You are on page 1of 11

Soalan Tugasan PSK KPLI 2009

________________________________________________________________

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN MALAYSIA


2009

BUKU TUGASAN
PENILAIAN SEPANJANG KURSUS

KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI)


DAN
PISMK OUM

Arahan Kepada Calon:

1. Buku Tugasan ini terdiri daripada 2 Bahagian:

Bahagian A: Tugasan Individu : 3 Tugasan


Bahagian B: Tugasan Kumpulan : 4 Tugasan

2. Anda dikehendaki menjawab mana-mana dua tugasan dalam Bahagian A secara


individu dan mana-mana dua tugasan dalam Bahagian B secara kumpulan (4-5
orang satu kumpulan).

3. Jawapan anda hendaklah dalam bentuk esei yang panjangnya lebih kurang 500
patah perkataan bagi tugasan individu dan lebih kurang 750 patah perkataan
bagi tugasan kumpulan.

4. Buku soalan ini akan diberikan pada minggu pertama Kursus Induksi Sistem
Saraan Malaysia dan dikutip pada akhir minggu kedua sebelum tamat kursus

Buku Soalan ini mengandungi 8 muka surat bercetak.


1
Soalan Tugasan PSK KPLI 2009

BAHAGIAN A

TUGASAN INDIVIDU
____________________________________________________________________

KOMPONEN I

(Perintah Am)

Soalan 1A

Encik Azlim adalah seorang penjawat awam yang telah menduduki rumah biasa kerajaan
pada tahun 2005. Pada tahun 2008, beliau telah memiliki rumah sendiri melalui
Pembiayaan Perumahan Kerajaan dalam kawasan lingkungan 20 km dari pejabatnya.

Bincangkan tanggungjawab Encik Azlim semasa mendiami rumah biasa kerajaan dan
apakah tindakan beliau selepas memiliki rumah sendiri melalui Pembiayaan Perumahan
Kerajaan.
(10 Markah )

atau

Soalan 1B

Encik Sapawi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG48 diarah mengikuti


kursus pendek 14 hari di Bangkok, Thailand atas kepentingan perkhidmatan.

Jelaskan jenis elaun yang layak dituntut seperti yang termaktub dalam Pekeliling
Perbendaharaan Bil 3 Tahun 2005 dan Perintah Am Bab B.

(10 Markah )
2
Soalan Tugasan PSK KPLI 2009

_________________________________________________________________

BAHAGIAN A

TUGASAN INDIVIDU
________________________________________________________________

KOMPONEN II

(Nilai Murni dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam)

Tugasan 2

Perkhidmatan secara profesionalisme bermakna setiap anggota organisasi harus


mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan kemahiran yang mencukupi bagi
menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Menyelesaikan masalah secara
profesional akan menghasilkan perkhidmatan yang lebih efisien dan efektif.
Untuk itu,setiap anggota organisasi hendaklah sentiasa berusaha untuk
meningkatkan kebolehan dan kemahiran yang sedia ada.

Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam (INTAN), 1991: 55


Soalan 2A

Bagaimanakah penghayatan nilai-nilai di atas dapat meningkatkan tahap


profesionalisme keguruan selaras dengan teras kelima dalam Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan 2006-2010 ?
( 10 Markah )

3
Soalan Tugasan PSK KPLI 2009
atau

Soalan 2B

Huraikan Teras Perkhidmatan Awam yang terkandung dalam Surat Pekeliling Am


Bilangan 5/79 dapat membantu guru melaksanakan perkhidmatan yang cemerlang dan
memberi keseronokan bekerja.

( 10 Markah )

4
Soalan Tugasan PSK KPLI 2009

BAHAGIAN A

TUGASAN INDIVIDU

KOMPONEN III

( Arahan Perkhidmatan dan Arahan Keselamatan)

Tugasan 3

Soalan 3A

Bilik kebal di sebuah jabatan pelajaran telah diceroboh oleh orang luar. Hasil siasatan
mendapati tahap keselamatan kawasan tersebut tidak diurus mengikut prosedur yang
betul sebagaimana yang termaktub dalam Arahan Keselamatan.

Jelaskan ciri-ciri keselamatan fizikal yang perlu dipatuhi oleh ketua jabatan bagi
mengelakkan perkara di atas berulang. Huraian anda perlulah beserta dengan contoh-
contoh yang sesuai .

( 10 Markah )
atau

Soalan 3B

Surat-surat rasmi terbahagi kepada 3 jenis iaitu :

i. Surat terperingkat untuk perhatian Ketua Jabatan

ii. Surat umum yang dialamatkan kepada Ketua Jabatan dan

iii. Surat untuk perhatian pegawai

Encik Ali baru dilantik sebagai Pembantu Tadbir ( Pengurusan Fail ) dan ditugaskan
mengendalikan urusan surat-menyurat yang diterima. Huraikan langkah-langkah yang
perlu dipatuhi oleh beliau untuk menguruskan surat-surat rasmi di jabatannya..

( 10 Markah )

5
Soalan Tugasan PSK KPLI 2009

BAHAGIAN B

TUGASAN KUMPULAN

KOMPONEN I

(Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam )

Tugasan 1

Soalan 1A

Memberi peluang yang sama kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira

latar belakang, agama dan keturunan untuk mendapat pendidikan yang

sebaik-baiknya.

