You are on page 1of 24

F r a s a K e r j a | 51

UNIT 3 FRASA KERJA

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Mengetahui konsep frasa kerja. 2. Mengenal pasti binaan frasa kerja. 3. Merngetahui fungsi frasa kerja.

PENGENALAN

rasa kerja ialah frasa yang mengandungi kata kerja sebagai kata inti. Seperti yang telah diperjelaskan sebelum ini, frasa boleh merupakan unit yang terbina daripada satu perkataan, dua, tiga atau sederetan perkataan. Oleh itu, dalam binaan frasa kerja, frasa ini boleh terdiri daripada

satu perkataan, iaitu kata kerja ini menjadi inti kepada frasa kerja berkenaan. Binaan frasa kerja pada umumnya dapat dibahagikan kepada dua bahagian yang utama, iaitu: i. frasa kerja transitif

ii. frasa kerja tak transitif


Frasa kerja yang berbeza ini disebabkan oleh kata inti yang mengisi frasa ini sama ada kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif. Jika kata inti terdiri daripada kata kerja transitf, maka Dalam contoh di bawah,

perkataan yang bergaris merupakan contoh bagi frasa kerja. 1. Pemuda itu / mengantuk. 2. Adik bongsunya / menulis surat. 3. Remaja yang patah kaki itu / beransur sembuh. 4. Para pelajar tingkatan 2 / sedang berkhemah di padang sekolah.

F r a s a K e r j a | 52

Berdasarkan kepada contoh 1 hingga 4 ini, didapati frasa yang bergaris boleh terdiri daripada satu perkataan, dua, tiga atau lebih. Dalam contoh 1, disebabkan unsur inti yang membina frasa terdiri daripada kata kerja tak transitif tanpa pelengkap, maka frasa ini boleh terdiri daripada kata inti sahaja. Oleh itu, unsur yang membina frasa kerja boleh terdiri daripada satu perkataan. Bagaimanapun, bagi contoh 2 dan 3, kata kerja inti terdiri daripada kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Oleh itu, kedua-dua frasa kerja ini perlu diikuti oleh objek dan pelengkap. Bagi contoh 4, kata kerja boleh hadir bersama-sama kata bantu bagi membentuk frasa kerja.

Mengapakah frasa kerja transitif perlu terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan ? ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________

ISI KANDUNGAN Binaan Frasa Kerja

ari segi binaan, unsur yang boleh mengisi sesuatu frasa kerja boleh terdiri daripada satu perkataan atau sederetan perkataan. Bagi frasa yang terdiri daripada satu perkataan, frasa ini lazimnya terdiri daripada kata inti, sementara frasa yang terdiri daripada sederetan perkataan,

frasa ini terdiri daripada kata bantu dengan kata inti, atau kata inti dengan objek atau kata inti dengan unsur pelangkap. Oleh itu, sesuatu frasa kerja boleh terdiri daripada satu perkataan atau sederetan perkataan.

F r a s a K e r j a | 53

Binaan Satu Perkataan

ika binaan frasa kerja hanya terdiri satu perkataan, hal ini bererti frasa kerja tersebut terdiri daripada kata inti sahaja. Kata kerja yang menjadi unsur ini lazimnya terdiri daripada kata kerja tak transitf tanpa pelengkap. Hanya kata kerja transitif tanpa pelengkap boleh membina frasa kerja dengan binaan satu perkataan kerana frasa kerja selain daripada kata kerja transitif tanpa pelengkap

memerlukan unsur lain seperti objek dan pelengkap. Objek dan pelengkap ini merupakan unsur wajib. Contoh: 5a. 6a. 7a. 8a. Adik pulang ke kampung. Anak bongsunya mengantuk. Anak gadisnya tersenyum-senyum ketika dipuji oleh jirannya. Mereka jalan-jalan di kawasan pesisir pantai itu..

Berdasarkan berkataan yang bergaris di atas, frasa kerja boleh terdiri daripada binaan satu perkataan. Kesemua contoh di atas terdiri daripada kata kerja tak transitif tanpa pelengkap, iaitu contoh 5 terdiri daripada kata tunggal, contoh 6 ialah kata terbitan, manakala 7 dan 8 teridir daripada kata ganda dan kata majmuk masing-masing. Bagaimanapun, kata inti ini boleh diperluaskan dengan unsur lain seperti kata bantu atau kata penguat. Contoh: 5b. 6b. 7b. 8b. Adik baru pulang ke kampung. Anak bongsunya mengantuk sungguh. Anak gadisnya asyik tersenyum-senyum ketika dipuji oleh jirannya. Mereka sedang jalan-jalan di kawasan pesisir pantai itu.

