You are on page 1of 34

PJM 3117

7 PISMP PJ/PK/MO1

MOHD FAKRULROZI BIN MOHD NOR MOHD FAIZ BIN ZULKIFLI

PERSONALITI DAN SUKAN

PERSONALITI & SUKAN

DEFINISI DAN PELBAGAI PENDEKATAN PERSONALITI

MENGUKUR PERSONALITI DAN KAJIAN PERSONALITI

HUBUNGAN PERSONALITI DENGAN TINGKAHLAKU

1.0 -DEFINISI DAN PELBAGAI PENDEKATAN PERSONALITI

MENGAPA KITA BERSUSAH PAYAH MENGKAJI PERSONALITI?

PELBAGAI DEFINISI
Ortony, Norman & Revelle (2005), personaliti ialah apaapa yang sebenarnya yang menghuraikan tentang seseorang. Definisi ini mengandaikan tentang keadaan biologi dan fisiologi seseorang.

Fleeson (2007), personaliti ialah organisasi dinamik dalam diri individu yang terdiri daripada sistem psikologikal dan fizikal yang menentukan penyesuaiannya kepada persekitarannya.

Penting bagi sukan kerana..


Mengetahui siapa atlet berdasarkan teras psikologikal serta respons mereka yang biasa, mampu memberikan kita maklumat penting tentang motivasi, sikap serta perlakuan mereka yang sebenarnya

Maklumat ini akan dapat membantu kita dalam merencanakan program latihan yang berkesan serta menepati kehendak dan keperluan atlet terlibat.

Fakta penting tentang personaliti


Ciri-ciri luaran yang dapat dilihat, memberi kesan kepada orang yang melihat, dan himpunan pelbagai ciri individu yang terselindung di sebalik kualiti fizikal.

Personaliti merujuk kepada ciri-ciri yang menjadikan seseorang itu unik atau berlainan dari orang lain.

Sambungan..
-Ciri-ciri dalaman dan luaran individu yang unik dan kekal, mempengaruhi tingkahlaku individu dalam pelbagai situasi.
-Ciri-ciri individu yang kekal, stabil dan boleh dijangka, tidak kaku dan tidak berubah tetapi boleh dibezabezakan mengikut situasi, personaliti menyumbang kepada idea keunikan manusia -Trait personaliti yang bersifat kompetitif, berkeyakinan, dan kawalan kendiri mempunyai hubungkait dengan kejayaan dalam sesuatu pertandingan.

2.0-PENGUKURAN PERSONALITI
Bagi mengenal pasti Pengukuran personaliti, ciri-ciri, atau tret, atau ujian personaliti, personaliti individu, ini terdapat dalam pengukuran personaliti pelbagai jenis yang perlu dilakukan. disebut sebagai Inventori-Inventori Personaliti.

INVENTORI PERSONALITI
Mengikut Andres (1983), inventoriinventori personaliti dianggap sebagai Ujian Objektif kerana ia mempunyai dua ciri berikut:-

(a) Inventori-inventori personaliti yang dibentuk dan hasil-hasil skor adalah berdasarkan ciri-ciri individu yang memberi gerak balas. (b) Ia menggunakan rangsangan-rangsangan yang jelas dalam bentuk soalan YA atau TIDAK tentang tret-tret peribadi dan tingkahlaku subjek(individu yang diuji).

ALAT UKUR PERSONALITI DALAM SUKAN


Inventori Multifasa Personaliti (Minnesota Multiphasic Personality Inventory)

Soal selidik 16PF

Profil Mood (Profile of Mood States)

Ujian Persepsi Terhadap Tema (Thematic Apperception Test/TAT)

Ujian Tompokan Dakwat Rorschach (Rorschach Inkblok Test)

Soal selidik Motivasi Dalam Sukan ( Athletic Motivation Inventory/AMI)

CONTOH LAIN UJIAN PERSONALITI


BAGI MENGETAHUI PELBAGAI UJIAN PERSONALITI , SILA KE LAMAN WEB INI.. http://www.teachersrock.net/personaliti.htm

2.1 Kajian personaliti Di dalam Sukan dan Senaman

Personaliti dilihat menerusi beberapa perspektif yang berbeza. Setiap perspektif cuba memberikan huraian tentang hubungan antara personaliti serta kaitannya dengan sukan secara keseluruhan. Tiga perspektif utama yang berkaitan dengan personaliti iaitu ciri-ciri peribadi (trait), situasi dan interaksi antara kedua-duanya.

