You are on page 1of 8

PERLEMBAGAAN PERSATUAN DUNIA SENI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, KANGAR, PERLIS. -----------------------------------------------------------------------PERKARA 1 1.1 1.

2 NAMA DAN ALAMAT Nama Persatuan Alamat : : PERSATUAN DUNIA SENI Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, Jalan Behor Pulai, 01000 Kangar, Perlis.

PERKARA 2 2.1

MATLAMAT Memberi peluang kepada guru pelatih untuk melibatkan diri dan meningkatkan pengetahuan tentang seni visual serta mengetahui peranan seni dalam kehidupan seharian.

PERKARA 3 3.1

OBJEKTIF Memupuk peribadi seseorang guru pelatih yang bakal menjadi pendidik supaya menghayati nilai, etika dan akhlak perguruan di samping melaksanakan sesuatu aktiviti berasaskan semangat berpasukan, amanah dan kesediaan berbakti. Di samping itu, persatuan ini dapat menggalakkan pelajar mengisi masa lapang dengan kegiatan berfaedah aktiviti seni visual.

PERKARA 4 4.1 4.2 4.3

KEAHLIAN Dibuka kepada semua guru pelatih PISMP Bahasa Melayu Sem 6 Ambilan Januari 2011. Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan. Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan aktif bagi menjayakan tujuan kelab ini.

PERKARA 5 5.1 5.2

PENSYARAH PENASIHAT Pensyarah Penasihat adalah terdiri daripada pensyarah subjek Gerko. Pensyarah Penasihat mempunyai kuasa mutlak, merancang atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.

PERKARA 6 6.1 6.2

AHLI JAWATANKUASA Dilantik semasa Mesyuarat Agung. Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa. Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Pensyarah Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat. Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian. Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Pensyarah Penasihat. Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri :6.6.1 Pengerusi 6.6.2 Naib Pengerusi 6.6.3 Setiausaha 6.6.4 Penolong Setiausaha 6.6.5 Bendahari 6.6.6 Ahli Jawatankuasa ( bilangan bergantung keperluan )

6.3 6.4 6.5 6.6

PERKARA 7 7.1

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA Pengerusi 7.7.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat. 7.7.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan ysng diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya. 7.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari masa ke semasa. 7.7.4 Memastikan semua kegiatan yang dirancang dapat dijalankan dengan baik. 7.7.5 Menyemak/membaiki draf minit mesyuarat yang baru (jika ada). 7.7.6 Menurunkan tandatangan untuk disahkan minit mesyuarat yang lepas. Naib Pengerusi. 7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi. 7.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi. 7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari masa ke semasa.

7.2

7.3

Setiausaha 7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat. 7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laoran kegiatan. 7.3.3 Mencatat kehadiran ahli-ahli. 7.3.4 Menyimpan dokuman yang berkaitan dengan persatuan. 7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari masa ke semasa. 7.3.6 Menyediakan surat memohon sumbangan (jika ada). 7.3.7 Menyediakan tempat mesyuarat. 7.3.8 Menurunkan tandatangan di minit mesyuarat yang lepas. Penolong Setiausaha. 7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya. 7.4.2 Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha. 7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari masa ke semasa. 7.4.4 Membantu menyediakan tempat mesyuarat. Bendahari . 7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan kelab/persatuan. 7.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab atas kesahihannya. 7.5.3 Menyediakan Penyata Kira-Kira/Kewangan bulanan dan tahunan serta menandatanganinya. 7.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa. 7.5.5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung atau mesyuarat jawatankuasa. 7.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari masa ke semasa. 7.5.7 Mengeluarkan resit bagi penerimaan dan pembayaran yang dibuat.

7.4

7.5

7.6

Ahli Jawatankuasa. 7.6.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan. 7.6.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik. 7.6.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari semasa ke semasa. 7.6.4 Membantu setiausaha menyediakan tempat mesyuarat

PERKARA 8 8.1 8.2 8.3 8.4 8.5 8.6 8.7 8.8 8.9

KEWANGAN Setiap ahli diwajibkan membayar yuran RM 1.00 bagi setiap bulan. Jumlan bayaran kutipan yuran boleh dipinda sekiranya mendapat persetujuan 2/3 ahli semasa mesyuarat agung tahunan Persatuan juga boleh memperolehi sumber kewangan melalui aktiviti. Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut. Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun yang akan disediakan oleh bendahari. Pengeluaran wang berjumlah melebihi RM499.99 memerlukan persetujuan dua per tiga ahli-ahli. Pengeluaran wang yang kurang daripada RM 500.00 tetapi melebihi RM 199.00 hanya perlu mendapat persetujuan AJK tertinggi. Bendahari hanya boleh membuat pengeluaran wang di bawah RM 200.00 sahaja dengan kebenaran pengerusi. Penyata kewangan akan diaudit dan diedarkan bagi setiap tahun berakhir pada akhir tahun.

PERKARA 9
9.1 9.2 9.3

KEHADIRAN/PENYERTAAN
Ahli-ahli diwajibkan menghadiri mesyuarat agung. Sekiranya tidak dapat menghadiri hendaklah menulis surat kepada pengerusi kelab. Ahli yang belum menjelaskan tunggakkan yuran tahun sebelumnya tidak boleh menyertai semua aktiviti yang dianjurkan oleh kelab pada tahun semasa. AKTIVITI Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung tahunan atau mesyuarat ahli jawatankuasa. Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh pengerusi dan diumumkan kepada pengetahuan ahli. Semua aktiviti yang dianjurkan oleh kelab boleh disertai oleh semua ahli kecuali Ahli-ahli seperti yang dinyatakan dalam PERKARA 9 perenggan 9.3.

