You are on page 1of 26

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL 2014

ANJ URAN PPG AMBILAN J UN 2011 DAN PPG AMBILAN


FEBRUARI 2012

Laporan J awatankuasa
(Program, J emputan & Sambutan)

UNIT :
MATEMATIK 6

KURSUS :
PPG AMBILAN JUN 2011

KOD MATAPELAJARAN :
PJM 3112 E

NAMA PENSYARAH :
EN ZOLKEPLI BIN IBRAHIM

TARIKH SERAH :
22 APRIL 2014









IPG Kampus Perempuan Melayu,
Jalan Maktab, Durian Daun, 75400 Melaka

KERTAS KERJA

Karnival Permainan Tradisional PPG 2014


TEMPAT :
Kompleks Sukan Puteri Gunung Ledang,
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka

TARIKH :
20 APRIL 2014

ANJURAN :
Kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
IPG Kampus Perempuan Melayu,
Jalan Maktab, Durian Daun, 75400, Melaka.



1.0 PENGENALAN

Karnival Permainan Tradisional ini dianjurkan bagi memenuhi keperluan
sukatan PJM 3112 (Pengurusan dan Pentadbiran Sukan) Anjuran karnival ini
sebagai salah satu ujian atau latihan kepada pihak pengelola (PPG PJK Semester 5,
PPG Matematik Semester 6, PPG Sains Semester 6 dan Prasekolah) dalam
menguruskan dan mentadbir satu-satu program yang dirancang. Oleh itu
perancangan yang teliti dan teratur diperlukan bagi memastikan kejayaan karnival ini.
Permainan Tradisional ini merupakan permainan yang diwarisi turun temurun
di mana ia melibatkan kemahiran asas lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi
alatan yang meliputi gaya hidup sihat untuk memperoleh kecergasan, ketenangan
dan menangani tekanan. Antara contoh permainan tradisional ialah congkak, batu
seremban, galah panjang, ketinting, konda-kondi dan lain-lain lagi. Diharapkan
dengan pengelolaan ini dapat menggalakkan generasi muda untuk melibatkan diri
dalam permainan tradisional supaya permainan tradisional ini tidak luput
ditenggelami zaman di samping mengekalkan warisan budaya kita.
2.0 RASIONAL

Memenuhi keperluan pro-forma Pendidikan Jasmani dan Kesihatan(PJM3112) yang
berkaitan permainan tradisional.
2.1 Melatih guru pelatih dalam mengendalikan dan menjayakan satu-satu
program.
2.2 Memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengaplikasikan ilmu yang
mereka peroleh dalam bilik kuliah seperti penyediaan kertas kerja, minit
mesyuarat dan surat-menyurat, pengendalian mesyuarat, pengagihan tugas
dan sebagainya.
2.3 Mengelakkan kepupusan warisan turun-temurun ini memandangkan
permainan tradisional kini bukan lagi menjadi pilihan generasi baru.
2.4 Menarik minat generasi baru terhadap permainan warisan ini di samping
memupuk perasaan cintakan permainan warisan ini.
2.5 Mengeratkan silaturahim antara seluruh warga IPG Kampus Perempuan
Melayu.
3.0 MISI
Menyediakan platform kea rah menjadi pendidik yang berkebolehan dalam setiap
aspek termasuklah dalam pengurusan dan pentadbiran satu program yang
dirancang.
4.0 OBJEKTIF

4.1 Mengenengahkan permainan tradisional sebagai permainan warisan turun
temurun.
4.2 Memberi kesedaran kepada guru pelatih dan masyarakat tentang
kepentingan permainan tradisional sebagai satu warisan yang tidak boleh
dilupakan.
4.3 Memupuk semangat kekitaan dalam diri peserta sepanjang pertandingan
dijalankan.
4.4 Melatih peserta untuk kolaboratif dalam tekanan pertandingan dan
perancangan strategi dalam suasana yang sihat.
4.5 Dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pelajar di samping
mengekalkan warisan tradisi masyarakat melayu dan masyarakat setempat.
5.0 ANJURAN

PPG Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Februari 2012, PPG Matematik , PPG
Sains dan Prasekolah JUN 2011, IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka.
6.0 TARIKH , MASA DAN TEMPAT
Program ini dirancang untuk dilaksanakan seperti berikut:
Tarikh :20 April 2014
Hari : Ahad
Masa : 8.00 pagi 1.00 tengah hari
Tempat : Dewan Sri Kandi
Kompleks Sukan Puteri Gunung Ledang
IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka.




