You are on page 1of 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN



PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
















KUMPULAN / UNIT :
PISMP PRASEKOLAH SEM 4

TAJUK :
REFLEKSI PERGERAKAN KREATIF
NAMA PENSYARAH :
ENCIK NORSHAMSURI BIN
SHAFIE

TARIKH HANTAR:
23 SEPTEMBER 2013 (ISNIN)

ANGKA GILIRAN :
2012111340193

NAMA :
YEW HOOI KHENG

NOMBOR KAD PENGENALAN :
920120-08-6446

1.0 WATAK DALAM CERITA BENCANA ALAM (RIBUT TAUFAN)

Cerita ini terdiri daripada tujuh orang guru pelatih daripada unit Prasekolah
Semester 4 Ambilan Januari 2012 iaitu Norlina Binti Mahmon, Lu Nguk Sia, Nur
Aminim Binti Zahari, Nurul Husna Binti Roslan, Beh Tian Xin, Bung Qian Min dan
Yew Hooi Kheng. Watak yang dipegang adalah penghuni Bandar Lipis, ahli
penyelamat dan bangunan tempat perlindungan.

(a) Norlina Binti Mahmon
(b) Lu Nguk Sia
Berlakon sebagai rumah yang menjadi satu tempat pelindungan kepada
mangsa-mangsa yang sedang menyelamatkan diri dari bencana alam. Rumah ini
terbentuk daripada dua orang guru pelatih perempuan iaitu Norlina Binti Mahmon
dan Lu Nguk Sia. Norlina Binti Mahmon dan Lu Nguk Sia telah berdiri tegak dan
memegang tangan ke atas kepala masing-masing untuk membuat satu bentuk
rumah. Rumah ini adalah kecil dan usang. Rumah ini bergoyang kuat kerana
ribut taufan yang sangat kuat. Akhirnya rumah ini telah runtuh akibat ribut taufan
yang semakin kuat.

(c) Nur Aminim Binti Zahari
Berlakon sebagai seorang ahli penyelamat yang menghulurkan bantuan kepada
mangsa yang memerlukan bantuan. Nur Aminim Binti Zahari telah memberi
bantuan kepada salah seorang mangsa bernama Yew yang cedera di bahagian
kaki akibat terkena dengan barang berat. Nur Aminim Binti Zahari telah
membantu mangsa ini melarikan diri dari tempat kejadian yang bahaya dan
masuk ke dalam sebuah rumah untuk mendapatkan pelindungan daripada
serangan ribut taufan yang semakin kuat.
(d) Nurul Husna Binti Roslan
Berlakon sebagai seorang ahli penyelamat yang menghulurkan bantuan kepada
mangsa yang memerlukan bantuan. Nurul Husna Binti Roslan telah membantu
mangsa Bung dan manga Beh masuk ke dalam tempat perlindungan mangsa.

(e) Beh Tian Xin
Berlakon sebagai seorang mangsa yang mengalami ketakutan dan jatuh di atas
lantai. Beh tidak dapat bergerak kerana ribut taufan yang semakin kuat. Dia
hanya dapat menjerit dan meminta tolong daripada ahli penyelamat. Akhirnya,
mangsa Bung telah memapah mangsa beh masuk ke dalam tempat
perlindungan di bawah pertolongan Nurul Husna Binti Roslan, selaku seorang
ahli penyelamat.

(f) Bung Qian Min
Berlakon sebagai seorang mangsa yang tenang dan dapat memberikan
kerjasama kepada ahli penyelamat menjalankan kerja membantu mangsa-
mangsa yang tidak dapat menyelamatkan diri. Bung dan Yew, salah seorang
mangsa telah bekerjasama mangangkat barang yang penting meninggalkan
tempat kejadian yang mengancam nyawa iaitu ribut taufan. Bung juga membantu
mangsa Beh untuk mendapatkan perlindungan.

