You are on page 1of 14

[BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN]

1.0 PENGHARGAAN

EDU 3106

Syukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia Nya maka dapat saya menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada saya dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Keberhasilan tugasan ini adalah datangnya daripada dorongan dan sokongan daripada pelbagai pihak. Pada kesempatan ini, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya Encik AB. Karim kerana memberi tunjuk ajar dan memberi jalan penyelesaian dalam setiap permasalahan yang diutarakan. Tanpa beliau, saya tidak mungkin mampu menyelesaikan tugasan ini. Beliau sentiasa memberi penjelasan yang jelas untuk memastikan tugasan ini dapat disiapkan

Tidak saya lupakan juga jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama membantu dan menyumbang idea bagi menyempurnakan tugasan ini. Tanpa kerjasama dan sokongan, sesungguhnya tugasan ini tidak mampu disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Kerjasama dan pengurusan masa yang bijak penting dalam menyelesaikan sesuatu tugas. Jika tidak, sesuatu tugas tidak dapat diselesaikan pada masa yang ditetapkan dan tidak dapat disiapkan dengan sempurna. Bak kata pepatah, Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Sesungguhnya,hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas jasa kalian. Akhir sekali,saya pohon sejuta kemaafan daripada semua pihak yang terlibat sekiranya terdapat silap dan salah yang telah saya lakukan. Sesungguhnya manusia tidak pernah sunyi daripada melakukan kesilapan, Yang baik datangnya daripada Tuhan yang buruk datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri.

[BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN]


2.0 PENGENALAN

EDU 3106

Masyarakat Orang Asli merupakan penduduk asal bagi sesebuah negeri atau negara. Mengikut Perkara 3 Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) semakan 1974 :

(1) Dalam Akta ini Orang Asli ialah :(a) mana-mana orang yang bapanya ialah anggota kumpulan etnik Orang Asli, yang bercakap bahasa Orang Asli dan lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli, dan termasuk seorang keturunan melalui jurai lelaki oran itu; (b) mana-mana orang daripada mana-mana kaum yang diambil sebagai anak angkat semasa bayi oleh Orang Asli yang telah dibesarkan sebagai Orang Asli, lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli dan ialah anggota suatu masyarakat Orang Asli; atau (c) anak daripada mana-mana penyatuan antara seorang perempuan Orang Asli dengan seorang lelaki daripada suatu kaum lain, dengan syarat bahawa anak itu lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli dan masih lagi menjadi anggota suatu masyarakat Orang Asli . (2) Mana-mana Orang Asli yang oleh sebab memeluk mana-mana agama lain atau kerana apa-apa sebab lain tidak lagi berpegang kepada kepercayaan Orang Asli tetapi dia masih mengikut cara hidup Orang Asli dan adat Orang Asli atau bercakap bahasa Orang Asli tidak boleh disifatkan tidak lagi menjadi Orang Asli semata-mata oleh sebab dia mengamalkan adam itu.

(3) Apa-apa persoalan sama ada mana-mana orang ialah Orang Asli atau bukan Orang Asli hendaklah diputuskan oleh Menteri.

(Akta Orang Asli 1954 (Akta134) semakan 1974, 2006)

Mengikut perangkaan Jabatan Hal ehwal Orang Asli Malaysia (JHEOA), setakata ini terdapat kira-kira 141,230 Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Negeri Pahang mempunyai penduduk Orang Asli paliang ramai iaitu 50,792, diikuti Perak, 40,856 orang dan Selangor seramai 15,210 orang. Masyarakat Orang Asli ini terbahagi kepada tiga kumpulan besar iaitu Senoi, Negrito dan Melayu Proto. Di bawah Senoi, terdapat enam suku kaum iaitu Temiar, Semai, Jahut, Che Wong, Semoq Beri dan Mahmeri. Kebanyakkan suku kaum ini terdapat di Perak Tengah, Perak Selatan, Pahang dan Selangor. Bagi Negrito pula, ada 2

[BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN]

EDU 3106

enam suku kaum iaitu Kensiu, Kintaq, Jahai, Mendriq, Bateq dan lanoh. Suku kaum ini terdapat di bahagian utara Semenanjung iaitu di Kedah, Perak Utara, Kelantan (Gua Musang) dan Ulu Terengganu.

