You are on page 1of 27

1.

0 PENGENALAN
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan satu perkhidmatan yang
berbentuk pendidikan kepada murid untuk mengenali diri dan potensinya supaya
dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, membina keyakinan diri, supaya
menjadi manusia yang berguna kepada diri sendiri, keluarga agama, bangsa dan
negara.
Bimbingan merupakan satu proses memberi pertolongan kepada individu atau
sekumpulan individu melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran, ceramah, sesi
dialog atau demonstrasi. Perkhidmatan atau proses bimbingan boleh dilakukan
oleh sesiapa sahaja yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang
yang tertentu. Manakala kaunseling pula adalah proses interaksi bersemuka
antara Guru Bimbingan dan Kaunseling dengan klien sama ada individu atau
berkelompok. Proses Kaunseling dikendalikan oleh mereka yang terlatih dalam
bidang kaunseling yang mempunyai kemahiran serta mementingkan etika etika
tertentu. Proses kaunseling adalah bertujuan untuk membantu klien memahami
dirinya supaya dapat berinteraksi dengan persekitaran ke arah pertumbuhan dan
perkembangan diri yang lebih positif.
Bimbingan dan kaunseling merupakan salah satu perkhidmatan yang diberi
kepada semua pelajar bagi membantu mereka memahami diri sendiri dan orang
lain dengan mendalam serta memperkembangkan potensi mereka secara
optimum mengikut tahap perkembangan diri masing-masing. Perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling adalah menjadi tugas bersama terutama semasa
melaksanakan program dan aktiviti bimbingan di sekolah. Semua guru, pihak
sekolah, ibu bapa dan rakan sebaya patut berkerjasama dalam menjayakan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling terhadap individu. Jadi, seseorang yang
bergelar kaunselor hendaklah mengenali diri pelajarnya dari memahami pelajar
itu secara menyeluruh.




2.0 TEORI KAUNSELING
Teori kaunseling merupakan salah satu aspek yang amat dititikberatkan bagi
seorang guru bimbingan dan kaunseling kerana teori kaunseling dapat membantu
mereka dalam memahami tingkah laku klien sekaligus dapat merancang pelan
tindakan yang bersesuaian dengan klien. Teori yang kami pilih untuk dijadikan
sebagai panduan semasa menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling kepada
murid di sekolah ialah teori pemusatan perorangan.

2.1 Teori Pemusatan Perorangan
Teori ini juga dikenali sebagai teori humanis yang dipelopori oleh Carls
Rogers. Menurut Amir Awang (1987), bagi Carls Rogers manusia boleh
berkembang secara positif dan membina jika wujud perasaan percaya
mempercayai, hormat menghormati yang boleh dirasai dan dialami. Beliau
menolak anggapan kepercayaan bahawa manusia itu perlu diarah, didorong,
diajar, didera, diberi ganjaran, dikawal dan diuruskan hidupnya oleh orang lain.
Menurut Ee Ah Meng (1997), Carls Rogers juga membuat andaian bahawa
manusia adalah rasional, baik dan bertanggungjawab iaitu mereka boleh
membuat keputusan sendiri yang membawa kepada kebebasan dan berdikari.
Berdasarkan teori ini, salah satu peranan guru bimbingan dan kaunseling ialah
mempunyai sifat empati terhadap masalah yang dihadapi oleh klien. Guru
bimbingan dan kaunseling menerima klien sebagai seorang yang berpotensi
menjadi baik, bersifat rasional dan gemar kepada autonomi. Sifat empati adalah
kebolehan untuk merasa dan mengenalpasti perasaan orang lain dan
kemampuan memberitahu kepada klien daripada sudut pandangannya, iaitu cuba
menyelami dunia klien untuk mengalami situasi yang sedang dilalui serta
menghayati perasaan klien.
Semasa menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling terhadap klien yang
dipilih, kami cuba menyelami pemikiran dan perasaan klien ketika beliau
menghadapi masalah iaitu menjadi mangsa buli di sekolah. Melalui kemahiran
melayan secara lisan dan bukan lisan, guru akan berjaya masuk ke dalam dunia
klien iaitu murid dan lebih mudah memahami masalah yang sedang dihadapi.
Selain itu, guru perlu memberi ruang dan masa kepada klien untuk
memproses maklumat serta perasaan dengan lebih berkesan semasa bercerita
tentang masalah yang dihadapi. Hal ini secara tidak langsung menerapkan teknik
kesenyapan dalam pelaksanaan sesi bimbingan dan kaunseling. Guru bimbingan
dan kaunseling perlu menyediakan satu persekitaran yang kondusif dan mesra
agar kanak-kanak mampu membuat penerokaan terhadap emosi masing-masing
dan berpeluang untuk meluahkan perasaan dan masalah mereka. Hal ini secara
tidak langsung dapat membantu murid membina semangat dan keyakinan diri
untuk menangani masalah yang dialami pada masa akan datang.
Jadi teori pemusatan perorangan ini amat bergantung kepada hubungan
antara guru bimbingan dan kaunseling dengan klien iaitu murid. Teori ini dapat
membantu klien untuk meningkatkan keyakinan diri serta sifat autonomi dan
spontan.