7.0 TENTATIF PROGRAM
7.30 pagi Pendaftaran peserta
7.45 pagi Semua pelajar berkumpul di Dewan Seri Kandi
8.00 pagi Ketibaan tetamu kehormat
8.15 pagi Perasmian Pembukaan
-Nyanyian lagu patriotik
-Lagu Negaraku
-Lagu Melaka Maju Jaya
-Lagu IPG Perempuan Durian Daun
-Bacaan doa
-Ucapan alu-aluan
-Ucapan penyelaras karnival
-Ucapan dan perasmian pembukaan
-Gimik perasmian
-Penyampaian cenderahati kepada perasmi
-Lintas hormat-Perkenalkan peserta
-Jamuan VIP
8.45 pagi Senamrobik
8.55 pagi Taklimat Pertandingan
9.00 pagi Acara Pertandingan Tradisional Bermula
12.00 tgh Majlis Penyampaian Hadiah
Majlis bersurai dan jamuan


7.0 SASARAN PESERTA
Pengelola : PPG Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Ambilan Februari 2012
Peserta : 6 Unit PPG Matematik Ambilan Jun 2011
2 Unit PPG Sains Ambilan Jun 2011
1 Unit Prasekolah Ambilan Jun 2011
Pensyarah Penasihat : 10 orang


8.0 STRUKTUR ORGANISASI

8.1 JAWATANKUASA INDUK
Penaung : Puan Tumerah binti Rosmin
Pengarah , IPG Kampus PM

Penasihat : Tuan Haji Hassan bin Pardi
Timbalan Pengarah , IPG Kampus PM

Pengerusi : Cik Nur Farah Gan Abdullah
Ketua Jabatan PJK, IPG Kampus PM

Bendahari : Puan Rodhiah binti Zainal
Pegawai Eksekutif Kanan, IPG Kampus PM

Penyelaras : Puan. Fatimah Mustaffa
Pensyarah PJK, IPG Kampus PM.

8.2 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengurus Karnival : Syaharum bin Abdullah (PJK)
Penolong Pengurus Karnival : Azah Fifianty binti Zainal ( MT6 )
Setiausaha : Fakizah binti Yaacob (PJK)
Penolong Setiausaha : Nor Azman bin Hussin (MT3)
Bendahari : Siti Rahmah binti Ahmad PJK)

Jawatankuasa :
a. Program, Jemputan dan Sambutan
Penasihat : Encik Zolkeple bin Ibrahim
Pengerusi : Siti Hajar binti Ahmad (PJK)
Naib Pengerusi : Norashikin binti Senin (MT6)


b. Perasmian, Pembukaan dan Penutup
Penasihat : Tuan Haji Zulhisham bin Mohd Ali
Pengerusi : Md.Abu Fadrey bin Md Yusof (MT3)
Naib Pengerusi : Haslinda binti Mohamed Noordin


c. Teknik dan Pertandingan
Penasihat : Cik Khadijah binti Tompang
Pengerusi : Muhammad Radzi bin Yahaya (PJK)
Naib Pengerusi : Mohd Azhar bin Samion (SN2)

d. Disiplin, hiasan dan kebersihan
Penasihat : Encik Khairul Anwar bin Ismail
Pengerusi : Ahmad Akira bin Che Aziz (PJK)
Naib Pengerusi : MT5

e. Sijil,Hadiah dan Cenderamata
Penasihat : Puan Zaimawati binti Abd.Kadir
Pengerusi : Fakizah binti Yaacob (PJK)
Naib Pengerusi : Hasri bin Ishak (MT4)

f. Peralatan
Penasihat : Puan Noor Izrain bin Kamsiran
Pengerusi : Nurkarmila binti Mohd Noor (PJK)
Naib Pengerusi : Tn.Badrul Hisyam bin Tn.Abdullah (MT2)

g. Jamuan ( Perasmian , Peserta & Pegawai)
Penasihat : Encik Mahizan bin Ithnin
Pengerusi : Mohd Raffi bin Abu Bakar (MT1)
Naib Pengerusi :