F r a s a K e r j a | 54

Berikan empat contoh frasa kerja yang terdiri daripada satu perkataan. 1. _______________________ 2. _______________________ 3. _______________________ 4. _______________________

Binaan Sederetan Perkataan

inaan frasa kerja yang terdiri daripada sederetan perkataan bererti frasa tersebut terdiri daripada kata inti dengan beberapa unsur lain. Unsur-unsur lain ini boleh terdiri daripada unsur wajib atau unsur pilihan. Unsur wajib merupakan unsur yang perlu ada dalam sesebuah frasa kerana

ketidakhadirannya akan menyebabkan frasa yang terhasil tidak gramatis. Unsur pilihan pula merupakan unsur yang boleh ada dan boleh ditiadakan daripada frasa tersebut dan jika unsur pilihan ini digugurkan, frasa tersebut masih gramatis. Binaan frasa kerja ditunjukkan oleh rajah di bawah: [ Frasa Kerja ]

..... + KK + ..... Berdasarkan kepada rajah ini, kata kerja merupakan unsur wajib. Bagaimanapun, status wajib atau tidak unsur lain yang hadir dalam frasa kerja ini bergantung pada jenis kata kerja inti. Jika intinya terdiri daripada kata kerja transitif, maka objek merupakan unsur wajib, begitu juga jika kata kerja terdiri daripada kata kerja tak transitif berpelengkap, maka pelengkap merupakan unsur wajib. Kehadiran kata bantu, kata penguat atau unsur keterangan dalam binaan frasa kerja adalah bersifat pilihan dan pengguguran unsur pillihan ini tidak menjejaskan kegramatisan frasa. Unsur-unsur lain ini boleh hadir sebelum atau selepas kata kerja inti. Yang berikut merupakan contoh frasa kerja yang terdiri daripada sederetan perkataan. Contoh: 9a. 10a. Encik Kamil dan keluarganya menonton wayang pada petang itu. Kesihatannya bertambah baik.

F r a s a K e r j a | 55

11a. 12a.

Ketika kami sampai, pemuda itu masih tidur. Dia sungguh mengantuk walaupun hari sudah siang.

Berdasarkan kepada contoh ini, kesemua frasa yang bergaris terdiri daripada sederetan perkataan. Dalam contoh 9a dan 10a, perkataan wayang dan baik merupakan unsur wajib, iaitu wayang merupakan objek, manakala baik merupakan pelengkap. Pengguguran kedua-dua unsur ini menjadikan ayat 9 dan 10 tidak gramatis. Bagi contoh 11a dan 12a, kata bantu masih dan kata penguat sungguh merupakan unsur pilihan. Pengguguran kedua-dua unsur ini tidak menjejaskan frasa kerja tersebut. Lihat contoh di bawah: *9b. *10b. 11b. 12b. Encik Kamil dan keluarganya menonton pada petang itu. Kesihatannya bertambah . Ketika kami sampai, pemuda itu tidur. Dia mengantuk walaupun hari sudah siang.

Berdasarkan kepada jenis kata kerja yang menjadi unsur inti kepada frasa kerja, pada umumnya frasa kerja dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu frasa kerja transitif dan frasa kerja tak transitif. Pembahagian ini ditunjukkan menerusi rajah di bawah. FRASA KERJA

TRANSITIF

TAK TRANSITIF

SATU OBJEK

DUA OBJEK

PELENGKAP

TANPA PELENGKAP

F r a s a K e r j a | 56

Frasa Kerja Transitif

F
Contoh:

rasa kerja transitif ialah frasa kerja yang kata intinya terdiri daripada kata kerja transitif. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang wajib diikuti oleh objek selepas kata kerja tersebut. Objek merupakan unsur yang terdiri daripada kata nama atau frasa nama. Ayat yang mengandungi frasa kerja

transitif ini boleh dipasifkan. Rumus bagi frasa kerja transitif adalah seperti berikut: Kata kerja transitif + Objek

13a. 13b. 14a. 14b. 15a. 15b.

Kami menyanyikan lagu negaraku setiap pagi. Lagu negaraku kami nyanyikan setiap pagi.

[Ayat Aktif] [Ayat Pasif] [Ayat Aktif] [Ayat Pasif] [Ayat Aktif] [Ayat Pasif]

Penduduk kampung sedang mengecat surau di kawasan itu. Surau di kawasan itu sedang dicat oleh penduduk kampung.

Pengurus syarikat perkapalan itu masih mengendalikan mesyuarat. Mesyuarat masih dikendalikan oleh pengurus syarikat perkapalan itu.

Daripada contoh-contoh ini, perkataan menyanyikan, mengecat dan mengendalikan merupakan kata kerja transitif, manakala lagu negaraku, surau dan mesyuarat merupakan objek yang mengikuti kata kerja tersebut. Perkataan sedang dan masih pula merupakan kata bantu. Objek yang merupakan kata nama, maka ayat yang mengandungi kata kerja transitif ini boleh dipasifkan. Apabila sesuatu ayat transitif dipasifkan, maka objek diletakkan pada bahagian subjek. Ayat transitif ini boleh terdiri daripada satu objek atau dua objek.

