You are on page 1of 4

DAGU - AURAT ATAU TIDAK?

SOALAN:


baru - baru ini ada org bertanya kpd saya yg berbunyi begini :
1) ustaz..sekarang ni sy lihat ramai remaja perempuan yg bersolat telekungnya menampakkan dagu,
aurat wanita dalam solat n diluar solat sama, so adakah telah sempurna auratnya jika telekung yg
dipakai nampak dagu?


JAWAPAN SAYA :


Apa yg saudari tanya ini adalah perkara yg telah menjadi khilaf dikalangan Ulama dan sehingga ke hari
ini masih belum ada kata muktamad yg khusus di kalangan Ulama Secara umumnya, dlm hal ini ada 2
jawapan:
Seperti yg kita semua maklum, Aurat seorang perempuan adalah keseluruhan tubuh badan kecuali muka
dan tapak tangan. Para ulama bersepakat bahawa, Aurat perempuan ketika berada di luar adalah sama
seperti ketika berada di dalam solat. Tapi permasalahannya adalah dlm soal mendefinisikan maksud
muka.. Disini sy mahu bahaskan secara adil, dan tak mahu menyembunyikan.Apakah yg dimaksudkan
dgn muka, dibawah sy nyatakan terdapat 2 ijtihad (pendapat)

(i) Sebahagian ulama berpendapat Dagu termasuk dari bahagian Muka maka dagu dikatakan bukan
aurat
(ii) Sebahagian ulama lagi berpendapat, Dagu termasuk dari bahagian dalam (leher) maka dagu
dikatakan adlh aurat,,

Seperti yg kita semua maklum, Aurat seorang perempuan adalah keseluruhan tubuh badan kecuali muka
dan tapak tangan. Para ulama bersepakat bahawa, Aurat perempuan ketika berada di luar adalah sama
seperti ketika berada di dalam solat.

Bagi saya, , pendapat ulama yg mengatakan dagu bukan aurat lebih rajih, lebih kuat berbanding
pendapat yg satu lagi ( dagu adalah aurat).

Jika ditanya kpd saya, saya lebih menyokong pendapat Ulama yg mengatakan dagu adlh bukan aurat
Ini kerana sy telah merujuk kpd pandangan ulama yg pada sy, pendapatnya lebih kuat seperti al imam as
syafie , al imam ibnu hajar al as qalani, imam Ar-Ramli, Al Imam As sayuti, imam An- Nawawi dan ramai
lagi yg bersependapat dgn mereka.. Namun ada sebahagian kecil ulama yg menyelisihi ulama2 di atas..
kita tak boleh salahkan mana2 ulama, itu pendapat mereka, itu ijtihad mereka, itu bidang ilmu mereka
Tapi adalah tidak salah bg kita memilih pendapat mana yg harus dipakai seperti yg kata tadi, jika
ditanya kpd saya, sy akn memilih pendapat dagu bukan aurat

Muka dari segi bahasa Arab ialah: daripada hujung dahi sehingga kepada dagu. ataupun dengan kata
lain: yg dapat dilihat ketika berhadapan antara satu sama lain. maka tidak syak, dagu juga dilihat apabila
kita berhadapan antara satu sama lain.

Sahabat nabi yg mashur seperti,Ibn Umar ra juga menyebut: Bahagian atas daripada dagu, termasuk
dalam anggota kepala. Boleh saudari rujuk dlm kitab Al Muwatta Imam Malik 3/473 dan disokong oleh
Al Imam An Nawawi rahimahullah dalam Kitab Majmuk 7/268.

Maknanya apa yg boleh kita fhm kat sini adalah: dagu itu sendiri adalah sebahagian daripada muka. Jadi
tak timbullah masalah dagu itu adalah aurat kerana dagu adlh komponen yg melengkapkan sbg maksud
muka.

Bole jugak rujuk kitab Al Umm : Al Imam As syafie rahimahullah dalam kitab hebatnya iaitu al-Umm.
Beliau juga bersependapat dan mengatakan bahawa dagu adalah sebahagian daripada muka.
Secara jelasnya, apa yg nak sy katakan disini, adlh bhw Sepakat para ulama mengatakan bahawa dagu
adalah sebahagian daripada muka.