PERKARA 10 10.1 10.2 10.3

PERKARA 11 11.1

MEMBERHENTIKAN Ahli-ahli yang bersikap tidak senonoh dengan kesopanan atau ketenteraman Persatuan, boleh dipecat oleh Jawatankuasa Kelab. Ahli yang dipecat berhak membuat rayuan dalam tempoh 14 hari diberitahu pemecatan, kepada Mesyuarat Agung untuk keputusan muktamat.

PERKARA 12 12.1 12.2 12.3

PINDAAN PERLEMBAGAAN Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda. Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli bersama ahli jawatankuasa semasa mesyuarat Agung tahunan Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa dan ahli akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu. Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh pengerusi. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN Mesyuarat Agung tahunan hendaklah diadakan pada setiap tahun sebelum semester persekolahan bermula. Notis tarikh mesyuarat agung tahunan hendahlah dihebahkan kepada ahli-ahli selewat-lewatnya TUJUH hari sebelum tarikh mesyuarat. Agenda mesyuarat Agung hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut: 13.3.1 Ucapan pengerusi 13.3.2 Membentang dan menerima minit mesyuarat agung tahun lalu 13.3.3 Membentang dan menerima laporan kewangan/aktiviti 13.3.4 Membahaskan perkara berbangkit 13.3.5 Pemilihan Jawatankuasa bagi tahun berkenaan 13.3.6 Ucapan penangguhan 13.3.7 Lain-lain hal Mesyuarat agung tahunan bertanggungjawab memilih pemegangpemegang jawatan dalam jawatankuasa serta menimbang lain-lain perkara yang menyentuh kemajuan dan kebajikan kelab. Pemilihan pemegang jawatan di buat seperti berikut: 13.4.1 Ahli yang dicalonkan untuk memegang jawatan hendaklah seperti yang dinyatakan dalam PERKARA 6 perenggan 2 & 4 13.4.2 Setiap pencalonan hendaklah mempunyai pencadang dan penyokong 13.4.3 Pemilihan hendaklah dibuat secara undian bagi jawatan yanng ditandingi 13.4.4 Colon yang mendapat undian terbanyak dipilih menjawat jawatan yang dipertandingkan Mesyuarat agung khas bagi kelab ini boleh diadakan : a) Apabila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa b) Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada 1/4 daripada jumlah ahli biasa dengan menerangkan tujuantujuan dan sebab-sebab mengadakannya. Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh permintaan itu. Pengumuman dan agenda untuk sesuatu Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan kepada semua ahli-ahli oleh Setiausaha sekurangkurangnya 14 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat

12.4

PERKARA 13 13.1 13.2 13.3

13.4

13.5

13.6 13.7

13.8

Perkara 14 di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atau permintaan ahli-ahli maka Mesyuarat hendaklah dibatalkan dan sekurang-kuranngnya enam bulan daripada tarikh ini. Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan. KUOROM Kuorom mesyuarat yang diadakan oleh kelab adalah seperti berikut 14.1.1 Mesyuarat agung tahunan hendaklah tidak kurang daripada 2/3 ahli 14.1.2 Mesyuarat jawatankuasa hendaklah tidak kurang daripada jumlah bilangan ahli jawatankuasa Jika kuorum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Persatuan; dan jika kuorum tidak cukup juga selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka mesyuarat itu berkuasa mengubah undang-undang Persatuan atau membuat keputusan-keputusan mengenai semua ahli.

PERKARA 14 14.1

14.2

PERKARA 15 15.1 15.2

PEMBUBARAN KELAB Kelab akan dibubarkan pada mesyuarat agung terakhir bagi tahun semasa. Pengarah diberi kuasa untuk membubarkan kelab jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

DRAF AKTIVITI ASAS PERSATUAN DUNIA SENI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, KANGAR, PERLIS. ------------------------------------------------------------------------

1. Pameran Dunia Seni 2. Pertandingan Kembara Seni 3. Pertandingan Mewarna

SENARAI NAMA JAWATANKUASA PENAJA PERSATUAN DUNIA SENI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, KANGAR, PERLIS. ------------------------------------------------------------------------

Pensyarah Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Naib Setiausaha Bendahari

: : : : : :

Encik Musaidi bin Mustaffa Muhammad Nazeem Bin Ismail Nor Asnida Binti Mad Daud Nur Afifah Binti Ahmad Muhammad Shahir Bin Shamdin Ali Sufi Bin Mazlan

Ahli Jawatankuasa Biro Aktiviti : Muhammad Aliff Shah Bin Idris Muhammad Fathin Bin Hamid Rodhiah Binti Md Rodzi

Biro Dokumentasi

Farah Fazriyana Binti Basri Muhammad Safwan Bin Alias Iza Kasmadiana Binti Kasmijan

Biro Publisiti

Muhamad Husaini Bin Mohd Ismail Norazila Binti Abiden Fitri Norlida Binti Ibrahim

Biro Tugas Khas

Nor Azrina Binti Mohd Zainol Muhammad Izzuddin Bin Kamarulzaman Muhammad Fakhri Bin Ramli

Biro Peralatan

Nurul Hidayah Binti Zakaria Muhammad Hilmi Bin Md Akhir Nurzawani Binti Mhd Fakhruddin

You might also like