You are on page 1of 47

KRB3053 - Kaedah Pengajaran Bahasa

Melayu Sekolah Rendah

Pentaksiran dalam pengajaran


bahasa
Pengurus : Profesor Madya Dr. Rohizani Yaakub (013-9226944)
Pensyarah: Dr. Jamalsafri Saibon (Kota Kinabalu 016-4556096)
Dr. Ahmad Zamri Khairani (Kuching 019-5492525)

Pengenalan
Kuliah ini akan membincangkan:
- Konsep pentaksiran
- Tujuan pentaksiran
- Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS)
- Menguji kemahiran bahasa

Konsep pentaksiran
Aktiviti atau proses yang bersistematik bagi
mendapatkan maklumat yang berguna untuk
menentukan pencapaian objektif pdp.
Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan
maklumat untuk membuat penghakiman
tentang produk sesuatu proses pendidikan.
(LPM, KPM)

Operasi

Pengetahuan

Dapat

Kemahiran

4. Produk

Nilai

Hasil

1.Proses

Pentaksiran
3. Penghakiman

2. Maklumat

Pertimbangan

Bukti

Pencapaian
Pendidikan

Prestasi
Topik
4

Tujuan pentaksiran
Mendapatkan gambaran tentang prestasi murid dalam
pembelajaran.
Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan
pembelajaran.
Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pdp.
Menambahbaik pdp.
Merancang aktiviti pdp yang tersusun dan sistematik
bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
Melibatkan semua / sebahagian besar murid dalam kelas
secara efektif.
Merancang dan melaksanakan aktiviti susulan yang
berkesan.

Pentaksiran merangkumi aktiviti


menghurai, merekod, memberi skor dan
menginterpretasi maklumat tentang
hasil pembelajaran seseorang murid.

Pentaksiran berasaskan sekolah

Jaminan kualiti
Penjaminan kualiti merupakan piawaian untuk menentukan kualiti
pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang
tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap
pembelajaran murid.
Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat dasar melakukan
perubahan bagi tujuan meningkatkan pdp.
Indikator atau petunjuk utama bagi penjaminan kualiti dalam
pentaksiran ialah kesahan dan kebolehpercayaan skor,
kebolehtadbiran instrumen dan keadilan kepada calon.
Penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PBS dilakukan melalui:
Pementoran
Penyelarasan
Pemantauan
Pengesanan

Evidens
Evidens ialah bahan bukti yang perlu diuruskan secara sistematik
mengikut keputusan JK PBS.
Evidens terbahagi kepada dua iaitu evidens murid dan evidens
bahan.
Evidens murid merujuk kepada keupayaan sebenar murid tentang
perkara yang murid tahu dan boleh buat secara lisan atau
perlakuan.
Evidens bahan merujuk kepada bukti produk atau proses seperti
foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain yang dihasilkan oleh
murid dalam melaksanakan sesuatu tugasan.
Evidens bahan boleh disediakan secara individu atau
berkumpulan.

Ciri-ciri evidens
a. Sah - evidens yang dikemukakan hendaklah relevan dan
menggambarkan penguasaan / pencapaian standard yang telah
ditetapkan.
b. Autentik - murid dapat membuktikan evidens yang dikutip adalah
hasil kerjanya sendiri.
c. Kecukupan - evidens yang dikumpul mencukupi untuk
menunjukkan kemampuan murid.
d. Semasa - evidens dapat membuktikan murid dapat membuat
tugasan mengikut piawaian semasa.
e. Tekal - evidens yang dikumpul dapat membuktikan ketekalan
perlakuan dan membuktikan keputusan yang sama diberi oleh
pentaksir yang berlainan.

Jenis-jenis evidens

Penulisan
Bahan cetakan
Persembahan
Foto
Grafik
Artifak
Laporan
Model
Rakaman
Bahan ICT
Gerak kerja / manual

Penggunaan standard prestasi

Instrumen pentaksiran
Pelbagai instrumen pentaksiran yang sesuai dengan
konstruk yang ditaksir dalam sesuatu mata
pelajaran yang digunakan. Antara instrumen
pentaksiran yang digunakan ialah :
a. Pemerhatian
b. Soal Jawab
c. Pensil dan kertas / Ujian Bertulis
d. Persembahan

Instrumen pentaksiran
e.
f.
g.
h.
i.
j.
k.
l.

