederhana 11.50 – 13.02 13.90 – 13.00

Lemah 13.03 – 13.79 14.49 – 13.91


Terlalu lemah 13.8 dan ke atas 14.50 dan ke atas
(Johnson & Nelson : 1986)

Excellent Good Average Fair Poor


time Excellent Good Average Fair Poor

UJIAN KETANGKASAN SEMO


8
(cemerlang) (baik) (sederhana) (lemah) (Sangat

lemah)

Male finished Semo Male finished Male finished Male finished

test completely Semo test Semo test Semo test Male finished

under 10.7 seconds; completely completely completely Semo test

Female finished from 11.49 from 13.02 from 13.79 13.80 seconds

Semo test seconds to seconds to seconds to and higher;

completely under 10.7 seconds; 11.50 seconds; 13.03 Female

12.19 seconds.  Female Female finished seconds; finished Semo

finished Semo Semo test Female test

test completely finished Semo completely

completely from 13.90- test from 14.50 seconds

from 12.99- 13.00 seconds.  14.49 seconds and higher. 

12.19 to 13.91

seconds.  seconds. 

form Excellent Good Average Fair Poor

No crossover steps No crossover One crossover Back is Back is not

are taken when the steps are step is taken perpendicular perpendicular

sidestep is taken when when sidestep but crossover and crossover

performed; back is sidestep is is performed.  steps were steps are

perpendicular to an performed.  taken two taken over

imaginary line times.  and over

connecting the when

corner cones when performing

performing the sidesteps. 

backpedal. 

Rajah 2 : Rating Score

3. OBJEKTIF UJIAN

Objektif ujian adalah seperti berikut :

UJIAN KETANGKASAN SEMO


9
i. Untuk menguji dalam pertukaran arah ke kiri dan kanan

ii. Untuk menguji ketangkasan larian hadapan dan belakang

iii. Untuk menguji ketangkasan dalam larian sisi

4. KEPENTINGAN

Ketangkasan, merujuk kepada kebolehan ‘manoeuvre’ badan, adalah kebolehan

untuk kerap-kali bertukar kedudukan dan arah badan atau bahagian badan. Bakat

atau baka adalah faktor utama bagi tahap ketangkasan sesetengah individu, tetapi

ketangkasan juga bergantung kepada kekuatan, kelajuan, koordinasi dan imbangan

dinamik. Ramai individu boleh meningkatkan ketangkasan melalui meningkatkan

ketangkasan dengan pelbagai cara. Ketangkasan juga boleh ditingkatkan melalui

tunjukan secara langsung, latihan, dan membuat latihan ketangkasan.

Ketangkasan amat penting dalam semua aktiviti dan sukan. Individu dan sukan

berpasukan melibatkan permulaan dan berhenti yang pantas, kerap menukar arah,

gerak kaki yang berkesan, dan cepat menyesuaikan badan dan bahagian badan.

Individu dengan ketangkasan yang bagus mempunyai peluang untuk berjaya dalam

aktiviti fizikal daripada individu yang mempunyai ketangkasan yang kurang bagus.

Ujian ketangkasan selalunya ada tiga jenis, iaitu:

i. Larian menukar arah;

ii. Menukar kedudukan badan; dan

iii. Menukar arah bahagian badan.

UJIAN KETANGKASAN SEMO


10
Ujian ketangkasan hanya memerlukan pergerakan tangan atau kaki yang selalu

digunakan. Ketangkasan mungkin hanya bertumpu kepada aktiviti dan sukan. Anda

mungkin tidak menjangkakannya. Kerana itu, setiap individu melakukan dalam

bentuk yang sama dan bagus dalam semua ujian ketangkasan. Ujian ketangkasan

yang sah disediakan untuk mengenalpasti individu yang mempunyai ketangkasan

yang kurang bagus.

5. INSTRUMEN UJIAN

Instrumen ujian merupakan bahan/alat yang digunakan oleh penguji untuk menguji

subjek agar ujian berjalan dengan sempurna. Dengan instrumen tersebut dapat

membantu penguji untuk mendapat skor yang sempurna serta memudahkan subjek

memahami ujian ketangkasan SEMO tersebut.

