You are on page 1of 5

Teks YB kedua

Pendahuluan

- tolak pindaan usul oleh pembangkang sokong definisi usul
Perdana Menteri

Isi-isi Penting

i. bidasan terhadap pembangkang
ii. penguatkuasaan yang lemah
iii. wujudnya unsur rasuah

Penutup

- Pemantauan pihak berkuasa dapat mencegah masalah
keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah.


Teks Contoh
Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada
Tuan Speaker Dewan, rakan-rakan Yang Berhormat daripada
pihak kerajaan, barisan pembangkang dan seterusnya ahli-ahli
dewan sekalian.

Tuan Yang Dipertua,
Sebagai menteri yang kedua, saya pastinya menolak definisi usul
yang telah dipinda oleh Ketua Pembangkang sebentar tadi iaitu
Pemantauan Pihak Berkuasa Tidak Dapat Mencegah Masalah
Keracunan Makanan dalam Kalangan Murid Sekolah. Jadi saya
memohon agar definisi usul itu dipinda semula seperti definisi
yang diberikan oleh Perdana Menteri, iaitu Pemantauan Pihak
Berkuasa Dapat Mencegah Masalah Keracunan Makanan dalam
Kalangan Murid Sekolah.

Tuan Yang Dipertua,
Sebelum membentangkan hujah-hujah seterusnya, saya akan
membidas hujah yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang
sebentar tadi. Ketua Pembangkang mengatakan bahawa
pemantauan yang kurang berkesan tidak dapat mencegah
masalah keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah.

Tuan Yang Dipertua,
Sebenarnya, pihak berkuasa mempunyai prosedur atau peraturan
yang menjadi garis panduan untuk meluluskan tender kantin
kepada pengusaha yang berjaya. Selepas itu, pihak berkuasa
hendaklah memantau pengusaha-pengusaha kantin sekolah yang
sedang menjalankan operasi itu dengan berkesan. Jadi,
sepatutnya pihak berkuasa hendaklah menjalankan
tanggungjawab mereka itu dengan berkesan. Sekiranya mereka
menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan, sudah pasti
masalah keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah akan
dapat diatasi. Mungkin ada segelintir pihak yang berkuasa tidak
menjalankan pemantauan yang berkesan tetapi bukan bermakna
semua pihak berkuasa tidak menjalankan pemantauan yang
berkesan. Jika berlaku juga sebahagian kecil pihak berkuasa
yang tidak menjalankan pemantauan dengan berkesan, sudah
pasti mereka juga akan dikenakan tindakan kerana
kecuaian. Oleh itu, perkara pokoknya di sini ialah pihak
berkuasa sepatutnya menjalankan pemantauan dengan berkesan
untuk mencegah masalah keracunan makanan dalam kalangan
murid sekolah iaitu, sebelum nasi menjadi bubur.

Tuan Yang Dipertua,
Pemantauan pihak berkuasa akan dapat mencegah masalah
keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah, jadi hujah
saya yang pertama iaitu berpaksikan frasa, pemeriksaan berkala
secara kerap. Selepas tender diberikan kepada pengusaha
kantin, pihak berkuasa perlulah membuat pemeriksaan berkala
secara kerap terhadap pengusaha kantin tersebut. Pihak
berkuasa seperti pegawai-pegawai daripada Jabatan Pelajaran
dan Kementerian Kesihatan perlulah membuat pemeriksaan
secara mengejut untuk memastikan makanan yang disediakan
benar-benar bersih dan selamat untuk dimakan oleh murid-
murid. Sampel makanan pula perlulah diperiksa dan dibuat uji
kaji di makmal untuk memastikan kebersihan dan
keselamatannya. Selain itu, pekerja-pekerja yang terlibat untuk
menyediakan makan perlulah mematuhi syarat-syarat atau garis
panduan yang telah ditetapkan. Sekiranya langkah-langkah ini
dijalankan, sudah pasti keracunan makan dalam kalangan murid
sekolah tidak akan berlaku.

Tuan Yang Dipertua,
Sekiranya pemeriksaan berkala secara kerap dijalankan sudah
pasti pihak pengusaha kantin akan mementingkan kebersihan
dalam aspek penyediaan makanan. Oleh itu, pengusaha kantin
perlulah memastikan tangan pekerja yang menyediakan
makanan benar-benar bersih dan premis penyediaan makanan
mereka bersih. Selain itu, tukang masak juga perlu memakai
topi dan apron di samping memotong kuku mereka agar bersih.
Sayur-sayuran atau bahan-bahan yang hendak dimasak perlulah
dibersihkan dengan air yang secukupnya, di samping tidak
mendedahkan makanan kepada lalat atau serangga yang lain.
Jika langkah sediakan payung sebelum hujan ini diambil oleh
pengusaha kantin, sudah tentulah masalah keracunan makanan
dapat dielakkan daripada berlaku kepada murid-murid sekolah.

Tuan Yang Dipertua,
Hujah saya yang kedua iaitu berpaksikan frasa, mengadakan
kursus kepada pengusaha kantin. Pihak berkuasa perlulah
mengadakan kursus yang berkaitan dengan aspek kebersihan
dalam pengendalian makanan kepada pengusaha-pengusaha
kantin sekolah. Melalui kursus tersebut, pengusaha kantin akan
mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh demi menjaga
kebersihan makanan di kantin sekolah. Dengan perkataan lain,
sudah tentu mereka akan diberikan pendedahan tentang cara-
cara untuk menyediakan makanan yang bersih dan
selamat kepada murid-murid sekolah. Pekerja-pekerja kantin itu
juga didedahkan dengan aspek kebersihan dan kesihatan yang
perlu dititikberatkan dalam penyediaan makanan. Selain itu,
mereka perlu memakai pakaian yang sepatutnya dipakai semasa
memasak makanan dan menjaga kebersihan seperti memastikan
kuku mereka dipotong, membasuh tangan sebelum memegang
makanan dan memakai penutup rambut. Oleh itu, masalah
keracunan makanan dalam kalangan murid-murid sekolah akan
dapat diatasi dengan efektif.

Tuan Yang Dipertua,
Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa saya menyokong usul
ini seratus peratus dan memohon agar usul ini diluluskan oleh
dewan yang mulia ini dengan suara majoriti.

Tuan Yang Dipertua, Saya mohon mencadang.

Sekian, terima kasih
Sayangkan anak, tangan-tangankan
Sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan
Sayangkan kerajaan, ku beri sokongan
Sayangkan pembangkang, ku hadiahkan bidasan.

Contoh 2 : Memaku dulang, paku serpih
Mengata orang, kerajaan yang lebih.

Penggunaan ayat-ayat beritma juga ada kebaikan dan
keburukannya.
Contoh : Kami akan berhujah serta mencerakinkan satu persatu
ledakan teknologi yang telah merungkai tali nilai murni yang
sepatutnya tersimpul mati dalam sanubari insani.
Contoh : Terima kasih Tuan Speaker Dewan yang dihormati, barisan
pihak Kerajaan yang disanjungi, panel Pembangkang yang disayangi
da

You might also like