You are on page 1of 28

Pola dalam Sistem Politik

Kerjasama parti-parti politik


menjelang kemerdekaan


Ahli-ahli kumpulan :
1. Ang Ting Shien
2. Fabian Ling Shui
Huo
3. Kong Pang Soon
4. Lee Ne
5. Lee Nga Soon
6. Lilian Wong Siew
King
Pilihan Raya
Demokrasi berparlimen
Tujuan: memperkenalkan proses demokrasi
Contoh: Majlis Bandaran Georgetown, Pulau
Pinang, 1 Dis 1951
Pilihan rakyat peringkat negeri-1954
Pelaburan kerajaan British di TM
Penubuhan Persekutuan TM(1948) membawa
kemerdekaan kepada rakyat TM
Sistem Ahli (1951)
Tujuan: mewujudkan perpaduan kaum
Menurut sistem ini, ahli tidak rasmi dari Majlis
Perundangan Persekutuan dilantik menjadi ketua
jabatan
Jabatan-jabatan penting masih dikuasai oleh
pengawai British
Ketua Jabatan diberi taraf menteri
Latihan pentadbiran diberikan
Pemimpin semua kaum diberi peluang menjadi
menteri
Perkembangan parti-parti politik
1. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
(UMNO)
11 Mei 1946, Dato Onn bin Jaafar
Tujuan :
Menyatukan orang Melayu untuk menentang
Malayan Union
Memelihara kepentingan orang Melayu
Mencapai kemerdekaan TM
2. Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA)
27 Februari 1949, diasaskan oleh Leong
Yew Koh dan Kolonel Lee Hau Shik
Tujuan :
Menyatukan orang Cina di TM
Melindungi hak dan kepentingan
Bekerjasama dengan kerajaan menentang
komunis
Bekerjasama dengan kaum lain mencapai
kemerdekaan
3. Kongres India Tanah Melayu (MIC)
Ogos 1946, John Thivy
Tujuan : melindungi kepentingan orang
India di TM
Sumbangan MIC
MIC menentang perlembagaan Persekutuan
TM dan menyertai Majlis Tindakan Bersama
TM (AMCJA)
Cadangan kerajaan British melonggarkan
syarat kewarganegaraan
Pembentukan Parti Perikatan UMNO-
MCA-MIC
Rundingan Kolonel H.S Lee dan Yahya bin Dato
Abdul Razak- Parti Perikanan UMNO-MCA
(Januari 1952)
Tujuan : menghadapi Pilihan Raya Majlis
Bandaran Kuala Lumpur pada bulan Februari
1952
MIC menyertai Parti Perikatan pada 1955
Matlamat Parti Perikatan :
Menamatkan keadaan darurat
Mencapai kemerdekaan Tanah Melayu
Memenangi pilihan raya umum 1955
Kerjasama ini terjalin erat melalui beberapa
siri pilihanraya dan pembentukan Perikatan
Pada bulan Februari 1952, pilihanraya dalam
Majlis Perbandaran Kuala Lumpur telah diadakan
dan 12 kerusi dipertandingkan dimana UMNO dan
MCA telah membuat pakatan secara tidak rasmi,
yang akhirnya menjurus ke arah penubuhan
Perikatan pada tahun 1953
Kemenangan dalam pilihanraya Majlis
Perbandaran Kuala Lumpur menyebabkan
diadakan satu Perundingan Meja Bulat antara
UMNO dan MCA. Ia bertujuan mencari
persefahaman dan kerjasama antara dua etnik
terbesar dalam menuntut kemerdekaan