Projek
Produk
Amali
Lembaran Kerja
Tugasan bertulis / karya penulisan
Kuiz
Senarai semak
Tugasan rumah

Jenis-jenis ujian
1.

Ujian pencapaian
Disebut juga sebagai ujian sumatif iaitu
diberi setelah tamat kursus.
Tujuannya untuk menilai hasil pengajaran.
Mengukur pencapaian murid.

Jenis-jenis ujian
2. Ujian penempatan
Bertujuan menempatkan murid ke dalam
kursus atau kumpulan tertentu.
Untuk mengasingkan murid mengikut
kebolehan.
Memudahkan perancangan dan strategi
pdp.

Jenis-jenis ujian
3. Ujian bakat
Sesuai untuk pengujian bahasa asing.
Khusus untuk menelah prestasi murid
dalam pelajaran atau kemahiran bahasa
asing yang akan dipelajarinya.

Jenis-jenis ujian
4. Ujian diagnostik
Untuk mengesan kelemahan atau masalah
yang dihadapi oleh murid.
Dapatan/keputusannya boleh digunakan
untuk perancangan aktiviti pemulihan.

Jenis-jenis ujian
5. Ujian formatif
Dilaksanakan untuk menentukan kemajuan
murid dari semasa ke semasa sepanjang
pembelajaran.
Tujuannya untuk mempercepatkan proses
pdp, apabila guru dapat menentukan
kebolehan/prestasi murid sebelum
memula/meneruskan pdp.

Jenis-jenis ujian
Ujian objektif
Jawapan pendek melengkapkan ayat
Aneka pilihan
Item betul-salah
Item padanan
Kloz
Ujian subjektif
Gerak balas terhad apa, siapa, bila, berapa,
Gerak balas lanjutan huraikan, bincangkan,

Langkah-langkah pembinaan ujian

Menentukan skop
Menentukan objektif ujian
Menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
Menulis ujian
Mentadbirkan ujian
Menganalisis keputusan
Membuat refleksi
Aktiviti susulan: pengayaan/pemulihan

Kesahan & kebolehpercayaan


Kesahan
Item-item yang dibina mengukur aspek yang ingin
diuji.

Kebolehpercayaan
Ketekalan markah yang diperoleh melalui ujian
yang sama menunjukkan bahawa ujian itu tinggi
kebolehpercayaannya.
Tiada perkara yang boleh mengganggu tumpuan
murid mengambil ujian.

Menguji kemahiran bahasa

Kemahiran lisan
Kemahiran mendengar

Kemahiran bertutur

Kemahiran paling asas.

Melafazkan bunyi-bunyi bahasa daripada


alat-alat artikulasi.

Berlaku pada peringkat penerimaan.

Pada peringkat penglahiran, kemahiran


perlu ditiru & diajuk.

Murid yang telah menguasai kemahiran


ini mampu bertutur, memahami, dan
mentafsir perkara yang didengar.

Model bahasa lemah hasil ajukan yang


lemah, tetapi model bahasa baik tidak
semestinya menjamin ajukan yang baik.
28

Tujuan penilaian lisan


Mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan
bertutur secara gramatis.
Mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.
Mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.
Mengesan kelancaran dalam sebutan.
Mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.
Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan aktiviti
yang memerlukan respons murid dalam bentuk lisan.
29

Teknik menguji kemahiran


mendengar

Ujian
Mendengar
Petikan

Ujian
Mendengar
Perenggan

Ujian
Imlak

30

1. Ujian mendengar petikan


Dipetik daripada buku, majalah, ucapan, cerita,
akhbar, syarahan, dan seumpamanya.
Petikan diperdengarkan kepada murid melalui
bacaan nyaring.
Petikan hendaklah sesuai dengan tahap murid dari
segi tema, perbendaraan kata & kompleksiti ayat.
31

Murid hendaklah memberi tumpuan kepada guru &


mendengar dengan teliti.
Petikan dibacakan dua kali.
Bacaan dengan kelajuan biasa, selesa, natural dan senang
bagi murid mendengar.
Soalan kefahaman mendengar berbentuk aneka pilihan
biasanya digunakan untuk menguji kefahaman mendengar.
32

2. Ujian mendengar perenggan


Perengan pendek yang berlainan cerita, tema, dan tidak
berkaitan antara satu sama lain diperdengarkan.
Soalan kefahaman mendengar diberikan dalam bentuk
aneka pilihan.
Cara pentadbiran sama seperti ujian mendengar petikan
tetapi berbeza dari sudut pemberian jawapan daripada
murid (mengikut turutan).
33

3. Ujian imlak

Ujian imlak
menguji
kefahaman
pendengaran
dalam sesuatu
bahasa.