Sumber: Piagam Pelanggan Kementerian Pelajaran Malaysia

Berdasarkan petikan di atas, huraikan tindakan Kementerian Pelajaran untuk


merealisasikan iltizam tersebut dalam usaha untuk memperkasakan sekolah kebangsaan
seperti dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

6
Soalan Tugasan PSK KPLI 2009
atau

Soalan 1B

Analisis pencapaian prestasi UPSR yang telah dijalankan pada tahun 2007 menunjukkan
prestasi murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu merosot. Ketua Panitia Bahasa
Melayu bercadang untuk memperbaiki prestasi mata pelajaran tersebut dengan
menjalankan satu proses penambahbaikan mutu pengajaran pembelajaran melalui
Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK).

Bagaimanakah kaedah Plan, Do, Check, Action (P.D.C.A.) dalam KMK dapat
membantu meningkatkan prestasi murid dalam situasi di atas?

(10 markah)

7
Soalan Tugasan PSK KPLI 2009

BAHAGIAN B
TUGASAN KUMPULAN
_______________________________________________________________________
KOMPONEN II
(Dasar-Dasar Kerajaan)
Tugasan 2

Soalan 2A

Pelbagai isu berkaitan pengeluaran hasil pertanian seperti peningkatan harga,


kekurangan bekalan makanan memberi kesan kepada penduduk dunia. Namun
demikian, isu ini tidak serius di negara kita kerana negara mempunyai dasar pertanian
yang produktif.

Berdasarkan contoh-contoh yang sesuai, huraikan strategi pelaksanaan Dasar Pertanian


Negara yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menjamin pengeluaran bahan-bahan
makanan secara berterusan.

atau
Soalan 2B

Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) merupakan salah satu program
Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertujuan untuk mengukuhkan jalinan murni antara
kaum di negara ini disamping berupaya merapatkan jurang pemikiran, budaya dan sosial
dalam kalangan pelajar. Program ini adalah salah satu strategi dalam pelaksanaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Sumber : Kementerian Pelajaran Malaysia

Berdasarkan pernyataan di atas, bagaimanakah Dasar Pendidikan Kebangsaan dapat


membantu mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar berbilang kaum di negara
kita?

(10 Markah)

8
Soalan Tugasan PSK KPLI 2009

BAHAGIAN B

TUGASAN KUMPULAN
_______________________________________________________________________
KOMPONEN III
( Pengurusan Am)
Tugasan 3
Soalan 3A

Semasa mesyuarat akhir tahun lepas, guru besar sekolah anda telah membentangkan
hasil laporan tahunan sekolah. Setelah dianalisis, didapati beberapa program dan aktiviti
yang telah dilaksanakan tidak mencapai objektif. Sehubungan itu, anda telah diberi
tanggungjawab oleh pihak pengurusan sekolah supaya melaksanakan beberapa aktiviti
penting pada tahun ini.

Merujuk laporan di atas, jelaskan pertimbangan yang perlu diambil kira untuk
menghasilkan satu perancangan aktiviti yang baik dan berkesan bagi mempastikan
segala matlamat yang digariskan dapat dicapai dengan jayanya.

9
Soalan Tugasan PSK KPLI 2009
atau
Soalan 3B
Mesyuarat Guru Besar Halangan
Staf Komunikasi

Perutusan Isyarat di terima

Tindakan Guru
Maklumbalas
Sumber : Model Komunikasi Shannon & Weaver
Model komunikasi di atas menunjukkan situasi aliran mesyuarat yang sering diadakan
di sekolah. Adakalanya maklumat yang ingin disampaikan oleh guru besar tidak dapat
difahami oleh guru-guru dengan baik. Natijahnya, guru-guru sebagai pelaksana tidak
dapat melaksanakan sesuatu program yang dipertanggungjawab dengan berkesan.

Berdasarkan model di atas, bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan perkara ini


berlaku.
(10 markah)

10
Soalan Tugasan PSK KPLI 2009

BAHAGIAN B

TUGASAN KUMPULAN
_______________________________________________________________________

KOMPONEN IV

(Pengurusan Kewangan)

Tugasan 4

Soalan 4A

Jabatan-jabatan Kerajaan sering menerima pembayaran daripada orang awam dalam


bentuk wang tunai, cek, kiriman wang pos dan sebagainya. Juruwang jabatan A telah
mengeluarkan resit sementara sebagai bukti bayaran diterima daripada pembayar,
manakala Daftar Pungutan Pembayaran dan Senarai Pungutan dibukukan oleh juruwang
yang sama.

Jelaskan tatacara mengeluarkan resit rasmi di jabatan kerajaan mengikut Arahan


Perbendaharaan Bab B Prosedur Perakaunan Bahagian II.

atau

Soalan 4B

Encik Baha dan Encik Chua, pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan di Melaka.
Mereka dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemeriksa di jabatan tersebut dengan tujuan
melupuskan barang-barang yang telah rosak dan tidak ekonomik digunakan lagi
mengikut Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor.

Huraikan syor-syor yang perlu dikemukakan oleh mereka kepada Lembaga


Pemeriksa tentang cara pelupusan barang-barang yang tidak boleh digunakan dan
tidak ekonomik.
(10 Markah)

© Hak Cipta Terpelihara 2008


Kerajaan Malaysia
11

You might also like