Satu Objek
Ayat yang mengandungi satu objek bererti hanya satu frasa nama sahaja yang mengisi posisi selepas kata kerja transitif.

F r a s a K e r j a | 57

Contoh: 16. 17. 18. 19. 20. Rahmat menyusun semua pakaiannya di dalam almari. Pihak lelaki menghadiahkan gelang tangan kepada pengatin wanita. Nenek Indok Jati banyak menghabiskan waktunya dengan bertapa. Albert menanggalkan kasutnya terlebih dahulu sebelum memasuki rumah Pak Abu. Mereka mengadakan mesyuarat untuk menyelesaikan perselisihan antara dua pihak.

Contoh-contoh ini menunjukkan bahawa hanya terdapat satu sahaja objek yang hadir selepas kata kerja transitif. Kesemua objek ini terdiri daripada frasa nama. Terdapat juga sejumlah kata kerja yang membawa makna adjektif. Frasa kerja seperti ini lazimnya terdiri daripada kata adjektif sebagai kata dasar dan menerima awalan meN-. Contoh: 21. 22. 23. 24. 25. Ayat-ayat yang terlalu panjang itu amat mengelirukan (saya). Berita itu sungguh menggembirakan (seluruh penduduk kampung kami). Runtuhan tanah di kawasan itu amat mengejutkan penduduk di sekitarnya. Keputusannya yang diperolehi oleh adiknya itu mengecewakan ibu bapanya. Barang-barang yang berat itu agak menyusahkan awak ketika menaiki bas nanti .

Berdasarkan kepada contoh-contoh ini, kata kerja terbentuk daripada kata adjektif yang merupakan kata dasar dan menerima awalan meN-. Disebabkan kata kerja ini membawa makna adkjektif, maka kata kerja ini boleh didahului oleh kata penguat seperti amat, sunggh dan agak. Objek yang hadir selepas kata kerja pula terdiri daripada kata ganti nama diri orang pertama, kedua atau ketika. Jika kata ganti diri tersebut terdiri daripada ganti nama diri orang pertama seperti saya dan seluruh penduduk kampung kami, maka objek tersebut boleh digugurkan. Bagaimanapun, objek yang terdiri daripada ganti nama diri orang kedua dan ketiga seperti awak, penduduk dan ibu bapanya, maka kata tersebut tidak boleh digugurkan.

F r a s a K e r j a | 58

Bina tiga ayat yang mengandungi satu objek dan tiga ayat yang terdiri daripada kata kerja yang mengandungi makna adjektif . 1. ____________________________________________________________________________ 2. 3. 4. 5. 6. ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________

Dua Objek
Ayat yang mengandungi dua objek bererti dua frasa nama yang mengisi posisi selepas kata kerja transitif. Objek yang kedudukannya selepas kata kerja transitif dinamakan sebagai objek tepat, manakala objek kedua yang mengisi posisi selepas objek tepat dinamakan sebagai objek sipi. Objek tepat ini merupakan penyambut langsung bagi kata kerja transitif, Contoh: 21a. 22a. 23a. Ratna membelikan Fatimah sehelai kain. Puan Zalina membacakan anaknya buku cerita. Kamal mencarikan isterinya yang sedang hamil seekor pelandok.

Dalam contoh di atas, perkataan membelikan, membacakan dan mencarikan merupakan kata kerja transitif yang boleh menerima dua objek. Perkataan atau frasa Fatimah, anaknya dan isterinya yang sedang hamil yang mengikuti kata kerja transitif secara langsung disebut sebagai objek tepat, manakala sehelai kain, buku cerita dan seekor pelandok merupakan objek sipi kerana hadir selepas objek tepat. Ayat yang terdiri daripada dua objek ini boleh dipasifkan, tetapi pempasifan hanya melibatkan objek tepat sahaja. Contoh: 21b. 22b. 23b. Fatimah dibelikan sehelai kain oleh Ratna. Anaknya dibacakan buku cerita oleh Puan Zalina. Isterinya yang sedang hamil dicarikan seekor pelandok oleh Kamal.

F r a s a K e r j a | 59

Bagaimanapun, dalam bahasa Melayu tidak semua kata kerja transitif boleh menerima dua objek. Contohnya membeli, membaca dan mencari yang hanya menerima awalan meN-, hanya boleh menerima satu objek, tetapi apabila menerima imbuhan apitan meN-... -kan, perkataan ini boleh menerima dua objek. Perubahan dalam imbuhan juga menyebabkan perubahan dalam kedudukan kedua-dua objek ini, iaitu objek sipi menjadi objek tepat dan objek tepat mengisi kedudukan dalam frasa sendi nama yang pada kelazimannya hadir selepas kata sendi untuk dan kepada. Contoh: 21c. 22c. 23c. Ratna membeli sehelai kain untuk Fatimah. Puan Zalina membaca buku cerita kepada anaknya. Kamal mencari seekor pelandok untuk isterinya yang sedang hamil.