Kumpulan Melayu Proto pula mempunyai enam suku kaum iaitu Temua, Jakun, Semelai, Orang Kuala, Orang Seletar dan Orang Kanaq. Ramai daripada mereka ini menetap di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selatan Pahang dan sebahagian Selangor. Taburan penduduk Orang Asli ini semakin berubah mengikut peredaran masa. Data kategori kampung Orang Asli menunjukkan sebanyak 323 (36.9 Peratus) kampung terletak di kawasan pedalaman, 547 (62.4 peratus) di kawasan pinggir dan 6 kampung (0.7 peratus) di bandar.

Berdasarkan kepada sejarah, Orang Asli adalah masyarakat peribumi yang paling awal mendiami Tanah Melayu. Hasil penyelidikan arkeologi yang dijalankan di beberapa buah gunung di timur dan utara Semenanjung menunjukkan nenek moyang Orang Asli telah mendiami semenanjung sejak abad ke-8 SM, iaitu kira-kira 10,000 tahun yang lalu Orang Asli telah hidup di dalam masyarakat yang terasing dan kurang mendapat perkhidmatan sempurna terutama pendidikan dan kesihatan.Kedudukan geografi yang terletak jauh di pedalaman telah mengukuhkan pemikiran di kebanyakkan masyarakat orang asli bahawa tiada faedah untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

Secara umum, ibu bapa dan masyarakat orang asli masih tidak berminat dengan pendidikan. Mereka melihat sekolah sebagai suatu tempat untuk menghantar anak-anak mereka untuk bermain dan makan. Namun apabila mereka melihat masyarakat luar menunjukkan minat terhadap pendidikan masyarakat Orang Asli, mereka menjadi lebih sedar tentang keperluan pendidikan dalam kehidupan seharian.

Pada hari ini, kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pendidikan demi memastikan tiada golongan yang tercicir dalam arus pembangunan negara dan sejajar dengan hasrat itu, Pelan Transformasi Pendidikan Orang Asli yang komprehensif disediakan sebagai salah satu program memperkasa pencapaian masyarakat Orang Asli seiring dengan kemajuan negara..

Tujuh teras utama dikenal pasti sebagai pengupaya kualiti pendidikan Orang Asli antaranya yang paling utama meningkatkan prestasi sekolah Orang Asli, meningkatkan pengambilan kemasukan anak Orang Asli dalam program khas perguruan, memperkasa

[BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN]

EDU 3106

Pusat Kecemerlangan Pedagogi Pribumi Kebangsaan dan menambah bilangan Sekolah Model Khas Komprehensif K9.

Secara umumnya, 60.9 peratus murid-murid Orang Asli yang menduduki UPSR telah lulus semua mata pelajaran manakala 87.9 peratus lulus semua mata pelajaran dalam PMR tahun 2011 namun kita masih berdepan cabaran memastikan murid-murid Orang Asli meneruskan pelajaran dan usaha Transformasi Pendidikan Orang Asli terlaksana bagi memperkasa masyarakat Orang Asli di Malaysia

[BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN]


3.0 TINDAKAN MENINGKATKAN KEJAYAAN PELAJAR

EDU 3106

Keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009 telah melakar sejarah manis bagi Sekolah Rendah (SK) Long Pelutan kerana dua daripada pelajarnya Berjaya mendapat keputusan cemerlang 5A.Kejayaan adik Looser Datu dan Francisca Unyang ini menjadi satu penyuntik semangat kepada pelajar-pelajar lain di sekolah ini untuk berusaha mencapai kejayaan dan keluar dari stigma masyarakat yang menganggap bahawa kaum minoriti ini agak ketinggalan dan tidak boleh berjaya. Kejayaan kedua-dua pelajar ini membuktikan bahawa pelajar Penan juga mampu mencapai keputusan yang cemerlang dan mampu bersaing dengan kaum lain walaupun mereka belajar dalam suasan yang serba kekurangan (Utusan Online 13 April 2010)