3.0 KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING
Guru bimbingan atau kaunselor yang ingin memberikan perkhidmatan
kaunseling yang baik perlu menguasai serta mengaplikasikan beberapa
kemahiran asas kaunseling. Antara kemahiran yang asas dalam kaunseling yang
diaplikasikan dalam sesi bimbingan dan kaunseling di sekolah ialah:

3.1 Membina hubungan
Kemahiran ini merupakan kemahiran paling penting yang perlu dikuasi
oleh seorang kaunselor bertujuan untuk membina perhubungan yang mesra,
saling mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien
sedia berbincang dan berkongsi masalah. Kaunselor mesti membina suasana
sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan
dengan klien. Dalam kemahiran ini terdapat beberapa kemahiran asas seperti
membina suasana alam sekeliling, suasana terapeutik, ruang untuk
berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka, kontak mata, pergerakan
tangan dan kaki, nada suara, senyuman dan akhir sekali cara cara duduk
dalam kaunseling. Dalam sesi kaunseling, ekspresi muka dapat membantu
menerangkan erti mesej yang hendak disampaikan. Oleh itu, adalah penting
bagi para kaunselor mempamerkan ekspresi muka atau wajah yang dapat
menyakinkan klien. Semasa sesi temubual, kami cuba membina hubungan
repo bersama murid supaya murid berasa selamat dan selesa untuk berkongsi
cerita dan masalah bersama.

3.2 Mendengar dengan aktif
Kemahiran ini merupakan kemahiran asas dalam sesi kaunseling yang
mana kaunselor perlu lebih banyak mendengar percakapan klien dengan
memberi tumpuan dan perhatian yang sepenuhnya. Selain dari tutur kata,
gerak geri klien semasa bercakap juga patut dilihat kerana segala tingkah laku
klien itu turut memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan makna
tentang sesuatu dalam pengucapannya itu. Selain itu, guru bimbingan dan
kaunseling yang lebih banyak mendengar daripada bercakap akan
memberikan kesan yang baik dalam sesi tersebut. Maklumat dikumpul terlebih
dahulu sebelum guru bimbingan membekalkan maklumat yang diingini oleh
kanak-kanak tersebut.

3.3 Kemahiran meminta penjelasan
Kemahiran ini merupakan kemahiran yang perlu ada dalam diri
kaunselor semasa menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling. Hal ini
bertujuan untuk mendapatkan kenyataan yang jelas tentang perkara yang
dibincangkan. Apabila guru bimbingan dan kaunseling tidak mendengar atau
memahami apa yang diperkatakan oleh klien, guru akan meminta penjelasan.
Hal ini berlaku mungkin disebabkan suara klien yang perlahan atau bahasa
yang digunakan olehnya sukar difahami. Seperti yang berlaku pada kami
semasa sesi temubual bersama murid, kami meminta penjelasan daripada
murid berkenaan beberapa maklumat disebabkan percakapan murid yang laju
dan suara yang perlahan.