h. Penajaan, Promosi dan Publisiti
Penasihat : Encik Ramle bin Taib
Pengerusi : Mohd Azmi bin Mamat (PJK)
Naib Pengerusi : Shamsul Kamar bin Abdul Wahab (Pra )

i. Data, Siaraya dan Juruacara
Penasihat : Cik Nur Farah Gan binti Abdullah
Pengerusi : Siti Rahmah binti Ahmad (PJK)
Naib Pengerusi : Jaafar bin Abdul Aziz (SN1)

j. Dokumentasi dan Keselamatan
Penasihat : Puan Fatimah binti Mustaffa
Pengerusi : Mohd Khairul Faiz bin Tahir (PJK)
Naib Pengerusi : Ahmad Adnan bin Pujiman (MT7)



9.0 SENARAI TUGAS DAN SPESIFIKASI JAWATANKUASA


BIL

JAWATAN

TUGAS

1 Pengurus
Karnival
Menyelaras, memantau dan mengurus perkara yang berkaitan dengan
perjalanan karnival, perserta dan semua jawatankuasa yang terlibat.
Mempengerusi mesyuarat, meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan
segala keputusan yang diputuskan.
Menjadi rujukan setiap ahli jawatankuasa program.
Menjalankan tugas lain yang diarah oleh penasihat dari semasa ke semasa.

2 Penolong
Pengurus
Karnival
Membantu pengurus dalam menjalankan tugas tanggungjawab yang diberi.
Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengurus.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pensyarah penasihat dan
pengurus dari semasa ke semasa.

3 Setiausaha Menyediakan kertas kerja program
Menguruskan hal-hal surat menyurat.
Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan.
Mencatat kehadiran ahli semasa mesyuarat diadakan.
Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan program.
Menyediakan laporan akhir program.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pensyarah penasihat
dan pengurus dari masa ke semasa.


4 Penolong
Setiausaha
Membantu setiausaha dalam menjalankan tugas yang diberi.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pensyarah penasihat dan
setiausaha dari masa ke semasa.

5









BIL
Bendahari









JAWATAN
Bertanggungjawab ke atas semua hal kewangan program.
Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan
dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
Menyediakan laporan Penyata Kira-Kira program.
Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pensyarah penasihat dari
masa ke semasa.
.

TUGAS
6 Jawatankuasa Menyediakan kad jemputan dan buku program
Program,
Jemputan dan
Sambutan
Menyediakan senarai jemputan, ketua-ketua jabatan, timbalan pengarah,
pengarah, pensyarah-pensyarah, ketua ketua unit dan orang-orang kenamaan.
Memperuntukan sebahagian kad jemputan dan program untuk jawatankuasa
teknik bagi pegawai-pegawai sukan.
Menaip, memperbanyakkan dan mengedarkan kad jemputan
Menyediakan aturcara karnival, buku program dan mengedarkan kepada
bahagian-bahagian berkenaan.

7 Jawatankuasa
Istiadat
Perasmian,
Pembukaan
dan Penutup

Merancang, mengatur dan menjalankan perbarisan lintas hormat.
Mengadakan pasukan-pasukan pancaragam, kompang bunga manggar, silat
untuk istiadat sambutan.
Menentukan kedudukan ahli-ahli jawatankuasa semasa istiadat sambutan.
Menyediakan dan menyematkan rozet.
Menentukan kedudukan pasukan-pasukan di tempat permulaan perbarisan, di
Stadium PGL.
Memastikan lampu dipasang dan berfungsi dengan baik sepanjang kursus.
Menentukan pasukan-pasukan mempunyai bendera, papan nama dan pakaian
kemas serta berdisplin.
Menyusun aturcara istiadat perasmian.
Mengadakan raptai
Menyediakan juruacara perasmian.

8 Jawatankuasa
Teknik dan
Pertandingan
Menempah / meminjam stadium.
Memeriksa dan menentukan keadaan gelanggang dan kawasan permainan
yang sesuai untuk digunakan.
Menyediakan alat-alat sukan, alat-alat untuk hakim dan lain-lain pegawai
sukan.
Menyedia dan mengadakan taklimat syarat-syarat pertandingan kepada peserta
dan hakim bagi setiap pertandingan.
Menyediakan pembantu-pembantu yang cukup dan menentukan tugas serta
mengawal displin mereka. Menyediakan minuman dan makanan sekiranya
perlu.
Menjemput dan mengatur jadual bertugas untuk pegawai-pegawai sukan dan
mengadakan taklimat untuk mereka.
Mengatur acara-acara sukan yang dipertandingkan dan mempastikan ianya
berjalan secara lancar..