Perundingan Meja Bulat yang diadakan
pada 3 Februari 1953 itu telah dihadiri oleh
wakil UMNO yang terdiri daripada Tunku
Abdul Rahman, Tun Dr. Ismail, Saadon Zubir,
Bahaman Shamsuddin dan Syed Nasir Ismail
MCA diwakili oleh Tan Cheng Lock, H.S Lee,
Leong Yew Koh, S.M Yong dan T.H Tan
Pilihanraya 1955 (pilihanraya umum
pertama) memberi implikasi yang cukup
besar kepada hubungan etnik di Malaysia
Ini disebabkan telah berlaku kerjasama dan
toleransi yang cukup tinggi antara Melayu
dan bukan Melayu khususnya yang
melibatkan pembahagian kerusi pilihanraya
seperti dalam Jadual
Jika dilihat dari segi pembahagian kerusi dan
calon, ternyata Perikatan yang didominasi oleh
UMNO telah membuat pengorbanan dan
kompromi yang cukup besar kerana telah
meletakkan calon bukan Melayu di kawasan
majoriti pengundi Melayu dan walaupun
majoriti pengundi adalah Melayu(84.2%)
Tetapi demi perpaduan dan mengamalkan
konsep perkongsian kuasa, UMNO
diperuntukkan 35 kerusi sahaja, MCA 15
kerusi dan MIC sebanyak dua kerusi

PARTI

PERUNTUKAN
KERUSI

PERATUSAN
KERUSI

PERATUSAN
PENGUNDI

UMNO

35

69

84.2

MCA

15

28

11.2

MIC

2

3

3.9
Malaysia Timur
Proses dan penubuhan parti politik di Sabah
dan Sarawak merupakan respons terus kepada
cadangan yang melibatkan kedua-dua negeri
itu dalam Persekutuan Malaysia
Ada yang ditubuhkan dengan restu
pentadbiran kolonial dan ada juga yang
ditubuhkan atas inisiatif rakyat tempatan
Sarawak
Parti terawal Parti Bersatu Rakyat Sarawak
( Sarawak United Peoples Party atau SUPP)
Mendapat galakan daripada pentadbiran kolonial
sebagai persediaan awal ke arah pemerintahan sendiri
Menggabungkan pelbagai kegiatan sosial dan
kebajikan Cina demi menjaga kepentingan mereka di
negeri berkenaan
Parti berbilang etnik, namun puccuk kepimpinan jelas
dimonopoli oleh etnik Cina
Hilang sifat berbilang etnik apabila calon-calon bukan
Cina kalah dalam pilihanraya kerajaan tempatan pada
tahun 1963
Cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia pada
awal tahun 1960 turut mendesak etnik
bumiputera menubuhkan parti masing-masing
Di kalangan Dayak dan Iban :
SNAP (Parti Kebangsaan Sarawak Atau Sarawak
National Party ditubuhkan oleh etnik Iban, khasnya
dari kawasan Skrang- Saribas pada 1961
Dipimpin oleh Stephen Kalong Ningkan
Dakwaan Dayak dan Iban di Lembah Rejang tidak
mendapat tempat dalam SNAP, maka :
Parti Pesaka Anak Sarawak (Pesaka) ditubuhkan
Oleh Temenggong Jugah Anak Barieng dari Rejang
pada 1962
Bagi Melayu dan Melanau, 2 parti ditubuhkan
berasakan etnik dan kawasan
a) PANAS (Parti Negara Sarawak) 1960
- Dipimpin oleh golongan perabangan dari Kuching
iaitu Abang Mustapha
b) Barjasa ( Barisan Rakyat Jati Sarawak) 1961
- Ditubuhkan oleh Melayu/Melanau dari Lembah
Rejang atas dakwaan mereka tidak diwakili
dalam PANAS

Perubahan besar proses politik di Sarawak
selepas Malaysia berlaku kepada etnik Cina,
Melayu dan Melanau
Bagi etnik Cina :
Selepas tahun 1970, SUPP menjadi teman pilihan
bagi Melayu dan Melanau untuk menubuhkan
kerajaan campuran selepas pilihanraya umum
tahun 1969/71
Di akhir 1970-an, DAP muncul di Sarawak sebagai
pesaing kepada SUPP untuk mendapat sokongan
Cina

