You are on page 1of 13

Pendemokrasian pendidikan yang dimaksudkan bukanlah sekadar

pendemokrasian sahaja tetapi ialah persamaan hak yang sama


rata dari segi peluang mendapat pendidikan yang bermutu
(democratization of access to quality education)
Menurut Nor Aziah bt. Alias dan Azni Zain bt. Ahmed (1995)
pendidikan seharusnya merangkumi dan terbuka kepada segenap
lapisan masyarakat, bukan sahaja dari segi geografi bahkan juga
dari segi golongan jenis dan sektor ekonomi
Secara `simplistic' dapatlah disimpulkan bahawa dari segi
konsepnya pendemokrasian pendidikan adalah berkaitan dengan
keupayaan dan kemampuan sistem pendidikan negara kita dalam
menyediakan peluang untuk menikmati pendidikan yang bukan
sahaja luas tetapi juga adil, saksama serta bermutu untuk semua
lapisan rakyat Malaysia

Sejauh manakah sistem pendidikan
mencerminkan berlakunya amalan
pendemokrasian pendidikan ?
Secara ringkasnya, ramai pakar yang terlibat dengan
sistem pendidikan mengakui bahawa pendemokrasian
pendidikan sememangnya telah wujud.

Malaysia yang dikatakan sebagai sebuah negara yang
mempunyai salah satu sistem pendidikan yang terbaik di
Dunia Ketiga diakui mengamalkannya.

oPendidikan Rendah masih berdasarkan dasar pendidikan yang
sama dan mengamalkan kurikulum yang serupa
oWujudnya pendidikan swasta dan Sekolah Agama Rakyat iaitu
warisan dari Sistem Pondok sebagai pilihan untuk
mendapatkan pendidikan
oSistem pendidikan yang sedia ada tidak juga melupakan atau
mengabaikan kanak-kanak daripada golongan istimewa
oPeningkatan bilangan berbagai instiusi pendidikan swasta
oLangkah meningkatkan bilangan pelajar di universiti-universiti
tempatan mulai sesi pengajian Mei 1998


oPendidikan percuma
oBantuan buku-buku teks melalui Skim Pinjaman Buku Teks
(SPBT)
o Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
oPemberian biasiswa oleh Kementerian Pendidikan
Had umur bagi setiap individu untuk
mendapatkan pendidikan formal semakin
diperluaskan.
Sebagai contoh kini pelajar boleh meneruskan
pengajian ke tingkatan 4 walaupun keputusan
PMR yang diperolehi minimum. Perakuan ini
dibuat oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
Pelaksanaan Dasar Pelajaran, 1979.



oKemudahan-kemudahan untuk proses P&P, asrama, Pusat
Sumber Sekolah, komputer, tenaga pengajar yang berkualiti,
dan sebagainya
oUsaha memperbaiki prasarana pendidikan luar bandar
diteruskan umpamanya dengan membina asrama desa di
setiap daerah, dengan keutamaan diberikan kepada kawasan
pendalaman
o Frog VLE (4G) / Unifi
Pendidikan Berterusan :
o Pendemokrasian pendidikan perlu memastikan yang sistem
pendidikan memperluaskan peluang pendidikan berterusan.
o Di mana tanpa mengambil kira akan batas usia individu, mereka
masih disediakan peluang untuk menyambung pendidikan.
o Sebagai contoh kini kita dapat lihat pendidikan jarak jauh
diperluaskan dan menjadi agak biasa.
o Diharapakan juga, dengan ciri istimewa peluang yang disediakan
dapat dijadikan wadah kepada mereka yang berminat untuk
meneruskan pelajaran demi mempertingkatkan taraf pendidikan
mereka.

Sekolah Asrama Penuh
oSatu usaha bagi pendemokrasian pendidikan di
mana menyediakan peluang pendidikan yang lebih
berkualiti khususnya pelajar yang berpotensi dan
cemerlang.

You might also like