Tugas guru bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata, bahkan menanamkan sikap, nilai serta sahsiah yang sempurna dalam diri pelajar-pelajarnya. Oleh sebab itu, guru berperanan sebagai agen sosialisasi dengan membawa kualiti sosial pelajar seiring dengan arus perkembangan perdana. Peranan guru sebagai fasilitator atau pemudah cara berfungsi membentuk anak didiknya yang mentah sehingga mereka menjadi manusia yang berjaya di dalam akademik mahupun di dalam kehidupan mereka. Segala

permasalahan yang dihadapi ketika berhadapan dengan karenah anak murid haruslah ditangani dengan cara yang positif. Berdasarkan kepada petikan Utusan Online 13 April 2010 pelbagai langkah yang boleh diambil oleh seorang guru bagi meningkatkan lagi

kejayaan pelajar peribumi dalam bidang pendidikan.

Mentaliti masyarakat Peribumi Kedua langkah yang boleh dilaksanakan guru bagi meningkatkan kejayaan pelajar peribumi dalam bidang pendidikan adalah mengubah mentaliti masyarakat peribumi. Mentaliti masyarakat peribumi yang tidak berubah terhadap pendidikan turut mempengaruhi pencapaian pelajar peribumi. Kebanyakkan pelajar berpendapat walaupun tidak mempunyai pendidikan yang tinggi, kehidupan mereka masih lagi boleh diteruskan. Sikap mereka yang hanya menerima tanpa ada usaha untuk memajukan diri dan meningkatkan taraf hidup turut mempengaruhi mentaliti anak-anak mereka untuk terus hidup dalam keadaan yang seharusnya berfungsi sebagai model

sederhana. Dalam situasi ini golongan guru seharusnya dapat menyalurkan

cita-cita dan mengembangkan bakat para pelajar

terutamanya pelajar peribumi ke peringkat lebih tinggi. Ini kerana guru mempunyai ketokohan yang meyakinkan serta mempunyai pandangan yang tinggi di dalam masyarakat. Melalui usaha yang ini, guru dilihat mampu 5 mengubah pelajar peribumi dari segi

[BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN]

EDU 3106

mentalitinya agar mereka mampu meningkatkan taraf hidup mereka kepada tahap yang lebih baik berbanding dengan keadaan mereka sekarang. Kesedaran pelajar peribumi Selain mengubah mentaliti masyarakat peribumi, golongan guru bertanggungjawab meningkatkan tahap kesedaran pelajar-pelajar peribumi kesedaran pelajar-pelajar peribumi terhadap pendidikan. Tahap

terhadap pendidikan banyak dipengaruhi oleh faktor

persekitaran. Kurangnya pendedahan dan bimbingan keluarga telah menjadi faktor penyumbang kepada kegagalan pelajar-pelajar peribumi menyambung pelajaran ke

peringkat lebih tinggi. Walaupun mereka bersekolah di sekolah kebangsaan di mana mereka mendapat pendidikan dan pendedahan yang sama dengan pelajar lain namun tidak semua daripada mereka dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading walaupun mendapat keputusan yang agak baik. Perkara ini berlaku kerana mereka kurang mendapat pendedahan kepada perkembangan semasa negara dan kurang mendapat bimbingan daripada keluarga.

Pelajar-pelajar peribumi juga masih mempunyai tahap kesedaran yang rendah dalam hak pendidikan dan tidak mengetahui cara untuk memohon bantuan bagi membiayai pengajian. Jika pelajar-pelajar peribumi ini mengetahui cara memohon biasiswa atau pinjaman, sudah tentu mereka akan lebih berjaya. Dalam meningkatkan tahap kesedaran ini, golongan guru perlu bertindak menjadi agen perubahan dengan merangka satu aktiviti yang mampu mendedahkan pelajar-pelajar Orang Asli dengan perkembangan semasa

negara. Contohnya guru boleh merancang satu aktiviti pembelajaran di luar bilik darjah dengan mengadakan lawatan ke universiti dan institusi pendidikan di Malaysia. Melalui lawatan tersebut pelajar-pelajar peribumi ini dapat membuka kotak pemikiran mereka dan mengenali dunia luar dengan lebih dekat lagi.

