You are on page 1of 17

http://www.slideshare.

net/syireen/teori-behaviorisme
KURSUS : PISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL
SEMESTER : SEMESTER 2
INSTITUT : IPGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
SUBJEK : MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU 3103)

TAJUK : TEORI BEHAVIORIS





















TOKOH PELOPOR
John Broadus Watson
(1878 1958)
Ivan Petrorich Pavlov
(1849 1936)
Edward Lee Thorndike
(1874 1949)
Burrhus Frederic Skinner
(1904 1990)
Pelaziman Operan (Tabiat)
Unsur Berkaitan
Pengukuhan
Pelaziman Klasik (Emosi)
Tingkah laku












Pelaziman Klasik Pavlov
Sebelum Pelaziman Proses Pelaziman Selepas Pelaziman
Cuba ralat
Teori Pembelajaran Behavioral
Pembelajaran sebagai satu perubahan dalam bentuk atau frekuensi tingkah laku
Dalam bentuk pendekatan behavioral, tingkah laku pelajar dinilai sebelum memulakan pengajaran
Pembelajaran memerlukan penyusunan (stimuli) rangsangan dalam persekitaran supaya pelajar
dapat respons dan diberi pengukuhan
Rangsangan tak terlazim
(Makanan)

Gerak balas tak terlazim
(perembesan)
TETAPI
Rangsangan neutral
(bunyi loceng)

Tiada gerak balas
(tiada perembesan)
Eksperimen
1. Bunyi loceng
2. Tunggu sementara
3. Diberikan makanan
4. Proses berulang-ulang
Rangsangan tak terlazim
(makanan)

Gerak balas tak terlazim
(perembesan)
DAN
Rangsangan Terlazim
(bunyi loceng)

Gerak balas terlazim
(perembesan)
Beberapa konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan melalui prinsip
pelaziman klasik yang dikemukakan oleh Pavlov. Konsep tersebut ialah:











GENERALISASI
KONSEP LAIN
PAVLOV
Generalisasi
Penghapusan
Diskriminasi
Pembelajaran
Semula
Generalisasi bermaksud rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang sama.
Contohnya, Ali menjadi risau setiap kali ujian kimia akan diadakan. Ali juga menjadi risau setiap kali
ujian biologi akan diadakan, kerana kedua mata pelajaran tersebut mempunyai perkaitan antara
satu sama lain. Jadi kerisauan dalam satu mata pelajaran (kimia) telah digeneralisasikan
kepada satu mata pelajaran (biologi).


Diskriminasi
Dikriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu
sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. Dalam kajian terhadap anjing, didapati anjing tersebut
hanya bertindak balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak pada bunyi selain
daripada loceng. Dalam kes Ali, Ali tidak akan menjadi risau jika mengambil ujian bahasa
Inggeris atau ujian sejarah, kerana kedua-dua mata pelajaran tersebut amat berbeza dari mata
pelajaran sains.
Penghapusan
Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan
tidak terlazim. Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng tidak disertakan rangsangan tak terlazim
(daging). Dalam hal ini, lama-kelamaan bunyi loceng tadi tidak akan merangsang anjing tersebut
untuk mengeluarkan air liur. Tindak balas akhir akan terhapus dan prinsip ini dikenali sebagai
penghapusan.

RUMUSAN DAPATAN KAJIAN PAVLOV

















Thorndike
Teori Pelaziman Operan Thorndike
Kajian : haiwan ayam, kucing, anjing, monyet
Eksperimen : kotak ajaib
Eksperimen Kotak Ajaib

















Hukum Kesediaan
Menurut Thorndike (1913), apabila seseorang itu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan,
maka tindakan itu dapat memberi kepuasan kepadanya. Sekiranya dia tidak melakukannya, akan
menimbulkan perasaan dukacita dan kalau dia dipaksa melakukannya, akan menghasilkan
pembelajaran yang tidak sempurna. Rumusannya, hukum kesediaan merujuk kepada kesediaan
dan persiapan-persiapan yang perlu ada, sebelum individu itu bertindak, iaitu belajar. Kesediaan
dapat dilihat dari tiga aspek yang utama, iaitu kesediaan psikomotor, kesediaan afektif dan
kesediaan kognitif.

