You are on page 1of 1

Aktiviti Masteri 1 ( M/S 5)

(a) Kehendak Maria: makan di kantin, membeli buku rujukan, membeli fail,
membayar tambang teksi dan menonton wayang.
(b) Tidak cukup. Ini kerana jumlah kehendak Maria ialah RM34, sedangkan wang
sakunya hanya ada RM30.
(c) Maria perlu memberi keutamaan kepada perbelanjaan yang akan memberinya
kepuasan maksimum.
(d) Maria perlu mengikut keutamaan kerana ini akan menjimatkan perbelanjaannya
dan memastikan perbelanjaannya mendatangkan kepuasan yang paling maksimum
kepadanya. Faktor-faktor yang perlu difikirkan oleh Maria sebelum berbelanja
ialah kemampuannya untuk membeli, kepentingan perbelanjaan yang akan dibuat
serta manfaat yang dibawa oleh perbelanjaannya.
(e) Maria menghadapi masalah kekurangan pendapatan untuk memenuhi
kehendaknya. Dia terpaksa membuat pilihan dan menanggung kos lepas. Kos
lepasnya ialah tontonan wayang di pawagam.

Aktiviti Masteri 2 (M/S 5)


(a) Kerajaan Singapura menjalankan kegiatan penambakan laut kerana ingin
menambahkan keluasan tanah di negara tersebut.
(b) Masalah yang dihadapi oleh kerajaan Singapura ialah kekurangan tanah untuk
menampung populasi penduduk di negara tersebut.
(c) Malaysia tidak menjalankan kegiatan penambakan laut seperti yang dilakukan
oleh kerajaan Singapura kerana Malaysia mempunyai keluasan tanah yang cukup
untuk menampung populasi penduduknya.

Aktiviti Masteri 3 (M/S 10)


(a) Y ialah buruh, tanah, modal dan usahawan.
(b) Kehendak bagi isi rumah ialah barang dan perkhidmatan seperti makanan,
pakaian, tempat tinggal dll.; kehendak bagi firma ialah barang dan perkhidmatan
yang ingin dikeluarkan seperti keluaran baju, keluaran topi, keluaran perabot dll.;
kehendak kerajaan ialah projek pembangunan seperti pembinaan sekolah,
pembinaan jalan raya, kempen anti-dadah dll.
(c) Kehendak yang tidak terhad berbanding dengan sumber ekonomi yang terhad
akan menghasilkan masalah kekurangan.
(d) Untuk mengatasi masalah kekurangan, isi rumah, firma dan kerajaan terpaksa
membuat pilihan masing-masing berdasarkan kepuasan maksimum, keuntungan
maksimum dan kebajikan masyarakat maksimum.

Aktiviti Masteri 4 (M/S 10)


(a) Jumlah kos pengeluaran bagi novel dan majalah ialah RM 7000 (2000 novel ×
RM2.50 + 1000 majalah × RM2.00). Sumber kewangan syarikat tidak cukup
RM2000.
(b) (i) RM5000. Tidak.
(ii) RM2000. Tidak.
(iii) RM4750. Tidak.
(iv) RM5300. Kekurangan RM300.
(c) (i) Kos lepas syarikat ialah 150 majalah.
(ii) Kos lepas syarikat ialah 300 majalah.
(iii) Kos lepas syarikat ialah 450 majalah.

You might also like