4.0 TEKNIK INTERVENSI
Terdapat pelbagai intervensi kaunseling yang boleh dilaksanakan
kepada klien semasa menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling. Antara
intervensi yang kami gunakan dalam sesi bimbingan dan kaunseling bersama
murid di sekolah ialah terapi bercerita, terapi muzik dan terapi seni. Tetapi,
fokus utama kami dalam teknik intervensi ialah terapi seni.
4.1 Terapi Seni
Terapi seni merupakan salah satu saluran untuk kanak-kanak
membuah luahan pemikiran positif atau negatif tentang diri sendiri, kelaurga
atau dunia yang mana dapat melahirkan keunikan dan kreativiti masing-
masing. Dalam terapi ini media seni, imej, proses kreativiti seni dan tindak
balas digunakan oleh klien untuk menghasilkan karya sebagai mencerminkan
perkembangan individu, kebolehan, personaliti, minat, kerisauan dan
pertelingkahan. Menurut Judith Peck, melalui ekspresi seni murid dapat
memahami cara untuk meluahkan keperluan dalaman dan konflik jiwa serta
dapat memberi bantuan untuk mencari jalan penyelesaian.
Menurut Eve C. Jarboe, terapi seni di sekolah secara amnya adalah
untuk pelajar khas yang mempunyai permasalahan dalam pembelajaran,
tingkahlaku, gangguan emosi atau kecacatan fizikal termasuk pada mata
kasar atau halus. Sama seperti klien kami yang mana klien tersebut
menghadapi masalah gangguan emosi. Bagi melaksanakan terapi seni dalam
sesi bimbingan dan kaunseling, bahan dan alatan asas perlu disediakan
terlebih dahulu.
Terapi seni dapat meningkatkan kesedaran dan semangat diri murid
melalui luahan perasaan dan pemikiran secara visual atau grafik. Sealin itu,
terapi ini dapat membantu guru bimbingan dalam mencari atau membina
penyelesaian bagi masalah yang dihadapi oleh murid. Kami menggunakan
terapi ini semasa sesi bimbingan dan kaunseling bersama murid bertujuan
untuk meneroka pemikiran dan perasaan murid secara bukan lisan. Murid
dapat memperkembangkan potensi diri melalui media seni yang berkesan.
5.0 LAPORAN SESI BIMBINGAN DAN KAUNSELING TERHADAP KLIEN

5.1 Sebelum Temubual
Kami telah melawat bilik bimbingan dan kaunseling serta berjumpa
dengan guru bimbingan dan kaunseling iaitu Cik Asmah Laili. Kami telah
meminta keizinan untuk mengambil beberapa borang yang digunakan oleh
unit bimbingan dan kaunseling. Saya dan rakan juga telah meminta keizinan
untuk menggunakan bilik bimbingan dan kaunseling bagi sesi temubuaal yang
akan dijalankan bersama murid nanti. Terlebih dahulu,saya dan rakan
berjumpa dengan guru penolong kanan hal ehwal murid untuk mendapatkan
maklumat tentang murid yang mempunyai masalah. Guru penolong kanan hal
ehwal murid sekolah kebangsaan Melayu Raya iaitu Puan Azize telah
memaklumkan kepada kami bahawa terdapat seorang murid yang mengalami
masalah dibuli oleh rakan sekelasnya. Saya dan rakan tertarik dengan kes ini.
Tambahan pula, kami mendapat tahu bahawa ibu kepada murid
tersebut adalah pembantu pengurusan murid di unit pendidikan khas. Kami
telah mengatur pertemuan bersama murid mengikut prosedur yang telah
ditetapkan dan meminta keizinan daripada guru kelas. Sebelum temubual
diadakan kami juga telah menemui murid tersebut. Pertama kali bertemu
dengan murid ini dapat dilihat dari segi penampilan Hazim merupakan
seorang murid yang agak gemuk. Mungkin ini merupakan salah satu
penyebab dia selalu dibuli. Namun begitu Hazim agak aktif dan peramah.
Walaupun kami tidak mengajarnya, kami boleh berkomunikasi dengan baik.
Kami juga ada bertanyakan ibunya tentang masalah buli yang menimpa murid
tersebut. Ibunya menegaskan bahawa anaknya selalu menjadi mangsa buli.
Kami semakin tertarik dengan kes yang akan diselongkar nanti sama ada apa
yang telah dinyatakaan tentang murid ini betul atau salah.



