You are on page 1of 1

AKTIVITI MENYEJUKKAN BADAN

Bersukan tidak berakhir begitu saja. Jika memanaskan badan adalah penting,
menyejukkan badan selepas bersukan juga penting dan tidak boleh diabaikan.
Tempoh beberapa minit selepas bersukan perlu digunakan untuk menyejukkan
badan, iaitu dengan cara berjalan perlahan dan melakukan teknik sama seperti
memanaskan badan.
Menyejukkan badan memastikan darah mengalir melalui otot dan sebarang
asid laktik yang terbentuk dalam sel otot boleh disebarkan melalui pengaliran
darah ke hati. Jika berhenti bersukan secara mengejut, asid laktik yang
ditinggalkan di belakang otot boleh menyebabkan kekejangan.

Kebaikan
 Menurunkan suhu badan secara beransur-ansur
 Menjajar semula otot-otot
 Mengurangkan kesakitan dan kerengsangan selepas aktiviti sukan
 Menggalakkan pengaliran darah ke jantung
 Membantu mengeluarkan bahan buangan dari badan
 Mtenteram atau merelakskan badan

Kepentingan menyejukkan badan selepas bersukan:


 Merendahkan kadar denyutan jantung kepada keadaan normal
 Mengembalikan semula fasa permafasan kepada keadaan normal
 Mengelakkan kekejangan atau kesakitan otot
 Mengelakkan rasa pening
 Merehatkan otot

Kepentingan melakukan regangan:


 Untuk meningkatkan batas pergerakan
 Mengelakkan kecederaan selepas bersukan
 Merelaskan otot

You might also like