Kemahiran
mengeja
penting

Menulis semula
keratan (petikan
perenggan)
yang
diperdengarkan.

Lebih praktis
berbanding
teknik lain
kerana mudah
ditadbir.

34

Teknik menguji kemahiran bertutur &


bacaan lisan
Bacaan secara nyaring
Menjawab soalan-soalan pemahaman
Perbualan berdasarkan tajuk

35

Aspek-aspek dalam penilaian bacaan


lisan

Suara dan sebutan


Kelancaran
Intonasi
Kefahaman

***Aspek bacaan nyaring yang tidak diingini

36

Teknik menguji kefahaman bacaan


senyap
1.
Penyoalan
Secara
Terbuka
3.
Pilihan
Benar-Salah

2.
Aneka
Pilihan

4.
Teknik Kloz

37

1. Penyoalan secara terbuka


Teknik tertua
Murid perlu menjawab soalan kefahaman
bacaan dengan menggunakan ayat sendiri.
Digunakan dalam latihan menjawab
kefahaman bacaan, dan dalam ujian bercorak
formatif dan diagnostik.
Murid perlu menggubal ayat dan
menggunakan bahasa menurut tatabahasa &
perbendaharaan kata yang tepat.

2. Aneka pilihan
Kelebihan
Senang ditadbir dari segi pemarkahan dan
pengukuran.

Kelemahan
Tidak menggalakkan daya luahan dan penggubalan
bahasa daripada murid.
Menggalakkan murid meneka dalam usaha
mencari jawapan yang betul.
39

3. Pilihan Benar Salah

Kurang popular
kerana mempunyai
lebih banyak
kelemahan
berbanding teknik
aneka pilihan.

Mempunyai
kebarangkalian
yang lebih tinggi
untuk murid
meneka.

40

4. Teknik Kloz
Teknik mengisi tempat kosong.
A technique based on the human
tendency to complete an incomplete
pattern or sequence. Thus, if a word is
omitted from a sentence, the reader
attempts to supply the word to
complete the meaning.

Moyle (1972)41

Penilaian kemahiran menulis


Penilaian secara penulisan
melibatkan aktiviti menyemak
dan memeriksa tugasan dan
hasil penulisan murid seperti
karangan, laporan projek,
kerja kursus, folio, latihan dan
ujian bertulis, huraian atau
tafsiran peta, jadual, graf dan
carta.
42

Aspek yang perlu diuji


Penggubahan dan penghuraian
Penyusunan dan gaya
Tatabahasa
Tanda bacaan
Perenggan
Ejaan
Penggunaan huruf besar dan kecil
43

Teknik menguji kemahiran menulis

Teknik
Tanggapan
(impression)

Teknik
Analisis

44

1. Teknik tanggapan (impression)


Seorang/kumpulan pemeriksa akan mengukur
dan menilai mutu sesuatu karangan
berdasarkan tanggapan ke atas keseluruhan
karangan.
Kelemahan:

Bercorak sangat subjektif. Unsur-unsur nasib dan


prasangka boleh wujud.

Heaton (1979) mencadangkan tiga atau empat


orang pemeriksa menilai sesuatu karangan
dan satu persetujuan diambil untuk
menentukan kualiti karangan.

2. Teknik analisis
Skema
pemarkahan
disediakan
bagi
pemeriksa
dengan
tujuan untuk:

Mengurangkan/mengawal
unsur subjektif.
Mengawal ketekalan
pemarkahan.
Menyenarai-semak
subkemahiran penting.

Penutup
Terdapat pelbagai kaedah untuk menguji
kemahiran bahasa seperti yang dicadangkan
dalam PBS.
Guru tidak terikat dengan kaedah-kaedah
tradisional seperti ujian semata-mata.
Beberapa kemahiran bahasa dapat dijalankan
serentak.
Pelbagaikan aktiviti pentaksiran supaya lebih
bermakna.

You might also like