5.2 Semasa Temubual
Semasa sesi temubual berlaku banyak perkara yang baharu kami telah
ketahui tentang murid ini. Nama penuh murid ini ialah Muhammad Hazim Bin
Jamalulail. Nama samaran yang selalu digunakan ialah Hazim. Hazim
merupakan anak kedua daripaada empat orang adik beradik. Setiap soalan
yang diajukan oleh penemubual dapat dijawab dengan baik oleh Hazim.
Apabila saya bertanyakan tentang masalah yang menimpa dirinya iaitu selalu
menjadi mangsa buli. Dia tersenyum dan menjawab dengan yakin. Jika dilihat
pada luaran Hazim merupakan murid yang tidak bermasalah. Siapa sangka
murid ini merupakan mangsa buli oleh raakan-rakannya.
Sepanjang sesi temubual, kami menerapkan penggunaan teori
Humanis oleh Carl Rogers. Hal ini kerana kami ingin membina repo bersama
murid dan mahu murid berasa selesa sepanjang sesi temubual. Seperti yang
kita ketahui, murid yang manjadi mangsa buli akan berasa rendah diri dan
malu untuk menceritakan masalah yang dihadapinya. Walaupun pada luaran
Hazim selalu tersenyum, kami akan cuba menyelami perasaan sebenar yang
terbuku di hatinya. Teori Humanis menegaskan tentang sifat empati iaitu
memikirkan diri kita di tempat klien serta penerimaan tanpa syarat. Kami telah
menerapkan segala yang dinyatakan di dalam Teori Humanis dengan
mengikut kesesuaian pada klien kami.
Kemahiran melayan dan mendengar juga sangat penting dalam sesi
temubual yang dijalankan. Kami telah mengaplikasikan kemahiran ini agar
Hazim tidak ragu-ragu dengan jawapan yang diberikan. Walaupun Hazim
kelihatan agak takut dan kurang yakin kami memberikannya masa untuk
berfikir dan memberikan jawapan. Sepanjang sesi temubual dijalalankan,
segala soalan yang dilemparkan kepada Hazim dapat dijawab dengan baik.
Kami telah menerapkan terapi bercerita pada sesi ini. Murid bercerita kepada
guru dengan bantuan soalan-soalan yang telah diajukan. Guru juga
memberikan bimbingan dan nasihat kepada Hazim jika berlaku lagi kejadian
buli ke atas dirinya.
Selepas itu, kami telah menyatakan kepada Hazim bahawa kami akan
memberikan masa kepadanyaa untuk melakarakan apa sahaja yang ingin
diluahkan pada kertas yang diberikan guru. Kami memberikannya masa
selama hampir 12 minit untuk meluahkan apa yang telah terbuku di hatinya.
Semua peralatan yang diperlukan telah kami sediakan seperti pensel, kertas
dan pensel warna. Semasa sesi intervensi ini dijalankan, kami juga
menerapkan terapi muzik dengan memainkan muzik instrumental yang
memberi ketenangan kepda pendengar sambil meluahkan apa yang terbuku
di hati pada kertas yang diberikan. Semasa sesi terapi ini dijalankan pada
mulanya Hazim teragak-agak untuk melukis. Namun begitu apabila dia mula
menconteng sesuatu pada kertas ideanya mula keluar. Kami hanya
memerhatikannya melukis sambil memainkan muzik yang dapat memberikan
ketenangan pada dirinya.
Seterusnya, apabila Hazim menyatakan bahawa lukisan yang
disediakannya sudah siap. Kami kembali menemubual Hazim tentang lukisan
yang telah dihasilkan. Hazim menyatakan sebab-sebab tertentu telah lukisan
yang dihasilkan. Antara objek yang dilukis oleh Hazim ialah abang, adik serta
dirinya beserta nama mereka. Terdapat juga sebuah gasing dan matahari
serta awan. Hazim juga menulis sesuatu pada lukisan tersebut iaitu saya
tidak suka pada Saipul dan Udin. Nama ini merupakan dua orang murid yang
selalu mengganggu Hazim. Tambahan pula, Haziq iaitu abanga Hazim dan
Alia adiknya juga selalu mengusik Hazim. Tetapi perkara ini hanya didiamakan
oleh Hazim keranan bimbang jika diketahui oleh ibubapanya mereka akan
memarahi dirinya. Selain itu, neneknya juga selalu menyebelahi Haziq jika
mereka bergaduh.
Pada akhir sesi temubual, guru telah memberikan bimbingan kepada
Hazim tentang masalah yang dihadapinya. Guru memberitahu Hazim supaya
menjadi seorang yang berani dan tegas dalam memepertahankan haknya.
Hazim perlu tahu apa yang perlu dilakukan dan meminta bantuan daripada
guru jika terdapat sebarang masalah. Temubual diakhiri dengan guru
mengucapkan terima kasih kepada Hazim kerana memberikan kerjasama.

