You are on page 1of 23

Bab 7: Pendidikan dan Hubungan Etnik

Bab 7: Pendidikan dan Hubungan Etnik

Selepas mempelajari bab ini, pelajar akan dapat: Menjelaskan sistem pendidikan semasa penjajahan British Menerangkan usaha-usaha untuk menyeragamkan pelbagai sistem persekolahan yang wujud Membincangkan peranan pendidikan dalam perhubungan etnik

7.1 7.2 7.3 7.4 7.5 7.6 7.7 7.8

Mukadimah Sistem Pendidikan pada Zaman Penjajahan British Usaha Menyeragamkan Sistem Pendidikan Dasar Pelajaran Kebangsaan Sistem Pendidikan Masa Kini Program Pembangunan Modal Insan Program MBMMBI Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

RUJUKAN

Bab 7: Pendidikan dan Hubungan Etnik 7.1 Mukadimah Bab ini membincangkan perkembagan sistem pendidikan pada zaman penjajahan British hingga hari ini. Dasar pecah dan perintah yang diamalkan dalam sistem pendidikan ditinjau dan kesannya hingga hari. Tumpuan ialah usaha-usaha kerajaaan menggubal sistem pendidikan yang dapat mengeratkan hubungan etinik.

7.2 Sistem Pendidikan pada Zaman Penjajahan British Zaman pemerintahan British memberi kesan kepada sistem pendidikan di Tanah Melayu. Pihak penjajah menggunakan sistem pendidikan sebagai suatu mekanisme untuk memperkukuhkan dasar kolonialimse dan imperialisme di negara ini. Dasar pecah dan perintah diteruskan dalam sistem pendidikan dengan pembentukan dan mengglakkan sekolah vernakular. Apakah dimaksudkan dengan vernakular? Vernakular dipinjam daripada perkataan Bahasa Inggeris vernacular yang bermakna bahasa ibunda atau bahasa yang ditutur oleh sekelompok manusia. Terdapat pelbagai jenis sekolah yang dikhusukan mengikut kumpulan etnik dan masingmasing dibiarkan menggunakan kurikulum yang dipilih sendiri. Bahasa pengantar disetiap jenis sekolah berbaza mengikut kumpulan etnik masing-masing. Secara lazimnya, etnik Melayu menghadiri sekolah agama atau sekolah vernakular Melayu, manakala etnik Cina menghadiri sekolah vernakular Cina dan etnik India menghadiri sekolah vernakular Tamil. Matlamat utama pihak penjajah menubuhkan sekolah-sekolah ini adalah untuk mengurangkan kadar buta huruf dalam kalangan rakyat. PENDIDIKAN UNTUK ORANG MELAYU Pada peringkat awal, pendidikan orang Melayu lebih bertumpu kepada pendidikan agama. Kelas biasanya diadakan di rumah, surau madrasah dan masjid. Tumpuan ialah kepadda mengaji Al-Quran dan kebanyakan guru mengajar secara sambilan, kadangkala hanya di sebelah malam kerana mungkin guru itu seorang petani atau nelayan. Murid-murid hanya dikenakan bayaran untuk guru membeli minyak tanah yang digunakan pada lampu pelita semasa pelajaran dijalankan. Murid-murid pula perlu memebri bantuan kepada gru dengan mengangkat air, mencari kayu api atau membuat kerja di sawah padi (Khoo Kay Kim, 1980). Kemunculan Institusi Pondok Para ulama yang mahir dalam pengajian Islam membawa kepada kemunculan sistem persekolahan pondok. Pondok membawa pengertian rumah tumpangan atau tempat penginap para pengembara. Ia merupakan rumah-rumah kecil yang didirikan sebagai tempat tinggal pelajar, berhampiran surau atau madrasah dan rumah tuan guru di sebuah

Sekolah Pondok

Bab 7: Pendidikan dan Hubungan Etnik kawasan khas. Para pelajar di sekolah pondok terdiri daripada mereka yang buta huruf dan yang boleh membaca dan lingkungan umur mereka daripada kanak-kanak hingga dewasa. Mata pelajran yang diajar di sekolah-sekolah pondok biasanya ialah tauhid, tafsir, fiqh, hadis, tasawuf dan akhlak. Sesetengah institusi pondok mendedahkan pelajar mereka kepada imlu perubatan tradisional yang menggunakan akar-akar tumbuhan. Kehadiran tidak ditekankan kerana ramai pelajar bekerja sebagai petani dan nelayan. Bagaimana pun, mereka sangat menghormati guru-guru mereka dan sungguh ingin belajar (Khoo Kay Kim, 1980, h: 7). Tujuan institusi pondok ialah untuk melahirkan pelajara yang tahu akan hukum dan kehendak agama, mempunyai akhlak yang mulia sesuai dengan pandangan masyarakat. Antara sekolah pondok ketika itu ialah: o o o o Sekolah Pondok di Titi Gajah Sekolah Pondok di Alor Setar Sekolah Pondok di Anak Bukit Sekolah Pondok diYan

Sekolah Agama Jenis Madrasah Sekolah-sekolah agama ini secara lazimnya mempunyai sukatan pelajaran dan waktu persekolahan yang lebih sistematik berbanding dengan sekolah pondok. Matlamat penubuhan sekolah-sekolah agama ini adalah untuk melahirkan insan yang bermoral tinggi dan memiliki ilmu keagamaan. Telah timbul kesedaran bahawa pelajaran y ang hanya bertumpu kepada agama sahaja tidaklah mencukupi. Orang Melayu ketinggalan berbanding dengan etnik lain kerana tidak memiliki kemahiran yang diperlukan oleh dunia pekerjaan. Antara sekolah agama madrasah ialah:
o o o o o o o o Madrasah Al-Iqbal di Singapura Madrasah Al-Hadi di Melaka Madrasah Al-Masyhur di Pulau Pinang Madrasah Al-Alawiyyah di Perlis Madrasah Hamidiyah di Keadah Madrasah Idrisiah di Perak Madrasah Al-Attas di Johor Madrasah Al-Attas di Pahang

Sekolah Madrasah

Pendidikan madrasah telah mencetuskan pembaharuan dalam masyarakat Melayu.Sistem pendidikan ini telah mendapat sokongan daripada sultan-sultan. Idea dan pemikiran yang lebih meluas untuk membangunkan bangsa Melayu dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Melahirkan golongan pemikir dan pejuang dalam usaha untuk membebaskan Tanah Melayu dari belenggu penjajahan.

Bab 7: Pendidikan dan Hubungan Etnik

a) Apakah yang dimaksudkan dengan sekolah vernakular? b) Terangkan secara ringkas sekolah pondok c) Bincangkan secara ringkas kemunculan sekolah madrasah.