Pihak sekolah dengan bantuan para guru juga boleh mengadakan karnival bercorak pendidikan dengan kerajasama institusi - institusi pendidikan seperti Institut Pendidikan Guru (IPG), Universiti Teknologi Mara (UITM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Petronas (UTP) dalam usaha mendedahkan peluang pendidikan terhadap pelajarpelajar peribumi dan menerangkan potensi-potensi mereka dalam arena pendidikan di Malaysia. Para guru turut boleh merangka satu aktiviti kemasyarakatan di Perkampungan masyarakat peribumi yang melibatkan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi.Misalnya, Pada pertengahan tahun 2012, Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan yang berada di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjalankan Program Bina Insan Guru di kawasan perkampungan masyarakat 6

[BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN]

EDU 3106

peribumi yang merangkumi kawasan Satak, Ulu sungai dan Lanai. Berdasarkan hasil Program Bina Insan Guru yang berlangsung selama tiga hari dua malam tersebut, guru-guru pelatih dapat menjalinkan hubungan yang erat dengan masyarakat peribumi di kawasan perkampungan tersebut. Walaupun pada zahirnya aktiviti tersebut dilihat hanya satu lawatan dan aktiviti kemasyarakatan namun secara tidak langsung program tersebut mampu membuka ruang kesedaran yang mendalam terhadap pelajar-pelajar peribumi untuk terus berusaha mencapai kejayaan dan menabur bakti kepada masyarakat. Pemakanan Di samping itu, faktor pemakanan turut dilihat mempengaruhi tahap pencapaian pendidikan pelajar-pelajar peribumi. Menurut kajian United Nation Educational, Scientific and Cultrul Organization (UNESCO) di beberapa negara menunjukkan bahawa pencapaian akademik dan kebolehan mental pelajar yang mempunyai status nutrisi yang baik adalah lebih tinggi secara signifikan berbanding dengan pelajar yang tidak mempunyai status nutrisi yang baik. Jika kita imbas kembali Teori Pemakanan Profesor Diraja Ungku Aziz yang dicetuskan pada tahun 1970an sewaktu pemikir-pemikir Melayu hangat membicarakan kelemahan pelajar Melayu. Pada masa itu hampir semua pemikir-pemikir Melayu mengatakan kelemahan pelajar Melayu adalah berpunca daripada kurangnya motivasi dan kesedaran terhadap pendidikan tetapi Profesor Diraja Ungku Aziz berfikir sebaliknya. Beliau berkata punca sebenar kelemahan pelajar Melayu ialah kurang pemakanan makanan yang membina sel saraf otak iaitu protein. Teori pemakanan ini telah terbukti selepas lebih 20 tahun, terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa protein yang diambil menentukan kapasiti keupayaan otak menerima jumlah info yang banyak. Dalam norma budaya masyarakat peribumi yang bukan beragama Islam haiwan seperti katak, ular, mengkarung dan kera yang dijadikan sajian makanan oleh mereka dilihat tidak elok untuk perkembangan sel saraf otak.

Dalam meningkatkan pencapaian kejayaan dalam kalangan pelajar peribumi, guru boleh mengaplikasikan Teori Pemakanan Profesor Diraja Ungku Aziz sebagai salah satu langkah dalam menyelesaikan isu-isu masalah pembelajaran pelajar peribumi. Antara langkah yang boleh dilaksanakan guru dengan berpandukan mengaplikasikan Teori Pemakanan Profesor Diraja Ungku Aziz adalah menyediakan susu untuk setiap pelajar pada waktu pagi dan waktu rehat. Ini kerana susu merupakan sumber protein terbaik untuk perkembangan saraf dan otak. Guru turut boleh mengubah menu makanan waktu tengah hari di dewan makan asrama pelajar peribumi dengan memastikan menu makanan yang dihidangkan mengandungi gizi berprotein tinggi. Pemberian makanan tambahan seperti kismis, madu dan kurma turut boleh dijadikan sebagai langkah guru dalam meningkatkan 7

[BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN]

EDU 3106

lagi kejayaan pelajar-pelajar peribumi kerana makanan tambahan tersebut mengandungi kadar glukosa yang tinggi. Menurut Govindji et al. (2002), sel-sel otak memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik agar dapat mengekalkan memori serta menajamkan fikiran.