5.3 Selepas Temubual
Selepas sesi temubual bersama Hazim kami mengumpulkan semua
maklumat yang diperoleh. kami juga cuba mengintepretasi hasil karya seni
yang dibuat oleh Hazim. Antara aspek yang dapat dikenal pasti dalan hasil
karya seni yang dihasilkan ialah kandungan lukisan tersebut iaitu contengan
perkataan yang berbunyi saya tak suka Saipul dan Udin. Melalui ayat yang
ditulis oleh Hazim, kami dapat membuat kesimpulan bahawa Hazim
menyimpan perasaan tidak puas hati dan membenci Saipul dan Udin. Seperti
yang telah dinyatakan dalam temubual, Hazim menyatakan bahawa rakan
yang selalu membulinya ialah Saipul dan Udin.
Antara objek lain yang terdapat dalam lukisan ialah gasing. Apabila
ditanya tentang gasing tersebut Hazim mentayakan bahawa abangnya,
Haziq sangat menyukai gasing dan bermain gasing. Hazim juga telah
melukis gambar abangnya daan adiknya serta dirinya sendiri. Kesemua
gambar ini berada dalam kotak masing-masing. Apabila disoal, Hazim
menyatakan bahawa abang dan adiknya juga selalu mengusik dirinya. Tetapi
Hazim tidak pernah memberitahu ibu dan bapanya kerana bimbang dia akan
dimarahi. Berdasarkan warna yang digunakan, dapat dilihat bahawa Hazim
merukan seorang yang mempunyai personaliti yang ceria. Seperti yang telah
dinyatakan di atas dia merupakan murid yang peramah dan selaalu
tersenyum sepanjang temubual dijalankan.
Secara keseluruhannya, kami dapati bahawa Hazim merupakan
mangsa buli kepada rakan dan dia juga menjadi bahan usikan oleh abang
dan adiknya. Melalui temubual yang dijalankan kami memberikan Hazim
peluang untuk meluahkan apa yang telah disimpan dan terpendam di
hatinya. Semoga apa yang telah kami laksanakan dalam sesi bimbingan
bersama Hazim dapat memberi kesan kepada dirinya dan dimanfaatkan
untuk mempertahankan diri. InsyaAllah.