Sekolah Melayu Pada abad ke 19, kerajaan British telah mula memberi perhatian terhadap pendidikan untuk orang Melayu. Pada tahun 1856, Gabenbor negeri Selat, Blundell dengan bantuan kewangan daripada DYMM Temenggung Johor telah menubuhkan dua buah sekolah Melayu di Singapura. Selepas itu, pada tahun 1858 hingga 1863, beberapa buah sekolah Melayu didirikan di Pulau Pinang dan Melaka. Mata pelajaran-mata pelajaran yang biasa diajar bacaan, mengarang, ejaan, menulis, ilmu hisab, latihan jasmani dan iIlmu alam. Pejabat Pelajaran di Tanah Melayu telah mengeluarkan buku panduan bertajuk A Guide To Careers In Malaya For Parents, Teachers and Pupils (Panduan Kerjaya di Malaya untuk Ibu Bapa, Guru dan Murid). Buku tersebut mengandungi analisis senarai kerja yang terdapat di dalam perkhidmatan kerajaan bagi menggalakan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah Melayu. Bagaimana pun, perkembangan sekolah Melayu agak perlahan. Di Kelantan, sekolah Melayu pertama dibangunkan pada tahun 1903 dan di Terengganu pada tahun 1915. Pada tahun 1907, terdapat 232 buah sekolah Melayu untuk murid-murid lelaki dan 34 buah sekolah untuk murid-murid perempuan (Awang Had Salleh, 1974) Pada tahun 1914, terdapat 68 sekolah Melayu di Johor dan ini kerana Sultan Johor mempunyai hubungan yang rapat dengan Sekolah Melayu penjajah British. Adalah jelas menunjukkan bagi negeri-negeri yang majoritinya orang Melayu, kerajaan British tidak berminat untuk membangunkan sistem persekolahan. Namun begitu, terdapat juga halangan untuk orang Melayu untuk mendaftar anak mereka di sekolah Melayu kerana terdapat pendapat yang mengaitkannya dengan pendidikan sekular. Pada ketika itu, orang Melayu lebih cenderung menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan pendidikan agama. Kegagalan mendapat sokongan daripada orang Melayu telah membawa A.M. Skinner, Timbalan Majistret Province Wellesey, untuk mengemukakan konsep persekolahan dua sesi (pagi dan petang) pada tahun 1872 untuk menarik minat masyarakat Melayu terhadap pendidikan. Pada sesi pagi, murid-murid mempelajari mata pelajaran Bahasa Melayu, Ilmu Hisab, Ilmu Alam dan mata pelajaran vokasional. Pada sesi petang pula, murid-murid mempelajari Bahasa Arab dan Ilmu al-Quran. Rancangan dua sesi ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Ekoran daripada sokongan yang hebat ini, negeri Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan telah mewujudkan undang-undang bagi

Bab 7: Pendidikan dan Hubungan Etnik memastikan ibu bapa yang mempunyai anak pada umur persekolahan (iaitu 7 hingga 12 tahun) mesti menghantar anak mereka ke sekolah. Dari segi prasarana, sekolah-sekolah Melayu adalah begitu daif dan buruk. Guru-gurunya juga tidak terlatih dan gaji mereka juga rendah. Mereka terpaksa mengajar beberapa darjah dalam suatu masa dalam sebuah sekolah yang hanya mempunyai sebuah bilik darjah. Tujuan utama Sekolah Melayu ialah untuk memberi pendidikan asas supaya anak-anak penduduk tempatan dapat menjadi petani, nelayan atau pekerja bawahan yang tidak terpisah dengan alam sekeliling mereka. Kurikulum dan pengajaran di sekolah vernakular Melayu berkisar kepada kemahiran, membaca, menulis, mengira, mengarang di samping dimasukkan juga sedikit tentang Ilmu Alam, Ilmu Hisab dan Latihan Jasmani. Kurikulum ini adalah untuk memberi orientasi agar anak-anak Melayu dapat meneruskan kerjaya warisan ibu bapa mereka sebagai pekebun, petani, pesawah, nelayan dan sebagainya serta kekal berada di desa atau di kampung-kampung. Kalau pun sebagai pekerja makan gaji, mereka adalah sebagai pekerja bawahan sahaja seperti pemandu atau pekerja am (Malik Munip, 1980). Masalah kekurangan guru merupakan faktor utama di sebalik ketiadaan sekolah menengah Melayu pada waktu itu. Masalah ini sungguh rumit sehingga kerajaan British menubuhkan dua buah maktab perguruan, iaitu Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim pada tahun 1922 bagi guru lelaki dan Maktab Perguruan Perempuan Melayu di Melaka pada tahun 1935 bagi melatih guru-guru perempuan. .

Sekolah Inggeris Sekolah Inggeris hanya terdapat di kawasan bandar dan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Sekolah Inggeris pertama yang ditubuhkan di Tanah Melayu ialah Penang Free School pada 1816. Guru-gurunya terdiri daripada paderi yang berpendidikan Eropah. Sekolah Inggeris adalah untuk semua kaum dan ibu bapa yang berkemampuan dikehendaki membayar yuran sekolah dengan kadar berpatutan. Murid belajar membaca dan menulis Bahasa Inggeris dan mempelajari Ilmu Kira-Kira dan murid Melayu diajar Bahasa Melayu.

Sekolah Inggeris

Pada tahun 1826, Melaka Free Schol ditubuhkan serta disusuli dengan penubuhan Victoria Insitute pada tahun 1893, Sekolah King Edward VII di Taiping pada tahun 1906. Pada awal kurun ke-20, semua Free School telah diambil alih oleh kerajaan. Sekolah Inggeris ditubuh oleh kerajaan dan mubaligh kristian. Lebih ramai pelajar di sekolah Inggeris terdiri daripada murid Cina dan India berbanding dengan murid Melayu yang digalakkan menghadiri sekolah Melayu. Corak kurikulum dan pengajaran di sekolah ini lebih berorientasikan ketuanan Inggeris daripada semua aspek termasuk nilai dan pemikiran yang ditanamkan kepada muridmurid. Sebagai contoh, nilai yang cuba diterapkan ialah perasaan bangga terhadap keagungan pemerintah Inggeris. Inggeris adalah sebagai kuasa besar berbanding dengan kuasa-kuasa lain yang ada. Selain itu empayar serta jajahan takluknya adalah luas dan istimewa.

Bab 7: Pendidikan dan Hubungan Etnik Kurikulum, buku-buku teks, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan adalah daripada Britain. Kurikulum sekolah Inggeris lebih mementingkan akademik. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sekolah Inggeris menggunakan sepenuhnya bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Guru-guru yang terlibat ialah guru yang dididik daripada sekolah Inggeris. Pengajaran di sekolah Inggeris melibatkan mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah Eropah, Ilmu Alam, Sains, Sastera Inggeris, Pendidikan Jasmani dan Lukisan. Kurikulum dan pengajaran lebih kepada persediaan untuk peperiksaan Cambridge Overseas School Certificate. Pendidikan berlandaskan sukatan pelajaran Inggeris telah diperkenalkan di kalangan anak bangsawan Melayu pada tahun 1905 dengan penubuhan Maktab Melayu Kuala Kangsar (MMKK). Kewujudan yang mengamalkan dua sukatan pelajaran ini (iaitu sukatan pelajaran Inggeris dan Melayu) telah mengasingkan golongan Melayu atasan daripada golongan Melayu biasa dan memberi mereka peluang untuk berkhidmat dalam kerajaan Inggeris (Loh, 1974). Ini telah menyebabkan golongan Melayu jauh ketinggalan bukan sahaja berbanding dengan etnik lain, tetapi juga sesama etnik sendiri. Di samping itu, Sekolah King Edward VII di Taiping, Perak dan Clifford School di Kuala Lipis, Pahang juga merupakan sekolah Inggeris yang ternama di Tanah Melayu.

a) Nyatakan tujuan penjajah British menubuhkan sekolah Melayu. b) Mengapakah orang Melayu enggan menghantar anak mereka ke sekolah Melayu? c) Terangkan tindakan yang diambil untuk mengglakkan orang Melayu menghantar anak mereka ke sekolah Melayu.