Berikut merupakan instrumen ujian :

1. Kawasan permukaan rata seluas ‘3.6m x 5.7m’

2. Skital/Kon

3. Peta pengukur

4. Jam randik

6. PENTADBIRAN UJIAN

UJIAN KETANGKASAN SEMO


11
Ujian ketangkasan SEMO (Kirby, 1971) dipilih untuk mengukur tahap ketangkasan

sampel. ujian ketangkasan ini dijalankan di permukaan yang rata seperti

gelanggang. Ujian ketangkasan SEMO ini juga mempunyai beberapa prosedur

ujian.

Ujian ketangkasan SEMO mempunyai kawasan segi empat tepat yang

berukuran ‘3.6m(horizontal) x 5.7m(vertical)’ kaki dan setiap tempat larian akan

ditandakan dengan skital. Subjek akan diminta untuk berdiri di titik permulaan

dengan punggungnya ke arah titik 'D'. Pada isyarat arahan "Ready, Go" subjek

memulakan larian sisi dari A ke B dan melepasi di luar sudut skital B. subjek

kemudian lari mengundur dari B ke D dan melepasi di luar sudut skital D. Selepas

itu, subjek diminta untuk melakukan larian pecut ke hadapan dari D ke A dan

kemudian melepasi di luar sudut skital A. Subjek kemudian sekali lagi melakukan

larian mengundur dari A ke C dan kemudian melepasi di luar sudut skital C.

Seterusnya, subjek akan melakukan larian pecut ke hadapan dari C ke B dan akan

melepasi di luar sudut skital B, Akhirnya dia akan melakukan larian sisi dari B ke

garisan penamat A.

Tambahan, semasa melakukan larian sisi, kaki tidak boleh bersilang sama

sekali. Apabila lari mengundur, badan subjek hendaklah tegak menghala kearah

yang dituju. Selain itu, prosedur yang tidak betul adalah tidak diterima, subjek

perlu diuji sehingga satu percubaan yang sempurna. Satu percubaan akan diberi

sebelum ujian bermula.

UJIAN KETANGKASAN SEMO


12
C D

B A

Rajah 3 : Ujian Ketangkasan SEMO

Pengkaji harus menggunakan peta pengukur dalam menyediakan ujian

ketangkasan SEMO. Pastikan jarak adalah betul mengikut ukuran yang sepatutnya.

Setiap bahagian mempunyai larian ujian yang berbeza. Bagi memudahkan subjek

untuk menukar gerakan larian mereka, pengkuji boleh meletakkan skital atau kon

warna yang berbeza atau pengkaji sentiasa memberi arahan apabila ingin menukar

pergerakan. Pengkaji harus memberi subjek masa percubaan terhadap ujian

tersebut agar dapat membiasakan diri dengan ujian tersebut. Pastikan juga subjek

diberi rehat terlebih dahulu selepas melakukan percubaan tersebut.

UJIAN KETANGKASAN SEMO


13
Data-data berikut akan diambil dari sampel-sampel ini :

i. Umur, ketinggian dan berat badan

ii. Tahap ketangkasan

Sebagai contoh, di bawah merupakan lampiran kad skor ujian yang

digunakan oleh Phua Yet Chee (2003) dalam kajian perbandingan tahap

Ketangkasan di antara dua pasukan bola keranjang perempuan bawah 18 tahun.

UJIAN KETANGKASAN SEMO


14
7. RUJUKAN

Amri, S., Ujang, A. F., Wazir, M. R. W. N., & Ismail, A. N. (2012).


Anthropometric correlates of motor performance among Malaysian
university athletes. Malaysian Journal of Movement, Health & Exercise, 1.
Ahmad Farizal Bin Faudzi (2006), Kesan Latihan Hexsagon Drill Terhadap Tahap
Ketangkasan. Retrieved from
http:/www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwp2

Johnson, B. L. & Nelson, J. K. (1986). Practical Measurement For Evaluation In


Physical Education (4th ed). Edina, Minnesota: Burgess Publishing.

Kirby, R. F. (1971). Kirby's guide to fitness and motor performance tests. Cape
Girardeau, Mo: BenOak Pub. Co.
Kusuma, D. W. Y., Raharjo, H. P., & Taathadi, M. S. (2015). Introducing a new
agility test in badminton. American Journal of Sports Science, 3(1), 18-28.