(g) Yew Hooi Kheng
Berlakon sebagai seorang mangsa yang sedang mengangkat barang yang
penting dengan Bung, salah seorang mangsa. Disebabkan keadaan yang sangat
huru-hara, Yew telah cedera di bahagian kaki. Yew tidak dapat bergerak ke
tempat perlindangan. Dengan bantuan Nur Aminim Binti Zahari, Yew dapat
berehat di tempat perlindungan.
2.0 SIPNOSIS CERITA

Cerita ini menceritakan ribut taufan yang melanda Bandar Kuala Lipis di
Pahang pada minggu lepas waktu pagi. Cerita ini terdiri daripada lima orang
penghuni Bandar Kuala Lipis yang sedang menyelamatkan diri iaitu Norlina Binti
Mahmon, Lu Nguk Sia, Nur Aminim Binti Zahari, Nurul Husna Binti Roslan, Beh
Tian Xin, Bung Qian Min dan Yew Hooi Kheng.
Ribut taufan ini telah berlaku dan semua penghuni di Bandar Kuala Lipis
sedang menyelamatkan diri daripada bencana alam itu yang akan membawa
maut. Di samping menyelamatkan nyawa, penghuni-penghuni juga
memindahkan barang-barang kepunyaan yang penting ke tempat yang selamat
dengan bekerjasama.
Ketika proses menyelamatkan diri daripada kejadian bencana alam, salah
seorang penghuni bernama Yew telah mengalami kecederaan parah di bahagian
kaki ketika memindah barang yang penting bersama dengan penghuni Bung.
Yew tidak dapat bergerak kerana kakinya sakit dan berdarah. Akhirnya, Yew
telah diselamat oleh ahli penyelamat iaitu Nur Aminim Binti Zahari. Dengan
bantuan yang dihulurkan, Yew telah berehat di tempat perlindungan mangsa.
Apabila semua orang sedang menyelamatkan diri, salah seorang mangsa
bernama Beh terlalu takut dan gagal menyelamatkan diri dari tempat kejadian
tersebut. Beh telah jatuh di atas lantai dan dia tidak dapat bergerak ke arah
tempat perlindungan. Beh hanya duduk di atas lantai dan berharapkan bantuan
daripada mana-mana pihak.
Walaubagaimanapun, Beh berlangkah kanan dan dia telah diselamatkan
oleh penghuni yang baik hati iaitu Bung. Bung telah memapah Beh .masuk ke
dalam tempat perlindungan di bawah pertolongan Nurul Husna Binti Roslan,
selaku seorang ahli penyelamat. Nurul Husna Binti Roslan telah menunjukkan
sifat sanggup menghulurkan bantuan kepada mangsa yang diperlukan. Sifat ini
adalah diperlukan pada diri ahli penyelamat. Seorang ahli penyelamat yang
berkualiti perlu menglengkapkan diri dengan ilmu, kemahiran dan nilai peribadi
yang unggul supaya dapat melaksanakan tugas menyelamatkan nyawa orang
lain dengan sempurna.
Semua penghuni telah mendapat perlindungan di tempat perlindungan.
Malangnya, tempat perlindungan menjadi tidak kukuh kerana serangan ribut
taufan yang semakin kuat. Akhirnya, bangunan yang sebagai tempat
perlindungan telah runtuh dan semua penghuni telah pengsan.