Sekolah Vernakular Cina Sekolah vernakular Cina ditubuhkan pada tahun 1815 oleh sebuah kumpulan pendakwah daripada Persatuan Pendakwah London. Di samping itu, beberapa sekolah Cina juga dibuka secara perseorangan. Sekolah Cina menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar, manakala guruguru dan buku teks diimport dari negara China. Sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil bermatlamat untuk memastikan pengekalan warisan budaya, tradisi dan bahasa. Antara sekolah vernakular Cina yang ternama ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Hua Lian di Tanjung, Perak dan Sekolah Jenis Kebangsaan(C) Chung Hwa di Kota Bharu, Kelantan.

Sekolah Cina

Berbanding dengan sekolah-sekolah Melayu, situasi sekolah-sekolah Cina agak berbeza kerana ia dibiayai oleh masyarakat Cina yang terdiri daripada golongan peniaga dan ini membolehkan sekolah-sekolah Cina berkembang pesat sehingga ke peringkat sekolah

Bab 7: Pendidikan dan Hubungan Etnik menengah. Tambahan lagi, sekolah-sekolah Cina diberi pilihan sama ada untuk menerima bantuan dari negara China atau kerajaan tempatan pada permulaan tahun 1920an. Kurikulumnya adalah meliputi ajaran-ajaran klasik Cina, opera, tulisan dan kebudayaan. Ajaran Confucius ialah yang banyak diajarkan. Oleh kerana tanah besar Cina adalah luas dan mempunyai pelbagai daerah dengan cara hidup serta kebudayaan rakyat yang pelbagai, maka sekolah Cina yang terdapat di Tanah Melayu pun turut pelbagai dari segi corak serta bentuknya apa lagi isi kandungan pelajaran yang diajar. Pengajaran adalah secara menghafal, mengira dan menulis. Tenaga pengajar, isi pelajaran dan bahan-bahan pengajaran dibawa masuk dari tanah besar Cina. Pihak Inggeris terus mengambil sikap yang longgar terhadap sekolah Cina. Walau bagaimanapun pada tahun 1929, peraturan yang lebih ketat dikenakan ke atas sekolah-sekolah Cina oleh Gabenor Cecil Clementi. Perlantikan guru-guru tidak boleh lagi dari tanah besar Cina. Sebaliknya perlantikan guru-guru perlu daripada kalangan penduduk tempatan sahaja iaitu mereka yang dilahirkan di Tanah Melayu atau yang mendapat pendidikan Inggeris. Pindaan pada enakmen juga telah dibuat bagi memberi kuasa kepada pengarah pelajaran agar dapat mengambil tindakan kepada seseorang guru yang didapati menentang dasar kerajaan. Begitu juga dengan kurikulum dan buku-buku teksnya. Kesemuanya tidak boleh lagi berorientasikan tanah besar Cina, sebaliknya perlu bercorak tempatan yang bercirikan Inggeris. Walau bagaimanapun peraturan tersebut tidak banyak memberi kesan, sebaliknya mendapat banyak tentangan daripada masyarakat keturunan Cina. Sekolah Cina tidak banyak berubah daripada tahun-tahun sebelumnya iaitu masih berkiblatkan negara asal; masih menumpukan taat setia kepada budaya serta adat resam negara asal mereka melalui kurikulum, buku-buku, bahan-bahan bacaan dan guru yang dibawa masuk dari negara Cina.

a) Siapakah mengendalikan penubuhan sekolah Cina? b) Bicangkan kurikulum yang digunakan di sekolah Cina.

Sekolah Vernakular Tamil Pemerintah Inggeris di Tanah Melayu pada awalnya tidak berminat menyediakan pendidikan kepada masyarakat India kerana pada tanggapan mereka, kehadiran masyarakat India di Tanah Melayu adalah sementara sahaja. Walau bagaimanapun apabila Kod Buruh dikuatkuasakan bagi tujuan rnembasmi buta huruf, hal-hal berkaitan pendidikan orang India telah ditegaskan. Inggeris mengarahkan agar tuan-tuan punya estet mendirikan sekolah Tamil untuk anak-anak pekerja yang majoritinya datang dari India. Sekiranya

Sekolah Tamil

Bab 7: Pendidikan dan Hubungan Etnik terdapat sepuluh orang atau lebih kanak-kanak dalam lingkungan umur persekolahan, pihak estet wajib menyediakan sekolah dan guru untuk kanak-kanak tersebut. Justeru itu banyak sekolah vernakular Tamil dibuka. Secara umumnya corak sekolah vernakular Tamil adalah seperti sekolah vernakular Cina, iaitu berorientasikan negara asal. Selain untuk menyelesaikan masalah buta huruf, kurikulum di sekolah Tamil adalah berkisar kepada unsur-unsur kerohanian dan kebudayaan Hindu serta bahasa pertuturan. Bahan-bahan pengajaran adalah dibawa masuk dari India. Orang India di Tanah Melayu pada masa itu kebanyakannya masih menumpukan taat setia mereka kepada negara asal. Sebagai contoh, pergolakan politik yang berlaku di India pada ketika itu, juga dirasai kesannya di Tanah Melayu. Justeru elemen dalam kurikulum dan pengajaran banyak dipengaruhi oleh perkara tersebut. Sikap kebanyakan ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak adalah di tahap yang rendah. Justeru ramai kanak-kanak yang tidak bersekolah atau tidak hadir ke sekolah untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Dari sudut pengajaran, pada mulanya bahasa Tamil digunakan sebagai bahasa pengantar. Walau bagaimanapun perkembangan sekolah Tamil tidak maju disebabkan faktor bahasa pengantar. Orang India yang datang ke Tanah Melayu dari pelbagai daerah di India dengan bahasa pertuturan yang pelbagai. Justeru pengajaran telah dikendalikan dalam pelbagai bahasa, iaitu sama ada menggunakan bahasa Tamil, Malayalam, Telegu, Punjabi atau Hindi. Guru-guru pula diberi gaji yang rendah. Terdapat guru-guru kurang bertauliah seperti kerani ladang, penyelia, pembantu perubatan dan pekerja sendiri yang ditugaskan untuk mengajar di sekolah Tamil. Keadaan tersebut adalah kurang memuaskan.

a) Nyatakan tujuan penjajah British menubuhkan sekolah Tamil. b) Jelaskan kurikulum yang digunakan di sekolah Tami. c) Terangkan sikap orang India terhadap menghantar anak mereka ke sekolah Tamil.

