You are on page 1of 2

PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

5.1

Pendahuluan

Bahagian ini membincangkan secara terperinci hasil dapatan kajian daripada penganalisaan data yang telah diambil berdasarkan maklum balas sampel terhadap soal selidik yang telah diedarkan. Keputusan kajian yang diperolehi secara keseluruhan dikaitkan dengan sokongan kajian-kajian lepas. Bahagian-bahagian dalam bab ini akan dibahagikan kepada perbincangan, rumusan kajian, implikasi dan seterusnya beberapa cadangan akan dikemukakan sebagai panduan kepada pengkaji-pengkaji akan datang yang berminat dengan kajian ini.

5.2

Rumusan Kajian

Kajian ini telah dijalankan ke atas 249 orang GBK sepenuh masa sekolah menengah yang bertugas di sepuluh buah daerah dalam negeri Perak. Kajian ini bertujuan untuk melihat keadaan tahap tekanan kerja, tahap kebimbangan dan tahap efikasi kendiri yang dialami oleh GBK sepenuh masa di sekolah menengah yang bertugas dalam negeri Perak. Selain itu, kajian ini juga adalah untuk mengetahui apakah terdapat hubungan antara tekanan kerja dengan kebimbangan, tekanan kerja dengan efikasi kendiri dan hubungan antara kebimbangan dengan efikasi kendiri. Malahan

kajian ini bertujuan melihat adakah terdapatnya perbezaan antara unsur-unsur jantina dan tempoh pengalaman kerja ke atas ketiga-tiga pembolehubah kajian ini iaitu tekanan kerja, kebimbangan dan efikasi kendiri.

Sehubungan itu, alat kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yang mempunyai 4 bahagian iaitu bahagian A untuk melihat faktor demografi manakala, bahagian B pula untuk mengukur tahap tekanan kerja. Di samping itu bahagian C adalah untuk mengukur tahap kebimbangan dan bahagian D untuk mengukur tahap efikasi kendiri dalam kalangan GBK sepenuh masa di sekolah menengah negeri Perak. Keempat-empat soal selidik ini digunakan untuk menjawab persoalan kajian yang telah dibina dan juga sebagai alat pengujian hipotesis nul yang telah dibentuk. Secara keseluruhannya, data telah dikumpulkan melalui

borang soal selidik dan telah menggunakan 3 cara analisa iaitu: 5.2.1 5.2.2 5.2.3 Deskriptif ( min dan peratus ) Ujian-t Ujian Korelasi Pearson

You might also like