Selain itu, guru boleh mengambil contoh pendekatan sekolah rendah dan menengah di Louisiana, Amerika Syarikat sebagai model dalam usaha meningkatkan lagi kejayaan pelajar peribumi dari sudut pemakanan. Berdasarkan kepada pendekatan sekolah-sekolah di Louisiana, mereka menetapkan kriteria piawaian nutrien yang perlu dipatuhi, seperti minuman tertentu sahaja dibenarkan jual di sekolah dan tambahan pewarna atau perasa tiruan dilarang sama sekali. Guru juga boleh membangunkan polisi di sekolah yang hanya membenarkan snek yang berasakan kesihatan sahaja dijual di sekolah dan melarang pelajar membeli apa-apa makanan atau snek daripada penjaja di luar kawasan sekolah. Melalui cara ini guru dapat membantu pelajar dalam pengambilan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badannya dan ini akan membawa kepada peningkatan kosentrasi semasa pembelajaran seterusnya dapat membantu meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan. Kehadiran ke sekolah Selain itu, peratusan kehadiran ke sekolah amat penting dalam meningkatkan kejayaan pelajar peribumi. Sikap mereka yang terlalu sensitif disebabkan rasa rendah diri adalah salah satu punca mereka selalu ponteng sekolah. Sebagai contoh, mereka ini malu untuk hadir ke sekolah kerana merasakan diri mereka dipandang rendah oleh masyarakat luar kerana penampilan mereka yang terlalu berbeza dengan pelajar biasa seperti pakaian sekolah yang lusuh,kasut koyak dan peralatan sekolah yang serba kekurangan. Pihak pentadbiran sekolah khususnya guru perlu mengadakan perancangan rapi untuk meningkatkan bilangan kehadiran pelajar-pelajar peribumi ini dengan lebih berkesan. Contohnya bantuan seperti pakaian sekolah kelengkapan persekolahan dan kasut sekolah boleh dilaksanakan dengan cara pihak sekolah memohon sumbangan kelengkapan persekolah daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan badan kerajaan dalam usaha membantu menarik pelajar peribumi untuk hadir ke sekolah.

Guru turut perlu menjadi medium menarik minat pelajar peribumi bagi mengubah rekod kehadiran mereka ke tahap lebih baik dengan menjemput murid di rumah mereka. Dalam meningkatkan kehadiran murid antara program khas yang boleh dilaksanakan pihak sekolah dengan bantuan guru iaitu Jom Ke Sekolah, Ops Ponteng dan Mengesan Jejak. Contohnya, program khas ini telah menunjukkan hasil yang positif di Sekolah Kebangsaan Tasik Chini, Pahang Darul Makmur dimana peratus kehadiran murid terus meningkat sepanjang lima tahun bermula pada tahun 2008 hingga 2012 selepas pihak sekolah 8

[BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN]

EDU 3106

melaksanakan program tersebut. Guru juga boleh mengikut jejak langkah Sekolah Kebangsaan Bukit Ibam dalam usaha meningkatkan kehadiran pelajar peribumi ke sekolah. Sekolah Kebangsaan Bukit Ibam melaksanakan insentif yang duit poket yang berjumlah RM 2 kepada setiap seorang murid peribumi yang hadir ke sekolah. Insentif tersebut merupakan hasil satu tabung khas guru-guru sekolah. Guru-guru di situ mendermakan RM 10 setiap seorang ke dalam tabung khas tersebut dengan harapan agar murid-murid tersebut hadir ke sekolah dan belajar. Program Kecemerlangan Selain itu, program peningkatan kejayaan pelajar melalui Program Kecemerlangan boleh dilaksanakan oleh guru di sekolah. Antara program yang dilihat mampu meningkatakan kejayaan murid adalah Program Mentor Mentee yang melibatkan guru dan murid. Dalam program tersebut guru atau mentor kepada murid akan membawa mentee pulang dan tinggal di rumah mentor pada hari isnin sehingga jumaat dan dibenarkan pulang ke rumah ibu bapa masing-masing pada hari sabtu dan ahad. Sepanjang tempoh mentee di rumah mentor, mereka akan dibimbing dalam setiap mata pelajaran oleh mentor. Program seperti Bawalah Daku Pergi Bersamamu yang menfokuskan murid yang kurang berkemampuan dan lemah mata pelajaran tertentu yang tinggal di kawasan pedalaman dan pulau-pulau tertentu turut perlu diberi penekanan dalam memastikan murid peribumi tidak tercicir dalam arus pembangunan pendidikan negara.