7.3 Usaha Menyeragamkan Sistem Persekolah Selepas Merdeka

LAPORAN CHEESEMAN (1946) Selepas Perang Dunia Kedua tamat iaitu pada 1946, pentadbiran Inggeris telah menubuhkan satu jawatankuasa dikenal sebagai Jawatankuasa Cheeseman. Setelah membuat kajian, jawatankuasa ini telah mengeluarkan laporan dikenal sebagai Laporan Cheeseman. Berikut ialah antara cadangan oleh laporan berkenaan:

Bab 7: Pendidikan dan Hubungan Etnik Pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris diberi kepada semua murid di sekolah rendah. Pelajaran vokasional seperti dalam Laporan Pelajaran 1938 dilaksana dengan sepenuhnya.

Jawatankuasa Cheeseman mengemukakan cadangan tersebut dengan harapan untuk melatih penduduk tempatan sebagai pekerja yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris bagi membangunkan infrastruktur seperti jalanraya dan landasan keretapi yang telah mengalami kerosakan akibat Perang Dunia Kedua. Walau bagaimanapun, atas beberapa alasan yang tertentu cadangan berkaitan kurikulum dan pengajaran dalam Laporan Cheeseman tidak dapat dilaksanakan. LAPORAN BARNES (1949) Pada tahun 1949 satu lagi jawatankuasa telah ditubuhkan selepas itu diketuai oleh L.J Barnes. Jawatankuasa ini mendapati tahap pelajaran kanak-kanak Melayu adalah amat rendah dan seluruh sistem pendidikan perlu dirombak. Antara puncanya ialah kemudahan di sekolahsekolah Melayu yang kurang dan tidak berkualiti. Seterusnya, faktor peluang yang sangat terhad untuk kanak-kanak Melayu mendapat pendidikan lanjutan. Hanya segelintir murid Melayu yang dapat meneruskan pelajarannya ke peringkat menengah melalui Special Malay Class di sekolah-sekolah Inggeris. Laporan Barnes telah mengemukakan cadangan berikut:. Pengajaran di sekolah rendah dilakukan mengguna bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Sekolah adalah terbuka kepada kanak-kanak daripada semua kaum secara percuma. Bahasa Cina dan bahasa Tamil diajar kepada murid-murid sebagai suatu mata pelajaran. Hanya bahasa Inggeris digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah. Mata pelajaran Sains, Seni Perusahaan dan Sains Rumahtangga diajarkan kepada murid-murid. Sekolah-sekolah vokasional yang moden dicadang supaya dibina untuk pelajaran vokasional. Walaupun pelaksanaan kurikulum adalah bertujuan untuk perpaduan kaum, namun cadangan yang terdapat dalam Laporan Barnes tidak dapat dilaksanakan kerana dianggap lebih memihak kepada orang Melayu. LAPORAN FENN-WU (1951) Sehubungan itu pada tahun 1951 satu jawatankuasa lain yang diketuai oleh W.P Fenn dan T.Y. Wu telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini telah membuat kajian dan mengeluarkan laporannya pada 1951 dikenal sebagai Laporan Fenn-Wu. Berikut adalah antara cadangan yang terdapat dalam laporan jawatankuasa tersebut. Penggunaan bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Cina dalam pelaksanaan kurikulum dan pengajaran. Mata pelajaran Bahasa Cina dan bahasa Tamil diteruskan dan pengajarannya diperbaiki.

Bab 7: Pendidikan dan Hubungan Etnik Buku teks dari luar Tanah Melyu perlu disemak dan perlu dimasukkan unsur-unsur tempatan. Institusi atau kolej bagi melatih guru untuk sekolah Cina adalah diperlukan bagi menampung kekurangan guru terlatih. Bantuan kewangan daripada kerajaan perlu ditambah untuk sekolah-sekolah Cina.

Cadangan daripada Laporan Fenn-Wu juga tidak dapat dilaksanakan. Sehubungan itu dikaji semula kesemua cadangan-cadangan daripada Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu oleh suatu Jawatankuasa Khas yang dibentuk. Daripada lapporan Jawatankuasa Khas tersebut akhirnya Ordinan Pelajaran 1952 diwartakan. Ordinan Pelajaran 1952 juga tidak dapat dilaksanakan. KESIMPULAN - Namun demikian, warisan pendidikan yang ditinggalkan oleh pihak British juga bermasalah. Sistem persekolahan yang tidak seragam dan tidak serata telah membawa kepada segregasi mengikut etnik. Akibatnya, setiap kumpulan etnik telah memiliki perasaan syak wasangka terhadap etnik lain semenjak zaman persekolahan lagi. Di samping itu, wujud juga perasaan tidak adil antara etnik kerana golongan yang berada mendapat peluang pendidikan yang lebih baik dan bertaraf antarabangsa (iaitu sekolah Inggeris) berbanding dengan golongan yang kurang mampu. Juga, terdapat perbezaan dalam sesuatu kumpulan etnik apabila mereka yang berada mendapat peluang pendidikan yang lebih baik.

a) b) c) d)

Nyatakan cadangan Laporan Cheeseman. Apakah cadangan Laporan Barnes? Mengapakah etnik Cina membantah cadangan Laporan Barnes? Apakah cadangan Laporan Fenn-Wu?

7.4 Dasar Pelajaran Kebangsaan Selepas Merdeka

PENYATA RAZAK (1956) Selepas meraih kemerdekaan, kerajaan Tanah Melayu berkeputusan untuk merombak sistem pendidikan kebangsaan supaya selaras dengan mencipta identitinya sendiri. Dengan itu, kerajaan telah menubuhkan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak Hussein selaku Menteri Pelajaran Malaysia. Hasilnya ialah Penyata Razak (1956) yang bertujuan menangani masalah-masalah yang dihadapi oleh sistem pendidikan negara. Jawatankuasa ini Tun Abdul Razak Hussein, Menteri Pelajaran

Bab 7: Pendidikan dan Hubungan Etnik

Tugas utama jawatankuasa ini ialah untuk: Membentuk sistem pendidikan kebangsaan yang bersesuaian dengan matlamat untuk menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada berbilang kumpulan etnik; Memberi bahasa Melayu pengiktirafan sebagai bahasa rasmi persekutuan; Menjaga perkembangan bahasa dan kebudayaan semua kumpulan etnik Mengkaji semula Ordinan Pelajaran 1952 dan membuat pindaan yang sewajarnya.

Berikut merupakan petikan daripada salah satu laporan jawatankuasa ini:


Tujuan akhir dasar pendidikan ini ialah untuk menyatukan budakbudak daripada berlainan bangsa ini di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Walau bagaimanapun kemajuan ke arah ini hendaklah dilaksanakan dengan berperingkat-peringkat dan tidak boleh dipaksa secara mendadak.