(2.1.1)Personaliti berasaskan ciri-ciri peribadi.


Mereka yang melihat personaliti menerusi perspektif ini mengandaikan bahawa gabungan ciri-ciri peribadi iaitu faktor-faktor yang membentuk personaliti merupakan sesuatu yang stabil serta tidak mudah berubah (Weinberg & Gould, 1999). Ia bersifat konsisten dalam hampir semua situasi. Ciri-ciri peribadi ini dianggap sebagai paksi yang memastikan seseorang individu itu bersikap serta mengambil tindakan tertentu dalam setiap keadaan.

Dalam kata lain, ahli psikologi sukan mengandaikan bahawa setiap tindakan serta perlakuan individu tersebut berpunca dari dalam diri atau bergantung kepada individu itu sendiri.

Peranan faktor persekitaran (luaran) tidak diambil kira atau mempunyai pengaruh yang minimum dalam perspektif ini.(Shaharudin Abd.Aziz, 2009)

perlakuan seseorang individu dipengaruhi oleh situasi atau persekitaran individu tersebut yakni sesuatu yang bersifat luaran.

(2.1.2)-Personaliti berasaskan pengaruh situasi


berdasarkan kepada teori pembelajaran sosial yang diasaskan oleh Bandura (1977). Teori ini menjelaskan bahawa setiap perlakuan bermula dari proses pembelajaran menerusipemerhatian (meniru) serta diperkukuhkan menerusi rangsangan sosial (maklumbalas).

Ringkasnya pengaruh persekitaran serta rangsangan social yang diterima membentuk perlakuan seseorang individu. (Shaharudin Abd.Aziz, 2009).

(2.1.3) Interaksi antara ciri peribadi dan situasi


1) Mengambil jalan tengah dalam proses untuk menjelaskan tentang peranan personaliti dalam sukan. Ia menyarankan bahawa ciri-ciri peribadi berinteraksi dengan situasi (persekitaran) sehingga mewujudkan perlakuan seseorang individu.
2) Perspektif ini menjelaskan bahawa dengan mengetahui ciri-ciri peribadi seseorang individu serta situasi yang dihadapi pada waktu itu, ia akan memudahkan kita untuk memahami perlakuan serta tindakan yang diambil oleh individu tersebut.

3) Kebanyakan ahli psikologi sukan menyokong serta menerima perspektif ini dalam usaha untuk memhami sikap serta perlakuan atlet (Anshell, 1997).

Bowers (1973) menjelaskan bahawa perspektif ini memberikan penjelasan sekali ganda lebih baik dari kedua-dua perspektif yang terdahulu secara berasingan.

Jelasnya, perlakuan seseorang bergantung kepada ciri-ciri peribadinya serta situasi yang dihadapi pada waktu itu.
Justeru itu kita perlu mengambil kira keduadua factor ini untuk memudahkan kita memahami sesuatu tindakan yang diambil oleh seseorang atlet dalam sukan.(Shaharudin Abd.Aziz, 2009).

Terdapat beberapa jenis teori personaliti yang membincangkan tentang persamaan sifat semula jadi manusia dan perbezaan individu dari pelbagai perspektif. Teori personaliti tersebut antaranya akan seperti berikut:

(i) Teori Psikoanalitik-Sigmund Freud


Manusia secara semulajadi dipenuhi dengan naluri keseronokan atau seksual yang menentukan tingkah laku manusia. Manusia juga berjuang dalam kehidupan yang penuh dengan konflik antara id, ego dan super ego.

(ii)Teori humanistik (MASLOW)


1) Manusia mempunyai 3) Bagi mencapai tahap naluri semula jadi baik dan kesempurnaan diri, sentiasa berkeinginan dan 2) Naluri dalaman manusia manusia perlu bergerak dan lemah dan mudah diganggu bermotivasi untuk berkembang untuk faktor oleh persekitaran mencapai kesempurnaan memenuhi setiap keperluan diri serta bebas untuk hidupnya. memilih corak kehidupan.

