You are on page 1of 47

FRASA KERJA (FK)

Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM
Frasa Kerja (FK)
Binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata
intinya kata kerja (KK).

Kata kerja tersebut boleh merupakan KK tak transitif atau KK transitif.

KK tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau
sederetan perkataan, manakala KK transitif mesti diikuti oleh objek
serta unsur-unsur lain.



Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM
KKTT dan KKT
Contoh

KKTT
(a) Ali menang.
(b) Mereka sedang tidur.
(c) Hujan turun dengan lebatnya.
(d) Kanak-kanak kecil itu sedang menangis.

KKT
(a) Ahmad membeli sebuah buku.
(b) Aini membelikan adik sebuah buku.
(c) Kakak menjahit sepasang baju untuk ibu.
Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM
Penanda Frasa Kerja
Terdapat beberapa penanda untuk menentukan justifikasi kita tentang frasa
kerja:

1. Kata dengan di belakang kata kerja
2. Adverba di belakang kata kerja.
2. kata bantu di hadapan kata kerja
4. yang di hadapan kata kerja
5. frasa sendi nama di belakang KK (adverba)

(a) Adli belajar dengan tekun sekali.
(b) Azman berlari pantas ke arah bapanya.
(b) Murid-murid sudah keluar.
(c) Lokman yang membunuh ular itu.
(d) Mereka sedang berlatih di padang.

Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM
Binaan Frasa Kerja
Terdiri daripada dua (2) jenis, iaitu:

(1) Frasa kerja yang tidak mengandungi objek untuk melengkapkannya kata
kerjanya. FK jenis ini mengandungi kata kerja tak transitif.

Contoh:
(a) Pokok besar itu telah tumbang.
(b) Mereka semua pulang ke kampung.

* kata bantu & adverba (keterangan) boleh hadir.

Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM
Binaan Frasa Kerja (samb.)
(ii) Frasa kerja yang mengandungi objek KK mesti disambut oleh objek
untuk melengkapkan kata kerjaya. FK jenis ini mengandungi kata kerja
transitif.

Contoh:

(a) Halimah sedang membasuh kain.
(b) Azilah menjahit baju di ruang tamu.

* kata bantu & unsur keterangan juga boleh hadir dalam frasa kerja dengan
objek tersebut.

Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM
Binaan Frasa Kerja Tanpa
Objek
Frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek
terdiri daripada satu jenis kata kerja sebagai intinya,
yang disebut KK tak transitif. Jenis-jenisnya:

(i) KK tak transitif yang tidak diberi unsur pelengkap.

(ii) KK tak transitif yang dapat diberi pelengkap
sesudahnya.

(iii) KK tak transitif yang dapat diikuti oleh kata nama
sebagai penerang.

Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM
Frasa Kerja Tak Transitif
(i) Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
Kata kerja tak transitif jenis tidak memerlukan apa-
apa unsur sebagai pelengkap.

Contoh:
(a) Semua penonton bangun.
(b) Padi menguning.
(c) Dia tercengang.

- KK mempunyai makna yang sempurna.
Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM
Binaan Frasa Tak Transitif Berpelengkap
KK yang tidak mempunyai makna yang lengkap sekiranya tidak diikuti oleh
unsur pelengkap.

Unsur itu bukan objek kerana ayatnya tidak boleh dipasifkan.

beransur, tinggal, menjadi, berbuat, ada, berbantalkan, bertilamkan,
dsb.

(a) Keadaannya menjadi genting.
(b) Ekonomi negara beransur kukuh.
(c) Keretanya membelok ke kiri.
(d) Mereka berada di Kuala Lumpur.
(e) Dia berbantalkan lengan.
(f) Pengemis itu bertilamkan rumput.

Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM
Frasa Kerja dengan Objek
Frasa kerja dengan frasa nama sebagai objek boleh
dibahagikan kepada dua jenis:

(i) Frasa kerja yang mengandungi satu objek.
(ii) Frasa kerja yang mengandungi dua objek.

Objek FN bagi frasa kerja boleh terdiri daripada objek
langsung atau objek tak langsung/objek sipi.
Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM
Binaan Frasa Kerja
Frasa Kerja dengan Satu Objek

Objek FN yang mengikuti frasa kerja disebut sebagai objek langsung.