Laporan Jawatankuasa - 1955

Penyata Razak mengemukakan 17 cadangan dengan mengambil kira matlamat akhirnya membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia.

1. Antara cadangan itu termasuklah: Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan pelajara yang sama. 2. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama. 3. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan menengah. 4. Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil menjadi bahasa pengantar. 5. Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. 6. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum. 7. Guru-guru sekolah rendah dan menengah hendaklah berkelayakan. 8. Sistem pendidikan sekolah menengah terbahagi kepada Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah

Penyata Razak - 1956

Bab 7: Pendidikan dan Hubungan Etnik Atas (SMA) dan prauniversiti. 9. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan. Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi persekutuan dan bahasa pengantar di sekolah Melayu. Namun demikian, penggunaan bahasa Inggeris, bahasa Mandarin dan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar dikekalkan di sekolah-sekolah vernakular. Penyata Razak juga menyarankan supaya bahasa Melayu dan bahasa Inggeris menjadi mata pelajaran wajib di sekolah rendah dan sekolah menengah. Selain itu, jawatankuasa ini juga menyarankan supaya sukatan pelajaran umum diperkenalkan supaya pendidikan di sekolah dapat diseragamkan. Ini bermaksud bahawa amalan dahulu di mana bahan pembelajaran daripada negara Cina dan India (sepertimana yang diamalkan oleh sekolah vernakular) juga perlu dihentikan. Sehubungan dengan ini, penubuhan satu jenis sekolah yang terbuka kepada semua kumpulan etnik telah diperkenalkan untuk menyatupadukan rakyat dari usia yang muda lagi. Sekolah sebegini dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan atau Sekolah Menengah Kebangsaan manakala sekolah vernakular pula dikenali sebagai Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan. Di samping itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (Melayu) turut diperkenalkan untuk memberi etnik Melayu peluang untuk mengembangkan pendidikan mereka. Sepertimana dijelaskan di atas, sekolah-sekolah agama dan sekolah vernakular Melayu yang ditubuhkan semasa zaman British hanya memberi peruntukan pendidikan sehingga sekolah rendah sahaja, berbanding dengan etnik lain yang mempunyai sekolah menengah sendiri. Penubuhan sekolah menengah Melayu telah memberi kanak-kanak Melayu peluang untuk mendapat pendidikan pada peringkat menengah dalam bahasa ibundanya sendiri. Sekolah kebangsaan Melayu ini tidak mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan murid-murid dari etnik lain. Oleh demikian, masih wujud pengkhususan mengikut etnik di peringkat sekolah walaupun ia mungkin tidak seteruk pengelasan yang dialami ketika zaman penjajahan British. Dengan itu, sebuah lagi jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menangani masalah ini, iaitu Laporan Rahman Talib pada tahun 1960.

a) Apakah matlamat jawatankuasa Penyata Razak? b) Bincangkan cadangan Penyata Razak dalam penggubalan dasar pendidikan kebangsaan.

Bab 7: Pendidikan dan Hubungan Etnik

Laporan Rahman Talib (1960) Jawatankuasa ini telah ditubuhkan untuk mengkaji semula saranan yang dikemukakan oleh Penyata Razak. Ia dipengerusi oleh Dato Abdul Rahman Talib, selaku Menteri Pendidikan pada waktu itu. Jawatankuasa ini mencadangkan supaya pendidikan berteraskan 3M (membaca, menulis dan mengira) diberi penekanan di semua peringkat sekolah. Ia juga meneruskan penekanan yang diberi oleh Penyata Razak terhadap kepentingan bahasa Melayu dalam menyatupadukan rakyat dan menyarankan supaya bahasa ini digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah dan juga universiti. Menteri Pelajaran Malaysia (1960-1962), Dato Abdul Rahman Talib. Selain itu, ia juga mencadangkan supaya umur di mana seorang kanak-kanak akan menamatkan persekolahan dinaikkan dari 12 tahun ke 15 tahun. Di samping itu, sistem dua aliran (iaitu akademik atau vokasional) turut diperkenalkan. Perwujudan sekolah teknik dan vokasional telah memberi peluang kepada murid-murid untuk mempelajari kemahiran teknikal sementara bersedia untuk menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pada penghujung sekolah menengah.

Sekolah Pertukangan

Sekolah Menengah Teknik

Maktab Teknik / Universiti

Rajah di atas menunjukkan laluan pendidikan formal yang mungkin diambil oleh seorang murid yang memilih aliran vokasional. Rajah ini menunjukkan bahawa selepas mengikuti aliran vokasional di sekolah rendah, seseorang pelajar kemudiannya berpeluang untuk mempelajari penkhususan yang diminati di peringkat pengajian tinggi, iaitu sama ada di maktab teknik atau universiti. Saranan yang dipertengahkan melalui Laporan Rahman Talib kemudiannya digubal semula sebagai Akta Pendidikan 1961.

Jawatankuasa Kabinet 1979


Pada tahun 1979 pula, sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Kabinet untuk Mengkaji Dasar Pelajaran telah ditubuhkan. Ia dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran pada waktu itu, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tujuan Jawatankuasa ini ialah untuk: Mengkaji semula matlamat dan berkesannya sistem pelajaran sekarang, termasuk kurikulumnya, dalam rangka dasar palajaran yang wujud, dengan tujuan untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangkapanjang, dan lebih-lebih lagi untuk memastikan

Bab 7: Pendidikan dan Hubungan Etnik bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih. Fungsi jawatankuasa tersebut adalah untuk:

Mengkaji semula objektif dan keberkesanan sistem pendidikan yang sedang digunakan untuk memastikan bahawa keperluan tenaga manusia negara dipenuhi dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang; Memastikan bahawa sistem pendidikan memenuhi matlamat negara untuk melahirkan masyarakat yang bersatu, berdisiplin dan terlatih; Menekankan pendidikan asas iaitu membaca, menulis dan mengira (3M); Menggubal pendidikan ala Malaysia dengan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa pengantar utama; Mengkaji semula kursus bahasa Melayu yang ditawarkan kepada guru-guru dalam perkhidmatan serta penilaian terhadap keupayaan mereka; dan Menjamin kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

Mengikut Laporan Kabinet pada tahun 1979 bagi peringkat sekolah rendah iaitu kurikulum, kemahiran adalah tertumpu kepada bidang komunikasi, alam sekitar, perkembangan diri yang menekankan aspek 3M dan perkembangan bakat, membantu murid yang lemah serta mengadakan program pengayaan, pengajaran pemulihan diperbaiki lagi dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah dicadangkan. Bagi peringkat sekolah menengah pula, sistem baru bagi pelajaran vokasional, jurusan perdagangan dipertingkatkan, penekanan terhadap mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa, penekanan kepada aktiviti ko-kurikulum, bimbingan dan kaunseling diwujudkan di sekolah serta Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dicadangkan.

a) Apakah yang di cadangkan dalam Laporan Rahman Talib? b) Mengapakah Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan? c) Nyatakan cadangkan Laporan Jawatankuasa Kabinet.

