You are on page 1of 10

Tarikh :

Masa : 10.30 pagi 1.30 petang


Topik : Mengapikasikan Model Pemprosesan Maklumat Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.

Soalan :
1. Berikan definisi Model Pemprosesan Maklumat
2. Huraikan jenis-jenis model yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer seperti di bawah:
i. Model Assure
ii. Model Teori Behaviouris
Model Hanaffin and Peck
Model Addie
iii. Model Konstuktivisme
Model Hipermedia
iv. Model Pendekatan Sistem Dick dan Carey

Jawapan : 1

Berdasarkan Model Pemprosesan Maklumat yang dikemukakan Gagne,
beberapa aspek utama dapat dikenal pasti dalam fasa proses pembelajaran. Di
antaranya ialah kesediaan, motivasi, pengamatan, ingatan dan lupaan serta
pemindahan. Teori ini menumpukan kepada bagaimana pelajar memproses
maklumat.Maklumat yang baru disimpan dalam ingatan jangka pendek.Kemudian
diproses sebelum disimpan ke ingatan jangka panjang.Kombinasi pengetahuan
(maklumat yang diproses) & kemahiran di ingatan jangka panjang akan membina
strategi-strategi kognitif atau kemahiran yang berkaitan dengan tugas-tugas yang
kompleks.Langkah pengajaran mengikut teori pemprosesan maklumat:
Perhatian pelajar: Mulakan pengajaran dengan memberikan set induksi yang dapat
menarik perhatian pelajar kepada guru & pengajaran. Cth: Dalam pengajaran tajuk
perkakasan komputer guru boleh bersoaljawab dengan pelajar dan menunjukkan
beberapa contoh perkakasan komputer ke dalam kelas.
Merangsang ingatan pelajar kepada tajuk yang berkaitan. Perbincangan tajuk-tajuk
lepas yang sudah dipelajari & dikaitkan dengan topik yang akan diajar.
Penekanan kepada isi pengajaran yang penting. Penggunaan bahan bantu mengajar
yang tepat dengan tajuk yang akan disampaikan.Cth: Edarkan hand out, penyediaan
slaid Powerpoint.
Persembahkan maklumat dengan teratur dengan menggunakan bahan bantu
mengajar yang bersesuaian.Cth: Perisian kursus yang berkaitan dengan tajuk
perkakasan komputer.
Tunjukkan pelajar bagaimana mengkategorikan maklumat yang diterima &
memahaminya.Beri peluang kepada pelajar untuk mengembangkan maklumat yang
baru diterima.
Pengulangan. Cth: Meningatkan pelajar beberapa isi penting yang dipelajari (ingatan
jangka pendek).
Menyediakan beberapa aktiviti @ latihan yang berkaitan dengan pelajaran lepas
(ingatan jangka panjang).








Jawapan : 2

i. Model Assure
Model Reka bentuk pengajaran ASSURE
A- Analyse learner (analisis pelajar)- (1) Ciri umum; umur, tahap, latar belakang
sosioekonomi (2) kopetensi khusus pringkat masuk; kemahiran sedia ada (3) Stail
Pembelajaran ; sama ada auditori, visual, atau kinestatik
S- State Objective (nyatakan obj)- (1) tahap minimum sepatutnya dipelajari murid dpd
P&P (2) fokus kpd pengetahuan, kemahiran dan sikap yg baru utk dipelajari.

S- Select Method, media & materials (kaedah, media, bahan)- Kaedah; simulasi,
demostrasi, latihan tubi.Media; kreteria- (1)sepadan dgn kuri (2) maklumat tpt/tkini (3)
bahasa jelas (4) tarik minat/cetus motivasi (5)galak plibatan pel (6)kualiti teknikal (7)
terbukti keberkesanan (8) ada panduan guna. Rek bentuk Bahan; ambil kira; (1) objektif
(2) pelajar (3) kos (4) kepakaran teknikal (5)peralatan (6)fasiliti (7)masa.
U- Utilise Media & materials (guna media, bahan); langkah (1)prebiu bhn (2) sediakan
bhn (3) sediakn psekitarn (4)sedikn plajar (5)sed pengalaman pembelajaran.
R-Require Learner Participation (dorong penglbtn pel); latihan, kuiz, projek
E-Evaluate and revise (nilai dan semak)- (1)nilai pencapaian pel (2)pembelajaran yd
terhasil (3)media/kaedah (4)penggunaan guru (5) penggunaan murid.

