You are on page 1of 5

Prinsip-Prinsip Pengurusan

Fayol telah mencadangkan empat belas prinsip pengurusan yang dapat memberikan
panduan kepada pengurus-pengurus tentang pengurusan sesebuah organisasi, tidak
kira sama ada organisasi perindustrian, sosial, keagamaan, pertahanan atau kerajaan.
Empat belas prinsip pengurusan yang dikemukakan oleh Fayol adalah:
1. Pembahagian kerja :
Pembahagian kerja dapat meningkatkan produktiviti kerana pekerja menjalankan tugas
yang khusus dan dengan demikian mengurangkan beban dan tanggungjawab pekerja.
2. Autoriti :
Fayol mentafsirkan autoriti sebagai hak untuk memberi arahan dan sebagai kuasa
untuk menarik seseorang supaya menurut arahan itu.
3. Disiplin :
Asas disiplin ialah menurut arahan dan prosedur serta menghormati per-setujuan yang
telah dibuat di antara organisasi dan kakitangannya.
4. Satu perintah :
Fayol percaya bahawa seseorang pekerja mesti menerima arahan-arahan daripada
seorang ketua sahaja. Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya kekeliruan dan
konflik di dalam penerimaan dan pemberian arahan.
5. Satu arahan :
Aktiviti yang mempunyai objektif yang sama hendaklah disatukan di dalam satu
rancangan dan diurus oleh seorang ketua sahaja.
6. Mengutamakan kepentingan organisasi :
Kepentingan organisasi hendaklah diutamakan daripada kepentingan peribadi atau
individu. Objektif-objektif organisasi adalah paling penting daripada objektif individu.
7. Pembayaran upah :
Pekerja mestilah dibayar dengan bayaran yang sewajarnya. Kerja-sama, sokongan dan
ketaatan dapat diperolehi daripada pekerja yang diberi bayaran sewajar dengan
perkhidmatan mereka.



8. Pemusatan :
Walaupun pengurus bertanggungjawab sepenuhnya ke atas organisasi, kakitangan
bawahan hendaklah juga diberi kuasa yang cukup untuk menjalankan tugas dengan
efektif.
9. Rantai pemerintahan :
Rantai pemerintahan ini menunjukkan hierarki autoriti bermula dari peringkat atasan
hingga ke peringkat bawahan di dalam struktur organisasi. Rantai autoriti ini juga
menunjukkan arah aliran komunikasi formal di dalam organisasi.
10. Susunan :
Fayol menggunakan prinsip susunan material dan sumber manusia yang mana material
dan manusia itu hendaklah ditempatkan di tempat yang betul mengikut masa yang
tepat.
11. Keseimbangan :
Pekerja hendaklah diberi layanan dan keadilan yang seimbang untuk melahirkan
ketaatan mereka kepada organisasi.
12. Kestabilan personel :
Firma yang berjaya mempunyai kumpulan pengurus yang stabil. Pihak pengurusan
atasan hendaklah mengimplementasikan amalan yang menggalakkan penglibatan
kakitangan kepada organisasi.
13. Inisiatif :
Kakitangan hendaklah diberi kebebasan untuk memajukan dan mengimplementasikan
rancangan.
14. Kekitaan :
Keharmonian di kalangan kakitangan mewujudkan perpaduan dan keteguhan
organisasi.




Antara objektif utama MSN adalah seperti berikut:

1. Memaju dan mempertingkatkan prestasi atlet Negara daripada peringkatTunas, Bakat, Pelapis dan
Elit bagi menyertai pertandingan-pertandinganperingkat kebangsaan dan antarabangsa.
2. Mempertingkatkan kualiti, pengetahuan dan kemahiran jurulatih, pegawaiteknikal dan pegawai
pentadbir sukan tempatan.
3. Menyediakan peluang penyertaan yang lebih luas di bidang sukan peringkatnegeri dan daerah.
4. Menyediakan program-program perkhidmatan, khidmat nasihat, kepakaran,dokumentasi,
perpustakaan, penyelidikan sains serta perubatan sukan.
5. Memperuntukkan Skim Galakan dan ganjaran untuk atlet, jurulatih danpentadbir sukan sebagai
dorongan ke arah peningkatan prestasi yang tinggi.

6.Membantu, memperbaiki dan memperkemaskan persatuan dan pertubuhansukan peringkat
daerah, negeri dan kebangsaan.

7. Membantu memperkemaskan jentera pentadbiran Majlis Sukan Negeridan merancang bersama
pelaksanaan program pembangunan sukanperingkat kebangsaan.

8. Merancang dan menguruskan kemudahan sukan yang diletakkan dibawah tanggungjawab Majlis.

9. Menyelaras pengelolaan Sukan Malaysia.










Peranan Utama MSN
a. Program Pembangunan Atlet
b. Khidmat Sains dan Perubatan Sukan
c. Pembangunan Kurikulum Dan Kejurulatihan
d. Pengurusan dan Kepegawaian Sukan
e. Kemudahan Sukan
f. Skim Penggalakan dan Anugerah Sukan
g. Bantuan Organisasi dan Khidmat Sokongan kepada Persatuan Sukan















POLITIK DALAM SUKAN
1. Politik dalam sukan menjelaskan wujudnya campur tangan kuasa politik kerajaan
dalam pengurusan dan pentadbiran sesuatu badan sukan.
2. Kebanyakan pucuk pimpinan badan-badan sukan di negara kita dikuasai oleh
ahli-ahli politik dan sektor korporat.
3. Kuasa politik memberikan kesan besar terhadap perkembangan dan kemajuan
sukan peringkat dunia.Ia boleh mengakibatkan keretakan hubungan antara
negara kerana perbezaan ideologi dan ia juga boleh merapatkan hubungan
negara-negara serta mewujudkan integrasi nasional.
4. Isu-isu politik dalam sukan seringkali terjadi kerana perbezaan pendapat.Isu-isu
yang sering berlaku adalah seperti perebutan kuasa dalam badan
sukan,pemilihan penyertaan atlet dalam sesuatu pertandingan,kemerosotan
prestasi atlet dalam sukan,displin atlet dan pegawai serta perkara yang berkaitan
dengan pembayaran gaji dan elaun.
KESAN POSITIF DAN NEGATIF POLITIK
POSITIF NEGATIF
Perkmbgn sukan di kampong, daerah
dan negeri
merencatkan perkembangan sesuatu sukan
Memperoleh sumber kewangan utk
jayakan pembgnn sukan
Hanya utk popular
membantu dalam melancarkan program
yang dirancangkan
Persatuan terjejas
Dpt jurulatih bagus Menjejaskan penumpuan thdp kerja sebenar
Dpt penaja
Lthn professional
Bnatu hbgn baik dgn ngr lain

You might also like