You are on page 1of 2

3.

0 IMPAK KEPESATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI


TERHADAP BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA RASMI, BAHASA
KEBANGSAAN DAN BAHASA PENGANTAR.

Kita sering melihat slogan Cintailah Bahasa Kita yang dipaparkan melalui media
massa. Slogan ini menjadi simbolik supaya masyarakt Malaysia menghargai dan
menghayati bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan
bahasa penghantar di negara ini. Bahasa Melayu menjadi nadi perpaduan bangsa di
Malaysia.
Bahasa Melayu bukan bahasa yang baru dicipta atau diperkenalkan tapi
bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca sejak zaman Kesultanan Melayu
Melaka lagi. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa kerajaan, bahasa perdagangan,
bahasa pengajian agama dan lingua franca bagi rantau Kepulauan Melayu di bawah
kerajaan Srivijaya sejak abad ke-7 Masihi. Bahasa Melayu mencapai puncak
kegemilangan dengan menjadi bahasa pentadbiran, bahasa diplomasi, bahasa
undang-undang, bahasa ilmu dan falsafah, bahasa perdagangan, bahasa
ketatanegaraan dan bahasa sastera tinggi pada zaman kesultanan Melayu dari
sekitar abad ke-13 hingga abad ke-19.
Sejak dari zaman itu bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa yang
utama dan digunakan dalam pelbagai kegiatan seharian, dari percakapan seharian
kepada penggunaan rasmi dalam istana. Kini bahasa Melayu telah diangkat sebagai
bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu yang di agung-agungkan oleh masyarakat
Melayu itu sendiri sekali lagi teruji kewibawaannya.

Dasawarsa ini, bahasa Melayu menghadapi cabaran yang sengit terutamanya
dalam era globalisasi hari ini. Pada dasarnya bahasa Melayu telah menjadi bahasa
rasmi dan bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara
iaitu perkara 152 yang menyatakan bahawa Bahasa Kebangsaan ialah bahasa
Melayu. Namun , senario hari ini telah berubah, bahasa Melayu yang diperkasakan
dan dimartabatkan di negara ini terpaksa menghadapi saingan dengan penggunaan
bahasa Inggeris yang merupakan bahasa global. Setiap lapisan masyarakat seolah-
olah mengagung-agungkan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa
sedangkan bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan sekali gus sebagai
bahasa rasmi dan bahasa pengantar.

Ledakan serta kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi memberi
impak terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan
bahasa pengantar. Antara impak kepesatan teknologi dan komunikasi ialah
keruntuhan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Hal ini demikian
terjadi apabila penggunaan bahasa Inggeris yang berleluasa dalam bidang teknologi
dan komunikasi akibat perkembangan globalisasi dunia hari ini.

Malaysia mendapat impak yang serius seiring dengan kemajuan teknologi dan
komunikasi maklumat yang berlaku di seluruh dunia terutama dari segi penggunaan
bahasa teknologi maklumat. Bahasa teknologi maklumat dan komunikasi secara
dominannya menggunakan bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris telah menjadi bahasa
ilmu, bahasa teknologi, bahasa pemodenan dalam meninggikan tahap pendidikan
negara. Apabila bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantaraan di seluruh
dunia, maka bahasa Inggeris dianggap penting dan menjadi bahasa kedua. Justeru,
bahasa Inggeris menjadi semakin penting dan tidak dapat dielakkan oleh masyarakat
dunia kerana penekanan terhadap kepesatan teknologi dan maklumat pada era
globalisasi adalah diperlukan untuk kemajuan negara.
Oleh hal demikian, kesalahan penggunaan bahasa Melayu akan berleluasa
tanpa disedari ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Apabila kebiasaan
menggunakan bahasa Inggeris dalam teknologi dan komunikasi akan mengakibatkan
mereka melakukan kesalahan bahasa dari segi percakapan dan penulisan. Maka,
wujudlah bahasa rojak yang akan meruntuhkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar. Hal ini diibaratkan kerana nila
setitik, rosak susu sebelanga.

You might also like