Bab 7: Pendidikan dan Hubungan Etnik

7.5 Sistem Pendidikan Masa Kini Sistem pendidikan Malaysia yang diadakan di Malaysia pada hari ini terdiri daripada beberapa peringkat iaitu: Peringkat Pra-Sekolah: Sekolah tadika (iaitu pra-sekolah) kemasukan kanak-kanak yang berusia empat sehingga enam tahun. Pengajian tadika diwajibkan. Sebahagian besar daripada sekolah kebangsaan mengadakan kelas pra-sekolah tetapi kemasukan ke kelas sebegini hanya terbuka kepada kanak-kanak dari keluarga yang berpendapatan rendah. Peringkat Sekolah Rendah: Pendidikan sekolah rendah bermula dari umur tujuh tahun sehingga 12 tahun. Mata pelajaran yang diwajibkan di peringkat ini ialah bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Sekolah rendah awam di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Kurikulum di kedua-dua jenis sekolah rendah adalah sama tetapi perbezaannya adalah dari segi bahasa pengantar yang digunakan. Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan manakala Sekolah Jenis Kebangsaan (sekolah vernakular) menggunakan bahasa Tamil atau bahasa Mandarin. Ujian awam pada peringkat sekolah rendah dinamakan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan pelajar yang telah mendudukinya dibenarkan melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah. Peringkat Sekolah Menengah: Pada peringkat ini, bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran kecuali mata pelajaran yang berunsurkan sains dan matematik. Ia bermula dari Tingkatan 1 berakhir dengan Tingkatan 5. Para pelajar akan menduduki ujian awam peringkat menengah rendah yang dinamakan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Keputusan peperiksaan mereka akan menentukan sama ada mereka memasuki aliran Sains atau aliran Sastera pada tahun berikutnya iaitu Tingkatan 4. Para pelajar dapat juga memilih untuk memasuki sekolah teknik untuk menjalani pengkhususan vokasional. Peringkat Sekolah Menengah Atas: Pada peringkat menengah atas iaitu akhir Tingkatan 5, para pelajar akan menamatkan pengajian di peringkat menengah dengan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pengajian Pra-Universiti: Selepas memperoleh keputusan SPM, pelajar-pelajar dapat membuat pilihan sama ada untuk meneruskan pengajian dalam Tingkatan 6, matrikulasi atau diploma. Pengajian di Tingkatan 6 terdiri daripada dua tahun iaitu Tingkatan 6 Rendah dan Tingkatan 6 Atas. Pada akhir pengajian mereka, mereka akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Para pelajar juga boleh memohon untuk mengikuti program matrikulasi. Program ini mempunyai kuota sebanyak 90% untuk etnik Bumiputera. Di samping itu, para pelajar juga dapat memilih untuk menduduki peperiksaan A-Levels atau diploma, sama ada di kolej persendirian atau universiti persendirian. Kelayakan seperti A-Levels dan STPM akan digunakan untuk memohon tempat di universiti.

Bab 7: Pendidikan dan Hubungan Etnik

Pengajian Tinggi: Untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi (tertiary education), para pelajar akan menggunakan kelayakan yang diperoleh di peringkat yang sebelum ini. Kelayakan STPM, matrikulasi dan diploma boleh digunakan untuk memohon tempat di universiti awam. Secara lazimnya, kelayakan A-Levels hanya boleh digunakan untuk memohon ke universiti persendirian. Kelayakan STPM juga diiktiraf oleh universiti luar negara.

Upacara Konvokesyen di Universiti Malaya Sekolah Wawasan Sekolah Wawasan merupakan sekolah rendah yang bermatlamat untuk membolehkan pelajar dari berbagai etnik untuk belajar bersama-sama. Konsep ini mencadangkan supaya beberapa sekolah daripada aliran yang berlainan akan ditempatkan di kawasan yang sama tetapi memiliki bangunan sendiri. Objektif konsep Sekolah Wawasan adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang mencintakan negara melalui sistem pendidikan yang seragam supaya pertembungan antara etnik berlaku secara semula jadi.

Tujuan Perwujudan Sekolah Wawasan:

Mewujudkan perpaduan di kalangan pelajarpelajar yang terdiri dari berbagai etnik, latar belakang dan aliran Melahirkan generasi yang bersifat toleransi dan mempunyai kesefahaman tinggi mengenai budaya lain bagi mewujudkan negara yang bersatu padu Menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktivitiaktiviti lain di sekolah

Bab 7: Pendidikan dan Hubungan Etnik

a) Terangkan secara ringkas sistem persekolah masa kini di Malaysia. b) Jelaskan konsep sekolah wawasan c) Pada pendapat anda, sejauh manakah konsep sekolah wawasan berjaya mengeratkan hubungan antara murid pelbagai etnik?

7.6 Program Pembangunan Modal Insan

Program Pembangunan Modal Insan diperkenalkan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan. Program Pembangunan Modal Insan dalam Sains, Teknologi dan Inovasi bertujuan untuk meningkatkan kemahiran teknikal, kreativiti serta inovasi dalam sumber manusia bagi memacu ekonomi berasaskan pengetahuan. Ia telah dibentang di peringkat universiti awam dan swasta dengan matlamat untuk menjanakan sumber manusia yang efektif sebagai aset terpenting negara. Oleh itu, golongan intelek merumuskan bahawa mahasiswamahasiswa di Malaysia adalah sasaran utama dalam menjayakan agenda ini memandangkan mereka memiliki daya pemikiran yang dinamik, progresif dan eksklusif. Kesimpulannya, mahasiswa-mahasiswa dilihat sebagai generasi pelapis yang dapat mewarisi masa depan negara suatu hari nanti dan agenda ini bertujuan untuk memanfaat dan memaksima potensi mereka dengan sepenuhnya bagi memenuhi keperluan negara. Objektif Melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem penyampaian pendidikan dan latihan supaya ianya berkualiti dan releven dengan keperluan semasa; Memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama rakyat Malaysia yang berbilang kaum bagi meningkatkan perpaduan negara Melaksana langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara sekolah luar bandar dan bandar, termasuk mempertingkatkan kualiti pengajaran, prasarana dan kemudahan serta menempatkan guru berpengalaman di sekolah luar bandar; Membangunkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan di peringkat tertiari memenuhi keperluan pasaran; Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan latihan dan pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat; Membangunkan masyarakat inovatif dan kreatif, yang mempunyai pengetahuan dan keupayaan sains dan teknologi yang kukuh serta memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan pengetahuan;

Bab 7: Pendidikan dan Hubungan Etnik Memperkukuhkan perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif progresif, budaya prestasi tinggi, sistem nilai-nilai murni serta menghargai tradisi dan warisan Memperluaskan dan memperkemaskan forum perbincangan dan perundingan antara kerajaan, sektor swasta, ibu bapa dan masyarakat dalam pembangunan modal insan.

