You are on page 1of 31

BAB 1: PERNIAGAAN DAN PERSEKITARAN

1.1 Pengenalan Perniagaan a) Definisi Perniagaan b) Objektif Perniagaan 1.2 Kepentingan Perniagaan Kepada Pihak Berkepentingan a) Memenuhi Keperluan Masyarakat b) Meningkatkan Peluang Pekerjaan c) Meningkatkan Pembangunan Ekonomi & Negara d) Memenuhi Kehendak Peluang Global 1.3 Fungsi Fungsi Perniagaan a) Pengeluaran b) Pemasaran c) Kewangan d) Sumber Manusia

1.4 Persekitaran Perniagaan a) Persekitaran Tugas Pihak pengurusan Pelaburan/Pembiaya Pekerja Pengguna Pembekal Pesaing
b) Persekitaran Umum Ekonomi Teknologi Budaya Politik & Undang-Undang Global

1.0 PERNIAGAAN DAN PERSEKITARAN


1.1 Pengenalan Perniagaan

1.1.1 Definisi Perniagaan Aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan dengan menggunakan wang @ alatan lain bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan pada harga, masa dan tempat yang sesuai bagi mendapatkan keuntungan, faedah dan kepuasan. Meliputi aktiviti penghasilan , pengedaran dan jualan barang niaga @ perkhidmatan untuk memuaskan kehendak pengguna @ pelanggan 1.1.2 Proses Perniagaan Peringkat yang perlu diikuti untuk menghasilkan barangan @ perkhidmatan.

PROSES PERNIAGAAN
PEROLEHAN FAKTOR INPUT UNTUNG JUALAN

FAKTOR INPUT

PROSES TAMBAH NILAI (PROSES PENGELUARAN)

OUTPUT

Aktiviti utama mendapatkan bahan mentah ( input ), tukarkan kepada barang siap ( proses pengeluaran ) dan menghasilkan barang siap (output) Input Proses Pengeluaran Output

Input :- Mendapatkan bahan mentah untuk menjalankan aktiviti


pemprosesan - Ianya terdiri daripada tanah, buruh, modal, usahawan dan lain-lain. Proses Pengeluaran :- Tukar bahan mentah kepada barangan siap - Gabungjalinkan mesin, kemahiran pekerja, bahan mentah dan sbgnya. Output :- Hasil terakhir dari aktiviti pemprosesan samaada dalam bentuk produk atau perkidmatan dan dinilai dlm bentuk kuantiti,berat dan sbgnya.

1.1.3 Barang Niaga dan Perkhidmatan


a) Barang Niaga - Produk fizikal yang boleh disentuh, dipegang dapat dilihat dan boleh dinikmati. - Dihasilkan bagi bertujuan untuk dijual kepada pelanggan bagi memenuhi keperluan dan kehendak serta citarasa pelanggan; contohnya bas, pakaian, makanan, minuman. Perkhidmatan - Sesuatu produk yang tidak boleh dilihat atau disentuh secara fizikal tetapi boleh dirasai bila menggunakannya - Boleh bagi faedah dan kemudahan kepada pelanggan atau perniagaan contohnya; perkhidmatan hospital, salun kecantikan

b)

1.1.4 Konsep-konsep Perniagaan


a) Konsep Keuntungan - Matlamat utama perniagaan - Diperolehi setelah hasil tolak belanja - Kayu pengukur dalam perniagaan dan mampu bersaing dalam pasaran ;

Untung =

jumlah hasil jumlah kos/belanja (Harga x Kuantiti) ( Kos tetap + kos berubah)

- Sumber hasil meliputi jualan, hasil sewa, faedah simpanan, dividen saham. - Sumber kos/belanja meliputi belian bahan, bayaran sewa, eletrik, air.