1. Analyze Learner (Analisis Pelajar)
Pelajar terdiri daripada 20 orang pelajar di mana 16 orang pelajar adalah lelaki
manakala selebihnya perempuan. Kesemua pelajar tinggal di kawasan pedalaman dan
tinggal di asrama. Kesemua pelajar ini juga berasal daripada keluarga miskin dan
mereka berumur dalam lingkungan 9 10 tahun.
80% pelajar tidak mengetahui apa yang dikatakan dengan penyakit berjangkit
dan mereka hanya mengetahui nama penyakit yang mereka hidapi sahaja. Stail
pembelajaran pelajar-pelajar ini rata-ratanya adalah kinestatik di mana mereka suka
bergerak-gerak dan menganggu rakan-rakannya.
2. State Objective (Nyatakan Objektif)
Pelajar dapat menamakan sekurang-kurangnya 3 jenis penyakit berjangkit dan cara
penyakit boleh merebak. Selain itu, pelajar mengamalkan sikap bant-membantu
apabila dalam perbincangan.

3. Select Method, Media and Materials (Nyatakan Kaedah, Media dan Bahan)
Kaedah = Perbincangan
Media = Papan tulis, marker pen, LCD Projector, Laptop, PersembahanPowerpoint.
Bahan = Lembaran kerja (silang kata).
4. Utilize Media and Materials (Guna Media dan Bahan)
Guru akan bersoal jawab bersama murid-murid mengenai penyakit berjangkit.
Pertama, guru bertanya kepada murid-murid yang pernah sakit jenis penyakit yang
mereka hadapi masa itu. Kemudian ,guru akan mencatatkan semua penyakit yang
dinyatakan oleh murid-muridnya di papan tulis. Murid-murid juga ditanya mengapa
mereka mudah menghidap penyakit. Pada masa yang sama guru akan sentiasa
membimbing murid-murid dalam menjawab soalan. Selepas perbincangan, guru akan
mengedarkan lembaran kerja berbentuk silang kata kepada murid-murid bagi
mengukuhkan lagi pengetahuan mereka. murid diberi tempoh masa tertentu dalam
menyiapkan lembaran kerja tersebut.
5. Require Learner Participation (Dorong Penglibatan Pelajar)
Selepas menyiapkan tugasan yang diberikan, murid-murid secara individu akan
bertukar-tukar kertas dan akan menyemak lembaran kerja rakan-rakannya yang lain.
Murid-murid akan dibimbing oleh guru dalam proses menyemak kertas tersebut.
Selepas selesai menyemak, murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan
guru akan mengadakan kuiz kepada mereka. kuiz adalah berdasarkan apa yang
mereka telah pelajari sebelum itu berkaitan penyakit berjangkit. Kumpulan yang
memungut markah tertinggi dalam kuiz akan mendapat hadiah misteri daripada guru.
6. Evaluate and Revise (Nilai dan Semak)
Penilaian adalah berdasarkan kepada lembaran kerja yang diberikan oleh guru dan
berdasarkan kuiz yang dijalankan. Setiap murid juga akan disoal secara inidividu dalam
proses perbincangan semasa P&P. Murid dianggap menguasai apabila berjaya
menyiapkan tugasan yang diberikan dengan baik.
Sekiranya masih terdapat murid yang dikenalpasti tidak dapat mengikuti P&P,
guru akan mengenalpasti punca masalah murid sebelum memberikan pemulihan.
ii. Model Teori Behaviouris