4) Susunan keperluan hidup manusia membentuk satu hierarki dari yang paling utama kepada yang kurang utama.
5) Keperluan yang paling rendah perlu dipenuhi dahulu. Keperluan yang seterusnya akan muncul peringkat demi peringkat seiring dengan perkembangan manusia.

6) Keperluan yang lebih tinggi menyumbang kepada perkembangan diri seperti meningkatkan kesihatan mental dan fizikal serta kesejahteraan hidup.

7) Setiap hierarki keperluan hanya dapat dipenuhi jika hierarki sebelumnya telah dipenuhi.

Hierarki keperluan Maslow


Hierarki kelima : kesempurnaan diri Hierarki Keempat : Penghargaan kendiri Hierarki Ketiga : Keperluan mendapatkan kasih sayang dan rasa dimiliki Berpuas hati dengan imej diri dan menerima imej kendiri orang lain serta prihatin terhadap orang lain, mereka juga mempunyai pengetahuan yang realistik terhadap kekuatan, kelemahan, kebaikan dan keburukan diri sendiri.

-Manusia memerlukan
penghormatan dan penghargaan dari orang lain bagi mendapatkan kekuatan dan keyakinan diri. -Jika kurang penghargaan diri, akan wujud rasa rendah diri dan tidak bermotivasi.

Hierarki Kedua : Keperluan keselamatan Hierarki Pertama : Keperluan fisiologi- Jika tidak dipenuhi, individu akan sakit/mati

(iii)Teori Konstitusional

Mesomof

Menjelaskan perihal somatotaip (bentuk asas tubuh badan dalam menentukan jenis personaliti individu dalam konteks sukan.
Ektomof

Endomof

somatotaip

EKTOMOF Fizikal badan rapuh, halus, lembut, kurus, kurang lemak, tulang ringan, sendi dan otot yang kecil dan ringan, anggota badan tegap panjang, bahu melentok, fizikal tidak berapa kuat, jari dan leher agak panjang, kulit mudah terbakar akibat matahari

MESOMOF Berkait dengan ciri-ciri atletik seperti fizikal badan yang kuat, keras, berotot besar yang matang, postur badan yang sangat baik, pembinaan otot dan lemak, kulit tebal.

ENDOMOF

Bentuk fizikal badan yang lembut, berbentuk bulat, sukar mengurangkan berat badan, kuit badan yang lembut dan licin, rerambut halus, kepala besar, bulat dan muka lebar, mudah membina otot.

3.0-Hubungan Personaliti dengan Tingkahlaku Dalam Sukan


Ciri-ciri personaliti
yang membezakan antara atlet yang bermotivasi tinggi dengan atlet yang bermotivasi rendah.

Ciri-ciri personaliti itu..


Tahap keperluan pencapaian Kompetensi Orientasi matlamat

Keyakinan diri
tanggapan positif yang dimiliki oleh atlet

Optimis

Personaliti dan Prestasi (KEJAYAAN)

Dilihat dari 3 aspek yang berbeza :

- atlet
- bukan atlet - gender

Atlet lebih berkeyakinan,


bersifat kompetitif, mempunyai keterbukaan sosial yang lebih luas berbanding individu bukan atlet.

Aspek gender ciri-ciri


maskulin (berdikari, tidak bergantung, kuat, tangkas, sanggup menghadapi risiko) di dapati mendominasi personaliti atlet berbanding ciri-ciri feminin (penyayang, ceria, menyerah dan sensitif).

KESIMPULAN
Dalam bidang sukan aspek personaliti adalah satu cabang yang penting khususnya di dalam disiplin psikologi sukan.Bidang ini kurang diberi perhatian di kalangan para penggiat sukan di Malaysia tetapi ianya sudah lama diamalkan di Negara-negara lain yang maju di dalam bidang sukan. Jadi, kita berharap para penggiat sukan dan para cendikiawan yang terlibat dalam bidang ini dapat meneruskan kajian dalam aspek personaliti ini.

Sekian , terima kasih

RUJUKAN
Feist, J. (1985). Theories of personality. New York : Holt, Rinehart and Winston. Fleeson, W. (2007). Studying personality processes: explaining change in between-persons. Handbook of research methods in personality psychology (pp. 523 542). New York: Guilford Press. MODUL (PJM 3117) OUM http://sainssukanjee.blogspot.com/2011/12/personaliti.htm l

You might also like