(a) Kami mendekati bangunan itu.
(Obj langsung (OL))

(b) Sebatang kayu melintangi jalan itu.
(Obj langsung (OTL) )

Terdapat sejumlah perkatan berbentuk kata kerja tetapi membawa maksud
adjektif. Perkataan ini boleh menerima kata penguat, dan frasa nama yang
mengikutinya boleh digugurkan.

(i) Kejadian itu amat menyedihkan (kami).
(ii) Saya percaya peristiwa semalam sangat menakutkan (anda).


Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM
Binaan Frasa Kerja (samb.)
Frasa Kerja dengan Dua Objek

Objek-objek mempunyai fungsi yang berbeza objek langsung (OL) (tepat)
dan objek tak langsung (OTL) (sipi).

Objek langsung seringkali disebut objek sahaja. Objek tak langsung
merujuk kepada orang/haiwan dan diletakkan di hadapan objek langsung.

Dia membelikan isterinya barang berhiasan.
(OTL) (OL)

Dia membeli barang perhiasan untuk isterinya.
(OL) (OTL) Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM
Frasa Kerja dengan Dua
Objek (samb.)
* Berbeza dengan Tatabahasa Dewan.

Objek tepat/objek langsung ialah objek yang menjadi
penyambut secara langsung kepada kata kerja, sementara
objek SIPI/objek tak langsung ialah yang tidak menjadi
penyambut secara langsung kepada kata kerjanya.

(i) Ahmad menghadiahi Ali buku.
(OL)(OTL)

(ii) Ahmad menghadiahkan buku kepada Ali.
(OL) (OTL)


Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM
Frasa Kerja dengan Ayat
Komplemen
Frasa kerja transitif atau tak transitif boleh menerima
ayat komplemen dan membentuk ayat majmuk.

(a) Orang itu menafikan bahawa barang- barangnya
telah hilang.

(b) Berita itu menyebut bahawa semua
penumpang terselamat.


Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM
Rajah Pohon Frasa Kerja
FK FK

KK FN KK FN

KN FSN
(OL)
KN SN FN

KN

(OTL)

makan nasi menjahit baju untuk adik
Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM
Frasa Adjektif
Susunan yang mengandungi kata adjektif (sifat) sebagai intinya.

Berfungsi sebagai predikat dan sebagai unsur keterangan (adv) dan unsur
penerang dalam predikat.

Sebagai unsur keterangan, kata adjektif hadir sesudah kata kerja dan
sebagai unsur penerang, adjektif hadir sesudah kata nama.

Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM
Frasa Adjektif
(a) Orang muda itu baik sungguh.
(subjek) (Predikat)

(b) Mereka pulang segera.
(subjek) FK (Keterangan/adv)

(c) Harimau binatang liar
(subjek) FN (Penerang)

Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM
Binaan Frasa Adjektif
Binaan Satu Perkataan
(a) Kawan-kawan Ahmad cerdik.
(b) Mukanya pucat.

Binaan Dua Perkataan
(a) Riang gembira (keserasian makna)
(b) Pahit manis (berlawanan)
(c) Tinggi lampai (unsur rima, keindahan bunyi)
(d) Merah jambu (keserupaan)
(e) Besar kepala (kiasan)


Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM
Binaan Frasa Adjektif
Penguat dalam frasa adjektif
Penguat boleh menyertai sesuatu kata adjektif. Jenis-jenis penguat:

(i) Penguat hadapan terletak di hadapan kata adjektif:
(a) Anak kecil itu terlalu nakal.
(b) Masakan ibunya paling sedap.

(ii) Penguat belakang terletak di belakang kata adjektif:
(a) Kereta api itu lambat benar.
(b) Istana di atas bukit itu indah nian.
Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM
Binaan Frasa Adjekti
(iii) Penguat bebas di belakang atau di hadapan:

(a) Pemandangan di pantai itu amat indah.
(b) Pemandangan di pantai itu indah amat.
&
(c) Pahlawan itu sungguh berani.
(d) Pahlawan itu berani sungguh.


Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM
Binaan Frasa Adjektif
Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat
Terdapat 3 jenis kedudukan frasa adjektif dalam ayat:

(i) Selepas subjek sebagai predikat.
(ii) Selepas frasa kerja sebagai adverba (keterangan).
(iii) Selepas frasa nama sebagai penerang.



Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM
Binaan Frasa Adjektif
(i) Frasa Adjektif sebagai Predikat

Rumah Ali sangat sederhana
(Subjek) (Predikat)

Susunan ini boleh disongsangkan:

Sangat sederhana rumah Ali
(Predikat) (Subjek)

Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM
Binaan Frasa Adjektif
Frasa Adjektif sebagai Keterangan

Kanak-kanak itu berjalan sangat cepat
(Subjek) FK (FA -Adverba)

Mereka pulang segera.
(Subjek) FK (FA-adverba)


Frasa Adjektif sebagai penerang Kata Nama
Pelajar itu memakai pakaian baru.
(Subjek) FK FN (FA-Penerang)

Mereka merupakan penutur asli bahasa itu.
(Subjek) FK FN (FA-Pnrg) FN
Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM
Penanda Frasa Adjektif
Terdapat beberapa penanda untuk menentukan justifikasi
tentang frasa adjektif

(i) mengikuti/menerangkan kata nama.
(ii) kata penguat yang boleh terletak di hadapan dan di
belakang suatu kata adjektif.
(iii) didahului oleh yang.

(a) Dia memakai baju merah.
(b) Mukanya amat pucat.
(c) Murid lelaki itu rajin sekali.
(d) Budak yang sakit itu telah meninggal dunia.
Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM
Penanda Frasa Adjektif
Penanda Frasa Adjektif (Unsur Keterangan/adv)

(i) Adverba/keterangan cara.
(a) Lukanya baik dengan sendirinya.
(b) Pokok itu segar dengan cepatnya.

(ii) Adverba/keterangan bandingan.
(a) Buahnya manis ibarat gula.
(b) Suaranya merdu seperti buluh perindu.

Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM
Penanda Frasa Adjektif
(iii) Adverba hal atau keadaan.
(a) Pegawai itu selalu sibuk dengan tugasnya.
(b) Budak itu pandai dalam semua mata
pelajaran.


(iv) Adverba tujuan.
(a) Kita mersti rajin untuk berjaya.
(b) Rumah kita mesti bersih demi kesihatan
hidup kita.

Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM
Penanda Frasa Adjektif
(v) Adverba kekerapan.
(a) Murid itu sering lewat.
(b) Bayi itu sakit selalu.

(vi) Adverba terhadap.
(a) Raja itu sungguh kasih akan rakyatnya.
(b) Kita harus cinta akan tanah air.

(vii) Adverba musabab.
(a) Dia malas oleh sebab keletihan.
(b) Makanan itu sedap kerana cukup bahan-bahannya.

Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM
Penanda Frasa Adjektif
(viii) Adverba waktu.
(a) Mempelam masam ketika masih muda.
(b) Dia telah mahir dalam masa dua minggu sahaja.

(ix) Adverba tempat.
(a) Wanita itu sakit pada bahagian perutnya.
(b) Bentuknya tirus pada bahagian atasnya.

Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM
Frasa Adjektif dan Ayat
Komplemen
Sebagai predikat, adjektif dapat diikuti oleh ayat
komplemen ayat majmuk.

(a) Dia insaf bahawa dia perlu membaiki
prestasinya.

(b) Mereka percaya bahawa berita itu benar.

Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM
Adjektif
Kesimpulan:

Sebagai predikat binaan yang boleh terdiri daripada
beberapa unsur:







Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM
Kata Bantu + Kata Penguat + Kata
Adjektif + Kata Adjektif + Adverba
(keterangan) + Ayat Komplemen
Adjektif
Cth:
masih kuat
(KBantu) + (adj)

sungguh cantik
(KPenguat) + (adj)

masih agak kecil
(Kbantu) + (Kpenguat) + (adj)

besar sekali
(adj) + (Kpenguat)
Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM
Adjektif
masih awal sangat
(Kbantu) + (adj) + (Kpenguat)

sangat baik benar
(Kpenguat) + (adj) + (Kpenguat)

sangat sibuk dengan tugasnya
(Kpenguat) + (Adj) + (Adverba)



Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM
Adjektif
sangat sedar bahawa kita masih lemah
(Kpenguat) + (adj) + (ayat komplemen)

percaya sungguh bahawa dia boleh berjaya
(Adj) + (Kpenguat) + (ayat komplemen)

masih riang gembira
(Kbantu) + (adj) + (adj)


Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM
Rajah pohon Frasa Adjektif
FA FA

Pgt Adj Adj Pgt


terlalu nakal lambat benar
Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM
Rajah pohon Frasa Adjektif
(samb.)
FA FA

Adj FA KB Adj Pgt

Adj

riang gembira masih awal sangat






Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM
FRASA SENDI NAMA (FS)
Sekumpulan kata yang terdiri daripada kata sendi serta frasa nama
sebagai objek kata sendi itu.