BIL

JAWATAN

TUGAS
Mengembalikan peralatan sukan tradisional dalam keadaan yang selamat.
Menguruskan secret-borang penyertaaan dan lain-lain secret untuk pegawai.
Menguruskan secretariat dan menyampaikan maklumat kepada juruacara
pertandingan

9 Jawatankuasa
Disiplin,
Kebersihan
dan Hiasan
Memberi taklimat displin dan keselamatan kepada peserta.
Menyediakan bilik pertolongan cemas dan kotak kecemasan.
Mengawal dan menyelia displin serta keselamatan peserta, pegawai dan
petugas sepanjang aktiviti.
Menyediakan dan memasang bendera-bendera hiasan, bendera negeri dan
Malaysia, kain bunga raya.
Menyediakan pasu-pasu bunga dan meletakkan di tempat-tempat yang sesuai.
Menguruskan penyiramannya.
Memastikan kebersihan astaka, arena pertandingan / gelanggang bilik-bilik
semasa dan selepas pertandingan.
Menyediakan bakul-bakul sampah, penyampu, berus dan kain pengelap.
Menyediakan tugas jadual bertugas pembantu-pembantu serta memastikan
ianya dijalankan.
Mengemas semula dan memulangkan alat perhiasan yang digunakan

10 Jawatankuasa
Program
Jemputan dan
Sambutan
Menyediakan kad jemputan dan buku program
Menyediakan senarai jemputan, ketua-ketua jabatan, timbalan pengarah,
pengarah, pensyarah-pensyarah, ketua ketua unit dan orang-orang kenamaan.
Memperuntukkan sebahagian kad jemputan dan program untuk jawatankuasa
teknik bagi pegawai-pegawai sukan.
Menaip, memperbanyakkan dan mengedarkan kad jemputan.
Menyediakan aturcara karnival, buku program dan mengedarkan kepada
bahagian-bahagian berkenaan.

11 Jawatankuasa
Sijil, Hadiah
Dan
Cenderamata
Mencari contoh-contoh hadiah/cenderamata dan harganya sesuai untuk acara
pertandingan.
Menempah secukupnya selepas dipersetujui.
Menyemak secukupnya selepas dipersetujui.
Menyemak bekalannya dalam keadaan baik dan mencukupi bilangan
Menyusun mengikut giliran penyampaiannya.
Membawa semua hadiah dan cendermata ke tempat penyampaian.
Memastikan ada meja, alas meja, dulang dan lain-lain alat diperlukan.


BIL

JAWATAN

TUGAS
Mengiringi penyampai hadiah.
Menjalankan upacara penyampaian hadiah / cendermata selaras dengan
bahagian pertandingan dan juruacara.
Menempah , Menaip dan mengedarkan sijil-sijil penyertaan dan penghargaan
12 Jawatankuasa
Peralatan
Mendapatkan senarai peralatan yang diperlukan dari pengerusi-pengerusi
jawatankuasa kecil.
Mendapatkan /meminjam peralatan tersebut dari pihak-pihak tertentu.
Mendapatkan bantuan kenderaan dari pihak IPGKPM atau lain-lain punca
sekiranya terpaksa.
Memastikan peralatan diangkut dan diserahkan di tempat-tempat yang
memerlukannya dalam masa yang ditetapkan dalam keadaan yang baik.
Mengemas/ memulangkan peralatan tersebut selepas selesai pertandingan

13 Jawatankuasa
Dokumentasi,
Keselamatan
dan Tugas-
tugas Khas
Menyediakan Jadual Tugas mencatat/ melapor setiap aktiviti yang
dijalankan.
Menyediakan dan melengkapkan borang penilaian aktiviti semasa Karnival
Mengumpul semua catatan / laporan untuk didokumentasikan.
Mengambil gambar sepanjang program.
Menyediakan filem yang mencukupi untuk rakaman gambar dan slaid dan
bertanggungjawab mencuci filem-filem tersebut untuk tujuan dokumentasi.
Mengumpul dan menyediakan dokumentasi Karnival.
Menyediakan Juri Rayuan.
Menghubungi saksi-saksi berkenaan apabila diperlukan.
Menjalankan tugas seperti diminta oleh pegawai misalnya dalam hal protokol
dan cenderamata.