Gaya Pembelajaran Gaya pembelajaran atau Learning style turut memainkan peranan dalam kejayaan pelajar peribumi. Di Malaysia, kebanyakkan guru di sekolah mementingkan kepada mata pelajaran dan mereka gagal menguruskan pelajar namun di Amerika Syarikat banyak usaha telah dijalankan untuk memadankan gaya pengajaran guru dengan gaya belajar murid. Rainner (1992) mencadangkan guru mengunakan gaya pengajaran yang sesuai dengan budaya belajar untuk mencapai kesan yang maksimum kepada pelajar. Ramai pakar

kaedah pembelajaran mengatakan bahawa gaya pembelajaran kaum peribumi ialah visual tetapi realiti yang berlaku di dalam bilik darjah kebanyakkan pengajaran oleh guru dalam bilik darjah menggunakan gaya audiotori. Cabaran utama yang perlu dilaksanakan guru ialah keluar sedikit dari gaya pengajaran asal dan cuba untuk mengembangkan penghargaan dan kesefahaman untuk memahami gaya pembelajaran pelajar peribumi.

Seorang guru seharusnya mewujudkan hubungan yang positif antara gaya belajar murid dengan persepsi guru terhadap gaya belajar murid kerana ini akan menghasilkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan keperluan murid. Ini secara tidak 9

[BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN]

EDU 3106

langsung membantu meningkatkan tahap pencapaian murid peribumi kepada tahap yang tinggi. Seorang guru perlu mengetahui gaya belajar murid sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran seperti yang dikatakan oleh Lee Shulman (1986) iaitu keperluan guru memahami Pedagocical Content Knowledge (PCK). Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas murid peribumi, guru perlu memperbanyak aktiviti-aktiviti yang melibatkan gaya belajar visual seperti aktiviti yang melibatkan demostrasi, tunjuk cara, seni muzik, video dan gambar.

GAYA PEMBELAJARAN MURID PERIBUMI

GAYA BELAJAR VISUAL

GAYA

BELAJAR

MURID

MENGIKUT

GAYA BELAJAR AUDIOTORI GAYA BELAJAR KINESTATIK

PERSEPSI GURU

Rajah 1 : Gaya Murid dan Gaya Belajar Murid Mengikut Persepsi Guru Kampus Astro Penggunaan Kampus Astro oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran turut dilihat membawa satu pengalaman pembelajaran yang holistik dan menyeronokkan kepada pelajar - pelajar peribumi. Kampus Astro adalah salah satu inisiatif pembelajaran di bawah program tanggungjawab sosial korporat Astro yang dilancarkan pada akhir tahun 2008. Untuk pengisian Kampus Astro di sekolah, lebih dari 172 jam kandungan TV tempatan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Tamil dan Mandarin telah dihasilkan setakat ini untuk memenuhi kehendak rakyat Malaysia di dalam pembelajaran akademik dan kemahiran hidup. Antara program utama Kampus Astro ialah Astro TVIQ UPSR!, PMR!, 'The English Room' dan Dunia Adik di saluran Astro 552; Astro Xiao Tai Yang - XTY Fun Tuition, Di Zi Gui dan IQ Xiao Tai Yang di Saluran Astro 325.

