You are on page 1of 2

Eksperimen interaktif

0 0 Google +0 0 0

Cetak

Bagi kanak-kanak, pembelajaran akan lebih mudah difahami jika disertakan dengan amali dan gerak kerja interaktif. Menyedari hakikat ini, BASF, peneraju syarikat kimia dunia, membawakan eksperimen interaktif untuk kanak-kanak Malaysia melalui BASF Kids Lab 2013 di Empire Shopping Gallery, Subang Jaya. Anjuran Kids Lab yang masuk tahun kelapan itu dipenuhi pelbagai eksperimen pendidikan yang menyeronokkan untuk kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun. BASF Kids Lab menawarkan pengalaman pembelajaran kimia secara terus menerusi eksperimen yang direka khas berdasarkan produk dan penyelesaian dalam kehidupan seharian. Ini memberi kanak-kanak perspektif kehidupan sebenar mengenai mata pelajaran kimia di sekeliling kita. Melalui acara tiga hari di Subang Jaya, Selangor dan satu hari di Pasir Gudang, Johor, kami berharap Kids Lab mampu menggalakkan minat dalam mata pelajaran Kimia dalam kalangan kanak-kanak sambil menerokai wow dan why (mengapa) menerusi pelbagai eksperimen, kata Pengarah Urusan BASF (Malaysia) Sdn Bhd, Daniel Loh. Hadir sama, Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan.

KANAK-KANAK mencuba sendiri ujian kimia Red Cabbage Indicator.


Menurut Kamalanathan, kementerian dan BASF berkongsi matlamat sama iaitu membawa keseronokan sains kepada generasi muda. BASF Kids Lab adalah langkah bernas dalam memupuk minat ini sejak kecil lagi.

Selain sokongan Kementerian Pendidikan, tahun ini BASF juga bekerjasama dengan Kampus Sunway Universiti Monash dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Empat belas pelajar Fakulti Sains Universiti Monash dan lapan pelajar Institut Ibnu Sina untuk Pengajian Sains Asas, UTM membantu secara sukarela sebagai fasilitator eksperimen. Di BASF Kids Lab, kanak-kanak mengambil bahagian dalam tiga eksperimen yang menarik dan menyeronokkan berkaitan kehidupan seharian. Contohnya eksperimen Red Cabbage Indicator yang membantu kanak-kanak memahami bagaimana bahan semula jadi dalam kubis merah boleh berfungsi sebagai penunjuk nilai pH. Menerusi eksperimen ini, mereka belajar mengenai aras pH yang berlainan dalam makanan dan minuman. Eksperimen Superabsorbent menarik perhatian kanak-kanak dengan menghilangkan air. Polimer dengan penyerapan kuat berupaya menyerap cecair 1,000 kali beratnya. Kanakkanak dapat menyaksikan sendiri kuasa penyerapan ajaib yang terdapat dalam polimer ini. Manakala eksperimen Sun Loves Skin membolehkan kanak-kanak belajar mengenai kesan sinar ultra lembayung (UV) terhadap kulit dan membuat losen perlindungan cahaya matahari mereka sendiri. Eksperimen ini mening-katkan kesedaran kanak-kanak mengenai risiko kerosakan kulit akibat sinar UV dan pentingnya losen perlindungan. BASF melancarkan Kids Lab yang pertama di ibu pejabatnya di Jerman pada 1997. Program ini memberi peluang kepada kanak-kanak berumur enam hingga 12 tahun menerokai dunia mata pelajaran Kimia yang menarik melalui eksperimen berunsur pendidikan, mudah dan selamat. BASF Kids Lab diperkenalkan di rantau Asia Pasifik pada tahun 2002. Sejak itu, lebih 200,000 orang kanak-kanak mengambil bahagian dalam program ini. Kini, program ini diperluaskan di 17 negara rantau Asia Pasifik termasuk Malaysia, Australia, China, Hong Kong, Taiwan, India, Indonesia, Jepun, Korea, New Zealand, Pakistan, Filipina, Singapura dan Thailand.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/15

You might also like