14












BIL
Jawatankuasa
Jamuan











JAWATAN
Menyediakan dan memesan menu untuk jamuan.
Menempah dan menyediakan bilik jamuan VIP
Menghidang dan menghias bilik jamuan VIP pastikan segala kelengkapan
jamuan disediakan seperti pinggang, piring, cawan , tisu.
Memastikan kebersihan peralatan dan makanan.
Mengemas, membasuh dan memulangkan perkakas yang digunakan.
Menyediakan kupon minuman mengikut tarikh dan tempat
pertandingan dan menyerahkan kepada bahagian-bahagian berkenaan.
Menghantar/ menghidang minuman kepada jemputan pegawai khas sekiranya
tiada jamuan teh.
Menolong mengawal kebersihan sekitar kawasan jamuan

TUGAS

15 Jawatankuasa
Penajaan,
Promosi dan
Publisiti
Mendapatkan penajaan untuk program.
Menghubungi pihak media massa.
Menyiapkan kain rentang, poster dan sebagainya
Meletakkan kain rentang di tempat yang sesuai sepanjang kursus berlangsung.
Menyelaras sidang akhbar (jika ada)
Menyediakan jadual bagi bertugas hebahan dan juruacara

16 Jawatankuasa
Data, Siaraya
dan Juruacara
Menyediakan Juri Rayuan.
Menghubungi saksi-saksi berkenaan apabila diperlukan.
Menyediakan, memasang dan memastikan semua alat siar raya berfungsi
dengan baik sepanjang kursus.
Menjalankan tugas seperti diminta oleh pegawai misalnya dalam hal protokol
dan cenderamata.
Menyediakan juru acara perasmian dan juru acara pertandingan.



10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA KUANTITI / JUMLAH CATATAN
1 Makanan dan Minuman
Urusetia dan peserta :
144 guru pelatih PPG semester 6
35 guru pelatih PPG semester 5


Pensyarah dan jemputan VIP :
13 orang

RM 4.00 x 178 orang = RM 712
(Urusetia dan peserta)


RM 4.00 x 13 orang = RM 52
(Pensyarah dan VIP)

Jumlah : RM 764


3 Hadiah (Hamper)
Johan Galah Panjang ( Berpasukan)
RM 50 x 1

Johan konda-kondi (Berpasukan)
RM 50 x 1

Johan Ketingting (Berpasukan)
RM 50 x 1

Johan bowling kelapa (Berpasukan)
RM 50 x 1

Johan Batu Seremban (Berpasukan)
RM 50 x 1

Johan dam aji (Berkumpulan)
RM 50 x 1




RM 50 x 1 = RM 50


RM 50 x 1 = RM 50


RM 50 x 1 = RM 50


RM 50 x 1 = RM 50


RM 50 x 1 = RM 50


RM 50 x 1 = RM 50



Jumlah : RM 300

4 Bendera Malaysia dan Melaka 1 helai Stor Pusat
5 Gong 1 Stor Pusat
6 First Aid 1 Stor Pusat
7 Plug 3 VIP 1
Pensyarah 2
8 Sijil 356 Sijil Penyertaan-178
Sijil Penghargaan-178
9 Air mineral 500ml 8 kotak x 24 botol



10 Kertas gambar RM 3.00 X 10 helai = RM 30.00
11 Kertas warna RM 8.00 X 1 rim = RM 8..00
12 Indeks paper RM 9.00 X 2 set = RM 18.00
13 Phostat laporan RM15.00 X 2 = RM 60.00
14 Biding comb RM 5.00 X 3 = RM 15.00
15 CDR RM 1.50 X 3 = RM 4.50
16 Pen Drive RM 20.00 X 1 = RM 20.00
17 Sewa kamera RM 50.00 X 1 = RM 50.00
18 Rifell ink RM 80.00 X 1 = RM 80.00
19 Masking tape RM 4.00 X 10 = RM 40.00
20 Tepung RM 5.00 X 3 kilo = RM 15.00
21 Papan 3 RM 20.00 X 3 = RM 30.00
22 Kayu mop 2 batang RM 2.00 X 2 batang = RM 4.00
23 BatuSeremban RM 7.00 X 3 set = RM 21.00
24 Roxette RM 3.00 X 1 set = RM 3.00
25 Plastik sampah RM 5.00 X 2 paket = RM 10.00
26 Tali rafia RM 6.00 X 1 gulung = RM 6.00
27 Banner RM 100.00 X 2 = RM 200.00