Disebabkan masih mempunyai objek, maka ayat-ayat ini tetap boleh dipasifkan. Contoh: 21d. 22d. 23d. Sehelai kain dibeli oleh Ratna untuk Fatimah. Buku cerita dibaca oleh Puan Zalina kepada anaknya.. Seekor pelandok dicari oleh Kamal untuk isterinya yang sedang hamil.

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Bina tiga ayat yang mengandungi dua objek dan pasifkan ketiga-tiga ayat berkenaan. ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________

F r a s a K e r j a | 60

Frasa Kerja Tak Transitif


Binaan frasa kerja tak transitif boleh dibahagikan kepada dua, iaitu: i. ii. frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap frasa kerja tak transitif berpelengkap

Frasa Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap

F
Contoh:

rasa kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah frasa kerja yang mengandungi kata kerja tak transitif sebagai kata intinya dan kata kerja ini tidak perlu diikuti oleh unsur lain bagi melengkapkan maknanya. Hal ini bererti kata kerja ini boleh berdiri sendiri sebagai frasa walaupun tiada unsur-

unsur lain yang hadir dalam binaan frasa tersebut.

24a. 25a. 26a. 27a.

Zakaria tidur. Mereka semua berkereta. Anak bongsunya itu tersedu-sedu. Kedua-dua orang sahabat itu bersalam-salaman.

Berdasarkan contoh ini, perkataan yang bergaris merupakan kata kerja transitif tanpa pelengkap. Perkataan tidur, bertaburan, tersedu-sedu dan bersalam-salaman dapat berdiri sendiri sebagai frasa tanpa kehadiran unsur-unsur lain. Oleh itu, frasa kerja ini hanya terdiri daripada kata inti kerana frasa kerja yang dibentuk telah mempunyai makna yang sempurna. Bagaimanpun, dari segi kelazimannya kata kerja ini boleh didahului oleh kata bantu atau diikuti oleh penerang atau unsur keterangan. Contoh: 24b. 25b. 26b. Zakaria sedang tidur. Mereka semua berkereta besar. Anak bongsunya itu tersedu-sedu di tepi tangga.

F r a s a K e r j a | 61

27b.

Kedua-dua orang sahabat itu masih bersalam-salaman.

Perkataan yang dicetak miring merupakan unsur pilihan dalam frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap. Berdasarkan contoh ini, perkataan sedang (kata bantu), besar (penerang), di tepi tangga (keterangan) dan masih (kata bantu) merupakan unsur pilihan. Unsur pilihan ini boleh ada dan boleh ditiadakan dalam frasa kerja. Pengguguran unsur pilihan ini tidak menjejaskan makna frasa kerja tersebut dan frasa ini masih gramatis.

1. 2. 3.

Bina tiga ayat yang mengandungi frasa kerja tanpa pelengkap. ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________

Frasa Kerja Tak Transitif Dengan Pelengkap

F
Contoh:

rasa kerja tak transitif dengan pelengkap bererti frasa kerja yang mengandungi kata kerja tak transitif sebagai kata intinya dan kata kerja ini memerlukan unsur lain bagi melengkapkan maknanya. Hal ini bererti kata kerja ini tidak dapat berdiri sendiri sebagai frasa kerja jika hadir

secara tunggal dalam frasa tersebut. Oleh itu, unsur lain merupakan unsur wajib yang harus hadir selepas kata kerja tak tansitif dan unsur ini dinamakan sebagai pelengkap. Kata kerja tak transitif yang dianggap tidak sempurna maknanya apabila hadir dalam frasa ialah menjadi, bertambah, beransur, tinggal dan berselimutkan.

28a. 29a. 30a. 31a. 32a.

Hatinya menjadi gelisah. Ekonomi Malaysia bertambah baik. Keadaan ibunya beransur pulih. Kedua-dua anak perempuannya tinggal di Kuala Kangsar. Kesemua anaknya hanya berselimutkan kain pelikat buruk.

F r a s a K e r j a | 62

Contoh di atas menunjukkan bahawa kata kerja tak transitif memerlukan kehadiran pelengkap bagi melengkapkan makna frasa kerja berkenaan. Pelengkap merupakan unsur wajib dalam dan pengugguran pelengkap akan menjejaskan maknanya. Contoh: *28b. *29b. *30b. *31b. *32b. Hatinya menjadi . Ekonomi Malaysia bertambah . Keadaan ibunya beransur . Kedua-dua anak perempuannya tinggal . Kesemua anaknya hanya berselimutkan .

