You are on page 1of 97

Tajuk 7: Kanak-kanak berkeperluan khas

PENGENALAN PENDIDIKAN KHAS


Kanak-kanak berkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa merupakan salah satu ciri perbezaan individu. Merangkumi golongan kanak-kanak pintar cerdas; kerencatan akal, cacat pendengaran, penglihatan atau fizikal, bermasalah pembelajaran atau kesihatan dan sebagainya.

DEFINISI PENDIDIKAN KHAS


Satu program pendidikan yg dirancang khas untuk murid berkeperluan khas dari segi intelek, fizikal, sosial, atau emosi bagi mereka yang tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya drpd rancangan sekolah biasa.

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS


bermaksud suatu program yg disediakan di sekolah khas bagi pelajar yg mempunyai kecacatan penglihatan, atau kecacatan pendengaran suatu program percantuman di sekolah biasa bagi pelajar yg mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran suatu program pendidikan inklusif .

CIRI PENDIDIKAN KHAS


Guru terlatih Kurikulum khas Penglibatan aktif pelajaran Kaedah pengajaran khas Objektif pengajaran khas Kombinasi kepakaran

Pendidikan Inklusif
Inklusif berasal drpd perkataan bahasa Inggeris inclusive yg bermaksud merangkumi. Istilah inklusif membawa maksud mengintegrasikan pelajar berkeperluan khas ke dlm bilik darjah biasa.

Pendidikan inklusif terbahagi kepada dua jenis,iaitu:


i. Pendidikan inklusif separuh masa.

ii. Pendidikan inklusif sepenuh masa

Objektif Pendidikan Inklusif


Meningkatkan kesedaran kanak-kanak normal tentang kanak-kanak berkeperluan khas bahawa mereka juga adalah sebahagian daripada ahli masyarakat. Memberi peluang kpd kanak-kanak khas utk menyesuaikan diri.

Memberi pengetahuan dan kemahiran kpd kanak-kanak khas yg setanding dengan kanakkanak normal. Untuk mengelak drpd berlakunya diskriminasi dlm pendidikan dan kemudahan yg telah dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran.

Secara umum, pendidikan pemulihan boleh didefinisikan sebagai: Satu tindakan khusus utk mengatasi keperluan pendidikan pelajar yg mengalami kesusahan pembelajaran dlm darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yg dihadiri oleh pelajar secara sambilan, dlm kumpulan yg diasingkan dari sekolah biasa atau dlm darjah utk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.

Definisi Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Akta Pendidikan 1996, Kementerian Pelajaran Malaysi menyatakan individu yang dikenal pasri oleh pengamal perubatan bertauliah sebagai mengalami kecacatan yang boleh mengganggu proses pembelajaran di kelas normal kerana masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran boleh dikategorikan sebagai kanak-kaank berkeperluan khas.

Menurut Jamila K.A Mohamed (2005), kanakkanak khas didefinisikan sebagai kanak-kanak luar biasa dala aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori, keupayaan komunikasi, tingkah laku

Domain Perkembangan Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Masalah Fizikal

Masalah Pertuturan

Domain Perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas

Masalah Pembelajaran

Masalah Pintar Cerdas

Masalah Tingkah Laku

Kategori Kanak-kanak keperluan khas Autisme


Masalah kecacatan fizikal Masalah penglihatan Masalah pendengaran Masalah pertuturan Masalah pembelajaran Masalah tingkahlaku Lembab ( slow learner) Terencat akal ringan Pintar cerdas Sindrom Down Attention Defict / Hyperactivity disorder ADD/ADHD Disleksia

Masalah kecacatan fizikal merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan fizikal, dan memerlukan perubatan atau peralatan khas seperti pendakap (brances) atau kerusi roda. Ia termasuk ketidakupayaan berbentuk neurologi yang melibatkan otak dan urat saraf yang rosak ( Mohd Sharani, 2006 ) serta kecederaan ortopedik yang melibatkan tulang, sendi dan otot.

Masalah Kecacatan Fizikal

Antara masalah yang dikategorikan sebagai kecacatan fizikal ialah seperti cerebral palsy, epilepsy, spina bifida, muscular dystrophy, limb deficiencies, asthma, diabetes dan leukemia.

Kecacatan Fizikal
Cerebral palsy Kesukaran bergerak kerana tidak dapat mengkoordinasi badan. Ia disebabkan oleh neurologi motor yang tidak dapat berfungsi dengan baik kerana kecederaan di bahagian otak. Kecederaan ini mungkin berlaku sebelum, semasa atau selepas kelahiran. Pada umumnya kanak-kanak ini juga akan mempunyai kecacatan lain seperti masalah penglihatan, pertuturan atau terencat akal. Penyakit sawan yang disebabkan oleh masalah neurologi yang menyebabkan kanak-kanak mengeletar.