11.0 Penutup

Adalah diharapkan Karnival Permainan Tradisional ini dapat dijalankan
dengan lancar dan teratur mengikut perancangan. Semoga perlaksanaan karnival ini
akan terus berjaya melahirkan pelajar yang aktif dan bertanggugjawab serta komited
terhadap tugas.
Jawatankuasa kerja juga menaruh harapan dan keyakinan yang tinggi
terhadap kerjasama dan komitmen semua ahli jawatankuasa yang terlibat dalam
menjayakan Karnival Permainan Tradisional ini. Kami Jawatankuasa kerja amat
berharap mendapat sokongan dan bimbingan sewajarnya untuk melahirkan pelajar
PPG selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Oleh yang demikian, adalah diharapkan program ini mendapat
kelulusan dan sokongan penuh daripada pihak pengurusan Institut Perguruan
Perempuan Melayu, Melaka


Disediakan oleh :

........................................................
(FATIMAH BINTI MUSTAFFA)

Penyelaras Karnival Permainan Tradisional 2014,
IPG Kampus Perempuan Melayu,
Jalan Maktab, Durian Daun, 75400, Melaka

Disemak oleh:


(CIK NUR FARAH GAN ABDULLAH)

Ketua Jabatan,
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,
IPG Kampus Perempuan Melayu,
Jalan Maktab, Durian Daun, 75400, Melaka.


Disahkan oleh :
.
(DR.MIHAT BIN DOLLAH)
Ketua Jabatan,
Hal Ehwal Pelajar
IPG Kampus Perempuan Melayu,
Jalan Maktab, Durian Daun, 75400, Melaka.


Diluluskan oleh :
.
(PUAN TUMERAH BINTI ROSMIN)
Pengarah,
IPG Kampus Perempuan Melayu,
Jalan Maktab, Durian Daun, 75400, Melaka.































LAPORAN KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL
IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

LAPORAN
Tarikh : 20 April 2014
Hari : Sabtu
Masa : 7.30 pagi 12.30 petang
Tempat : Kompleks Sukan Puteri Gunung Ledang,
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka


SEBELUM
Kami telah diberi jawatankuasa kecil iaitu AJK Program, Jemputan dan
Sambutan. Kami telah membahagikan kelas kepada 4 kumpulan mengikut
tugasan iaitu surat/kad jemputan, buku program, flyers dan pendaftaran. Kami
telah menyediakan surat jemputan dan kad jemputan untuk diedarkan kepada
VIP. Para VIP terdiri daripada Pengarah IPGKPM dan pensyarah unit PJK. Kad
jemputan diedarkan kepada semua VIP. Kami juga telah menyediakan buku
program. Pada asalnya, semua VIP dan peserta karnival akan menerima buku
program namun atas sebab kewangan, hanya VIP dan Ketua Unit sahaja yang
akan diberi buku program. Kami telah menggunakan inisiatif lain iaitu
menyediakan flyers untuk diberikan kepada peserta karnival sebagai
menggantikan buku program. Kami telah menyediakan flyers dan
diperbanyakkan untuk semua peserta karnival. Kami juga telah mendapatkan
senarai nama VIP dan semua peserta karnival mengikut unit untuk pendaftaran
dan dicetak.




SEMASA
Kami telah berada di dewan Sri Kandi seawal jam 7.30 pagi. Ini kerana kami
perlu menguruskan pendaftaran VIP dan peserta karnival. VIP diberi buku program
semasa pendaftaran manakala peserta karnival pula diberikan flyers sebagai bahan
rujukan. Kami juga telah menyambut ketibaan VIP jemputan iaitu En Muhammad
Fairuz b Hassan selaku pensyarah penilai dari IPG Raja Melewar dengan diiringi
oleh Tn Hj Hassan b Pardi iaitu Timbalan Pengarah IPG Kampus Perempuan
Melayu beserta pensyarah pensyarah dari unit PJK.
SELEPAS
Selepas majlis penutup karnival permainan tradisional tamat, kami menguruskan
pendaftaran kali ke 2 untuk kehadiran Post Mortem di Dewan Tun Fatimah.
Kemudian kami mengemas semula alatan yang telah digunakan iaitu kerusi dan
meja pendaftaran.