3.0 REFLEKSI KENDIRI

Pertama sekali jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan
buat semua pihak yang terlibat sebelum, semasa, dan selepas tugas ini
disiapkan terutamanya kepada pensyarah bimbingan iaitu ENCIK
NORSHAMSURI BIN SHAFIE kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada
saya. Tidak lupa juga kepada saudari sekumpulan saya iaitu Norlina Binti
Mahmon, Lu Nguk Sia, Nur Aminim Binti Zahari, Nurul Husna Binti Roslan, Beh
Tian Xin, Bung Qian Min dan Yew Hooi Kheng yang telah banyak memberi
kerjasama yang padu semasa menjalankan amali ini.
Kelas saya telah dibahagi kepada tiga kumpulan. Setiap kumpulan perlu
melaksanakan sebuah persembahan berdasarkan iringan muzik yang telah
disediakan. Setiap kumpulan telah diberi masa untuk berbincang tema cerita
yang akan dibuat. Setelah hasil perbincangan kumpulan, tema yang kumpulan
saya pilih adalah bencana alam. Ahli kumpulan saya hanya membincang
perjalanan keseluruhan plot cerita sahaja. Pergerakan setiap ahli kumpulan
adalah bebas berdasarkan kreativiti masing-masing. Kumpulan saya terdiri
daripada 7 orang iaitu Norlina Binti Mahmon, Lu Nguk Sia, Nur Aminim Binti
Zahari, Nurul Husna Binti Roslan, Beh Tian Xin, Bung Qian Min dan saya. Lu
Nguk Sia dan Norlina Binti Mahmon selaku bangunan tempat perlindungan, Nur
Aminim Binti Zahari dan Nurul Husna Binti Roslan selaku ahli penyelamat, Beh
Tian Xin, Bung Qian Min dan saya pula adalah penghuni di tempat kejadian
bencana alam.
Secara amnya, apa yang saya faham tentang pergerakan kreatif adalah
pergerakan yang bebas. Dalam amali yang akan dijalankan adalah perlu
melakukan pergerakan yang kreatif mengikut detik masa muzik lagu yang telah
ditetapkan. Pergerakan yang dilakukan perlu menyampaikan mesej yang jelas
kepada penonton. Mesej dan maklumat yang saya hendak sampaikan kepada
penonton adalah keadaan seseorang yang sedang menyelamatkan diri daripada
bencana alam.
Ketika saya melakukan pergerakan kreatif ini, saya perlu mengambil kira
aspek memberi emosi dan pergerakan iaitu bahasa tubuh badan yang sesuai
supaya penonton yang menyaksikan persembahan dapat memahami dan
merasai keadaan sebenar di belakang persembahan kumpulan saya. Saya telah
menunjukkan perasaan takut, gementar, sakit dan sebagainya kerana bencana
alam merupakan perkara yang akan membawa kematian kepada semua orang
sekiranya tidak dapat mencari penyelesaian yang sesuai. Melalui amali ini, saya
berasa perasaan adalah amat penting untuk sebuah persembahan supaya
penonton yang lain dapat merasai perasaan selain mesej cerita yang telah
disampaikan.
Melalui amali ini, saya menyedari semua orang mempunyai kreativiti
masing-masing. Setiap orang mempunyai daya kreativiti yang tersendiri. Saya
dapat melihat setiap ahli dalam kumpulan saya mempunyai kreativiti masing-
masing. Saya juga dapat menyedari bahawa setiap orang mempunyai potensi
untuk menjadi lebih kreatif dan produktif dan kreativiti amat berkait rapat dengan
idea, perasaan, pemikiran, pengalaman dan keinginan seseorang.
Amali ini telah memberi kebaikan kepada saya. Antara kebaikan adalah
memberi pendedahan terhadap pengenalan pergerakan kreatif. Selain itu, aktiviti
ini juga mencungkil minda saya ke arah pergerakan kreatif. Saya juga dapat
mengaplikasikan aktiviti ini pada pengajaran dan pembelajaran saya pada masa
yang akan datang.
Antara kelemahan yang dapat dilihat adalah persembahan yang tidak
kemas kerana kekurangan masa untuk berlatih. Disebabkan persembahan ini
adalah tanpa dialog dan dijalankan secara spontan. Semua ahli dalam kumpulan
adalah menjalankan tugas masing-masing secara bebas dan spontan.
Kelemahan ini akan diperbaiki dan persembahan kumpulan saya akan menjadi
lebih kemas dan sempurna selepas berlatih. Saya telah mendapat banyak
manfaat daripada aktiviti ini.
Akhir kata, individu yang bergelar guru mempunyai tanggungjawab yang
besar untuk menjadi contoh terbaik kepada anak didik mereka bak kata pepatah,
bagaimana acuan begitulah kuihnya. Saya berjanji akan membina sikap dan
perlakuan yang serta melengkapkan diri dengan ilmu yang pratikal untuk
menjadi teladan bagi anak-anak murid saya dan membawa mereka ke arah
insan cemerlang.

Disediakan oleh ,


(YEW HOOI KHENG)

You might also like