Epilepsi

Spina bifida Kecacatan pada tulang belakang yang boleh menyebabkan kelumpuhan pada bahagian bawah badan. Ia adalah satu keadaan yang berlaku sejak kelahiran tetapi boleh dibantu dengan pembedahan.

Muscular dystrophy

Kemerosotan kekuatan otot secara progresif sehingga kanak-kanak akan memerlukan kerusi roda. Kecerdasan kanak-kanak tersebut tidak terjejas.

Limb deficiencies

Asthma

Kanak-kanak yang anggota badannya tidak sempurna ini mungkin disebabkan oleh kemalangan atau kecacatan semasa kelahiran. Kanak-kanak ini boleh dilatih menggunakan anggota palsu. Masalah penafasan yang berlaku apabila tiub bronkial daripada saluran pernafasan kerongkong menjadi sempit. Masalah ini dibantu dengan dadah dan penggunaan nebulisec

Diabetes

Kencing manis ialah penyakit yang disebabkan oleh pankreas yang tidak dapat berfungsi untuk menghalang peningkatan gula dalam darah manusia. Seperti asthma, penyakit ini boleh dikawal dengan dadah serta pemakanan yang betul.

Leukemia

Satu bentuk kanser yang biasa di kalangan kanak-kanak. Penyakit ini disebabkan peningkatan secara mendadak sel darah putih dalam tulang sum-sum. Kimoterapi merupakan satu cara yang digunakan untuk membantu mengawalnya.

Implikasi kepada P&P


Guru perlu mengetahui tentang masalah yang dihadapi oleh muridnya. Misalnya guru mesti mengetahui prosedur bagaimana mengurus seorang murid yang diserang penyakit sawan atau asthma. Guru juga perlu jelas tentang kesan masalah fizikal ini ke atas perkembangan psikososial kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak ini kadang kala tidak memahami hidup mereka dan sering menghadapi masalah penyesuaian.

Selain itu, guru juga perlu peka kepada keperluan murid. Misalnya seseorang kanak-kanak cerebral palsi boleh menggunakan komputer atau pen ataupun pensil yang tidak memerlukan tekanan yang kuat sekiranya ada tugasan melibatkan penulisan. Penggunaan pemegang buku (book holders) ataupun buku teks elektronik dapat membantu kanakkanak yang tidak berupaya memegang buku.

Masalah Penglihatan
Kanak-kanak yang diketegorikan sebagai mempunyai masalah penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat diperbetulkan dan menganggu pembelajaran. Kanak-kanak yang bermasalah penglihatan berkemungkinan mempunyai penglihatan yang terbatas atau buta.

Masalah penglihatan terbatas bermaksud tahap penglihatan kanak-kanak berada di antara 20/70 dan 20/200 dengan penggunaan lensa.

Penglihatan kanak-kanak ini terhad kepada objek yang dekat sahaja. Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai buta tidak dapat menggunakan penglihatan untuk pembelajaran. Mereka bergantung kepada pendengaran dan sentuhan. Kanak-kanak ini pada kebiasaan mempunyai kecerdasan yang normal seperti kanak-kanak lain dan boleh belajar seperti biasa jika kemudahan serta perkhidmatan sokongan disediakan untuk mereka.

Kanak-kanak yang buta juga kadang kala mempunyai masalah pendengaran dan perkembangan psikomotor mereka agak terhad. Keupayaan motor mereka sebenarnya tidak terjejas daripada segi neuron tetapi dipengaruhi oleh pergerakan mereka yang terhad.
Mereka tidak boleh meneroka persekitaran seperti kanak-kanak normal yang lain. Ini juga boleh memberi kesan ke atas perkembangan personaliti.

mempunyai konsep kendiri yang rendah dan perhatian lebih yang diberikan kepada mereka boleh menggalakkan pergantungan untuk sentiasa membimbing mereka. Di samping itu, pengalaman mereka yang terhad dalam dunia visual memberi kesan kepada perkembangan bahasa. Misalnya, seseorang kanak-kanak normal boleh memberi pelbagai contoh untuk perkataan bulat menghuraikannya dengan jelas jika dibanding dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan.

Seseorang guru boleh mengesan mereka yang berpontensi mengalami masalah penglihatan melalui simptom-simptom yang ditunjukkan pada kanak-kanak ini. Kanak-kanak bermasalah penglihatan biasanya akan mengerutkan mata atau menutup sebelah mata untuk tujuan penglihatan.

Selain itu mereka juga asyik menggosok mata tanpa sebab dan menyebabkan mata merah dan bengkak.

Kanak-kanak juga sering mengadu pening kepala atau loya. Apabila membaca kanak-kanak akan memegang buku terlalu dekat atau terlalu jauh untuk mengimbangkan penglihatan mereka.

Implikasi Kepada P&P


bahan pembacaan yang mempunyai saiz yang besar dan sesuai ataupun bahan audio untuk membantu pembelajaran. Sediakan bahan bacaan yang jelas, misalnya hurufnya mempunyai perbezaan warna yang ketara dengan latar belakang kertas Semasa tulis di papan putih guru boleh menyebut secara lisan bahan yang ditulis untuk kemudahan kanak-kanak ini.