DISEDIAKAN OLEH,


( SHAFARINA BT SHAHIDAN )
SETIAUSAHA
AJK PROGRAM, JEMPUTAN & SAMBUTAN
KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL
IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU 2014







99




KARNI VAL PERMAI NAN TRADI SI ONAL 2014
ANJ URAN PPG AMBI LAN J UN 2011 DAN PPG AMBI LAN FEBRUARI 2012

Laporan J awatankuasa
(Program, J emputan & Sambutan)
Tarikh/Hari : 20 April 2014
Pensyarah Pembimbing : En Zolkepli bin Ibrahim

Tugas Jawatankuasa

Sebelum :
1. Membahagikan kelas kepada 4 kumpulan mengikut tugasan iaitu surat/kad
jemputan, buku program, flyers dan pendaftaran.
2. Menyediakan surat jemputan dan kad jemputan serta mengedarkan kepada VIP.
3. Menyediakan buku program dan diperbanyakkan untuk VIP dan semua Ketua Unit.
4. Menyediakan flyers dan diperbanyakkan untuk semua peserta karnival.
5. Mendapatkan senarai nama VIP dan semua peserta karnival mengikut unit untuk
pendaftaran dan dicetak.


Semasa :
1. Menyambut ketibaan VIP.
2. Menguruskan pendaftaran VIP dan semua peserta karnival.
3. Mengedarkan buku program kepada semua VIP.
4. Mengedarkan flyers kepada semua peserta karnival.


Selepas :
1. Menguruskan pendaftaran kedua peserta karnival semasa post-mortem.
2. Mengemas alatan yang telah digunakan semasa pendaftaran iaitu meja dan kerusi.


Disediakan Oleh :



( SHAFARINA BINTI SHAHIDAN )
Setiausaha,
Jawatankuasa Program, Jemputan & Sambutan,
Karnival Permainan Tradisional 2014





ANALISIS SWOT
KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL 2014
JAWATANKUASA : PROGRAM, JEMPUTAN & SAMBUTAN
Kekuatan
Bimbingan yang berterusan daripada pensyarah
pembimbing iaitu Tn Hj Zolkepli b Ibrahim
Kerjasama yang sangat padu daripada semua rakan Unit
Matematik 6 dan pengerusi iaitu Pn Siti Hajar bt Ahmad
( PJK )
Rekaan buku program telah disiapkan dari awal.
Semua maklumat yang diperlukan dalam buku program
diterima tepat pada masanya.
Buku program yang lengkap telah dimuat turun ke dalam
google drive untuk digunakan sebagai rujukan kepada
semua unit
Mengedarkan flyers untuk menggantikan buku program
Majlis perasmian berjalan lancar seperti yang dirancang.

Kelemahan
Buku program terpaksa disunting beberapa kali setelah
semakan dibuat seperti kesilapan ejaan dan penggunaan
perkataan
Peruntukan untuk mencetak buku program untuk setiap
peserta tidak mencukupi
Kekeliruan maklumat dari segi skop bidang tugas iaitu
Sambutan dan Protokol
Kekangan masa untuk berbincang bersama AJK yang
lain

Peluang
Mempunyai ahli yang mahir untuk menghasilkan buku
program, kad jemputan dan flyers.

Ancaman
Kekurangan peruntukan kerana memerlukan kos
yang tinggi untuk kad jemputan, buku program dan
flyers.




Penambahbaikan :-
Memberi peruntukan yang secukupnya untuk memperbanyakkan buku program
Mengadakan perjumpaan terakhir bagi semua AJK Induk untuk memastikan kelancaran karnival
Mewujudkan 1 saluran komunikasi seperti Telegram yang boleh melibatkan semua peserta karnival untuk menyampaikan
info terkini










LAPORAN BERGAMBAR
SEBELUM

Perbincangan di astaka
















Pembentangan dari semua ajk di Dewan Tun Fatimah




















Perbincangan di dalam kelas












RAPTAI














SEMASA ( HARI KARNIVAL )

You might also like