Etnik Melayu dan Melanau :
Perpaduan politik semakin kukuh sejak
penggabungan Barjasa dan PANAS dalam Parti
Bumiputera yang dipimpin oleh Abdul Rahman
Yakub dan Abdul Taib Mahmud
Kekuatannya meningkat apabila Temenggong
Jugah membawa Pesaka bergabung dengan Parti
Bumiputera untuk membentuk PBB (Parti Pesaka
Bumiputera Bersatu) pada pertengahan 1970-an
Kini, dalam konteks percaturan politik
Etnik Dayak dan Iban berpecah kepada PBB, SPDP,
PRS dan SUPP yang berada dalam Barisan Nasional
Juga di antara SNAP dan beberapa puak daripada
peninggalan pengharaman PBDS iaitu kumpulan
Moggie-Tajeim dan MDC ( Malaysian Dayak
Congress) yang masih menunggu pendaftarannya
diluluskan.

Sabah
Pelbagai etnik bumiputera di negeri Sabah
seperti Kadazandusun, Bajau, Murut dan lain-
lain terpisah berasaskan anutan agama
Justeru, parti-parti yang ditubuhkan akan
mendapat sokongan daripada peribumi
beragama Islam dan Kristian
Sejak menyertai Malaysia pada tahun 1963,
Sabah diperintah oleh semua etnik utama
negeri
Ini bermula dengan Donald Stephen
Menubuhkan parti UNKO (United Kadazan
National Organization) pada Ogos 1961
Bagi menyatukan Kadazandusun dan bumiputera
bukan Islam
Kemudian Mustapha Harun :
Menubuhkan USNO (United Sabah National
Organisation) pada Disember 1961
Menyatukan Bajau, Murut dan etnik lain
Cina bernaung di bawah SCA (Sabah Chinese
Association)
Antara beberapa parti politik di Sabah :
a) UNKO - Donald Stephen
b) USNO Mustapha Harun
c) Parti Berjaya Harris Salleh
d) Parti Bersatu Sabah (PBS) Joseph Pairin
Kitingan
e) UMNO
Kejatuhan PBS membawa perubahan besar
kepada proses politik di Sabah daripada beberapa
sudut
UMNO telah berjanji sekiranya parti tersebut berjaya
merampas pemerintahan negeri, jawatan Ketua
Menteri akan mengikut giliran di antara bumiputera
Islam, bumiputera bukan Islam dan Cina supaya
semua mempunyai peluang untuk memerintah
Keruntuhan PBS melahirkan beberapa buah parti baru
seperti PBRS ( Parti Bersatu Rakyat Sabah), dan PDS
(Parti Demokratik Sabah), yang melibatkan pemimpin
utama daripada PBS yang telah meninggalkan parti
tersebut
Soalan: Apakah kelemahan dan
keburukan sekiranya sesuatu
parti politik di mana keahliannya
itu adalah berasaskan
kaum/etnik?
Antara Parti Komponen Barisan
Nasional Sekarang
1. UMNO
2. MCA
3. MIC
4. GERAKAN
5. PBB
6. SUPP
7. PBS
Parti-parti politik lain
1. DAP
2. KEADILAN
3. PAS
Kesimpulan
Tiada satu etnik dapat menegakkan kerajaan sendiri
kecuali melalui kerjasama antara pelbagai etnik agar
tiada kelompok dianiayai kerana percaturan kuasa dan
politik sempit
Cabaran terbesar terhadap pembangunan ekonomi dan
kestabilan politik boleh dilihat dalam keadaan timbal-
balik iaitu :
Jika ekonomi merosot : akan menjejaskan
kestabilan politik
Politik tidak stabil : membawa kesan negatif pada
kemakmuran ekonomi
Survival Malaysia dari segi ekonomi dan politik
bergantung kepada integrasi nasional yang berpanjangan

You might also like