Terdapat 2 keuntungan iaitu: Keuntungan Perniagaan : Untung = Hasil - Belanja Keuntungan Ekonomi : Untung = Hasil Belanja Kos Lepas
b) Konsep Faedah dan Kepuasan Faedah : - Manfaat yang diperolehi dari pengunaan sesuatu barangan atau perkhidmatan. - Pengguna akan memperolehi faedah bila membeli dan mengguna produk atau perkhidmatan tersebut contohnya; membeli motosikal dapat memudahkan pergerakan. Kepuasan; - Tercapai apabila prestasi barangan memenuhi jangkaan /persepsi pengguna. - Ianya memberi penilaian berbeza oleh individu bagi menilai tahap kepuasan contohnya; Kereta kancil ada pelanggan rasa selesa bila menggunakannya dan sebaliknya.

Umumnya konsep faedah dan kepuasan adalah : - pengguna mempunyai keperluan semulajadi terhadap keperluan harian dan kehendaknya adalah berbeza. - kehendak pelanggan tiada had kerana perubahan persekitaran - pengeluar perlu memastikan dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna dengan pengeluaran pelbagai barangan dan perkhidmatan

1.1.5 Objektif Perniagaan Boleh dibahagikan kepada 4 bahagian : a) Keuntungan - Matlamat utama dalam perniagaan - Boleh dilihat dari 2 sudut: i. keuntungan perniagaan ii. keuntungan ekonomi. - keuntungan yang diinginkan adalah keuntungan maksimum. - Ianya penting sebagai kayu pengukur bagi peniaga untuk meneruskan perniagaan atau tidak.

b)

Kemandirian - Usaha perniagaan untuk terus wujud. - Pengguna sedar kewujudan barangan dan perkhidmatan syarikat tertentu. - Peniaga cuba pikat pengguna dengan pelbagai cara melalui promosi yang dijalankan. - Berjaya melalui peringkat ini jika dapat tarik perhatian pengguna melalui promosi yang dijalankan. - Jualan meningkat

c) Pertumbuhan

- Setiap peniaga cuba bersaing dan kurangkan kerugian melalui peningkatan keuntungan. - Peringkat ini produk sudah dikenali dan pengguna mula melakukan proses pembelian. - Dengan ini peniaga cuba untuk tingkatkan perniagaan. - Jualan meningkat jika dapat sambutan.

d)

Tanggungjawab Sosial

- Ianya meliputi tanggungjawab kepada masyarakat, negara, pengguna dan pekerja. - Penuhi tanggungjawab, pada masyarakat melalui: # Sediakan peluang pekerjaan # Jualan produk yang baik dan bermutu # Beri perkhidmatan yang diperlukan oleh masyarakat

1.2

Kepentingan Perniagaan Kepada Pihak Berkepentingan


Meningkatkan peluang pekerjaan

Penuhi Keperluan masyarakat

Kepentingan Perniagaan

Memenuhi kehendak Peluang global

Tingkatkan Pembangunan Ekonomi & Negara

a)

Memenuhi Keperluan Masyarakat - Peniaga cuba untuk memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat dengan menyediakan pelbagai barangan dan perkhidmatan yang bermutu dengan harga, tempat yang sesuai kepada pelanggan.
Meningkatkan Peluang Pekerjaan - Peluang perniagaan yang banyak akan dapat memberi ruang pekerjaan kepada masyarakat. - Ditawarkan oleh usahawan tunggal, perkongsian atau syarikat multinasional kepada masyarakat. - Dapat tingkatkan taraf kehidupan melalui peluang pekerjaan - Tingkatkan pembangunan negara melalui proses urusniaga yang dibuat oleh masyarakat terhadap barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh peniaga.

b)

c) Meningkatkan Pembangunan Ekonomi dan Negara - Peniaga tingkatkan prestasi dan membaiki pengendalian perniagaan dengan melihat dari pelbagai sudut seperti : # Menyakinkan pihak institusi kewangan. # Dapat bekalan dari pembekal yang mudah dan bermutu. # Menyuarakan kepada pihak yang tertentu untuk memperbaiki infrastruktur sesuatu tempat. - Secara tidak langsung memberi kesan positif kepada peningkatan keperluan masyarakat. - Galakan peningkatan teknologi yang terlibat bagi membantu rangsangan aktiviti-aktiviti perniagaan dan meningkatkan peluang pekerjaan untuk meningkatkan taraf hidup. - Hasil cukai kepada kerajaan, peningkatan eksport dan pengaliran wang masuk.