6.0 TRANSKRIPSI TEMUBUAL
GURU Asssalamualaikum
MURID Waalaikumussalam
GURU DAN
MURID
Bersalaman
GURU Okadakah awak tahu kenapa cikgu berjumpa dengan awak?
MURID Mengangguk
GURU Tujuannya ialah cikgu dapat maklumat daripada guru Penolong
Kanan Hal Ehwal murid bahawa hazim telah dibuli.
MURID Betul (mengangguk)
GURU Apakah nama penuh awak?
MURID Mohd Hazim Bin Jamalulail
GURU Boelhkah saya panggil nama awak dengan panggilan Hazim?
MURID Boleh(mengangguk)
GURU Nama cikgu ialah cikgu Amalina
GURU Hazim belajar di tahun berapa?
MURID 2 Bestari
GURU Awak tinggal di mana?
MURID Isnin hingga jumaat di kampong Sawah..
Sabtu dan ahad di Pekan Nenas
GURU Baiklahjadi awak mempunyai dua tempat tinggal yang berbeza?
MURID Ya..
GURU Jika di kampung Sawah..awak tinggal bersama siapa?
MURID Tinggal bersama keluarga dan nenek.
GURU Apakah nama ibu?
MURID Alizah Binti Abdullah
GURU Nama ayah
MURID Jamalulail Bin Hanafi
GURU Ibu bekerja di mana?
MURID Di sekolah ini.
GURU Bagaimana pula dengan ayah awak?
MURID UTM
GURU Awak mempunyai berapa orang adik-beradik?
MURID 4 orang
GURU Bagaimana cara awak datang ke sekolah?
MURID Dengan menaiki kereta
GURU Apakah hobi awak?
MURID Membaca buku
GURU Hazim seorang murid yang bagusBuku apa yang selalu dibaca?
MURID Bahasa Malaysia, Pendidikan Kesihatan dan membuat latihan
matematik
GURU Guru yang menjadi kesukaan Hazim?
MURID Cikgu Baizura
GURU Adakah awak mempunyai ramai kawan?
MURID Ramai..(mengangguk)
GURU Adakah semua ahli kelas adalah kawan Hazim?
MURID (Diam)ada yang jahat, ada yang baik
GURU Apakah maksud awak yang jahat? Adakah mereka telah
melakukan sesuatu pada kamu?
MURID Saipul dan Udin
GURU Apa yang telah mereka lakukan pada awak?
MURID Tepuk.(diam)eemmmcubit, tumbuk, tendang(diikuti
perlakuan)
GURU Apa yang awak lakukan?
MURID Saya akan balas balik
GURU Bagaimana caranya awak membalas balik?
MURID Tendang, sepak
GURU Biasanya hal ini berlaku di mana?
MURID Waktu rehat.eh,..di dalam kelas
GURU Adakah guru berada di dalam kelas?
MURID Tiada
GURU Adakah awak akan menangis setelah diusik rakan?
MURID Tidak
GURU Awak seorang yang kuatbagus. Bagaimana pula dengan rakan
yang baik? Apa yang mereka lakukan pada awak?
MURID Baca buku
GURU Adakah mereka pukul awak?
MURID Tidak
GURU Jika berada di dalam kelas,awak duduk bersebelahan dengan
murid yang baik ataupun sebaliknya?
MURID Dengan yang baik
GURU Adakah awak berkawan dengan rakan yang selalu mengusik
awak?
MURID Tidak(menggeleng kepala)
GURU Adakah awak pernah memaklumkan ibubapa tentang hal ini?
MURID Cakapdengan ayah
GURU Apa yang ayah awak cakap
MURID Saya selalu kena buli
GURU Adakah ayah pernah memberi nasihat atau kata semangat
MURID Ayah beri semangat supaya jangan takut dan kena kuat
GURU Pernah tak awak laporkan pada guru tentang hal ini?
MURID Pernah, pada cikgu Baizura
GURU Apa yang guru telah lakukan?
MURID Cikgu cakap saya kena buli..
GURU Adakah guru awak telah memanggil rakan yang selalu
mengganggu awak?
MURID Yemereka telah dirotan
GURU Jadi, mereka telah dihukum oleh guru
MURID (teragak-agak).Ya
GURU Buat masa sekarang kita dah habis berbualsaya ingin meminta
Hazim untuk melakukan sesuatu
MURID Boleh
GURU Sekarang ini,,saya akan berikan awak kertas dan alat tulisHazim
hanya perlu melukis atau melakarkan apa yang Hazim sukaok?
MURID Mengangguk
Sesi intervensi terapi seni sambil mendengar muzik instrumental yang dimainkan
GURU Murid menyerahkan lukisan kepada guru
Baiklahini adalah hasil lukisan yang dibuat oleh Hazim(sambil
menunjukkan lukisan)
Boleh tak Hazim beritahu cikgu apa yang Hazim lukis?
MURID Gasing, Haziq, Hazim dan Alia
GURU Kenapa awak melukis gambar gasing?
MURID Abang saya Haziq gemar bermain gasing
GURU Adakah awak gemar bermain gasing?
MURID Tidak
GURU Alia?
MURID Suka tengok ibu memasak
GURU Apa yang hazim tulis di sini? (sambil menunjukkan ayat pada
lukisan)
MURID Saya tak suka pada Saipul dan Udin
GURU Kenapa tak suka?
MURID Sebab dia tumbuk dan sepak saya
GURU Adakah Hazim menyukai warna jingga?
MURID Ya..
GURU Bagaimana dengan abang?
MURID Koko
GURU Apakah sebab Hazim lukis gambar abang dan adik?
MURID Sebab mereka suka sepak dan tumbuk saya
GURU Pernah mengadu pada ibu atau bapa?
MURID Tidak. Haziq tumbuk saya tapi saya balas balik. Selepas itu nenek
cakap saya macam kerbau.
GURU Nenek yang cakap begitu?
MURID Ye..
GURU Adakah nenek selalu marahkan Hazim
MURID Ye
GURU Kenapa
MURID Nenek selalu sebelahkan abang
GURU Bagaimana pula jika Hazim bergaduh dengan adik? Adakah Hazim
beritahu pada ibu?
MURID Ya
GURU Selepas itu, apa yang ibu lakukan?
MURID Marahkan saya
GURU Apakah harapan Hazim pada masa akan datangapa yang Hazim
inginkan?
MURID Terdiam.
GURU Apakah yang Hazim inginkanadakah Hazim mahu semua orang
baik dengan Hazim?sayang Hazim?
MURID Ya
GURU Selain itu?
MURID Emmm(diam)
GURU Baiklah. Jika berlaku sesuatu pada Hazim adakah Hazim akan
beritahu pada ayah atau ibu?
MURID Ayah marahkan saya
GURU Kenapa
MURID Ayah cakap saya yang mulakan
GURU Hazim perlu beritahu ayah bukan Hazim yang lakukan tetapi
kawan-kawan Hazim
Selepas ini Hazim perlu kuat dan berani mempertahankan hak
Hazim. Hazim perlu berani menyatakan apa yang Hazim mahu.
MURID Mengangguk
GURU Setakat ini sahaja perbualan kita, cikgu harap nanti kita akan
berjumpa lagi..terima kasih(sambil bersalaman bersama murid)
7.0 RAKAMAN TEMUBUAL

