Kotyal, S. S. (2017). Comparison of agility volleyball and basketball players.


International Journal of Physical Education, Sports and Health, 4(1), 269-
270.

Marjani, M. E., Geok, S. K., Mojahed, M., Abdullah, N. S. M., Marjani, S., &
Center, S. (2013). Group Decision Making Approach in Karate Agility Test
Selection. In Proceedings of the International Symposium on the Analytic
Hierarchy Process (pp. 1-11).

Metcalfe, R. C., Schlabach, G. A., Looney, M. A., & Renehan, E. J. (1997). A


comparison of moleskin tape, linen tape, and lace-up brace on joint
restriction and movement performance. Journal of athletic training, 32(2),
136.

Mondal, S., Nayek, B., & Chatterjee, K. (2016). A comparative study on strength,
agility and dynamic balances between volleyball and basketball players.
International Journal of Physiology, Nutrition and Physical Education, 1(2),
81-84.

Paris, D. L. (1992). The effects of the Swede-O, New Cross, and McDavid ankle
braces and adhesive ankle taping on speed, balance, agility, and vertical
jump. Journal of Athletic Training, 27(3), 253.

Phua Yet Chee (2003). Perbandingan Tahap Ketangkasan Di Antara Dua Pasukan
Bola Keranjang Perempuan Bawah 18 Tahun. Thesis Perpustakaan Tunku
Bainun Universiti Pendidikan Sultan Idris.

UJIAN KETANGKASAN SEMO


15
Razali, N. (2011). Pencapaian Tahap Ketangkasan Pemain Bola Jaring Pelbagai
Posisi Melalui Latihan Ketangkasan Di Daerah Kinta Utara, Doctoral
dissertation, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Soh, K. L., Soh, K. G., & Ruby, H. (2007). The impact of an eight-week aerobic
and strength-training programme on agility and leg power of Malaysian
netball players. Journal of Health and Translational Medicine, 10(1), 25-28.
Syu, W. L. (2004). Reka Cipta “Alat Lari Ulang Alik 4 x 10 Meter” Bagi Ujian
Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) Untuk Menguji Ketangkasan.
Retrieved from fp.utm.my.

Teodor, D. F. (2018). Physical Conditioning-Speed And Agility In Youth


Football. Ovidius University Annals, Series Physical Education &
Sport/Science, Movement & Health, 18(1).

UJIAN KETANGKASAN SEMO


16
8. LAMPIRAN

I. KAD SKOR UJIAN KETANGKASAN

Contoh : Kad Skor Ujian Ketangkasan Terhadap Pemain Bola Keranjang

BIODATA SUBJEK
1. NAMA PENUH :
2. UMUR : ____________TAHUN
3. TINGGI : ____________ CM
4. BERAT : ____________ KG

LATAR BELAKANG SUBJEK


1. PERTAMA KALI MELIBATKAN DIRI DALAM PERMAINAN BOLA
KERANJANG__________TAHUN.
2. TAHUN TERPILIH UNTUK MEWAKILI SEKOLAH _____________.
3. POSISI DALAM PERMAINAN BOLA KERANJANG. SILA PILIH SATU.
(PENYERANG/TENGAH/PERTAHANAN)

PENCAPAIAN SUBJEK
PERCUBAAN PERTAMA PERCUBAAN KEDUA
MASA : ___________ SAAT MASA : __________ SAAT

PENCAPAIAN TERBAIK : ___________ SAAT


TAHAP KETANGKASAN : ______________

TANDATANGAN PENGUJI : _______________

UJIAN KETANGKASAN SEMO


17
II. YOUTUBE

Youtube link : https://youtu.be/lg-b_RbffP0

Or

Scan QR Code Youtube

UJIAN KETANGKASAN SEMO


18
Youtube Link : https://youtu.be/_31o6K2iTmU

Or

Scan QR Code Youtube

UJIAN KETANGKASAN SEMO


19
III. ARTIKEL/JURNAL YANG MENGGUNAKAN UJIAN
KETANGKASAN SEMO

UJIAN KETANGKASAN SEMO


20
UJIAN KETANGKASAN SEMO
21

You might also like