d) Memenuhi Kehendak dan Peluang Global - Peluang perniagaan tidak terhad dalam negera sahaja tetapi meliputi luar negara seperti Jepun, Australia, Brunei dll. - Setiap negara berpeluang menikmati pelbagai produk dari pelbagai negara - Perniagaan global dapat meningkatkan peluang perniagaan. - Pendedahan teknologi baru. - Meningkatkan pelaburan. - Meningkatkan taraf hidup. - Meningkatkan ilmu perniagaan supaya mampu bersaing dengan syarikat-syarikat luar dan antarabangsa.

1.3 Fungsi-fungsi Perniagaan a) Pengeluaran - satu proses transformasi input kepada output yang lebih bernilai. - Dikenali sebagai pengurusan operasi. - Melibatkan aktiviti perancangan, penyusunan, pengstafan, pengarahan dan pengawalan dalam menguruskan operasi pengeluaran produk. - Pengeluar harus memastikan produk yang dikeluarkan memenuhi kehendak dan citarasa pengguna.

b) Pemasaran - Meliputi aktiviti yang luas seperti penyelidikan pemasaran, produk, harga, pengedaran dll. - Ianya merupakan satu bidang yang berkembang pesat dan mesti seiring dengan teknologi terkini. - Melalui aktiviti pemasaran, produk yang ditawarkan oleh pengeluar kepada pengguna akan dinikmati oleh pengguna.

c) Kewangan - Melibatkan aktiviti menguruskan sumber dana, seperti mendapatkan sumber dana. - Jika kewangan tidak diuruskan dengan baik, matlamat kewangan perniagaan tidak dapat dicapai.

d) Sumber Manusia - Menguruskan soal sumber manusia (pekerja) organisasi. - Sumber manusia merupakan sumber terpenting bagi menggerak jentera operasi pengeluaran, pemasaran, kewangan dan menguruskan sumber manusia organisasi. - Terlibat dalam menguruskan aktiviti menentukan sistem pampasan, sistem latihan, pemilihan pekerja dan sebagainya disamping menjaga kebajikan pekerja.

1.4 Persekitaran Perniagaan Secara umumnya persekitaran perniagaan boleh dibahagikan kepada 2 bahagian :

a) Persekitaran Tugas
# Pihak Pengurusan - Individu yang menggunakan kepakaran, kemahiran dan kecekapan dalam mengendalikan operasi perniagaan dan individu yang dibayar upah. - Perniagaan akan menjadi lebih baik dan berpotensi jika pihak pengurusan membuat strategi pengurusan yang cekap.

# Pelabur/ Pembiaya

- Individu yang menyumbangkan modal dalam perniagaan bagi

mendapatkan keuntungan. - Perniagaan akan dapat diperluaskan. - Kedudukan kewangan syarikat yang kukuh memberi keyakinan kepada pelabur untuk melambuat pelaburan ke dalam syarikat. - pelabur tidak perlu menjalankan aktiviti perniagaan tetapi berhak untuk mendapatkan keuntungan dan boleh mempengaruhi keputusan syarikat bagi perniagaan.

# Pekerja
- Individu yang menyumbangkan kemahiran untuk melaksanakan aktiviti syarikat dan mendapat upah sebagai ganjaran. - Pekerja terdiri dari golongan mahir, separuh mahir dan tidak mahir. - Semangat kerjasama pekerja membantu perniagaan mencapai matlamat yang ditetapkan. - Gelagat pekerja mempengaruhi kejayaan dan kegagalan syarikat serta menggambarkan imej sesebuah perniagaan.

# Pengguna

- Pengguna adalah individu yang menggunakan sesuatu produk


- Golongan fokus utama perniagaan - Keputusan pembelian pelanggan mempengaruhi kejayaan & kegagalan sesebuah perniagaan. - Perubahan citarasa pengguna mempengaruhi jenis keluaran, harga dan kualiti keluaran. - Citarasa pengguna yang berbeza menyebabkan mereka membuat keputusan untuk mereka membeli pelbagai barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan dipasaran. - Perubahan citarasa juga menggalakan inovasi perniagaan.