Kesemua ayat dalam contoh di atas tidak gramatis kerana ketiadaan pelengkap. Pelengkap dalam bahasa Melayu boleh terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan frasa sendi nama. Contoh: Pelengkap kata nama 33. 34. Zaiton ada tiga keping duit syiling lama. Ahli pengakap itu hanya bertilamkan rumput.

Pelengkap kata adjektif 35. 36. Suasana di tempat itu bertambah genting. Hubungan dagangan antara Malaysia dan Indonesia menjadi semakin kukuh.

Pelengkap frasa sendi nama 37. 38. Lori sampah itu mengundur ke belakang. Pasukan penyelamat masih berada di kawasan pantai itu.

Contoh 33 hinga 38 menunjukkan bahawa pelangkap boleh sahaja terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan frasa sendi nama. Bagi pelengkap frasa sendi nama, lazimnya pelengkap tersebut merupakan tempat atau lokaliti sesuatu. Kedudukan pelengkap dalam ayat adalah selepas kata kerja transitif dan tujuan pelengkap ini adalah untuk melengkapkan makna sesuatu ayat dan menjadikan ayat yang dihasilkan gramatis.

F r a s a K e r j a | 63

Berikan dua contoh frasa kerja tak transitif dengan pelengkap kata nama, kata adjektif dan frasa sendi nama setiap satu. 1. _______________________ 2. _______________________ 3. _______________________ 4. _______________________ 5. _______________________ 6. _______________________

Frasa Kerja Tak Transitif Dengan Penerang

S
Contoh:

elain objek dan pelengkap, terdapat unsur penerang yang boleh mengikuti kata kerja tak transitif. Unsur yang menjadi penerang ini lazimnya terdiri daripada kata nama dan kata adjektif. Kata nama dan kata adjektif ini dianggap sebagai penerang bagi kata kerja tak transitif kerana

pengguguran perkataan ini tidak menjejaskan kegramatisan ayat dan makna yang didukung oleh ayat masih lengkap jika penerang ini digugurkan. Oleh itu, penerang ini bukan merupakan unsur wajib dalam binaan frasa kerja tetapi lebih merupakan unsur pilihan bagi frasa kerja berkenaan. 39a. 40a. 41a. 42a. Kesemua rakan Zainuddin bermotosikal vespa pada petang itu. Anak lelaki sulungnya berpendidikan tinggi. Adik bongsunya baru bercukur kepala. Jiran baharu saya itu berkereta mewah.

Berdasarkan contoh-contoh ini, vespa dan kelapa merupakan kata nama, manakala tingi dan mewah merupakan kata adjektif. Kedua-dua unsur penerang inin menjadi penerang frasa kerja. Sebagai penerang, perkataan ini boleh digugurkan atau dikekalkan dalam frasa tersebut dan penggugurannya tidak menjejaskan makna dan struktur ayat. Contoh: 39b. 40b. 41b. 42b. Kesemua rakan Zainuddin bermotosikal pada petang itu. Anak lelaki sulungnya berpendidikan . Adik bongsunya baru bercukur . Jiran baharu saya itu berkereta .

F r a s a K e r j a | 64

Apakah perbezaan antara penerang dengan objek. Berikan contoh ayat bagi setiap huraian anda. _________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________

Pelangkap dan Objek

S
Contoh:

eperti yang dibincangkan sebelum ini, objek dan pelangkap merupakan dua unsur yang mengisi posisi selepas kata kerja. Disebabkan posisi yang diisi oleh kedua-dua unsur ini adalah sama, maka kerap kali timbul kekeliruan bagi membezakan pelengkap dengan objek.

Perkara pertama bagi membezakan objek dengan pelengkap ialah jenis kata kerja, iaitu objek hadir selepas kata kerja transitif, manakala pelengkap hadir selepas kata kerja tak transitif. 43a. 44a. Raziman merupakan ketua pengarah syarikat Bermuda Jaya. Hamid menjemput ketua pengarah Syarikat Bermuda Jaya.

Berdasarkan ayat 43 dan 44 ini, frasa nama ketua pengarah Syarikat Bermuda Jaya mengisi posisi selepas kata kerja merupakan dan menjemput. Frasa ini diletakkan selepas kata kerja bagi melengkapkan ayat yang dihasilkan dan membentuk ayat yang gramatis. Oleh itu, bagi membezakan frasa nama ini sama ada berfungsi sebagai pelengkap atau objek adalah dengan meneliti jenis kata kerja yang hadir sebelumnya. Bagi ayat 43, kata kerja merupakan ialah kata kerja tak transitf, manakala menjemput ialah kata kerja transitif. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif ialah pelengkap, manakala yang hadir selepas kata kerja transitif ialah objek, maka frasa nama dalam ayat 43 ialah pelengkap dan ayat 44 ialah objek.

