You are on page 1of 1

Lelaki: Biduk berlalu kiambang bertaut, Hanyut perahu menuju muara; Salam dihulur merdeka disambut, Akrabnya ukhwah,

sejahteralah Malaysia. Perempuan : Demi maruah bangsa yang gagah, Rela kutempuhi onak dan duri; Agar Malaysiaku terus megah, Dijajah semula rakyat yang rugi Lelaki: Jalur gemilang berkibar megah, Ditiup angin sepoi bahasa; Demi maruah bangsa yang gagah, Bekalan warisan anak-anak merdeka. Perempuan : Bekalan warisan anak-anak merdeka, Disanjung dipuja setiap masa; Semangat patriotik tertanam di jiwa, Anak pasca merdeka pasti berbangga. Lelaki: Terasa sejuk menyapa muka, Mudik perahu singgah di kuala; Kukuh perpaduan demi Malaysia, Negara maju aman sejahtera. Perempuan: Aman bahagia rakyat sejahtera, Rakyat sepakat dalam perpaduan: Pelbagai kaum meraikan 1Malaysia, Malaysia berada di puncak kejayaan. Lelaki: Bendera berkibar di rumah Pak Agos Di halaman rumah pasang pelita Menjelang tiba Tiga Puluh Satu Ogos Tarikh kemerdekaan negara kita.

Perempuan: Bersyukur menjadi rakyat Malaysia Bumi bertuah indah permai lima puluh enam tahun kita merdeka rakyat hidup aman damai Lelaki: Setiap tahun menyambut merdeka Jalur gemilang berkibar megah Sejarah negara jangan dilupa beratus tahun kita dijajah. Perempuan: Kaum melayu, Cina dan India Hidup sejahtera bersatu padu Jasa pemimpin jangan dilupa rakyat terbilang negara maju.

You might also like