Program merupakan misi jangka panjang kerana hasilnya tidak dapat dilihat dengan sertamerta. Melalui program ini, diharap bahawa para belia kita akan mengambil peluang keemasan ini dan berusaha dengan penuh iltizam kerana merekalah satu-satunya harapan negara kita. Peluang itu tidak patut disia-siakan dan patut dihargai.

7.7

Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) telah dilancarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2010 dengan tujuan memperkasakan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah sambil memastikan bahawa bahasa Inggeris dikuasai dan digunakan dengan fasih dan betul. Ini termasuklah menambah bilangan guru bahasa Inggeris, menambah waktu belajar bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan, memperkenalkan program sastera kontemporari kanak-kanak untuk mengukuhkan asas penguasaan bahasa Inggeris di peringkat umur yang awal, memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris, menekankan komponen tatabahasa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris dan mendedahkan pelajar dengan istilah-istilah sains dan teknologi dalam mata pelajaran bahasa Inggeris. Pihak Kementerian juga telah bersetuju untuk mewujudkan lima buah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Bahasa Inggeris khusus untuk melatih guru-guru bahasa Inggeris. Kementerian juga secara dasarnya telah bersetuju untuk menempatkan guru-guru bahasa Inggeris terbaik dan guru-guru yang akan diambil dari luar negara di kawasan luar bandar bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar luar bandar. Insentif khusus akan diberikan kepada guru-guru bahasa Inggeris yang bersedia untuk berkhidmat di luar bandar. Jawatan pembantu guru bahasa Inggeris juga akan diwujudkan bagi kelas besar, seperti kelas yang melebihi 35 orang murid, untuk meningkatkan contact-time antara guru dan murid. Dengan mewujudkan jawatan guru pembantu bahasa Inggeris ini, tumpuan yang

Bab 7: Pendidikan dan Hubungan Etnik lebih boleh diberikan kepada pelajar-pelajar yang lemah penguasaan bahasa Inggeris. Mereka ini boleh dibimbing secara lebih dekat untuk membolehkan mereka menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik. Dengan melakukan penambahbaikan secara menyeluruh dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris, disertai dengan komitmen para guru untuk menggunakan kaedah terbaik dalam usaha memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, Kerajaan menaruh keyakinan bahawa penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar kita akan meningkat. Untuk mencapai matlamat ini, warga pendidik perlu melakukan lonjakan berganda untuk menterjemahkan dasar dan strategi pengukuhan penguasaan bahasa Inggeris dalam bentuk pelaksanaan yang berkesan. Keupayaan negara untuk melahirkan modal insan yang mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan kompeten terletak di bahu warga pendidik. Pemantapan penguasaan bahasa Inggeris perlu bergerak seiring dengan pengukuhan penguasaan bahasa Malaysia. Untuk tujuan ini, Kementerian Pelajaran memberi fokus kepada penguasaan kemahiran asas Bahasa Malaysia di kalangan pelajar melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. Penekanan juga akan diberikan kepada penghayatan dan apresiasi kesusasteraan Melayu bagi pelajar di peringkat sekolah menengah. Melihat ke hadapan, dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris yang dilaksanakan oleh Kerajaan bermula pada tahun 2012 adalah satu dasar yang merupakan sebahagian daripada proses penambahbaikan berterusan dasar pendidikan di negara kita. Pihak Kementerian juga membentuk enam Jawatankuasa Kecil bagi melaksanakan dasar ini. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk memperincikan aspek latihan guru, kurikulum, penyediaan buku teks, lojistik, personel dan penerangan.

a) Adakah anda bersetuju dasar MBMMBI akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris? b) Nyatakan langkah-langkah yang diambil untuk melaksanakan dasar MBMMBI. c) Pada pendapat anda, apakah kaitan dasari MBMMBI dengan hubungan etnik?

Bab 7: Pendidikan dan Hubungan Etnik

7.8 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Keunikan sifat kepelbagaian Malaysia, etnik, agama, dan budaya sentiasa menjadi kekuatan dan cabaran terbesar dalam pelbagai perkara. Dalam keadaan dunia yang semakin berkonflik kerana kepelbagaian, maka menjadi semakin penting bagi rakyat untuk membentuk satu identiti Malaysia dan menerima kepelbagaian warisannya. Sebagai ruang yang miliki bersama untuk semua rakyat, sekolah mempunyai peluang unik sebagai tempat untuk menjalin perpaduan. Namun begitu, sehingga kini, sistem tersebut menghadapi kesukaran bagi mengukur perpaduan secara sistematik. Data terbaik sedia ada menunjukkan bahawa kepelbagaian murid dan guru di sekolah kebangsaan semakin berkurangan, walaupun masih terdapat tahap interaktiviti memuaskan merentas kumpulan etnik di dalam dan di luar bilik darjah. Perpaduan merupakan komponen penting dalam konteks sosial Malaysia yang unik dan menjadi faktor utama dalam merealisasikan masyarakat yang terdiri daripada individu seimbang dan harmoni seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, Kementerian telah mengambil pelbagai tindakan, antaranya memastikan semua kumpulan etnik diwakili dengan memuaskan dalam bahan pengajaran yang digunakan di sekolah, dan mengurus program berasaskan sekolah yang memberi tumpuan eksplisit kepada usaha memupuk perpaduan. Persoalan yang timbul, sejauh mana tahap perpaduan dapat diukur. Bahagian ini mempertimbangkan beberapa matrik yang mungkin bagi menggambarkan kedudukan sistem ini. Enrolmen dalam sistem pendidikan awam secara keseluruhan kekal mencerminkan kepelbagaian nasional. Walaupun demikian, terdapat opsyen persekolahan khusus yang mempunyai persekitaran homogen. Misalnya, murid sekolah rendah merentasi semua opsyen berada dalam persekitaran yang amat homogen. Keadaan ini menjadi cabaran yang besar untuk memberi pendedahan kepada murid tentang kepelbagaian budaya dalam masyarakat. Keadaan ini menyebabkan kesukaran untuk membina rasa hormat terhadap kepelbagaian, iaitu unsur kritikal untuk membina perpaduan. Walaupun begitu, terdapat penumpuan di sekolah menengah. Kebanyakan murid daripada pelbagai jenis sekolah rendah meneruskan pengajian di sekolah menengahSekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang sama formatnya. Namun demikian, sebahagian murid masih tidak menerima pendedahan kepada kepelbagaian, misalnya, seorang kanak-kanak yang bertukar daripada SJKC ke sekolah persendirian Cina, atau bertukar daripada SK ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). Selain itu, terdapat sebilangan kecil murid meninggalkan sistem pendidikan awam dan memasuki sekolah swasta, walau bagaimanapun