# Pembekal
- Merupakan orang tengah kepada peniaga dan pengguna. - Pembekal dan peniaga merupakan kumpulan yang saling memerlukan bagi melicinkan operasi perniagaan. - Bahan mentah, barang separuh siap dan peralatan yang dibekalkan berterusan memastikan kelancaran proses pengeluaran dan penjualan. - Sekiranya bekalan yang dibekalkan adalah berkualiti, imej perniagaan akan akan meningkat dengan produk berkualiti di pasaran.

# Pesaing - Beberapa firma yang berlainan dalam industri yang sama


mengeluarkan produk yang sama atau hampir sama. - Pesaing boleh mempengaruhi harga dan kualiti produk yang dihasilkan. - Memerlukan perniagaan melakukan inovasi untuk mengatasi persaingan. - Strategi dan perancangan yang dibentuk untuk mengatasi persaingan membolehkan perniagaan lebih menjadi kompetitif.

b) Persekitaran Umum

# Ekonomi
- Jenis sistem ekonomi di mana perniagaan beroperasi - Persekitaran ekonomi yang baik akan menentukan operasi, prestasi dan dasar perniagaan. - Keadaan ekonomi yang baik meningkatkan aktiviti perniagaan dan menjamin peluang perniagaan. - Pendapatan penduduk yang meningkat menjamin peningkatan jualan dan keuntungan perniagaan.

# Budaya
- Satu set nilai norma yang dipegang dan diamalkan oleh sesuatu kelompok masyarakat - Setiap individu mempunyai corak kehidupan budaya yang berbeza dari segi agama, adat resam dan cara hidup. - Perubahan citarasa masyarakat memaksa perniagaan menyesuaikan barangan dan perkhidmatan mengikut kehendak mereka. - Perubahan populasi penduduk memaksa peniaga mengeluarkan barangan dan perkhidmatan bagi memenuhi kehendak majoriti masyarakat.

# Teknologi - Suatu penemuan sains yang diperolehi untuk membantu kehidupan manusia - Perkembangan teknologi memberi kesan dalam perniagaan yang menggunakan mesin bermutu lebih produktif daripada syarikat yang menggunakan mesin biasa. - Penciptaan peralatan baru seperti robot mempercepatkan proses pengeluaran dan meningkatkan produktiviti. - Pengeluaran dapat ditingkatkan dan operasi berjalan dengan lancar. - Penggunaan internet meningkatkan daya saing perniagaan kerana penyampaian maklumat menjadi lebih cepat.

# Politik dan Undang- undang - Bagi sesuatu tempat mempunyai dasar dan politik yang berbeza. - Peniaga haruslah peka dengan situasi politik supaya perancangan masa depan dapat dirancang dengan baik. - Sokongan kerajaan seperti memberi bantuan subsidi membantu mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan daya saing perniagaan. - Kestabilan politik menjamin suasana yang baik untuk perniagaan terus berkembang maju. - Undang-undang dan peraturan sesebuah negara seperti Malaysia menetapkan Akta Jualan Langsung 1993, Akta Barangan Kawalan, Akta Kontrak dan sebagainya.

# Global - Peniaga menjalankan perniagaan diluar dari negara tempatan.


- Mereka mampu bersaing dalam peringkat antarabangsa. - Dasar buka pintu yang diamalkan oleh sesebuah negara memboleh perniaga menjalankan perniagaan diperingkat yang lebih jauh. - Melalui perniagaan global membolehkan peniaga sentiasa mementingkan kualiti dan menjaga imej syarikat serta negara. - Melalui perniagaan ini juga pihak peniaga terdedah kepada selok belok perniagaan dari luar dan aspek-aspek yang positif boleh digunakan oleh peniaga dalam syarikat mereka supaya sistem pengurusan syarikat menjadi lebih cekap dan berpotensi pada masa depan.

You might also like