You are on page 1of 2

Khasiat

madukelulutasli.com/
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
Sesiapa menjilat/minum madu tiga(3) pagi setiap bulan, tidak akan ditimpa bala (penyakit) berat.
(Diriwayatkan oleh Abu Hurairah )
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
Syifa (ubat/pengubatan/pembaikan/penawar) itu ada pada tiga meminum madu, berbekam, dan
dengan besi panas, dan aku melarang/menegah ummatku dari besi panas.(Diriwayatkan oleh
Jabir bin Abdullah Kitab Sahih Bukhari)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
Ke atas kamu dua penyembuh (syifa) : Madu dan Alquran (Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Ibnu
Majah)
KHASIAT MADU KELULUT
Madu lebah kelulut mempunyai pelbagai khasiat untuk tujuan perubatan dan kesihatan. Antara
penyakit yang dilaporkan sembuh mengunakan madu kelulut adalah:
1. Diabetis Mellitus (Kencing Manis)
2. Strok
3. Kanser
4. Hipertension
5. Gaut
6. Sakit-sakit sendi
7. Menguatkan tenaga batin
8. Anti-Penuaan
9. Jerawat
10. Kudis/Kurap/Fungus
11. Meningkatkan metabolisme badan, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru
bersalin.
12. Memulihkan kecederaan dalaman
MENGAPA MADU KELULUT MAMPU MERAWAT PENYAKIT DAN MENJAGA KECANTIKAN
Madu kelulut sememangnya mempunyai banyak khasiat. Disebabkan lebah kelulut lebih kecil
berbanding lebah biasa, ia mampu menghisap madu daripada bunga sehingga ruang paling
dalam. Hasilnya, madu yang dihisap mengandungi banyak vitamin dan mineral.
Antara bahan penting yang dihasilkan kelulut ialah propolis. Propolis dihasilkan oleh lebah
melalui campuran air liurnya dengan bahan makanannya seperti debunga, kulit kayu, pucuk-
pucuk pokok dan bunga. Anak-anak lebah kelulut dan kokun sangat sensitif kepada serangan
virus, kulat dan serangga perosak. Untuk memastikan sarang sentiasa bersih, steril dan
kondisi terkawal, lebah kelulut menghasilkan propolis yang berf ungsi sebagai antikulat, antivirus
dan antibakteria.
Khasiat propolis ialah mengandungi kesemua 16 jenis asid amino, glukosa, vitamin A,B,C,D dan
E, biof lavanoid dan pelbagai mineral. Biof lavanid sangat baik untuk kelancaran dan baik pulih
sistem tubuh manusia dan ternakan.
Berikut merupakan ulasan pakar dan artikel berkaitan khasiat :
Hasil penyelidikan itu memberi nilai tambah kepada madu tempatan menyebabkan permintaan
melebihi bekalan. Ini kerana madu lebah kelulut diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang
tinggi dan ia amat baik untuk kesihatan,. (Prof . Madya Dr. Maf auzy Mohamed, Dekan Pusat
Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia Cawangan Kelantan, (USMCK)
Pakar perubatan pengkhususan endokrin dan diabetis).
Sumber : http://lebah.wordpress.com/2011/06/24/rahsia-madu-akan-bongkar-lagi-usm/
Lebah kelulut tidak mempunyai sengat dan madunya mempunyai banyak khasiat untuk
memulihkan pelbagai penyakit kronik. Madu lebah diketahui mengandungi bahan anti-oksidan
yang tinggi, membekalkan nutrien, dan melindungi serta menyihatkan bahagian dalaman badan,
katanya ketika dihubungi Berita Kampus, baru-baru ini.
Tambahnya, khasiat madu lebah kelulut juga istimewa kerana mengandungi bee bread dan
propolis. Bee bread iaitu campuran polen dengan madu, air liur dan cairan dari perut lebah yang
boleh membantu masalah pencernaan (Penyelaras Penyelidikan Perubatan Tradisional dan
Komplimentari PPSP, Prof Dr Siti Amrah Sulaiman).
Sumber : http://www.beritakampus.usm.my/index.php/utama/sekitar-kampus/485-khasiat-madu-
lebah-kelulut
Kajian MARDI juga menunjukkan madu lebah kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik
yang berguna untuk manusia. Asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan
yang tertinggi dan dipercayai mampu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan
pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik.
Manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut juga dikatakan mampu
mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang
semasa perkembangan kanser usus besar.
Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20130701/ag_03/Khasiat-madu-lebah-
kelulut
Artikel lain :
http://myprod.nerasiah.com/index.php?option=com_content&view=article&id=232:pengenalan-
kelulut&catid=39:bacaan-umum
http://www.hmetro.com.my/articles/MARDIkumpul30spesieskelulut/Article

You might also like