Bab 7: Pendidikan dan Hubungan Etnik trend ini semakin berkembang. Kesannya, murid tersebut akan terkeluar daripada bidang pengaruh Kementerian. Kepelbagaian sekolah dalam pendidikan di Malaysia Sistem pendidikan Malaysia terdiri daripada beberapa opsyen persekolahan pada kedua-dua peringkat, sekolah rendah dan menengah. Sekolah rendah kebangsaan. Sekolah rendah awam terdiri daripada tiga jenis utama: SK, SJKC, dan SJKT. Setiap jenis sekolah menggunakan medium utama pengajaran yang berbeza dan secara keseluruhan mencakupi hampir 99% daripada jumlah enrolmen sekolah rendah. Selain itu, terdapat pelbagai jenis sekolah yang menyediakan perkhidmatan kepada kumpulan khusus, seperti sekolah agama (Islam) dan pendidikan khas. Sekolah menengah kebangsaan. Sistem sekolah menengah awam menunjukkan penumpuan kebanyakan murid daripada pelbagai jenis sekolah rendah kepada satu format sekolah. Sekolah menengah kebangsaan (SMK) menggunakan bahasa Malaysia sebagai medium pengajaran. SMK mencakupi 88% daripada jumlah enrolmen sekolah menengah. Peratus kecil murid memilih sekolah alternatif seperti sekolah agama tetapi kadar ini semakin meningkat. Setelah tamat pendidikan menengah rendah (Tingkatan 3), murid mempunyai pilihan untuk menjurus kepada laluan alternatif, iaitu teknikal, vokasional, sukan, seni dan opsyen-opsyen lain. Sekolah swasta. Sebilangan kecil murid mendaftar di sekolah swasta tetapi bilangannya semakin bertambah. Sekolah ini beroperasi pada peringkat sekolah rendah dan menengah, termasuk sekolah swasta yang menggunakan kurikulum kebangsaan, sekolah antarabangsa, sekolah agama, dan sekolah persendirian CIna. Kini, sekolah swasta terdiri daripada 1% jumlah enrolmen sekolah rendah dan 4% daripada jumlah enrolmen sekolah menengah.

Pelbagai pilihan persekolahan mewujudkan persekitaran etnik yang homogen Sesuatu yang amat penting bagi kepelbagaian negara adalah apabila sekolah dapat menyediakan peluang bagi kanak-kanak Malaysia hidup dan belajar daripada kanak-kanak lain daripada setiap kumpulan etnik, agama, dan budaya. Satu sumber data yang dipertimbangkan bagi menentukan perpaduan pada peringkat sekolah ialah trend enrolmen di SK, SJKC, dan SJKT. Pada umumnya, terdapat tanda-tanda peningkatan stratifikasi etnik di sekolah. Lebih banyak murid India dan Cina yang mendaftar disekolah jenis kebangsaan pada hari ini berbanding dengan keadaan 10 tahun yang lalu. Kadar murid Cina yang mendaftar di SJKC meningkat daripada 92% pada tahun 2000 kepada 96% pada tahun 2011. Perubahan murid India adalah lebih dramatik, yang menunjukkan peningkatan daripada 47% kepada 56% enrolmen di SJKT. Dengan ini, 94% murid di SK kini ialah Bumiputera. Ini menunjukkan bahawa terdapat risiko pengurangan kepelbagaian dan percampuran antara kumpulan etnik merentas semua jenis sekolah, yang seterusnya mengurangkan keupayaan sekolah untuk memupuk perpaduan dengan berkesan melalui interaksi antara etnik (Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025. 2012. h: 3-21).

Bab 7: Pendidikan dan Hubungan Etnik

Kepelbagaian Guru di Sekolah Sebagai pemimpin di bilik darjah, guru menyediakan contoh yang baik untuk murid mereka, dan sering menjadi suri teladan bagi yang muda. Suri teladan daripada kumpulan etnik yang berbeza amat penting bagi murid, supaya benar-benar dapat menggambarkan kepelbagaian populasi, dan merapatkan jurang perbezaan antara etnik. Walau bagaimanapun, populasi guru di SK semakin kurang pelbagai dan kurang mewakili populasi nasional. Pada tahun 2001, 78% guru di semua sekolah kebangsaan ialah Bumiputera, dan bilangan ini meningkat kepada 81% pada tahun 2011. Walaupun populasi guru India tekal pada 5%, bilangan guru Cina disekolah kebangsaan menurun daripada 17% kepada 14%. Bilangan guru dalam kategori Lain-lain kekal hampir pada kosong peratus. Penaziran Sekolah Menunjukkan Tahap Perpaduan yang Baik Jabatan Nazir Kebangsaan melaksanakan penaziran 20 sekolah pada tahun 2011 dan 55% daripadanya ialah sekolah rendah. Nazir meneliti dua elemen: Sejauh mana sekolah memupuk perpaduan dalam kalangan murid, contohnya, melalui dasar duduk bercampur dalam bilik darjah, dan Sejauh mana murid sendiri menunjukkan perpaduan, contohnya, sama ada murid berinteraksi dengan kumpulan etnik lain di dalam dan di luar bilik darjah; dan sama ada penyertaan murid dalam kelab kokurikulum yang berasaskan etnik.

Kajian Jabatan Nazir Kebangsaan mendapati, secara purata, interaksi murid menunjukkan tahap perpaduan yang baik: terdapat tahap interaksi yang tinggi antara kumpulan etnik didalam dan di luar bilik darjah, dan kebanyakan aktiviti kokurikulum disertai kumpulan murid yang pelbagai. Walau bagaimanapun, nazir melaporkan terdapat keperluan untuk sekolah yang populasi muridnya kurang pelbagai supaya mengambil langkah aktif mewujudkan peluang bagi murid berinteraksi dengan mereka daripada kumpulan etnik, agama, dan budaya yang berbeza (Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025. 2012. h: 3-24).

a) Apakah opsyen-opsyen persekolahan yang terbuka kepada murid-murid di Malaysia? b) Jelaskan keputusan kajian yang dijalankan oleh Jabatan Nazir Kebangsaan tentang hubungan etnik di sekolah. c) Bagaimana kepelbagaian guru dapat mengeratkan hubungan etnik di sekolah? d) Apakah yang dimaksudkan dengan pernyataan mengurangkan keupayaan sekolah untuk memupuk perpaduan?

Bab 7: Pendidikan dan Hubungan Etnik

Awang Had Salleh. 1974. Pelajaran dan Perguruan Melayu di Malaya Zaman British. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Khoo Kay Kim (1980). Perkembangan Pelajaran Agama Islam dalam Awang Had Salleh. Pendidikan ke arah Perpaduan: Sebuah Perspektif Sejarah. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. n: 1-36. Malik Munip (1980). Dekolonialisasi Sistem Pendidikan Negara: Satu Perspektif Sejarah dalam Awang Had Salleh. Pendidikan ke arah Perpaduan: Sebuah Perspektif Sejarah. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. n: 99-122. Philip Loh Fook Seng (1974). Seeds of Separatism: Educational Policy in Malaya, 1874-1940. (Kuala Lumpur: Oxford University Press. Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (2012). Kementerian Pelajaran Malaysia: Kuala Lumpur.

You might also like