a) Model Hanaffin and Peck
Model Hannafin dan Peck adalah model reka bentuk pembelajaran yang terdiri daripada
tiga fasa iaitu fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk, dan fasa pengembangan dan
implementasi (Hannafin & Peck, 1988). Dalam model ini, penilaian dan pengulangan
perlu dijalankan dalam setiap fasa. Model ini lebih berorientasi produk, melalui tiga fasa:
Fasa pertama, adalah analisis kebutuhan dilakukan dengan mengidentifikasi
kebutuhan-kebutuhan dalam mengembangkan suatu media pembelajaran termasuklah
di dalamnya tujuan dan objektif media pembelajaran yang dibuat, pengetahuan dan
kemahiran yang diperlukan oleh kelompok sasaran, peralatan dan keperluan media
pembelajaran.
Fasa kedua, adalah fasa reka bentuk, informasi dari fasa analisis dipindahkan
ke dalam bentuk dokumen yang akan menjadi tujuan pembuatan media pembelajaran.
Fasa reka bentuk bertujuan untuk mengidentifikasikan dan mendokumenkan kaedah
yang paling baik untuk mencapai tujuan pembuatan media tersebut. Salah satu
dokumen yang dihasilkan dalam fasa ini adalah dokumen story board yang mengikut
urutan aktifitasi pembelajaran berdasarkan keperluan pelajaran dan objektif
media pembelajaran seperti yang diperoleh dalam fasa analisis keperluan.
Fasa ketiga adalah fasa pengembangan dan implementasi, terdiri dari
penghasilan diagram alur, pengujian, serta penilaian formatif dan penilaian
sumatif. Dokumen story board akan dijadikan landasan bagi pembuatan diagram alir
yang dapat membantu proses pembuatan media pembelajaran. Untuk menilai
kelancaran media yang dihasilkan seperti kesinambungan link, penilaian dan pengujian
dilaksanakan pada fasa ini. Model Hannafin dan Peck (1988) menekankan proses
penilaian dan pengulangan harus mengikut sertakan proses-proses pengujian
dan penilaian media pembelajaran yang melibatkan ketiga fase secara
berkesinambungan.


b) Model Addie

Rajah: Aliran kerja berdasarkan model ADDIE
Rossett (1987) telah memperkenalkan model reka bentuk bersistem ADDIE, model ini
diwakili oleh aliran kerja di bawah:
a. Analisis
Dalam langkah ini, pembangunan perisian perlu mengenal pasti masalah yang dihadapi
dan cara menyelesaikannya. Masalah boleh dikenal pasti melalui temu bual,
pemerhatian, tinjauan, soal-selidik dan sebagainya. Setelah mengenal pasti masalah
yang dihadapi, pembangunan perisian perlu mencari punca atau faktor yang
menimbulkan masalah tersebut. Dalam fasa analisis ini juga, aspek persekitaran
pembelajaran, analisis terhadap pengguna dan objektif pembelajaran dikenalpasti.
Pembangunan perisian perlu membuat penilaian terhadap perkara-perkara berikut:
Analisa(Analysis)
Reka Bentuk(Design)
Pembangunan(Development
Perlaksanaan(Implementation)
Penilaian(Evaluation)

Matlamat perisian
Objektif perisian
Kumpulan sasaran
Kandungan perisian
Pendekatan pedagogi
Strategi penggunaan perisian
Kesemua analisis ini, dilakukan bagi memastikan reka bentuk pengajaran bersistem
yang dihasilkan menepati atau memenuhi keperluan pengguna yang sebenarnya.


b. Reka Bentuk Perisian
Fasa reka bentuk ialah proses memindahkan maklumat daripada fasa analisis kepada
satu lakaran fizikal yang akan digunakan semasa proses pembinaan. Kesemua
maklumatkeperluan dalam proses reka bentuk ini diambil dari fasa analisis permulaan.
Dalam mereka bentuk perisian multimedia, perkara-perkara berikut perlu diberi
perhatian:
i) Menentukan kandungan perisian berlandaskan kandungan yang telah dirangka dalam
fasa analisis.
ii) Menentukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan objektif
pembinaan perisian.
iii) Menentukan kaedah penyampaian maklumat mudah difahami dan bersesuaian
dengan pengguna.
iv) Menentukan reka bentuk paparan bersesuaian dengan teori pembelajaran dan
strategi pembelajaran yang telah dirancang.

c. Pembangunan Perisian
Pembangunan perisian melibatkan proses membangunkan atau menghasilkan perisian
dengan mengunakan aplikasi multimedia dan alat pengarangan. Pembangunan perisian
perlu dibangunkan berdasarkan reka bentuk yang telah ditetapkan dalam fasa
rekabentuk. Proses membangun perisian ini melibatkan pakar-pakar perisian dan
memakan masa yang lama.

d. Perlaksanaan Perisian
Fasa ini digunakan oleh pembangun perisian untuk membangunkan dan
melaksanakan perisian multimedia. Kesemua elemen utama yang telah direka bentuk
dalam fasa sebelum ini perlulah digarapkan ke dalam perisian dengan bantuan alat
pengarangan.
Proses kerja dalam fasa ini ialah:
i) Membangunkan perisian
ii) Menilai perisian mengikut aspek-aspek yang ditetapkan
iii) Menguji kestabilan perisian
iv) Pengubahsuaian dan membaik pulih perisian bagi membaiki dan meningkatkan
lagi kualiti perisian.

