You are on page 1of 4

Laporan Pertandingan Bahas Antara Guru Bahasa Melayu

Peringkat Daerah Besut



1.0 PENGENALAN
Pertandingan Bahas Antara Guru Bahasa Melayu Peringkat Daerah Besut
merupakan pertandingan yang julung kalinya diadakan di IPG Kampus Sultan Mizan.
Pertandingan ini telah disertai oleh kontinjen daripada hampir semua sekolah di
daerah Besut. Pertandingan ini dianjurkan dengan hasrat agar dapat memeriahkan
lagi sambutan Hari Guru pada tahun ini. Program ini amat bertepatan dengan hasrat
IPG Kampus Sultan Mizan sendiri untuk memenuhi masa yang ada pada sambutan
Hari Guru yang lalu. Hal ini juga dapat membina keyakinan diri dan personaliti
unggul dalam kalangan guru Bahasa Melayu di daerah ini.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan guru.
2.2 Melahirkan pembahas yang berkualiti dan berkarisma.
2.3 Membina keyakinan diri serta sifat daya saing.
2.4 Membudayakan aktiviti debat dalam kalangan guru.
2.5 Menyatupadukan guru-guru dalam persekitaran persaingan yang sihat.
2.6 Memeriahkan lagi sambutan Hari Guru.

3.0 ANJURAN
Persatuan Bahasa Melayu IPG Kampus Sultan Mizan

4.0 NAMA PROGRAM
Pertandingan Bahas Antara Guru Bahasa Melayu Peringkat Daerah Besut

5.0 LOKASI
Dewan Ibnu Khaldun dan Dewan Bendahara

6.0 TARIKH
14 dan 16 Mei 2011

7.0 LAPORAN PROGRAM
Sebanyak 10 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam pertandingan bahas
sempena sambutan Hari Guru. Berikut ialah nama sekolah yang mengambil
bahagian:

1. SK Balar
2. SK Oh
3. SK Kampung Raja
4. SK Pengkalan Nyireh
5. SK Tengku Mahmud
6. SK Nail
7. SK Pompod
8. SK Chaah
9. SK Kelaweh
10. SK Bau

Format pertandingan
Format pertandingan bahas antara guru Bahasa Melayu berdasarkan format ala
Parlimen dengan sedikit pindaan, iaitu Tanpa Izin Laluan. Nama pasukan Pihak
Kerajaan ditukar kepada pihak pencadang dan mengekalkan nama Pihak
Pembangkang. Pertandingan dijalankan secara kalah mati.

Tajuk-tajuk perbahasan
Peringkat saringan - Pemupukan Disiplin Pelajar Lebih Baik Dilaksanakan
dengan Cara Penguatkuasaan daripada Berkempen Secara
Kaunseling.
Peringkat suku akhir Sekolah Memainkan Peranan yang Lebih Penting
daripada Pusat Tuisyen dalam Menjana Perkembangan
Diri Pelajar.
Peringkat separuh akhir Pemberian Rancangan Makanan Tambahan dan
Keberkesanannya.
Peringkat akhir Guru di Pedalaman Wajar Diberi Keistimewaan.


Hakim
Sebanyak enam belas orang hakim pertandingan telah dilantik bagi menjayakan
pertandingan Bahas antara Guru tahun 2011. Mereka terdiri daripada pensyarah-
pensyarah dari jabatan Pengajian Melayu. Pertandingan peringkat suku akhir, setiap
pertandingan diadili oleh empat orang hakim. Peringkat separuh akhir dan akhir
diadili oleh lima orang hakim pertandingan. Keputusan para hakim adalah muktamad
dan berdasarkan keputusan majoriti.
Keputusan Pertandingan

Tempat Pertama: SK Pompod
Tempat Kedua: SK Bau
Tempat Ketiga: SK Oh

Hadiah saguhati diberikan kepada setiap sekolah yang tidak berjaya mendapat
tempat.


8.0 PENUTUP
Ucapan tahniah harus diberikan kepada tuan rumah kerana walaupun baru pertama
kali mengadakan pertandingan ini namun boleh dianggap berjaya. Walaupun banyak
kesilapan teknikal yang dilakukan mungkin kerana tidak pernah mengendalikan
program seperti ini namun pujian harus diberikan kerana setiap exco dan juga
sukarelawan telah memberikan komitmen yang sangat tinggi.


Dilaporkan oleh,

______________
(INAH ANAK IPE)
Setiausaha
Persatuan Bahasa Melayu
IPG Kampus Sultan Mizan
Tarikh: 2 Jun 2011

You might also like