You are on page 1of 9

1

BAB 4 KEKAYAAN EKONOMI SARAWAK MENDORONG PENJAJAHAN


KELUARGA BROOKE

4.1 Perpecahan Membuka Ruang Penjajahan
1. Sultan Brunei telah membahagikan Sarawak kepada beberapa Daerah.
2. Setiap daerah ditadbir oleh ketua tempatan di kalangan orang Melayu dan orang
Dayak yang digelar Menteri Darat, Temenggung atau Orang Kaya.
3. Mereka bertanggungjawab melaksanakan arahan dan mengutip cukai.

4.1 (a) Pangeran Indera Mahkota
1. Sultan Brunei telah melantik seorang pembesar Brunei yang bernama Pangeran
Indera Mahkota sebagai wakil pemerintah Kesultanan Brunei di Sarawak.
2. Di Sarawak, terdapat bahan galian yang berharga iaitu antimoni dan emas.
3. Bagi menguasai kekayaan dan mengukuhkan kawalannya terhadap Sarawak,
Pangeran Indera Mahkota telah:
mengambil alih kuasa pentadbiran serta perdagangan antimoni dan emas
daripada pembesar Melayu tempatan.
mengenakan cukai yang tinggi terhadap penduduk tempatan.
Orang Bidayuh yang bekerja di lombong antimoni kepunyaannya tidak
dibayar upah.
4. Orang Melayu dan orang Bidayuh bangkit menentang Pangeran Indera Mahkota
pada tahun 1836.
5. Kebangkitan tersebut bertujuan membebaskan Sarawak daripada pemerintahan
Kesultanan Brunei.
6. Kebangkitan orang Melayu diketuai oleh pembesar Sarawak iaitu Datu Patinggi
Ali bagi menentang kezaliman Pangeran Indera Mahkota.
7. Pangeran Indera Mahkota tidak dapat menyekat kebangkitan tersebut.
8. Sultan Brunei menghantar Pangeran Raja Muda Hashim untuk menamatkan
kebangkitan tersebut.

2

4.1 (b) Pangeran Raja Muda Hashim
1. James Brooke sedang mencari kawasan perdagangan di Tanah Melayu dan
Sarawak.
2. Pangeran Raja Muda Hashim meminta James Brooke untuk menamatkan
kebangkitan di Sarawak. Jika James Brooke berjaya, beliau akan melantik James
Brooke sebagai Gabenor Sarawak.
3. James Brooke berjaya menamatkan kebangkitan di Sarawak.
4. Pangeran Raja Muda Hashim janjinya tidak akan dipersetujui Sultan Brunei.
Maka, beliau melengah-lengahkan perlantikan James Brooke.
5. James Brooke marah lalu membedil bandar Kuching.
6. Pangeran Raja Muda Hashim terpaksa melantik James Brooke sebagai Gabenor
dan Raja Sarawak yang pertama pada tahun 1841.

Perjanjian antara Pangeran Raja Muda Hashim dengan James Brooke 1841
James Brooke memerintah negeri Sarawak dan menguasai hasilnya.
James Brooke harus menghormati dan memelihara undang-undang dan
adat-istiadat orang Melayu.

7. Pada tahun 1842, James Brooke menghadap Sultan Brunei, Sultan Omar Ali
Saifudin dengan angkatan tentera laut British dari Singapura.









3

8. Sultan Omar Ali Saifudin terpaksa mengiktirafkan perjanjian yang ditandatangani
James Brooke dengan Pangeran Raja Muda Hashim.

Perjanjian antara Sultan Omar Ali Saifudin dengan James Brooke 1842
Sultan Brunei menyerahkan Sarawak dari kawasan Tanjung Datu ke Sungai
Samarahan dan menyerahkan segala hasil cukai kepada James Brooke dan
pewarisnya.
James Brooke akan membayar 2500 dolar stiap tahun kepada baginda.
Agama dan adat istiadat penduduk Sarawak tidak boleh diganggu.
Sultan Brunei mengiktiraf James Brooke sebagai Raja Putih Sarawak.