e. Fasa Penilaian
Fasa ini merujuk kepada proses pengujian dan penilaian perisian yang dibangunkan
bagi memastikan isi kandungan, grafik, audio, video dan antara muka perisian
bersesuaian.Fasa ini juga menguji adakah objektif perisian tercapai ataupun tidak.
Menurut Cozby,P.C (2001), bagi menjamin satu sistem berjalan dengan lancar dan
mencapai objektif,penilaian harus dilakukan. Jenis penilaian yang digunakan dalam
menilai perisian ialah penilaian formatif dan sumatif.

iii. Model Konstuktivisme
Teori konstruktivisme melihat pembelajaran sebagai proses mencari makna
yang berkaitan dengan isu-isu yang berlaku di sekitar kehidupan pelajar. Teori ini juga
menekankan aspek pengalaman dan persekitaran yang dapat menggalakkan
pembelajaran. Salah satu bentuk model pembelajaran yang menyokong teori
konstruktivisme ialah model hipermedia yang diperkenalkan oleh Spiro.
(Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir, 2003).

Model Hipermedia
Model ini berperanan pembelajaran boleh berlaku pada aras yang lebih tinggi seperti
yang ditekankan oleh teori konstruktivisme. Model ini memberi tumpuan kepada proses
pembelajaran berasaskan teknologi multi media dan internet. Proses pengajaran dan
pembelajaran melibatkan perkara-perkara berikut.
I. Menetapkan Domain
Tiga domain iaitu domain kognitif, afektif, dan psikomotor
Menentukan kes-kes yang terbabit di dalam domain
Mengenal pasti kelemahan pelajar.
Merancang aktiviti pengajaran sama ada di peringkat pendedahan, pengayaan atau
pemulihan yang bersesuaian dengan taksonomi Bloom dan juga KBT.

II. Menentukan tema dan perspektif
Menetapkan apa yang hendak dicapai selepas sesuatu pengajaran.
Mengolah bahan.
Bahan bersifat autentik bagi membantu pelajar memindahkan maklumat yang diperolehi
keluar daripada ruang lingkup pembelajaran.

III. Kuasa kawalan
Murid-murid meneroka alam siber berdasarkan tugasan yang diberikan oleh guru.
Guru bertugas sebagai moderator dan juga fasilitator.
Guru turut sama mengambil bahagian.

IV. Pemetaan laluan
Menyedia dan menyusun alamat-alamat tapak yang perlu dilawati.
Memberikan kata kunci kepada murid-murid untuk digunakan pada kotak pencari seperti
Yahoo atau Alta Vista dan mesin pencari serta jaringan perayau yang lain.
Menyelesaikan tugasan.

V. Refleksi
Membuat kesimpulan berdasarkan objektif pengajaran.
Menyedarkan murid-murid tentang proses dan aktiviti yang telah mereka lalui
berdasarkan domain pembelajaran.

iv. Model Pendekatan Sistem Dick dan Carey
Model reka bentuk ini beorentasikan sistem. Model reka bentuk Dick Dan Carey
(1996) melibatkan komponen pelajar, pengajar, bahan pengajaran dan persekitaran
pembelajaran. Rajah di bawah menunjukkan model reka bentuk pengajaran Dick dan
Carey. Setiap langkah dalam model ini menerima input daripada langkah sebelumnya
dan memberi output kepada langkah berikutnya.
Analisis
Reka bentuk
Penyelenggaraan
Implementasi
Pengujian
Pembangunan
Rajah : Model Reka Bentuk Dick dan Carey (1996)

Setiap komponen dalam model ini saling berkaitan, berinteraksi dan
berkerjasama untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Komponen pengajaran
dalam model ini membantu guru membaiki model yang sedia ada sekiranya terdapat
sebarang kelemahan. Model Dick dan Carey memerlukan penglibatan pembangunan
bahan pengajaran, analisis, percubaan, ujian dengan kadar yang banyak. Oleh itu
model ini sesuai digunakan untuk pengajaran bagi keseluruhan kursus atau kurikulum.
Kenal pasti matlamat pengajaran
Kenal pasti ciri dan perlakuan peringkat
Penilaian formatif
Bina atau pilih bahan pengajaran
Bina strategi pengajaran
Bina item ujian rujukan criteria
Tulis objektif prestasi
Penilaian sumatif
Buat analisis pengajaran

You might also like