Hukum Latihan
Menurut Thorndike, perkaitan antara rangsangan dan gerak balas (R-G) akan bertambah kukuh melalui
latihan yang diulang-ulang. Seseorang individu akan menguasai kemahiran jika latihan diadakan.
Kucing diletakkan di dalam sangkar dan makanan diletakkan di luar sangkar
Kucing tersebut akan melakukan kaedah cuba jaya sekiranya ia dikurung semula ke dalam sangkar itu.
Kucing melakukan beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar Kaedah cuba jaya
Pelbagai reaksi : apabila terpijak selak pintu, sangkar itu terbuka
HUKUM PEMBELAJARAN THORNDIKE
Contohnya, jika pelajar selalu mengulangkaji rumus matematiknya, dia akan dapat mengingatinya
dengan lebih mudah. Hukum latihan menyatakan bahawa sesuatu tingkah laku akan diteguhkan
melalui aplikasi dan akan dilemahkan tanpa pengukuhan. Hukum latihan ini sangat sesuai
digunakan bagi latihan hafalan.

Hukum Kesan
Hukum kesan menyatakan bahawa jika sesuatu tindakan diikuti oleh sesuatu perubahan persekitaran
yang menyeronokkan, kebarangkalian tindakan itu berlaku akan meningkat dan sebaliknya. Selepas
gerak balas terhasil, pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh, jika
terdapat kesan yang menyeronokkan. Kesan yang meyakitkan akan melemahkan pertalian antara
R-G. Contohnya, jika dalam eksperimen Thorndike, kucing tersebut mendapat kejutan elektrik
apabila keluar dari sangkar, kesannya tentulah menyakitkan dan ia tidak akan mempunyai
motivasi untuk keluar dari sangkar. Rumusannya, jika tingkah laku diikuti dengan kepuasan, ia
akan diulang, tetapi jika ia diikuti dengan kesakitan ia akan lenyap.




Berdasarkan kepada tiga hukum yang telah dikemukan oleh Thorndike, maka guru bolehlah
menggunakannya sebagai salah satu pendekatan yang berkesan untuk merangka strategi
pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah. Antara strategi yang boleh digunakan oleh guru
ialah:
Mengadakan pelbagai rangsangan untuk mewujudkan kesan pembelajaran yang
menyeronokkan.
Memberi ganjaran atau peneguhan untuk respons yang betul.
Menentukan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran.
Sentiasa menilai aspek kesediaan pelajar.
Guru memulakan pengajaran setelah beliau mendapati pelajar bersedia dari aspek kognitif,
fizikal dan afektif.


SKINNER





SKINNER BOX









Pengukuhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Menurut Rachlin (1991),
pengukuhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendak individu; keduanya, untuk mengurangkan
tekanan dan merangsang otak. Skinner membahagikan pengukuhan kepada dua jenis, iaitu pengukuhan positif
dan pengukuhan negatif.
Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner, iaitu: pengukuhan positif, pengukuhan negatif,
dendaan, prinsip Premack dan pelupusan.

Pengukuhan Positif
Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan
perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai
salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif
yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan
sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan
sebagainya. Jadual dibawah menunjukkan satu lagi contoh peneguhan positif.
Perlakuan harus diperhatikan dalam
jangka masa yang panjang dan
membentuk perlakuan yang kompleks
daripada perlakuan yang mudah.

Kajian : Skinner Box
Tingkah laku binatang dalam kotak
boleh dikawal dan gerak balasnya
boleh diperhatikan dan direkod.
Kajian ini membawa beliau kepada
penggunaan teori pelaziman operan
dalam aktiviti P&P dalam bilik darjah
Teori pelaziman operan boleh
diperkuat dan dihapuskan jika
diberikan peneguhan sebaik sahaja
gerakbalas itu ditunjukkan

Pengukuhan Positif

Tingkah Laku Kesan/Akibat
Tingkah laku
Masa Hadapan
Pelajar kemukakan
soalan dengan baik
Guru memuji
pelajar
Pelajar kemukakan lebih banyak
soalan yang baik.
Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi.
Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik. Hanya tingkah laku yang spesifik sahaja yang perlu
diberi peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas ketika memberi peneguhan.
Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian (peneguhan positif) yang memberi kesan ialah
(a) memuji secara ikhlas,
(b) memuji dengan cepat,
(c) memuji tanpa pilih kasih,
(d) memuji usaha dan cuba jaya,
(e) memuji tingkah laku yang spesifik dan
(f) memuji jawapan atau respons yang spontan.