Di ke dari pada untuk kepada

Binaan Frasa Sendi Nama
FS boleh terbentuk daripada salah satu binaan berikut:

Kata Sendi Nama + Frasa Nama
Kata Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama
Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama + (Frasa
Keterangan)

Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM
BINAAN FRASA SENDI NAMA

(i) Kata Sendi Nama + Frasa Nama

Kata Sendi Nama wujud sebagai perkataan yang letakknya di hadapan
suatu frasa nama.

Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM
FRASA SENDI NAMA

Kata Sendi Nama Frasa Nama
di rumah
daripada seorang teman
sejak zaman dahulu
untuk ahli baharu
Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM
BINAAN FRASA SENDI NAMA

(ii) Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama

Kata sendi nama wujud juga sebagai perkataan yang letaknya di
hadapan frasa nama yang didahului satu unsur kata nama arah.

W/bagaimanapun, frasa sendi nama boleh juga wujud tanpa kata nama
arah:

(a) di (belakang) rumah
(b) dari (dalam) hati
(c) dengan (belakang) parang
(d) untuk (dalam) negeri

Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM
BINAAN FRASA SENDI NAMA
(iii) Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa
Nama + (Frasa Keterangan)

Terbentuk apabila frasa nama yang menjadi pelengkap
kepada kata sendi nama itu diikuti oleh keterangan.

Seperti ayat komplemen juga, unsur keterangan hadir
secara pilihan.

(a) ke (utara) negeri Jepun (pada tahun lalu)
(b) dari (selatan) Johor (dengan bapanya).
(c) Di (atas) pangkuan ibunya (setiap waktu).

Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM
Kedudukan/Fungsi FSN dlm Ayat


(i) Predikat Frasa Sendi Nama

Frasa sendi nama boleh hadir sebagai predikat dalam pola ayat dasar
bahasa Melayu:

Rumahnya di bandar.
Asal kapas daripada benang.
Hadiah itu untuknya.
Mereka ke sawah setiap pagi.


Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM
Kedudukan/Fungsi FSN dlm
Ayat
(ii) Frasa Sendi Nama sebagai Keterangan

Frasa sendi nama boleh wujud sebagai unsur keterangan
kepada frasa kerja, frasa adjektif dan frasa nama.




Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM
Kedudukan/Fungsi FSN dlm
Ayat
(a) Keterangan Frasa Kerja

Boleh mendokong makna: keterangan masa, tempat,
bandingan, tujuan, hal, penyertaan, dan alat.

Kereta api bertolak pada pukul lima. (masa)
Dia berbicara tentang perkara itu. (hal)
Bapanya memukul dengan kayu ular itu. (alat)
Saya datang dengan teman. (penyertaan)

Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM
Kedudukan/Fungsi FSN dlm
Ayat
(b) Keterangan frasa adjektif

Mendukung makna keterangan bandingan, hal, masa, dan tujuan.

Budak itu kurus seperti galah. (bandingan)
Bayi itu selalu lapar pada waktu pagi. (masa)
Dia selalu sibuk dengan pekerjaannya. (hal)


Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM
Kedudukan/Fungsi FSN dlm
Ayat
(c) Keterangan frasa nama

Mendukung makna keterangan tempat, pembuat, sumber, masa, asal dan
tujuan:

(a) Kain daripada sutera mahal harganya. (asal)

(b) Saya sudah membeli pakaian untuk hari raya. (tujuan)

(c) Wang pada saya ini ialah wang baki simpanannya.
(tempat)

Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM
RUJUKAN
Abdullah Hassan dan Ainon Muhammad. (1994). Bahasa
Melayu untuk maktab perguruan. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti.

Nik Safiah Karim et. al (1984). Tatabahasa Dewan, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM



~ SEKIAN ~
Thursday
, July 10,
2014
Jumiya Ahmad, USM

You might also like