9. Pada tahun 1846, Sultan Omar Ali Saifudin cuba menentang James Brooke tetapi
ditewaskan dan terpaksa menandatangani perjanjian.
10. James Brooke diiktirafkan sebagai Raja Sarawak yang merdeka dan mempunyai
kedaulatan penuh ke atas Sarawak.














4

4.2 Keluarga Brooke Meluaskan Kuasa
**Sila rujuk peta di buku teks di muka surat 81.
1. James Brooke dan Charles Brooke meluaskan kuasa mereka di Sarawak antara
tahun 1853 hingga tahun 1905 dengan bantuan angkatan laut British.

Tahun Peristiwa yang berlaku Kawasan yang
diserahkan
kepada Brooke
Bayaran oleh
Brooke kepada
Sultan Brunei
1841 James Brooke
menandatangani perjanjian
dengan Pangeran Raja Muda
Hashim. Perjanjian ini
diiktiraf oleh Sultan Omar Ali
Saifuddin pada tahun 1842.
Tanjung Datu ke
Sungai Samarahan
2500 dolar setahun
1853 Penentangan di Saribas dan
Batang Lupar tidak dapat
dikawal oleh Sultan Mumein.
Sungai Samarahan
ke Sungai Rajang
1500 dolar setahun
1861 Kekacauan di sepanjang
Sungai Rajang.
Sungai Rajang 4500 dolar setahun
1883 Pembunuhan beberapa orang
peniaga Sarawak oleh orang
Murut di Sungai Trusan.
Sungai Trusan 4500 dolar setahun
1905 Charles Brooke membeli
Lawas daripada Sultan
Hashim Jalal.
Lawas -

2. Sempadan negeri Sarawak pada zaman pemerintahan keluarga Brooke kekal
sehingga hari ini.

5

4.3 Keluarga Brooke Memantapkan Pentadbiran
1. Sistem Pemerintahan
James Brooke memperkenalkan sistem pemerintahan beraja di
Sarawak.

2. Mengemaskini Pentadbiran
A) Melibatkan pemimpin tempatan
melantik pembesar yang berpengaruh dan berpengalaman dalam
pentadbiran bagi mendapat sokongan penduduk tempatan.
Contohnya: Datu Patinggi, Datu Temenggung, Datu Bandar

B) Membentuk Majlis Tertinggi, Majlis Negeri dan Majlis Bahagian
a. Majlis Tertinggi
Dianggotai oleh Residen Bahagian Pertama dan 4 orang Datu
Melayu
Tujuannya adalah untuk menasihati James Brooke dan
membuat dasar serta menggubal undang-undang dan peraturan yang
berkaitan pentadbiran negeri.

b. Majlis Negeri
Dianggotai oleh ketua kaum bumiputera
bersidang tiga tahun sekali untuk ketua kaum bumiputera
menyuarakan pandangan dan pendapat tentang pentadbiran negeri.

c. Majlis Bahagian
dianggotai oleh Residen, Penolong Residen, Penolong Pegawai
Daerah, Pegawai Anak Negeri dan Ketua Kampung
Tujuannya adalah untuk menasihati Residen, mengetuai operasi
ketenteraan, menjaga keamanan, mengutip cukai.

6

C) Menubuhkan jabatan penting
menubuhkan Jabatan Kehakiman, Jabatan Polis, Jabatan Kastam dan
Cukai, Jabatan Pos

D) Menubuh mahkamah keadilan
a. Kes Sivil akan diadili oleh ketua kaum masing-masing.
b. Kes Jenayah atau kes yang melibatkan beberapa suku kaum akan diadili
oleh Raja Sarawak, Residen atau Timbalan Residen.