F r a s a K e r j a | 65

Persoalan yang timbul adalah bagaiaman cara untuk membezakan kata kerja transitif dengan kata kerja tak transitif berpelengkap. Bagi menguji sama ada sesuatu kata kerja itu transitif atau tidak, perlu dilakukankan ujian pasif. Ujian pasif bererti sesuatu ayat boleh dipasifkan jika ayat tersebut mengandungi kata kerja transitif dan diikuti oleh objek, manakala selain daripada ayat ini, ayat tersebut tidak boleh dipasifkan. Oleh itu, ujian pasif boleh dilakukan ke atas kedua-dua ayat ini. Contoh : *43b. 44b. Ketua pengarah syarikat Bermuda Jaya dirupakan oleh Raziman. Ketua pengarah Syarikat Bermuda Jaya dijemput oleh Hamid.

Berdasarkan kepada contoh ini, hanya ayat 40b yang boleh dipasifkan, manakala ayat 39b tidak dan jika dipasifkan ayat ini menjadi tidak gramatis. Oleh itu, ayat 40 terdiri daripada kata kerja transitif dan objek, manakala ayat 39 terdiri daripada kata kerja tak transitif dan pelengkap. Frasa nama yang berfungsi sebagai objek ini apabila dipasifkan akan menjadi subjek dalam ayat pasif. Contoh: 45a. 46a. Siti membantu ibu pada petang itu. Kamal memandu kereta baharu itu dengan laju.

Perkataan membantu dan memandu dikatakan kata kerja transitif kerana boleh dipasifkan menjadi dibantu dan dipandu. Frasa nama yang menjadi objek ayat ini pula boleh menjadi subjek dalam ayat pasif. Contoh: 45b. 46b. Ibu dibantu oleh Siti pada petang itu. Kereta baharu itu dipandu oleh Kamal dengan laju.

Selain daripada jenis kata kerja dan ujian pasif, pelengkap dan objek juga boleh dibezakan dari segi golongan kata yang boleh menjalankan fungsi pelengkap dan fungsi objek. Pelengkap boleh terdiri daripada kata nama, kata kerja dan frasa sendi, manakala objek hanya boleh terdiri daripada golongan kata nama sahaja. Contoh: 47. 48. 49. Pengemis itu hanya bertilamkan kotak. Keadaan politik di negara itu bertambah baik. Ibu dan bapa mentuanya menetap di Kuala Kangsar.

F r a s a K e r j a | 66

50.

Halimah sedang melayan tetamu yang berkunjung.

Perkataan kotak, baik dan di Kuala Kangsar dalam ayat 47, 48 dan 49, merupakan pelengkap, manakala tetamu yang berkunjung dalam ayat 50 merupakan objek. Perkataan kotak ialah kata nama, baik kata kerja dan di Kuala Kangsar ialah frasa sendi nama. Hal ini menunjukkan bahawa pelengkap boleh terdiri daripada kata nama, kata kerja dan frasa sendi nama, tetapi objek hanya terdiri daripada kata nama atau frasa nama sahaja.

Dengan memberikan dua contoh ayat yang relevan, jelaskan perbezaan antara objek dengan pelengkap. _________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________

Kata Bantu

U
iaitu: i.

nsur yang sering dimuatkan dalam frasa kerja ialah kata bantu. Kata bantu ini juga dianggap sebagai penanda bagi golongan frasa kerja kerana kata bantu ini sering kali hadir bersama-sama frasa kerja berbanding golongan kata yang lain. Kata bantu ini bertugas untuk membantu frasa

kerja. Dari segi posisi, kata bantu ini hadir sebelum kata kerja. Kata bantu dapat dibahagikan kepada dua, kata bantu aspek kata bantu ragam

ii.

F r a s a K e r j a | 67

Kata Bantu Aspek

K
Contoh:

ata bantu aspek ialah kata yang menerangkan waktu terhadap sesuatu kerja dilakukan. Waktu ini dapat dibahgikan kepada tiga jenis yang utama, iaitu waktu pekerjaan sudah dilakukan, sedang dilakukan dan akan atau belum dilakukan. Ini ditunjukkan oleh rajah di bawah: SEDANG DILAKUKAN BELUM DILAKUKAN

SUDAH DILAKUKAN

sudah telah pernah baru

sedang masih tengah

belum akan

51a. 51b. 51c. 51d. 52a. 52b. 52c. 52d. 53a. 53b. 53c. 53d.

Pekerja am itu sudah menghantar semua surat ke pejabat pos. Ramlah telah mengisi air ke dalam kolah itu. Lelaki berkopiah itu pernah menulis surat kepada ketua pengarah pendidikan negeri. Rakan sebiliknya baru bertunang dengan lelaki pilihan keluarga. Pekerja am itu sedang menghantar semua surat ke pejabat pos. Ramlah masih mengisi air ke dalam kolah itu. Lelaki berkopiah itu tengah menulis surat kepada ketua pengarah pendidikan negeri. Rakan sebiliknya masih bertunang dengan lelaki pilihan keluarga. Pekerja am itu belum menghantar semua surat ke pejabat pos. Ramlah akan mengisi air ke dalam kolah itu. Lelaki berkopiah itu belum menulis surat kepada ketua pengarah pendidikan negeri. Rakan sebiliknya akan bertunang dengan lelaki pilihan keluarga.