Pengukuhan Negatif
Pengukuhan negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan
selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya, seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak
membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Oleh kerana jemu dengan leteran bapanya, maka si anak
tadi pun menyiapkan kerja sekolahnya. Tindakan anak (membuat kerja rumah) dapat mengelak daripada
rangsangan yang tidak diingini (leteran bapa). Jadual dibawah menunjukkan satu lagi contoh peneguhan
negatif.
Pengukuhan Negatif

Tingkah Laku
Kesan/Akibat Tingkah laku
Masa Hadapan
Pelajar tidak
menyiapkan tugasan
tepat pada waktunya
Guru menegur pelajar
Pelajar akan menyiapkan
tugasan yang seterusnya tepat
pada waktunya

Pengukuhan boleh dilaksanakan secara berterusan atau berkala. Jadual menunjukkan jadual pengukuhan yang boleh
digunakan untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Jadual pengukuhan ini meliputi pengukuhan berterusan,
pengukuhan berkala tetap, pengukuhan berkala berubah, pengukuhan berkala nisbah tetap dan pengukuhan
berkala nisbah berubah.
Jadual Pengukuhan

Pengukuhan Maksud Contoh Bentuk Gerak
Balas
Tindakan apabila
peneguhan
diberhentikan
Peneguhan
berterusan.
Peneguhan diberi
selepas setiap
gerak balas.
Menonton
televisyen
Cepat memberi
kesan.
Kurang ketekunan dan
kehilangan tindak balas
dengan cepat.
Peneguhan
berkala tetap
(fixed-interval)
Peneguhan diberi
selepas satu
j angka masa
yang ditetapkan.
Kui z
mingguan
Tahap gerak balas
meningkat apabila
diberi peneguhan
tetapi menurun
selepas peneguhan
diberikan.
Menunjukkan sedikit
ketekunan dan penurunan
pada kadar yang pantas
dalam gerak balas apabila
masa peneguhan berlalu.
Peneguhan
berkala
berubah
( var i abl e-
interval)
Peneguhan
selepas jangka
masa berubah-
ubah.
Pop kuiz
Pelajar akan lambat
memberi gerak balas;
berhenti seketika
selepas peneguhan.
Ketekunan masih tinggi
dan kadar penurunan
gerak balas yang
perlahan.
Peneguhan
berkala
nisbah tetap
(fixed-ratio)
Peneguhan
selepas bilangan
set gerak balas
yang telah
ditetapkan.
Kerja yang
dibayar
mengikut
kadar.
Cepat memberi gerak
balas; berhenti
seketika selepas
peneguhan.
Tiada nilai peneguhan
dimana peneguhan hilang
nilainya bila kerap
diberikan peneguhan yang
sama.
Peneguhan
berkala
nisbah
berubah
(variableratio)
Peneguhan
selepas
beberapa
bilangan
gerak- balas
yang
berubah-
ubah.
Mesin yang
mengeluarkan
tiket dengan
memasukkan
wang ke
dalamnya.
Gerak balas yang
sangat tinggi dan
masih menunjukkan
gerak balas walau pun
peneguhan tidak
diberikan.
Kekal tinggi.

Dendaan
Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya
tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada
pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. Jadual 6.6 menunjukkan satu lagi
contoh dendaan.

Tingkah Laku Kesan/Akibat Tingkah laku
Masa Hadapan
Pelajar membuat bising
dalam kelas
Gurumemberi amaran
kepada pelajar
Pelajar berhenti membuat
bising dalam kelas



Dendaan boleh dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu pertama dendaan persembahan (jenis I) dan
kedua dendaan penyingkiran (Jenis II).
Dendaan Persembahan

Dendaan Penyingkiran

Dendaan persembahan (presentation
punishment) berlaku apabila sesuatu
rangsangan menyebabkan berlakunya
perubahan dalam tingkah laku diri pelajar
Dendaan penyingkiran (removal punishment)
berkaitan dengan penyingkiran rangsangan.
Contohnya, ibu bapa atau guru-guru tidak
memberi kemudahan apabila seseorang pelajar
tidak berkelakuan betul. Contoh mengenakan

tersebut. Dendaan bentuk ini tidak melibatkan
fizikal, tetapi dapat menakutkan pelajar.
Contohnya, larian padang, sistem demerit, guru
memberi kerja tambahan.

dendaan penyingkiran ialah seperti tidak
membenarkan mereka menonton televisyen
dalam tempoh seminggu, sebab mereka
tidak membuat kerja rumah Matematik.

