You are on page 1of 1

Demam Denggi Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam

dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih berbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini. Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya. Bagaimanakah penyakit ini merebak? Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau tropika. Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selesema. Ciri-ciri klinikal demam denggi berubah-ubah mengikut umur pesakit. Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami demam yang sukar dibeza-bezakan beserta dengan kemunculan ruam. Orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua mungkin mengalami sama ada sindrom demam yang tidak serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, ruam dan sakit di belakang mata, otot dan sendi. Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi. Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 hingga 12 hari. Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan transovarial. Vector demam denggi adalah nyamuk Aedes betina. Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini. virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan

You might also like