Hampir kesemua unsur yang membina ayat 51, 52 dan 53 adalah sama. Yang membezakan hanyalah kata bantu yang diletakkan sebelum kata kerja. Dengan memuatkan kata bantu ini, dapat ditunjukkan sama ada

F r a s a K e r j a | 68

sesuatu perkerjaan itu sudah dilakukan atau sedang dilakukan atau belum dilakukan. Oleh itu, kata bantu aspek dapat menunjukkan dengan jelas waktu bagi sesuatu perkataan dilakukan.

Kata Bantu Ragam

K
Contoh:

ata bantu ragam ialah kata yang menerangkan ragam atau perasaan sewaktu sesuatu kerja dilakukan. Antara kata bantu ragam ialah hendak, harus, mahu, mesti, boleh, dapat, patut, enggan dan mungkin. Kami semua hendak makan buah rambutan di kebun Pak Abu. Kita harus mendoakan kesejahteraan kedua-dua ibu bapa kita. Pemuda itu tidak mahu mengalah dalam pertandingan memancing itu. Anak kecil mesti tidur sebelum jam 10 malam. Projek itu boleh dilaksanakan tidak lama lagi. Orang tua itu dapat menduga segala isi hati kami. Remaja itu enggan belajar di kolej swasta di Kuala Lumpur. Mereka mungkin berangkat ke utara sejak awal pagi lagi.

54. 55. 56. 57. 58. 59. 60. 61.

Berdasarkan contoh di atas, kata yang bergaris merupakan kata bantu ragam kerana dapat menjelaskan ragam perasaan subjek. Dalam bahasa Melayu, ayat boleh terdiri daripada deretan kata bantu, iaitu yang melibatkan deretan kata bantu aspek dengan kata bantu aspek atau kata bantu ragam dengan kata bantu ragam atau deretan kata bantu aspek dengan kata bantu ragam. Contoh: kata bantu aspek + kata bantu aspek baru masih sudah masih + + + + sudah belum pernah sedang : : : : Dia baru sudah menyelesaikan tugasan itu. Ramli masih belum melaporkan diri di pejabat baharu. Halim sudah pernah melancong ke Jepun. Kamil masih sedang membaiki keretanya itu.

F r a s a K e r j a | 69

Contoh: kata bantu ragam + kata bantu ragam patut mesti mungkin harus + + + + dapat mahu boleh mahu : : : : Zakuan patut dapat berbaik-baik dengan jirannya semula. Ibunya mesti mahu menunaikan haji pada tahun ini bersama-sama kakak sulung saya. Taufiq mungkin boleh menasihati sepupunya yang pembengis itu. Dia harus mahu menyelesaikan semua hutangnya itu.

Contoh: kata bantu aspek + kata bantu ragam Contoh: kata bantu ragam + kata bantu aspek harus mesti mesti harus + + + + sudah telah akan telah : : : : Pembantunya harus sudah menyediakan makan tengah hari kerana jam sudah pukul 2.00 petang. Kakak mesti telah menyiapkan segala kelengkapan rumah untuk hari raya nanti. Adiknya mesti akan pergi ke tempat itu lagi. Pasukan bomba harus telah menyelamatkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan itu. belum belum masih akan + + + + boleh hendak dapat dapat : : : : Abangnya belum boleh melanjutkan pengajian di UPSI. Adik belum hendak makan kerana masih demam. Kalsom masih dapat menemui anaknya yang lama terpisah. Siti akan dapat tidur dengan lebih selesa selepas ini.

F r a s a K e r j a | 70

Kenal pasti kata bantu yang terdapat dalam frasa kerja di bawah. Tuliskan KBA untuk kata bantu aspek dan KBR untuk kata bantu ragam dalam ruangan yang disediakan. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. akan menduduki peperiksaan hendak berbual-bual enggan menerima kedatangannya mula bertatih-tatih masih mengantuk dapat melaksanakan tugas boleh beratur di hadapan mungkin bertolak minggu depan belum menghantar tugasan sudah bersembahyang jemaah ____________________________ ____________________________ ____________________________ ____________________________ ____________________________ ____________________________ ____________________________ ____________________________ ____________________________ ____________________________

Frasa kerja di bawah terdiri daripada deretan kata bantu. Nyatakan jenis deretan kata bantu yang terlibat. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. baru hendak bersembahyang masih belum memulakan perniagaan mungkin akan datang minggu hadapan belum pernah melawat Uzbekistan masih dapat mengawal perasaan marah mesti telah mengeluarkan kenyataan harus sudah tiba sejak awal lagi ____________________________ ____________________________ ____________________________ ____________________________ ____________________________ ____________________________ ____________________________