Bole jugak rujuk kitab Al Umm : Al Imam As syafie rahimahullah dalam kitab hebatnya iaitu al-Umm.
Beliau juga bersependapat dan mengatakan bahawa dagu adalah sebahagian daripada muka.
Secara jelasnya, apa yg nak sy katakan disini, adlh bhw Sepakat para ulama mengatakan bahawa dagu
adalah sebahagian daripada muka.

Juga sy nak sebutkan disini, turut dinyatakan Dalam kitab syarah sahih bukhari (fathul bari) , telah
dijelaskan oleh Al hafiz Al Imam Ibnu Hajar al Asqalani yg dikatakan (dimaksudkan) dengan sempadan
kawasan muka adalah sampai kebawah dagu itu. Maka dagu juga dikatakan adalah sebahagian kawasan
muka. Oleh itu kain tudung berada di bawah dagu masih dibolehkan. (Fathul Bari: 11/ 312). Dengan ini,
memakai tudung di bahagian bawah dagu, sah solatnya kerana pemakaianya masih menepati kaedah
dlm menutup aurat.

Suka juga sy petik dari seorang ulama kontemporari (ulama semasa) , Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili bhw
beliau mendefinisikan daerah muka; panjangnya gigi rambut (anak rambut) biasa hingga ke bahagian
akhir dagu. Atau dgn kata lainnya antara permulaan dahi sehingga ke bahagian bawah dagu. Hal dagu
pula ialah tempat tumbuhnya rambut yang terletak di atas tulang rahang sebelah bawah. Dua tulang
rahang ialah dua tulang yang menjadi tempat tumbuh nya gigi bawah seseorang. Lebarnya di antara 2
anak telinga.

Secara mudah nak faham, saudari tengok pada wajah lelaki, setakat mana janggut lelaki dibhg bawah
dagunya , maka disitulah sempadan antara muka dgn leher sy rasa tak semua bahgaian bawah dagu
janggut sampai, dlm bahagaian bawah dagu shj maka disitulah yg katakan sempadan muka dgn leher
yg dikatakan ulama..

KESIMPULAN YG SY BOLEH BUAT : INI PANDANGAN SAYA.
Sy ingin mengambil jalan tengah, ketika seseorang prmp dlm ibadat solat, pakailah telekung tu sehampir
yg boleh menutup dagunya, kerana itu lebih beradab dan lebih menjaga dari tergelincir antara kedua2
hukum/pendapat ulama. Org kata , lebih selamat, lebih warak akan tetapi jika ternampak bhg bawah
dagu pun, masih sah solat( ini perkara khilafiah) tak usah nak gaduh2 berlapang dada

Ketika di luar solat, mana2 boleh, ikut kesesuaian saudari kerana kalau nak diletakkan betul-betul di
birai dagu, amatlah sukar dan susah bg wanita yg hendak menjalankan kerja @ aktiviti seharian spt
bersukan, @ aktiviti yg lasak sedikit Nanti asyik terjatuh ke mulut, jadi itu menyusahkan bg wanita
sedangkan dlm islam itu sendiri tidak menyusahkan umatnya selagi mana masih terpayung dgn syariat
dan ijmak ulama

Jika ditanya kpd saudari, maka saudari jawab la bhg bawah dagu bukannya aurat, tetapi lebih cantik,
lebih wara, lebih selamat jika boleh menutupi bhg bawah dagu.. Buatlah setakat yg mampu kalau boleh.

Bagi wanita yg solehah, yg mengutamakan wara dlm pemakaiannya, sebaiknya memakai tudung
menutup dagunya (jika boleh), jika rasa tak selesa, boleh pakai sehingga bawah dagu, kerana itu masih
terpayung dgn ijmak ulama.

Jadi tak hairanlah, jika ditanya kpd ustaz A, dia akan kata dagu adalah bukanlah aurat, DAN jika ditanya
kpd ustaz B, dia akn kata dagu itu adlh auratDan Jika di tanya kpd saya, sy akan mengatakan dagu itu
bukan aurat,dan pada masa yg sama ,sy lebih suka memilih jalan tengah dan jalan wasatiah, yakni
kesederhanaan disamping tidak membebankan ahli masyarakat wallah hu alam

You might also like