Guru juga perlu memberi perhatian kepada susunan bilik darjah dan pastikan kedudukan kanak-kanak tersebut berhampiran dengan papan. Susunan bilik darjah seharusnya memudahkan pergerakan kanak-kanak di sekitar bilik darjah dan memberi mereka akses yang mudah berada dalam bahan-bahan pembelajaran.

Masalah Pendengaran
Terdapat dua kategori masalah pendengaran iaitu separa pekak dan pekak. Separa pekak bermaksud penggunaan alat pendengaran akan membolehkan kanak-kanak ini menerima pendidikan secara audio. Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai pekak perlu menerima pendidikan menggunakan teori lain seperti penglihatan.

Tahap kehilangan keupayaan mendengar diukur dengan audiometer dalam unit decibel.
Seseorang dikategorikan sebagai pekak jika tahap kehilangan keupayaan mendengar lebih daripada 10 decibel. Mereka yang tergolong sebagai separa pekak mempunyai tahap kehilangan keupayaan mendengar antara 20 hingga 60 decibel.

Masalah pendengaran terdiri daripada beberapa tahap dan ada yang dapat dikenal pasti apabila kanak-kanak tersebut telah berumur beberapa tahun. Seseorang guru peka kepada petanda masalah ini menunjukkan symptom seperti kerap meminta orang mengulang apa yang telah disebut.

Mereka juga menghadapi kesukaran untuk mengikut arahan dan salah faham kerap berlaku.

Pertuturan kanak-kanak ini tidak lancar kerana mereka sering salah sebutan dan mempunyai nada suara yang lebih tinggi atau rendah dan memusingkan kepala untuk mendengar.
Masalah pendengaran menjejaskan komunikasi dan juga pembelajaran individu. Ketidakupayaan berkomunikasai ini memberi kesan kepada perkembangan sosial, emosi , bahasa dan kognitif individu tersebut.

Implikasi kepada P& P


Kanak-kanak bermasalah perdengaran perlu mendapat latihan awal yang baik di sekolahsekolah khas untuk kehidupan yang lebih baik seperti kanak-kanak normal yang lain. Guru-guru diingatkan supaya bercakap dengan jelas dan jangan membelakangkan kanak-kanak ini semasa memberi arahan atau mengajar. Kanak-kanak ini boleh ditempatkan di baris hadapan kelas untuk memudahkan mereka melihat wajah guru.

Elakkan daripada menjerit atau meninggikan suara. Sebarang lisan boleh diikuti dengan illustrasi grafik atau visual untuk memudahkan kefahaman murid. Sediakan persekitaran pembelajaran yang tidak diganggu oleh bunyi bising atau gangguan bunyi lain.

Penggunaan bahasa isyarat adalah satu cara efektif untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak ini, Guru perlu dilatih dan didedahkan kepada cara menggunakan jari tangan untuk mengeja. Tetapi hari ini komunikasi secara keseluruhan digalakkan di mana ia melibatkan pertuturan, pembacaan, bahasa isyarat dan bahasa badan.

Masalah Pertuturan
Masalah pertuturan boleh dikategorikan kepada empat iaitu masalah sebutan, masalah gagap, masalah suara, masalah bahasa.

Masalah sebutan ialah kecenderungan meninggalkan suku kata atau mengubah bunyi sesuatu perkataan, misalnya perkataan saya menjadi caya. Kanak-kanak pada kebiasanya akan melalui fasa ini dalam tempoh perkembangan mereka.

Ia biasanya tidak dipandang serius namun jika masalah ini berlanjutan ia perlu diberi perhatian. Gagap merupakan ganguan terhadap kelancaran percakapan. Aliran pertuturan terganggu di mana seseorang itu mungkin mengulang, memberhenti seketika atau mencelah dengan suku kata atau perkataan. Gagap kerap berlaku apabila individu tersebut teruja dan ingin menyatakan sesuatu dengan kadar yang cepat.

Masalah suara berkaitan dengan kualiti suara seseorang. Ia mungkin terlalu lantang, lembut, garau, kasar, sengau, nada yang tinggi atau rendah atau nada yang sama dan tidak berubah. Masalah bahasa berkaitan dengan sistem saraf pusat. Menurut Myklebust (1971) masalah ini mengganggu kefahaman atau penngunaan perkataan.

Istilah yang digunakan ialah aphasia. Ia bermakna seseorang menghadapi kesukaran mentafsir bahasa dalam sesuatu perbualan.