F r a s a K e r j a | 71

8. 9. 10.

sudah pernah menjejakkan kaki di situ patut dapat menjawab soalan ini mungkin dapat meyakinkan ketuanya

____________________________ ____________________________ ____________________________

Unsur Keterangan

U
Contoh:

nsur keterangan boleh hadir dalam frasa kerja. Unsur keterangan ini bertujuan untuk menjelaskan frasa kerja dengan lebih lanjut lagi. Unsur keterangan ini boleh terdiri daripada frasa sendi nama, frasa adjektif, frasa nama dan frasa adverba. Dalam susunan biasa, unsur keterangan lazimnya

hadir selepas frasa kerja.

62. 63. 64. 65.

Bas sekolah itu dipandu dengan laju. Mereka berbual-bual di dalam dewan kuliah. Pasukan keselamatan mengeluarkan mangsa kemalangan itu dengan segara. Mereka berbincang tentang PPSMI.

Unsur keterangan ini mengisi posisi keterangan. Unsur keterangan ini menghuraikan tempat, waktu, cara tujuan, alat, penyertaan, hal bagi sesuatu frasa kerja.

Fungsi Frasa Kerja

alam sesebuah ayat, frasa kerja lazimnya berfungsi sebagai predikat. Predikat merupakan fungsi tipikal bagi frasa kerja berbanding fungsi-fungsi lain. Selain daripada menjalankan fungsi predikat, frasa kerja juga boleh berfungsi sebagai subjek dan penerang.

F r a s a K e r j a | 72

Fungsi Predikat

D D
Contoh:

alam menjalankan fungsi tipikal ini, frasa kerja lazimnya hadir selepas subjek dan menjadi inti kepada predikat. Contoh: Kaca bertaburan di lantai dapur. Kumpulan itu sedang bermesyuarat. Ibu sedang melayani tetamu dari Johor itu.

66. 67. 68.

Fungsi Subjek
alam menjalankan fungsi subjek, frasa kerja mengisi posisi subjek ayat. Dalam fungsi ini, frasa kerja berperilaku seperti frasa nama dan menggugurkan ciri-ciri frasa kerja. Contoh: Mengumpat menambah dosa. Merokok membahayakan kesihatan. Membaca menambah ilmu pengetahuan.

69a. 70a. 71a.

Berdasarkan kepada contoh ini, perkataan mengumpat, merokok dan membaca berfungsi sebagai predikat ayat. Dalam fungsi ini, kata bantu yang menjadi penanda golongan bagi frasa kerja tidak boleh diletakkan bersama-sama frasa kerja. Jika diletakkan, maka ayat yang dihasilkan tidak gramatis (lihat contoh 69b, 70b dan 71b). Bagaimanapun, kata penentu itu yang menjadi penanda bagi frasa nama boleh diletakkan selepas frasa kerja (lihata contoh 69bc, 70c dan 71c). *69b. *70b. *71b. Contoh: 69c. 70c. 71c. Mengumpat itu menambah dosa. Merokok itu membahayakan kesihatan. Membaca itu menambah ilmu pengetahuan. Masih mengumpat menambah dosa. Sedang merokok membahayakan kesihatan. Hendak membaca menambah ilmu pengetahuan.

F r a s a K e r j a | 73

Fungsi Penerang

D
1.

alam fungsi ini, frasa kerja lazimnya hadir selepas kata inti. Dalam fungsi ini, frasa kerja menerangkan dengan lebih lanjut kata inti tersebut. Contoh: air mendidih mesyuarat yang tertangguh bangunan yang belum dicat itu

66. 67. 68.

Nyatakan fungsi frasa kerja yang bergaris dalam ayat berikut: Ayat Sempena kemerdekaan yang ke-50, banyak bendera Fungsi

berkibaran di tempat awam. 2. 3. Bersenam menyihatkan anggota badan kita. Keluarga sepupu saya akan melancong ke Korea tahun hadapan. 4. 5. Pagar berkarat itu sudah dicat semula oleh penduduk kampung. Berbual di kedai kopi, jiran tetangga saya itu

KATA KUNCI
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. frasa kerja frasa kerja transitif frasa kerja tak transitif objek tepat objek sipi penerang keterangan pelengkap kata bantu aspek kata bantu ragam

F r a s a K e r j a | 74

RUJUKAN
Ahmad Khair Mod Nor (2002). Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors.
Asmah Hj. Omar. (2008). Nahu kemas kini. Kuala Lumpur: PTS Professional.

Nik Safiah Karim et al. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Zainal Abidin Ahmad (Zaba) (2000). Pelita Bahasa Melayu Penggal 1-III Edisi Baharu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like