Prinsip Premack
Konsep utama prinsip Premack ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti
yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati. Prinsip
Premack juga dikenali sebagai Grandmas Rule yang berasaskan kenyataan kamu boleh
keluar bermain selepas kamu habis memakan sayur-sayuran ini. Sebagai guru, kita boleh
menyelang selikan aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang kurang menarik dalam bilik
darjah untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid. Contohnya, selepas mengakhiri mata
pelajaran matematik, satu aktiviti bermain komputer akan diadakan.

Pelupusan
Pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan sendirinya.
Keadaan ini dapat di atasi jika:
Peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dapat dikenal pasti.
Peneguhan itu tidak lagi digunakan.
Guru sanggup bersabar dalam menghadapi proses pelupusan, kerana hasilnya tidak datang
dengan serta merta.



JOHN BROADUS WATSON (1878-1958)

Ahli psikologi pertama menggunakan perkataan behaviorisme.

Sangat dipengaruhi model pelaziman klasik Pavlov.

Perbezaan antara manusia ialah pengalaman.

Pengalaman yang baik boleh diubah menjadi pengalaman yang buruk

Rangsangan yang didedahkan dan jenis gerak balas akan mempengaruhi
pengalaman pembelajaran murid.

Watson Little Albert Experiment

Menggambarkan kuasa pelaziman (conditioning)

Albert - 11 bulan tidak menunjukkan sebarang rasa takut pada seekor tikus putih. Semasa pelaziman
Albert hendak mengambil tikus, bunyi pemukul diketuk pada besi. Kesannya Albert terkejut dan
terjatuh.keadaan itu diulang berkali-kali. (tikus putih dan berbunyi pemukul).

Akhirnya eksperimen menunjukkan Albert memberi reaksi emosional terhadap tikus contohnya takut
pada tikus, anjing, arnab. Selepas diuji lagi ia menunjukkan reaksi emosi yang sederhana.


Kesimpulannya,
Pelaziman boleh melahirkan reaksi emosional.

PROSES PELAZIMAN

Gerakbalas Semulajadi
Bunyi kuat (Ransangan Tidak Terlazim ) ketakutan
(Gerakbalas Tidak Terlazim)


Proses Berpasangan
Tikus (Ransangan Neutral ) + Bunyi kuat (Ransangan Tidak Terlazim

Ketakutan (Gerakbalas Tidak Terlazim)


Berlakunya Pembelajaran
Tikus (Ransangan Terlazim ) ketakutan (Gerakbalas Terlazim)










LATIHAN UJI MINDA

1. Senaraikan prinsip-prinsip pembelajaran seperti yang
dinyatakan oleh Pavlov dalam bentuk peta minda.
- Generalisasi
- Diskriminasi
- Penghapusan
- Pembelajaran semula

2. Senaraikan kajian/eksperimen yang digunakan oleh
keempat-empat tokoh behaviorisme beserta nama tokoh
terbabit.
- Pavlov : Ujikaji Anjing
- Thorndike : Kotak Ajaib
- Skinner : Skinner Box
- Watson : Little Albert

3. Melalui eksperimen Little Albert, Thorndike berpendapat
bahawa pembelajaran berlaku hasil daripada gabungan
antara S-R, iaitu stimulus (rangsangan) dan response
(gerak balas). Thorndike menyarankan bahawa
pembelajaran manusia dikawal oleh hukum tertentu, yang
disebut sebagai hukum pembelajaran. Nyatakan hukum-
hukum tersebut.
- Hukum Kesediaan
- Hukum Latihan
- Hukum Kesan

4. Menurut teori pelaziman operan Skinner, Skinner
membahagikan pengukuhan kepada dua jenis, iaitu pengukuhan
positif dan pengukuhan negatif. Jelaskan kedua-dua pengukuhan
yang telah dinyatakan dalam teori beliau.
- Pengukuhan Positif : Merujuk kepada peningkatan
berlakunya sesuatu tingkah laku disebabkan pemberian
sesuatu rangsangan berikutan gerakbalas yang ditunjukkan.
- Pengukuhan Negatif : Merujuk kepada peningkatan
berlakunya sesuatu tingkah laku disebabkan penghapusan
sesuatu rangsangan aversif berikutan gerakbalas yang
ditunjukkan.





DISEDIAKAN OLEH
FATIN BINTI ITHNIN
NUR AMELIA SYIREEN BINTI JAMINKHIRI
SITI ZULAIHA BINTI ABD RAHMAN
PISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL
SEMESTER 2
IPGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

You might also like