3. Menjadikan Sarawak Naungan British
A) British menandatangani perjanjian dengan Charles Brooke pada tahun 1888
untuk mengukuhkan pengaruhnya di Sarawak.
B) Perjanjian antara Kerajaan British dengan Charles Brooke tahun 1888:
a. British melindungi Sarawak daripada serangan musuh.
b. Keluarga Brooke memerintah Sarawak secara bebas.
c. British mengawal hal ehwal luar negeri.

4. Mengisytiharkan Perlembagaan 1941
A) diisytiharkan oleh Charles Vyner Brooke pada 24 september 1941.
B) Perlembagaan bertulis pertama di Sarawak ini menggariskan pemberian
kuasa pemerintahan kepada rakyat.
C) tidak dapat dilaksanakan kerana tercetusnya Perang Dunia Kedua.
D) Perlembagaan Sarawak 1941:
a. Charles Vyner Brooke menyerahkan kuasa mutlaknya kepada Majlis
Tertinggi dan Majlis Negeri.
b. Raja Sarawak memerintah dengan nasihat Majlis Tertinggi.
c. Majlis Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang dan menguruskan
kewangan.
d. Raja mempunyai kuasa membatalkan undang-undang yang diluluskan
oleh Majlis Negeri.
7

4.4 Perubahan Ekonomi di Bawah Pentadbiran Keluarga Brooke
1. Keluarga Brooke telah mengambil beberapa langkah untuk menguasai ekonomi
di Sarawak:
a. menghalang kemasukan pelabur luar secara besar-besaran.
b. mengeksploitasi hasil hutan
c. memajukan pertanian tradisional
d. memperkenalkan tanaman baru
e. melombong hasil galian
f. memberi peluang kepada orang Cina terlibat dalam perlombongan dan
perdagangan

** Pembangunan ekonomi dan sosial di Sarawak adalah tidak seimbang kerana kemajuan
hanya tertumpu di Bahagian Pertama dan Bahagian Kedua.

2. Hasil hutan dan pertanian di Sarawak:

A) Hasil hutan di Sarawak
sarang burung kapur barus rotan
damar getah jelutung kayu balak

Sarang burung dikutip dari Gua Niah.
berkhasiat dan dijual pada harga tinggi.
Rotan Hasil rotan dieksport ke Eropah.
Getah jelutung dikutip dari pokok jelutung.
dieksport ke Amerika Syarikat.
Kayu balak dijalankan oleh orang Cina dan Syarikat Borneo di
sekitar Sungai Rajang.
dieksport ke Hong Kong, Australia, Amerika Syarikat.

8

B) Tanaman tradisional di Sarawak
Kelapa diusahakan oleh di Bahagian Pertama dan Kedua oleh
orang Melayu.
Lada hitam diusahakan oleh orang Cina di Bahagian Pertama dan
Ketiga.
Sagu atau rumbia diusahakan di sepanjang tebing Sungai Igan, Oya,
Mukah dan Bintulu.
kilang memproses sagu di Kuching diusahakan oleh
orang Cina.
Gambir -

C) Tanaman baru di Sarawak
Getah diperkenalkan pada kurun ke-19 dan diusahakan oleh pekebun
kecil.
Tembakau ditanam di Lundu dan dieksport ke London.

3. Perlombongan di Sarawak:
Emas pada mulanya diusahakan oleh orang Cina di Bau.
mereka memberontak kerana tidak puas hati dengan cukai
yang tinggi tetapi gagal.
Syarikat Borneo mengambil alih perlombongan emas.
Antimoni dimonopoli oleh Syarikat Borneo di Baud an Kuching.
Minyak telaga petroleum yang pertama digali pada tahun 1882 di Miri.
The Anglo-Saxon Oil Company peroleh konsesi menjalankan
kegiatan pengeluaran minyak di Sarawak pada tahun 1909.
kilang menapis minyak didirikan di Lutong pada thun 1917.
Lain-lain antimoni, emas, arang batu dan raksa semakin berkurang
pada tahun 1882.

9

4.5 Perubahan Sosial di Bawah Pentadbiran Keluarga Brooke

You might also like