Ia juga melibatkan kesukaran dalam menggunakan perkataan yang sesuai semasa komunikasi. Masalah perkataan seperti masalah sebutan, gagap dan suara boleh menimbulkan rasa malu dan menyebabkan kanak-kanak tersebut merasa tidak selesa dalam situasi sosial. Ia mungkin tidak mengganggu pembelajaran seperti mana masalah bahasa. Masalah bahasa memberi kesan perkembangan kognitif kanak-kanak. kepada

Implikasi kepada P&P


Kanak-kanak ini perlu diberi masa yang mencukupi untuk memberi respon. Mereka boleh digalakkan memberi respon secara bertulis. Selain itu, guru boleh menggunakan pendekatan yang melibatkan penggunaan pelbagai deria. Guru juga boleh membantu kanak-kanak dengan menjadi model yang sesuai, misalnya mengulang perkataan secara jelas dan perlahan, atau menggunakan alat audio. Kanak-kanak yang menghadapi masalah sebutan atau gagap boleh dibantu melalui terapi.

Masalah Pembelajaran
Masalah pembelajaran diandai sebagai masalah neurologi.

Ia tidak berkaitan dengan IQ seseorang kerana selalunya, IQ individu tersebut berada pada tahap normal.
Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran sering ditafsir sebagai malas, tidak memberi perhatian atau tidak berminat.

Mereka mungkin menunjukkan sikap yang tidak matang, sukar memberi tumpuan dan mudah lupa.
Oleh kerana mereka menunjukkan ciri-ciri yang sama seperti kecacatan yang lain, masalah mereka sukar dikenalpasti dan sering disalahtafsir.

Masalah pembelajaran berkaitan dengan cara otak menerima, memproses, menganalisis dan menyimpan maklumat.

Ia merupakan kecelaruan dalam satu atau lebih daripada satu proses psikologi yang melibatkan kefahaman atau penggunaan bahasa, sama ada lisan atau bertulis. Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan mendengar, berfikir,bertutur, membaca, menulis,megeja ataupun mengira. Selain itu, masalah ini mungkin disebabkan oleh aphasia. Ia mengakibatkan kadar pembelajaran murid tersebut berbeza dengan murid yang tidak menghadapi masalah tersebut.

Namun, masalah ini juga sering dikaitkan dengan masalah tingkah laku dan emosi. Antara masalah yang dikaitkan dengan masalah pembelajaran termasuk masalah pembelajaran akademik, masalah bahasa, ingatan, sosio-emosi, kemahiran motor dan koordinasi, metakognitif, kurang memberi perhatian dan hiperaktiviti.

Membaca

Banyak kesilapan semasa membaca dengan kuat, kerap mengulang atau berhenti. Menterbalikkan perkataan misalnya b dan d, 21 dan 12 atau on dan no. Sebutan yang tidak betul atau menggunakan perkataan yang salah yang bunyinya sama. Pembelajaran bahasa lewat dan mungkin mempunyai perbendaharaan kata yang terhad. Kesukaran dalam mengenalpasti idea utama dari bahan bacaan, mengingati fakta asas dan peristiwa dalam aturan yang betul serta membuat kesimpulan dan analisis bahan yang telah dibaca.


Menulis

Tulisan yang tidak kemas dan cara pegang pensil yang janggal. Ejaan Kesukaran menjelaskan idea melalui penulisan. Tidak dapat memikirkan perkataan yang sesuai dalam penulisan.
Keliru dengan simbol Matematik dan salah baca nombor. Kesukaran mengingati fakta Matematik Kesukaran dalam kiraan Menukar aturan nombor

Mengira

Dileksia
Merupakan masalah pebelajaran yang berkaitan denga bahasa, membaca dan ia merangkumi mengeja, menulis dan menyebut.

Kanak-kanak yang menghadapi masalah ini biasanya membaca dengan perlahan kurang tepat, lemah dalam ejaan dan tulisan serta mencampur-aduk perkataan yang berbunyi sama. Mereka juga mempunyai kurang kesedaran dan minat terhadap buku.

Menurut kajian, masalah ini diwarisi dan mungkin kelihatan pada beberapa anggota keluarga yang sama. Kajian juga menunjukkan masalah disleksia berlaku empat kali lebih kerap terdapat pada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan ( Stoppard, 1997.)

Attention Defict Hyperactivity disorder ADHD


Kanak-kanak Attention Defict / Hyperactivity disorder ADD/ADHD tidak dapat mengekalkan perhatian dan mudah mengalih perhatiannya, sukar menyiapkan satu tugasan, pelupa dan sentiasa memerlukan penyeliaan.

Kanak-kanak ini juga bersikap impulsif dan sering menggangu perbualan, aktiviti atau menyatakan sesuatu tanpa berfikir.

Sifat hiperaktif dan pergerakkan fizikal yang keterlaluan juga merupakan ciri-ciri kanak-kanak ADHD. Punca masalah ADHD ialah kekurangan neurotransmiter yang spesifik iaitu noreprinephrine dan dopa atau dopamine dalam sel litar otak. Pada hari ini, ADHD boleh dikawal dengan pengaruh dadah tetapi tahap tumpuan mereka masih tidak sama dengan kanak-kanak yang tidak mempunyai ADHD (Barbaresi & others, 2006: Tucha & others, 2006).