Melalui Kampus Astro, pelajar peribumi berpeluang menonton program pendidikan bertaraf dunia dan pada masa yang sama mengurangkan jurang kemudahan antara kawasan Bandar, luar Bandar dan pedalaman. Golongan guru juga boleh membuat perancangan yang bersesuaian untuk penggunaan pembelajaran yang lebih efektif dan relevan. Kampus Astro turut membantu guru untuk merakam dan meyimpan program yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran pelajar peribumi yang bersifat visual dengan

menggunakan Dekoder Astro yang mempunyai fungsi rakaman yang luas selama 80 jam melalui konsep 3R iaitu Rancang, Rakam, dan Reka 10

[BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN]

EDU 3106

Bilangan Sekolah

9511

Bilangan Pelajar

5.2 Juta

Rajah 2 : Statistik Kampus Astro (Setakat tahun 2011)

ICT (Information Communication Technology) Dalam pada itu, penggunaan ICT (Information Communication Technology) dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi kesan yang baik kepada murid-murid peribumi. ICT membolehkan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan, dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk. ICT dalam pendidikan bermaksud

penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, P&P serta pendidikan sepanjang

hayat. Penggunaan ICT dalam P&P membolehkan aktiviti P&P dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan, berupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepat proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan pelajar.

Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint,flash dan video mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami.Justeru itu pelajar peribumi tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.

Selain itu, penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan.Di dalam sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang di ajar oleh guru.Justeru itu melalui penggunaan ICT muridmurid peribumi dapat memahami apa yang di ajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada 11

[BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN]

EDU 3106

penggunaan alatan ICT tersebut. Murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang di ajar kerana diberi gambaran dan persembahan yang lebih mudah untuk difahami berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan. Melalui cara ini setiap masalah yang timbul dapat segera di maklumkan oleh pelajar kepada guru kerana mereka mudah bertindak balas terhadap sistem yang di ajar menggunakan ICT.

Pengurusan bilik darjah Pengurusan bilik darjah turut mempengaruhi murid peribumi dalam proses pembelajaran. Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campur tangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan, gerak kerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjah merupakan satu sistem sosial yang mana interaksi berlaku melalui aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan berlandaskan sesuatu strategi pengajaran dan pembelajaran. Iklim bilik darjah yang baik adalah iklim bilik darjah yang terbuka dan akan menggalakkan pelajar bebas berinteraksi di antara pelajar dengan pelajar; pelajar dengan guru, serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti dalam bilik darjah. Iklim bilik darjah yang kondusif, dan iklim positif ini akan dapat membantu sekolah mencapai aspirasinya, seperti membentuk pelajar dengan sikap dedikasi, berinisiatif, rela bekerjasama, ramah dan mesra, spontan dan kreatif, serta lebih tinggi motivasinya.

Dalam mewujudkan iklim bilik darjah yang terbuka faktor sosial memainkan peranan yang amat penting. Faktor sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan murid, khasnya di dalam bilik darjah. Murid-murid dalam sesebuah bilik darjah biasanya terdiri daripada latar belakang dan sifat yang berbeza-beza. Terdapat juga murid yang mempunyai sifat pendiam atau pemalu tidak suka bergaul dengan dengan murid yang lain. Oleh itu guru perlulah bijak merangsang dan menggalakkan perkembangan sosial murid-muridnya dengan menunjukkan sikap yang adil semasa melaksanakan peraturan kelas. Dalam pendekatan memusatkan bahan, interaksi akan berlaku di antara guru kepada murid yang di kenali sebagai komunikasi sehala, interaksi guru dengan murid yang di kenali sebagai komunikasi dua hala dan murid dengan murid, yang di kenali sebagai komunikasi pelbagai hala. Guru perlu berkongsi tanggungjawab dengan murid dengan memberikan galakan bukannya dengan desakan bagi menghasilkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokan.

Selain itu, guru juga perlu peka dengan tugasan yang di berikan kepada murid berorientasikan kepada peningkatan interaksi dan pertumbuhan kognitif di kalangan murid. Dengan kata lain tugasan yang diberikan kepada murid-murid dapat mewujudkan iklim yang 12

[BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN]

EDU 3106

kondusif serta membantu dalam penyediaan bahan dan alatan, tugasan-tugasan yang diberikan kepada setiap murid pada awal tahun lagi dapat membantu mengembangkan budaya bertanggungjawab, berkerjasama serta hubungan yang baik antara mereka dan juga hubungan antara guru dengan murid, dan peranan guru sebagai pembantu penyelesaian masalah yang dihadapi oleh murid-murid.

