You are on page 1of 2

1.

0 Pejalan Kaki Sebagai pejalan kaki murid-murid/pelajar-pelajar haruslah menjaga keselamatan diri dengan mengamalkan peraturan yang sepatutnya apabila menggunakan jalan raya seperti: 1.1 Melintas Jalan Perkara penting yang patut didkuti ketika melintas jalan: a.Cari tempat yang terdekat dan selamat untuk melintas. b.Hendaklah berdiri di atas kaki lima jalan. c.Awasi lalu lintas sekeliling. Lihat kanan, lihat kiri dan lihat kanan sekali lagi. Pastikan tiada kendaraan dan melintaslah apabila selamat. d.Undur kebelakang, 1 meter apabila melihat kenderaan besar. e.Ikut arahan trafik waden jika ada. 1.2 Tempat-tempat yang selamat untuk melintas Jalan raya. a. Lintasan pejalan kaki b. Laluan bawah c. Jejantas d. Dekat lampu isyarat e. Menggunakan pemisah jalan atau pulau lalulintas f. Di tempat tempat yang terdapat angggota polis, waden trafik dan pengawal lalulintas sekolah yang bertugas. 1.3 Cara melintas jalan di lintasan pejalan kaki a. Berilah kesempatan untuk pemandu melihat anda dan memberhentikan kenderaannya sebelum anda melintas. b. Pastikan semua kenderaan berhenti dan berjalan dengan cermat bila melintas. 1.4 Cara melintas jalan di lampu isyarat. a. Melintaslah apabila lampu untuk pejalan kaki menyeberang berwarna hijau. b. Bila lampu untuk pejalan kaki menyeberang berkelip ia bererti lampu akan bertukar kepada merah dan anda dinasihatkan berhenti daripada melintas. Jika anda sedang melintas percepatkan langkah anda. 1.5 Berjalan kaki a. Hendaklah berjalan kaki di atas kaki lima jika ianya disediakan. b. Jika tiada kaki lima, hendaklah berjalan kaki di sebelah kanan jalan raya dan sentiasa memandang lalulintas yang dating dari arah hadapan. c. Anda hendaklah berjalan di tepi jalan dan janganlah sekali-kali berjalan bergandingan kecuali memimpiun orang buta atau tua. 1.6 Berjalan kaki di waktu malam Pejalan kaki hendaklah memakai menggunakan alat-alat berikut bagi membolehkan pemandu melihat anda. a.Pakaian cerah atau bersinar. b.Membawa suratkhabar atau benda-benda yang putih. c.Memakai pemantul cahaya. d.Menggunakan lampu picit. 1.7 Berjalan kaki di waktu hujan a. Diutamakan memakai baju hujan. b. Jika pakai payung, pegang paying dengan betul supaya tidak menghalang pandangan depan dan gunakan payung yang berwarna terang.

c. Berjalan dengan cermat kerana jalan licin dan mudah tergelincir. d. Berjalan tengok hadapan. 1.8 Perkara-perkara yang patut dielakkan a. Menyeberang jalan di tempat-tempat yang bukan dikhaskan seperti melompat atau memanjat pagar pembahagi jalan. b. Bermain atau bergurau senda di jalan raya. c. Menggunakan jalan sibuk. d. Tidak mematuhi arahan lampu isyarat. e. Menyeberang di celah-celah kenderaan.

http://keselamatanjalanraya.wordpress.com/unit-pembelajaran/peraturan-dan-undang-undangjalan-raya/

You might also like