Namun penggunaan dadah tidak berkesan bagi semua kanak-kanak ADHD dan kesan jangka panjang dadah ini masih tidak dketahui.

David Nylund (Woolfolk A & Margetts K, 2007) mencadangkan satu bentuk terapi di mana kanakkanak tersebut menggunakan kekuatan dalam dirinya untuk mengawal masalah tersebut.
Nylund cuba memberi perspektif baru kepada ADHD, bahawa kesukaran boleh dikawal dan semua sifat yang menghalang pembelajaran sebagai faktor yang boleh diasingkan daripada kanak-kanak tersebut.

Beliau mencadangkan guru menggunakan masa yang singkat semasa kanak-kanak dapat memberi perhatian untuk menguasai diri dan tingkah laku mereka.

Tetapi bukan semua kanak-kanak yang hiperaktif atau kurang memberi penumpuan ialah ADD/ADHD. Pengesahan masalah ini perlu dibuat oleh pakar.

Implikasi kepada P&P


Oleh kerana kanak-kanak ini sukar memberi penumpuan, guru boleh menempatkan mereka di sudut yang senyap dan kurang aktivti yang boleh mengalihkan perhatian mereka. Kedudukan tempat duduk kanak-kanak ini seeloknya berhampiran tempat duduk guru.

Ini akan memberi peluang kepada guru untuk menegur dan memberi motivasi kepada murid-murid ADHD.

Guru juga boleh menggunakan prinsip peneguran di mana kanak-kanak ini diberi peneguran positif apabila mereka menunjukkan tingkah laku yang dikehendaki. Peraturan dan prosedur dalam bilik darjah mesti dinyatakan dan dipaparkan dengan jelas. Guru perlu memastikan murid faham peraturan tersebut.

Objektif pembelajaran juga harus dinyatakan dengan eksplisit dan murid diberi maklum balas dengan segera. Semasa mengajar, arahan perlu ringkas dan diulang.

Beri peluang kepada murid hiperaktif ini untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang aktif.
Beri tugasan yang ringkas.

Masalah Tingkahlaku
Masalah tingkah laku di kalangan kanak-kanak adalah perkara biasa. Namun, kanak-kanak yang menunjukkan tingkah laku kurang sesuai pada tahap serius dan berterusan akan mengakibatkan konflik sosial, tidak bahagia dan kegagalan di sekolah.

Tingkah laku yang dikaitkan dengan masalah ini termasuk agresif, kesukaran membentuk perhubungan sosial, menunjukkan tingkah laku sosial yang tidak boleh diterima masyarakat, hiperaktif, menipu, mencuri, masalah pembelajaran dan kebimbangan. Ia boleh diklasifikasikan kepada masalah tingkah laku dalaman dan masalah tingkah laku luaran.

Tingkah laku masalah dalaman Kebimbangan, perasaan takut Sedih, murung

Tingkah laku masalah luaran Mengingkar Menentang

Bersikap apatetik (tidak memperdulikan) Suka menyendiri, penarikan diri Kecenderungan menyalahi diri sendiri, perasaan serba salah
Perasaan rendah diri

Agresif
Argumentatif (suka berhujah)

Malu, terlalu sensitif Keasyikan pemikiran tentang suatu perkara

Tidak mempercayai, kecenderungan menyalahkan orang lain. Destruktif Menipu, mencuri Sukar mengawal diri Cemburu

Ciri-ciri Kanak-kanak Bermasalah Tingkah Laku


Tingkah laku kurang sesuai dalam situasi-situasi biasa. Misalnya kanak-kanak yang mengunyah dan makan dalam bilik darjah semasa guru sedang mengajar. Tidak dapat mengawal perasaan dan tingkah laku mereka. Misalnya kanak-kanak yang cepat marah apabila rakan terambil pensel atau pemadamnya.

Menunjukkan simptom-simpton fizikal yang berkaitan dengan masalah peribadi atau masalah di sekolah. Misalnya kanak-kanak yang mengadu sakit perut atau deman maka tidak boleh ke sekolah. Tidak berupaya membentuk perhubungan interpersonal dengan rakan atau gurunya. Kanakkanak ini biasanya pendiam dan tidak mahu bergaul dengan kanak-kanak lain. Menghadapi masalah pembelajaran tetapi ketidakupayaan ini tidak dapat dijelaskan oleh faktorfaktor kesihatan, sensori atau intelek.

Sesetengah kanak-kanak menwarisi sifat atau tingkah laku bermasalah. Ini juga mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan biokimia dalam diri seseorang, masalah nuerologi ataupun kecederaan kepada sistem saraf pusat. Faktor behavioral seperti kegagalan mempelajari tingkah laku menyesuaikan diri atau membentuk tingkah laku kurang sesuai akibat tekanan daripada persekitaran juga memberi kesan kepada tingkah laku kanak-kanak.