8.0 PENUTUP
Secara kesimpulannya, pelaksanaan sesi bimbingan dan kaunseling terhadap
murid di sekolah mengikut prosedur yang betul akan memberi kesan yang positif
kepada murid tersebut dan juga guru bimbingan. Pelaksanaan bimbingan dan
kaunseling yang berpandukan teori-teori kaunseling akan membantu guru
memahami, mendalami jiwa murid sekaligus dapat menyelesaikan masalah murid
dengan mudah. Teori yang telah kami gunakan dalam sesi bimbingan dan
kaunseling di sekolah iaitu teori pemusatan perorangan telah berjaya diterapkan
mengikut kesesuaian keadaan murid yang ditemubual.
Selain itu, dalam melaksanakan sesi bimbingan dan kaunseling pelbagai
teknik intervensi boleh diaplikasikan untuk tujuan memperoleh maklumat dan
membantu murid menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. Antara
teknik intervensi yang boleh digunakan ialah terapi bermain dan terapi seni
kreatif. Dalam terapi seni kreatif, terapi yang kami laksanakan kepada murid ialah
terapi bercerita, terapi muzik dan terapi seni. Penggunaan terapi-terapi tersebut
dapat membantu kami mengumpul maklumat berkaitan masalah yang dihadapi
murid sekaligus mencari menyelesaian kepada masalah tersebut. Selain itu,
murid dapat meluahkan perasaan dan kehendak diri melalui saluran yang betul
seperti lukisan.
Jadi, pelaksanaan sesi bimbingan dan kaunseling yang berkesan perlu
dilaksanakan dengan betul mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Hal ini
bertujuan untuk memastikan sesi tersebut dapat memberi kesan positif kepada
semua pihak terutamanya klien.








BIBLIOGRAFI

A.J Michael (2008). Kompetensi Kecerdasan Emosi. Kuala Lumpur:
Percetakan Sentosa (K.L) Sdn. Bhd.

Choong Lean Keow (2010). Siri Pendidikan Guru: Bimbingan dan Kaunseling
Kanak-Kanak. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Choong Lean Keow (2008). Siri Pendidikan Guru:Murid dan Alam Belajar.
Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Haliza Hamzah, Joy N. Samual (2009). Siri Pendidikan Guru:
Perkembangan Kanak-kanak. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim (1992). Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan
kaunseling di Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://bimbingandankaunseling.blogspot.com/2010/06/kemahiran-asas-
kaunseling.html

http://terapikhas.blogspot.com/2012/04/terapi-seni-g53.html

http://belognurna.blogspot.com/2011/05/terapi-seni-visual.html

http://wanmohdariffin.blogspot.com/2010/11/bimbingan-dan-kaunseling-
sekolah-rendah.html

http://www.kaunselingskbt2.com/modul-kaunseling/13-bahan-kaunseling-
modul.html










BORANG KOLABORATIF
NAMA GURU PELATIH:
i. NUR AMALINA BINTI YUSOF
ii. NUR ERAHAZLEEN SHAFICCA RUSLI

KUMPULAN: 7 PISMP PK /PJ/BM
SUBJEK: BiMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
NAMA PENSYARAH: EN. TAUHIT BIN SUDAR
Tarikh Perkara Catatan Tandatangan







































REFLEKSI KENDIRI
NUR AMALINA BINTI YUSOF
900627115068
Pada semester ini saya telah belajar tentang subjek Bimbingan dan
Kaunseling Untuk Kanak-Kanak yang telah dibimbing oleh Encik Tauhit bin Sudar.
Subjek ini banyak memberikan pengetahuan dan ilmu baharu kepada saya tentang
selok belok bimbingan dan kaunseling. Bertepatan dengan apa yang telah dipelajari
saya telah ditugaskan untuk melaksanakan satu temubual bersama murid yang
mempunyai masalah dan merakam temubual tersebut. Kerja kursus ini dilaksanakan
di sekolah semasa menjalani praktikum. Dengan itu, saya boleh mendapatkan
maklumat tentang murid yang bermasalah dengan guru di sekolah. semasa
melaksanakan temubual, saya mestilah membantu murid tersebut dengan
memberikan bimbingan serta melaksanakan teknik intervensi yang bersesuaian.
Sepanjang melaksanakan kerja kursus ini terdapat banyak kekuatan yang
saya peroleh. Saya dapat mengendalikan satu sesi temubual bersama murid dengan
menerapkan kemahiran asas kaunseling yang dinyatakan serta menggunakan Teori
Humanis (Pemusatan Perorangan) oleh Carl Rogers. Pengendalian teknik intervensi
terapi seni yang digunakan bagi mendapatkan maklumat tentang murid juga dapat
dijalankan dengan lancar. Terapi seni yang digunakan ternyata dapat mengenal pasti
masalah yang dihadapi oleh murid. Selain itu, kerjasama anatara ahli kumpulan
sangat penting kerana kerja kursus ini perlu dilakukan dengan pasangan praktikum
masing-masing. Saya daan rakan dapat bekerjasama dengan baik. Guru-guru
sekolah dan murid juga memberikan kerjasama yang baik.
Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan yang didapati sepanjang
melaksanakan kerja kursus ini. Oleh sebab saya sedang menjalani praktikum dan
tinggal di luar saya kurang mendapat bimbingan daripada pensyarah pembimbing.
Tambahan pula dengan kekangan masa dan rujukan kerana saya dan rakan tidak
dapat melakukan carian buku di perpustakaan IPG. Namun begitu, masalah ini
dapat ditangani dengan baik. Jika terdapat sebarang kemusykilan teantang kerja
kursus kami mendapatkan bantuan daripada rakan dan bahan rujukan menggunakan
buku-buku berkaitan dan carian internet. Saya dan rakan bernasib baik kerana kami
dapat memperoleh rujukan ilmiah daripada buku-buku yang kami gunakan pada
semester yang lepas.dengan itu, saya boleh menggunakan buku-buku ini sebagai
rujukan untuk kerja kursus ini.
Kesimpulannya, kerja kursus ini banyak memberikan pengatahuan yaang
baharu kepada saya dan pengalaman yang tidak dapat dibeli. Melalui kerja kursus
yang dijalankan saya dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam subjek
ini. Saya berasa sangat berpuas hati kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan
baik serta berharap agar tugasan yang dihasilkan dapat memenuhi kriteria yang
telah ditetapkan. Saya juga ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada
pensyarah pembimbing, guru sekolah yang membantu saya dan murid yang telah
ditemubual serta rakan saya di atas kerjasama yang diberikan.





















