You are on page 1of 6

Permainan sepak raga dikenali sejak

zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada


masa itu, permainan ini dimainkan oleh
golongan bangsawan. Rakyat biasa juga
menggemari permainan ini. Pada masa
sekarang, sepak raga lebih dikenali dengan
nama sepak takraw. Ia bukan hanya
dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi
bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di
seluruh Malaysia. Bola sepak raga diperbuat
daripada bilah-bilah rotan yang dianyam
bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa
dua atau tiga lapis.
Permainan congkak ialah sejenis
permainan tradisional Melayu yang digemari
oleh kaum wanita dan kanak-kanak.
Permainan ini memerlukan dua orang pemain.
Alatan yang digunakan dalam permainan ini
adalah papan congkak dan buah congkak.
Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak,
lubang-lubangnya dibuat di atas tanah.
Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-
guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu
kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak
hanya boleh dimainkan oleh dua orang
sahaja.
Permainan wau juga dikenali dengan
layang-layang.Permainan wau amat digemari
oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan
ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih
digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan
seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan
Perlis. Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan
mempunyai nama tersendiri seperti wau
burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau
merak, wau kucing, wau jala budi, wau
lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat.
Wau bulan sangat digemari oleh orang
Melayu.
Gasing popular di Pantai Timur
Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan.
Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia
seperti gasing jantung, gasing piring atau
leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing
berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing
buku benang dan gasing pinang. Kanak-kanak
lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina,
kerana saiz yang kecil dan mudah dimainkan.
Batu Seremban juga dikenali sebagai
permainan Selambut atau Serembat. Sering
dimainkan di waktu lapang.Permainan ini
dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama
ada secara individu atau berpasangan. Ianya
dimainkan secara berkumpulan seramai dua
hingga empat orang atau lebih. Biasanya ia
menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu
yang kecil atau ketulan-ketulan objek lain
berbentuk bulat.
Galah panjang adalah sejenis permainan
tradisional yang dimainkan di atas gelanggang
yang dilakar di atas tanah kosong. Gelanggang
yang dibuat mengandungi 2 lajur dan
beberapa baris bergantung kepada bilangan
pemain. Gelanggang galah panjang dibuat
mengikut bilangan pemain yang bermain galah
panjang. Contohnya jika pemain ada 10 orang,
gelanggang yang dibuat mengandungi 4 baris.
Jika bilangan pemain sebanyak lapan orang,
gelanggang galah panjang mengandungi 3
baris.

You might also like