Daripada segi sosiologi pula, tindakan seperti melabel individu kerana beliau daripada latar belakang tertentu dan pengaruh budaya sesuatu masyarakat juga boleh menimbulkan masalah tingkah laku. Selain daripada itu, perubahan dalam sesebuah keluarga misalnya penceraian, kehadiran adik yang baru atau ibu/bapa tidak boleh menimbulkan rasa kurang selamat atau kurang yakin.

Kadang-kala masalah tingkah laku seperti agresif atau melawat menunjukkan tingkah laku tersebut. Masalah tingkah laku yang berkait dengan masalah pembelajaran menyebabkan murid ponteng kelas, tidak hadir ke sekolah, pencapaian rendah dan tercicir daripada sekolah.

Implikasi kepada P&P


Pengurusan tingkah laku yang boleh digunakan di dalam bilik darjah termasuk: Peneguran Positif: Guru boleh memberi peneguran positif kepada murid sebaik sahaja murid menunjukkan tingkah laku yang diingini. Misalnya seorang murid yang sebelum ini sentiasa menghantar kerja rumah lewat dan tiba-tiba hari ini menghantarnya pada masa yang ditetapkan boleh diberi galakan atau pujian atas tindakannya.

Time-out Murid tersebut diasingkan daripada rakannya untuk satu masa tertentu. Diharapkan masa persendirian memberi peluang kepada murid memikirkan tentang tingkah lakunya.

Tidak Peduli:

Guru tidak memberi perhatian kepada murid yang menunjukkan tingah laku yang tidak diingini. Mengajar tingkah laku yang dikehendaki. Misalnya guru menggalakkan murid meluahkan perasaannya tentang sesuatu perkara yang dia tidak suka. Ini lebih bermakna dan sihat daripada menunjukkan tingkah laku seperti misalnya mengelak perkara yang murid tidak minat.

Kanak-kanak dengan masalah tingkah laku memerlukan sesuatu persekitaran di sekolah yang boleh membantu penglibatan mereka dalam aktiviti sekolah.
Mereka tidak seharusnya disisih sehingga tercicir daripada sisitem persekolahan. Mereka juga dibimbing cara-cara mengawal emosi serta kemahiran mengurus diri.

Lembab (slow learner)


Perkembagan kanak-kanak lembab ini agak lambat sejak peringkat bayi, di mana bayi ini lambat senyum, lambat bertindak balas terhadap bunyi atau suara ataupun tidak balas menggenga masih belum hilang walaupun usia bayi lebih 3 bulan.

Kanak-kanak lembab ini biasanya tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru yang menggunakan kaedah biasa. Ini kerana mereka tidak dapat memberi tumpuan dan minat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

Implikasi kepada P&P


Gunakan bahasa yang mudah. Arahan mesti dinyatakan dengan jelas dan perlu diulang. Ia boleh diberi dalam bentuk visual atau dipaparkan pada papan hitam atau papan kenyataan kelas. Bahan pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan dalam langkah-langkah yang pendek dan ringkas. Strategi pengajaran dan pembelajaran diubahsuai untuk membina keyakinan dan memberi perasa kejayaan, misalnya meminta seorang kanak-kanak disleksia untuk memberi laporan secara lisan manakala rakan-rakannya memberi laporan bertulis (Woolfolk A & Margetts K, 2007).

Tugasan dan penilaian harus sesuai dengan tahap kanak-kanak terseut. Ia boleh diberi dalam bentuk tugasan-tugasan kecil yang kanak-kanak mampu lakukan. Tempoh masa yang lebih boleh diberikan untuk kanak ini untuk menyiapkan tugasan mereka. Tugasan dan kerja rumah yang diberikan setiap minggu boleh ditampal pada papan notis kelas sebagai peringatan. Satu salinan boleh juga diserahkan kepada ibu bapa.

Terencat Akal
Persatuan Kerencatan Akal Amerika (AAMR) mendefinisikan terencat akal sebagai satu ketidakupayaan yang dapat dilihat melalui fungsi intelek serta tingkah laku penyesuaian seperti komunikasi, penjagaan diri dan kemahiran sosial yang amat terhad.

Kanak-kanak yang mengalami kerencatan akal ringan menunjukkan ciri-ciri seperti berikut: Kurang koordinasi motor. Sukar menumpukan perhatian. Kemahiran membaca dan bahasa yang lemah serta berada pada tahap yang rendah dapada mereka yang sebaya. Sukar mengaplikasi sesuatu yang dipelajari dalam situasi baru. Kesukaran dalam memahami konsep yang abstrak dan membuat kesimpulan.

Kanak-kanak ini sukar menurut arahan dan tidak berupaya memilih aktiviti secara sendirian. Mereka juga menghadapi koordinasi mata dan tangan. masalah

Mereka mempelajari bahasa dan kemahiran dengan perlahan, tidak seperti kanak-kanak biasa.