REFLEKSI KENDIRI
NUR ERAHAZLEEN SHAFICCA BINTI RUSLI
900327035672
Pada semester ini, tugasan bagi subjek Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-
kanak merangkumi tajuk-tajuk yang berkaitan dengan teori, kemahiran asas
kaunseling, intervensi dalam kaunseling dan sebagainya di bawah bimbingan Encik
Tauhit Bin Sudar. Bagi memastikan pertumbuhan dan perkembangan jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial murid meningkat, pelaksanaan bimbingan dan
kaunseling perlu dijalankan kepada mereka yang menghadapi masalah.
Kekuatan yang dapat dikenal pasti semasa menghasilkan tugasan ini ialah
sikap kerjasama dan ukhwah dengan pasangan kumpulan semakin erat dan
memberangsangkan yang mana ahli kumpulan dapat berkongsi idea dan pendapat
secara masing-masing secara terbuka. Proses pengumpulan bahan dan maklumat
membantu dalam meningkatkan pengetahuan tentang topik yang berkaitan iaitu
bimbingan dan kaunseling. Penulisan maklumat dan laporan berkenaan projek yang
dilaksanakan dapat meningkatkan lagi pemahaman saya dalam bidang ini supaya
dapat menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling dengan berkesan.
Melalui penghasilan tugasan ini, saya dapat memperoleh ilmu dalam bidang
bimbingan dan kaunseling kanak-kanak dengan lebih mendalam dan berstruktur.
Penggunaan teori iaitu teori pemusatan perorangan dapat membantu saya dan rakan
dalam memahami dan meneroka jiwa dan perasaan murid sekaligus dapat
mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid. Selain itu, penggunaan teknik
intervensi iaitu terapi bercerita, terapi muzik dan terapi seni memberi pengalaman
sebenar kepada saya dalam mencakna pemikiran murid. Fokus kami adalah dalam
penggunaan terapi seni yang mana dapat membantu murid meluahkan perasaan
dan pemikirannya melalui media seni.
Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikenal pasti.
Antaranya ialah kurangnya kolaborasi dengan pensyarah penasihat dalam
mendapatkan bimbingan disebabkan masalah kekangan masa. Selain itu, kurangnya
rujukan daripada buku-buku ilmiah menyebabkan maklumat yang diperoleh agak
kabur dan memerlukan pembacaan yang teliti. Kebanyakannya sumber maklumat
yang diperoleh daripada internet. Jadi, saya dan rakan perlu bijak dalam
menguruskan masa supaya dapat membina kolaborasi dengan pensyarah penasihat
dan juga guru lain di sekolah. Rujukan daripada buku-buku ilmiah dapat memastikan
maklumat yang diperoleh tepat dan sahih.
Kesimpulannya, kerja kursus ini banyak membantu saya dalam merancang
dan melaksanakan sesi bimbingan dan kaunseling yang bersesuaian dengan
masalah klien. Saya berasa gembira kerana dapat menyiapkan tugasan mengikut
tempoh masa yang telah ditetapkan. Bantuan daripada guru-guru sekolah dan rakan
membantu saya menghasilkan tugasan mengikut arahan yang ditetapkan.






LAMPIRAN

You might also like