Motivasi Seterusnya, aspek motivasi turut perlu diberi perhatian oleh guru dalam meningkatkan lagi kejayaan murid peribumi. Motivasi boleh didefinasikan sebagai kemahuan dalam diri seseorang untuk melakukan sesuatu bagi mencapai matlamat. Motivasi adalah aras insentif yang terdapat pada seseorang dalam usaha untuk mencapai matlamat akademik yang berkait rapat dengan keinginan untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap usaha yang dilakukan. Jika seseorang pelajar terdorong untuk belajar dengan tekun bagi mencapai keputusan cemerlang maka pelajar itu adalah pelajar bermotivasi. Motivasi mempunyai beberapa kepentingan untuk proses pengajaran dan pembelajaran murid. Kepentingan yang pertama adalah untuk menarik minat murid bagi mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Murid yang bermotivasi akan bersemangat untuk mengikuti pengajaran oleh guru dan memberikan sepenuh perhatian terhadap pengajaran. Hal ini akan mecetuskan kepentingan yang kedua iaitu meningkatkan daya pemahaman murid terhadap sesuatu pembelajaran. Murid yang bermotivasi akan lebih memahami pengajaran guru kerana mereka memberikan sepenuh perhatian sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Selain itu, motivasi juga penting untuk mewujudkan keghairahan untuk belajar. Pelajar yang bermotivasi akan meningkatkan usaha mereka untuk tidak hanya bergantung pada pengajaran guru tetapi juga berusaha untuk menambah pengetahuan sedia ada.

Dalam meningkatkan motivasi ini, guru perlu menerima pelajar mereka seadanya. Ramai guru lebih suka sekiranya pelajar rajin, pandai, gigih, tekun, dan berdisiplin. Mereka tidak sanggup menerima kenyataan bahawa tidak semua pelajar begitu serta . tidak memberikan perhatian kepada pelajar yang bermasalah. Pelajar ini juga tidak dipedulikan kerana mereka menganggap pelajar tersebut sukar dibentuk. Guru yang cemerlang akan terima pelajar seadanya dan menjangkakan kejayaan untuk setiap pelajar. Hanya dengan memberikan yang terbaik sahaja seorang guru akan merasa puas dengan kariernya. Ramai pelajar gagal kerana guru tidak yakin dan memberikan ramalan awal bahawa mereka akan gagal.

13

[BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN]

EDU 3106

Selain menerima pelajar mereka seadanya, guru perlu mengambil berat terhadap pelajar mereka kerana pelajar akan memberikan respon yang positif terhadap guru yang mengambil berat mengenai diri dan masalah mereka. Memahami adalah lebih baik dari menghukum. Ada ketikanya guru perlu bercerita mengenai pengalaman sendiri.

Misalnyanya, memberitahu kesilapan-kesilapan yang pernah dilakukan sebagai satu teladan untuk pelajar. Keadaan ini kerana melalui cara ini dapat mewujudkan kemesraan antara hubungan guru dan pelajar. Ada ketikanya guru perlu bertemu pelajar secara personal untuk membuktikan yang guru benar-benar mengambil berat tentang mereka di samping guru haruslah mencuri sedikit masa supaya sesi perbincangan secara personal dapat dilakukan kepada semua pelajar.

Selanjutnya, keperluan pelajar turut perlu dipenuhi guru dalam usaha meningkatkan motivasi pelajar . Guru mestilah sedar bahawa setiap pelajar memerlukan kasih sayang, kuasa memilih, keseronokan dan kebebasan. Contohnya, memberikan peluang kepada pelajar memilih satu dari dua tiga tajuk untuk disiapkan atau memberikan mereka membuat pilihan membuat tugasan berkumpulan mengikut tajuk pilihan sendiri. Seperti yang diketahui, pelajar yang sedang melalui alam remaja lebih mahukan kebebasan dan mahu individu lain memahaminya. Oleh itu, hubungan antara guru dan pelajar haruslah berterusan supaya pelajar dapat berkomunikasi serta mewujudkan silaturrahim baik dengan guru.

14

You might also like