Paras rupa kanak-kanak ini seperti kanak-kanak biasa dan mereka biasanya dibenarkan masuk ke sekolah biasa. Kurikulum di sekolah digubal untuk kanak-kanak biasa dan merupakan cabaran bagi kanak-kanak dengan masalah terencat akal. Kebanyakan kanak-kanak ini gagal di sekolah kerana IQ mereka yang rendah iaitu antara 55/60 dan 85/90. IQ kanak-kanak normal adalah 90 ke atas.

Namum begitu, kebanyakan kanak-kanak bermasalah terencat akal ringan boleh ke sekolah dan boleh mempelajari pelbagai kemahiran akademik seperti kemahiran vokasional sosial untuk membantu menjadikan meraka sebagai individu yang produktif.

Sindrom Down
Sindrom Down berpunca daripada masalah yang disebabkan daripada masalah berlebihan kromosom.

Dalam kebanyakan kes ia melibatkan kepada kecacatan dalam pasangan kromosom yang ke-21.
Menurut kajian, ia berlaku dalam setiap 800 kelahiran. Akibat daripada Sindrom Down ini termasuklah terencat akal, masalah ringan dan pertuturan dan perkembangan motor yang lambat. Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai tahap IQ yang rendah antara 30 hingga 80.

Kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri yang boleh dikenal pasti antaranya:


Mulut sentiasa terbuka atau tidak tertutup rapat. Lidah yang tebal, kasar dan pendek serta cenderung untuk terjelir Mata sentiasa berair dan merah. Mata sepet dan bentuk muka yang kecil. Berbadan gempal dan pendek serta aan yang agak bongkok. Suka bermanja, bermain dan dapat bergaul dengan baik.

Mereka juga selalunya mengalami masalah kataraks mata, masalah jantung dan kecacatan usus. Sebelum ini, penghidap Sindrom Down kerap meninggal dunia sebaik sahaja memasuki alam dewasa disebabkan oleh masalah-masalah yang dihadapi tetapi, kini dengan kemajuan perubatan mereka boleh menjalani kehidupan yang sihat seperti individu normal.

Kanak-kanak Sindrom Down memerlukan penjagaan yang lebih rapi. Disebabkan oleh keadaan fizikal muka mereka yang rata, mereka cenderung mengalami masalah penafasan dan sukar untuk makan. Mereka juga lemah dalam koordinasi mata dan otot dan kurang upaya meneroka persekitaran. Walau bagaimanapun dengan sokongan ibu bapa dan penjaga mereka boleh dibimbing dan diasuh untuk berdikari dan menguasai kemahiran.

Implikasi kepada P&P


Guru perlu bersabar dalam menangani pembelajaran kanak-kanak yang mempunyai masalah Sindrom Down. Proses pengajaran perlu dijalankan dengan kadar yang perlahan mengikut kebolehan kanak-kanak tersebut. Ini juga memberi peluang bagi mereka mencapai kemahiran dan meningkatkan emosi mereka yang mereka juga berupaya untuk berjaya.

Setiap tugasan, aktiviti atau arahan perlu dirancang dengan rapi. Ia perlu disampaikan dengan jelas, betul, khusus dan lengkap. Ini adalah kanak-kanak Sindrom Down sukar untuk memahami arahan dan perkataan. Setiap arahan perlu lengkap dengan butiran yang terperinci. Contohnya: Ambil buku yang berwarna kuning di atas meja dan bawa buku itu kepada cikgu. Guru perlu memberi bimbingan dan bantuan yang berkesan semasa pengajaran akademik.

Kanak-kanak Sindrom Down kurang mempunyai keupayaan untuk mengingat dan memproses maklumat. Guru perlu menyediakan mereka dan menarik perhatian mereka. Guru juga boleh mengajar kemahiran mengingat yang mudah. Ia boleh dikaitkan dengan perkara yang mereka sukai. Masukkan elemen vokasional dan kemahiran kendiri di dalam kurikulum mereka. Ini adalah supaya mereka berupaya menjaga keperluan asas diri dan berupaya mencari kerjaya yang sesuai apabila tamat persekolahan nanti.

Autisme
Autisme merupakan kecacatan mental seumur hidup yang terlalu sukar untuk dipulihkan. Kanak-kanak autisme ini menghadapi masalah komunikasi kerana mereka tidak boleh mengenali atau mentafsir air muka, gerak isyarat atau nada suara yang berlainan. Selain itu, kanak-kanak ini juga menunjukkan tabiat yang tidak suka bertentang mata dan tidak menunjukkan sebarang reaksi dalam apa-apa situasi. Mereka lebih minat kepada barang permainan daripada berinteraksi atau berhubung dengan orang di sekitarnya.

Implikasi Kepada P&P


Pendidikan kanak-kanak ini berfokus kepada kemahiran-kemahiran kesediaan untuk berlajar, misalnya duduk dan memberi perhatian kepada guru, kemahiran psikomotor misalnya penggunaan alat, gunting, dan kemahiran sosial seperti berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya. Ia harus menekankan kemahiran yang dapat membantu kanak-kanak berdikari. Misalnya, membaca notis, surat khabar dan mengisi borang permohonan.

Bimbing kanak-kanak ini mengurus diri misalnya, dengan membantu mereka menyediakan jadual kerja dan menyenaraikan perkara-perkara yang perlu dilakukan pada hari itu.
Beri latihan dan peluang untuk mempraktikkan apa yang telah mempelajari misalnya dengan mengulang langkah atau konsep yang telah dipelajari. Kanak-kanak ini memerlukan rutin.

Perubahan ialah sesuatu yang sukar diterima oleh mereka.


Amalan rutin harus dipraktikkan di dalam bilik darjah.

Pintar Cerdas
Kanak-kanak yang pintar cerdas berbakat dan berkebolehan memerlukan sokongan yang lebih daripada yang sedia ada dalam sesebuah bilik darjah untuk membantu mereka merealisasikan sepenuhnya potensi yang ada dalam diri mereka. Kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan ciriciri berikut: Menunjukkan kebolehan mempelajari sesuatu dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan rakan sebaya.

Menunjukkan keinginan untuk mengetahui yang lebih jika dibanding dengan rakan sebaya. Menetapkan matlamat yang tinggi untuk pencapaiannya.

Motivasi yang tinggi dalam menghadapi tugasan yang mencabar. Kemahiran berbahasa, membaca dan perbendaharaan kata yang luas.
Kebolehan untuk memimpin. Mengambil berat dan menunjukkan empati terhadap orang lain.

Implikasi kepada P&P


Kanak-kanak pintar cerdas boleh dibantu melalui tiga jenis program: i. Pengasingan, ii. Pemecutan (acceleration) iii. Pengayaan

Pengasingan
Dalam program pengasingan, kanak-kanak diasingkan daripada rakan sebaya di mana mereka disediakan kurikulum khas yang mampu menggalakkan kebolehan istimewa mereka. Pengasingan ini bertujuan mengeluarkan kanak-kanak daripada kelas biasa yang tidak dapat membantu perkembangannya secara optima.

Pemecutan
Satu cara ialah di mana kanak-kanak ini dikeluarkan daripada bilik darjah mereka untuk subjek-subjek spesifik. Mereka dimasukkan ke kelas untuk subjek tersebut. Maka mereka akan belajar dengan murid atau pelajar yang lebih tua daripada mereka.

Cara kedua ialah di mana murid tersebut disediakan dengan rancangan khas dalam kelas yang sama. Rancangan ini membantu mereka belajar sesuatu bidang kemahiran mereka pada kadar yang lebih cepat berbanding rakan sebaya.

Penggayaan
Program pengayaan melibatkan pendekatan yang menyediakan pengalaman pengayaan sama ada di dalam atau di luar kelas. Misalnya aktiviti tambahan seperti lawatan ke muzium atau perpustakaan negara. Selain itu guru boleh merancang projek atau aktiviti lain yang memerlukan murid mencari maklumat yang lebih mendalam tentang sesuatu topik dan dilakukan oleh murid secara bersendirian.

Aspek penting dalam pengajaran kanak-kanak keperluan khas ialah sikap guru serta kemahiran guru dalam membantu kanak-kanak ini.
Guru perlu percaya bahawa pendidikan adalah untuk semua kanak-kanak. Kerjasama antara guru pendidikan khas dan guru kelas biasa amat penting.

Kesimpulan

Guru-guru ini seharusnya mempunyai kesanggupan untuk berkongsi kemahiran demi kebaikan kanak-kanak tersebut.

Hubungan yang baik dan kerjasama dengan ibu bapa, pihak hospital dan kebajikan masyarakat juga penting dalam usaha membantu kanak-kanak ini. Guru perlu peka dan sensitif kepada keperluan kanak-kanak. Misalnya, guru tidak harus membuat perbandingan antara kanakkanak. Dapatkan perhatian kanak-kanak berkeperluan khas dengan menghampiri mereka dan bukan dengan memanggil namanya beberapa kali secara negatif.

Gunakan bahasa isyarat jika hendak menyuruh kanak-kanak supaya bertenang atau jangan bising. Seterusnya guru boleh menggunakan pelbagai kaedah dan ransangan misalnya kad-kad yang mudah untuk menarik minat dan perhatian murid.

Kanak-kanak berkeperluan khas khas boleh dibenarkan bekerja dalam kumpulan-kumpulan yang dapat menerima dan membimbing mereka.

Sekiranya kanak-kanak ini tidak dapat mencatat nota atau melakukan sesuatu aktiviti spesifik, tugas itu boleh diberikan kepada rakan sekelas untuk membantu. Kesimpulannya, interaksi dengan persekitaran yang menyokong dan pembelajaran yang aktif boleh membantu perkembangan kanak-kanak ini.

You might also like