You are on page 1of 27

MAKMAL MAYA KIMIA BERASASKAN PENDEKATAN KOGNITIVISME, KONSTRUKTlVlSME DAN KONTEKSUAL (VLAB-CHEM)

HAJAH NORASIKEN BINTI BAKAR

TESlS IN1 DIKEMUKAKAN UNTUK MEMPEROLEH IJAZAH DOKTOR FALSAFAH

FAKULTI TEKNOLOGl DAN S A W S MAKLUMAT UNlVERSlTI KEBANGSAAN MALAYSIA BANG1

ABSTRAK

Kini, makrnal maya yang merupakan salah satu pendekatan pembelajaran maya (Virtual Learning) mula diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolahsekolah. Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji dua aspek utama. Pertama, membangunkan sebuah makmal realiti maya berasaskan multimedia untuk mata pelajaran Kimia yang bertajuk Makmal Maya Kimia berasaskan pendekatan kognitivisme- konstruktivisme-kontekstual (VLab-Chem). Tujuan kedua penyelidikan tersebut ialah mengkaji kepenggunaan makmal maya VLab-Chem berasaskan lima konstruk seperti berikut: keberkesanan, kebolehbelajaran, kebolehgunaan, keanjalan dan sikap pelajar terhadap penggunaan makmal maya VLab-Chem. Makmal maya VLabChem dibangunkan berasaskan metodologi pembangunan Model Kitar Hayat Kognitivisme-Konstruktivisme-Kontekstual ( K H K ~ - v L ~ ~ - c reka ~ ) , ~ ~ bentuk dan pembangunan model reka bentuk berarahan (ID) VLab-Chem, berasaskan unsur antara muka yang mesra pengguna, interaktiviti, hasil pembelajaran, persekitaran serta kumpulan sasaran dan pembangunan sebuah prototaip makmal maya. Kajian kepenggunaan terhadap makmal maya VLab-Chem, dilaksanakan berdasarkan pendekatan eksperimen separa, menggunakan teknik pemerhatian etnografi melalui sebuah kajian kes. Sampel kajian terdiri daripada 61 orang pelajar tingkatan empat dari sebuah sekolah bestari di negeri Melaka iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Dol Said, Alor Gajah, Melaka. Beberapa instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semakan makmal maya, catatan perkembangan pelajar, skedul temu bual, dan dua set ujian penilaian iaitu pra ujian dan pasca ujian dibina bagi memperoleh data kajian. Pengujian kepenggunaan dilaksanakan berasaskan kumpulan kawalan (K)dan kumpulan eksperimen (E), menggunakan ujian-t. Secara keseluruhannya kajian mendapati, bahawa kumpulan eksperimen (E) yang mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan makmal maya (VLab-Chem) telah memperoleh pencapaian yang lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan (K) yang mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran secara konvensyenal. Penyelidikan ini telah berjaya meyumbang kepada aspek seperti: (i) reka bentuk metodologi pembangunan makmal maya yang digelar Model Kitar Hayat Kognitivisme-Konstruktivisme-Kontekstual ( K H K ~ - v L ~ ~ - c ~ ~ ~ ) ; (ii) mereka bentuk sebuah model reka bentuk berarahan (ID) VLab-Chem; (iii) membangunkan prototaip makmal maya VLab-Chem; (iv) mereka bentuk dan membangunkan modul-modul seperti: Modul Induction, Modul Experiment, Modul Electronic Report, Modul Revision, Modul Mind Test, Modul Glossary dan Modul Concept Map; dan (v) hasil penemuan kepenggunaan makmal maya VLab-Chem.

VIRTUAL LABORATORY FOR CHEMISTRY (VLAB-CHEM) BASED ON COGNITIVISM-CONSTRUCTIVSM-CONTEXTUAL APPROACH ABSTRACT Virtual laboratories, currently used as an approach to virtual learning, has begun to be adopted in the teaching and learning process in schools. The main aim of this research, is to conduct a study based on two main aspects. Firstly, to develop a virtual reality laboratory based on multimedia, for Chemistry entitled Virtual Reality Laboratory for Chemistry based on the Cognitivist-Constructivist-Contextual approach VLab-Chem. Secondly, the aim is also to conduct a usability test on the virtual laboratory, VLab-Chem based on five constructs such as: effectiveness, learnability, ease of use, flexibility and attitude of the users on the usage of the virtual laboratory, VLabChem. The virtual laboratory VLab-Chem, was developed based on the Cognitivist-ConstructivistContextual Life Cycle Development model ( K H K ~ - v L ~ ~ - cthe~ design and ~ ~), development of instructional design model (ID) for VLab-Chem, based on entities such as a user friendly interface, interactivity, learning outcomes, learning environment, target audience, as well as development of the prototype. Usability testing on the virtual laboratory VLab-Chem, was conducted based on the quasi-experimental approach, using the ethnographic observational technique, through a case study. The sample of the study comprised of 61 form four students from a smart school in Melaka called Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Do1 Said, Alor Gajah, Melaka. Various instruments such as questionnaire, checklists on the virtual laboratory, description on student's progress, interview schedule, and two sets of testing, pre and post tests were designed to collect the research data. The usability testing was conducted on two groups : Control (K)and using t-test. Findings of the research found that the experiment group Experimental (E) that underwent the teaching and learning process using the virtual reality laboratory VLab-Chem had a higher achievement level as compared to the control group (K) that followed the conventional approach to teaching and learning. This research contributes to aspects such as: (i) design of the development methodology of the virtual laboratory called Cognitivist-Constructivist-Contextual Life Cycle Development model ( K H K ~ VLab-Chem) (ii) design of the instructional design (ID) model of VLab-Chem; (iii) development of the prototype of the virtual laboratory VLab-Chem; (iv) design and development of modules such as : Induction, Experiment, Electronic Report, Revision, Mind Test, Glossary and Concept Map module; and (v) findings of the usability test conducted on the virtual laboratory VLab-Chem.

(a,

BAB I

PENDAHULUAN

1.1

PENGENALAN

Sebagai sebuah negara yang berjaya dalam pelan sosio-ekonominya semasa Rancangan Malaysia Ke-Lapan, Malaysia kini melangkah ke fasa yang lebih mencabar iaitu dalam program pembangunan modal insan. Aset yang paling berharga bagi sesebuah negara ialah warganya. Modal insan inilah yang merupakan aset yang boleh disuntik nilai tarnbahnya, ditingkatkan nilai inteleknya serta diperkaya modal budayanya. daya saing dan Pembangunan modal insan adalah penentu bagi meningkatkan

produktiviti negara. Bersesuaian dengan kehendak industri serta pasaran semasa dan masa hadapan, pembangunan modal insan perlu dirancang dengan rapi agar dapat meningkatkan bina upaya generasi muda Malaysia ke arah melahirkan guna tenaga yang terlatih dan berdaya saing, sepadan dan mencukupi dengan keperluan negara pada

tahun 2020.
YAB Dato' Seri Abdullah Ahrnad Badawi (2006:52) menyatakan: Modal insan yang berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu kemewahan kerajaan, dan rakyat hams bersama-sama mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen. Pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti yang berterusan juga, akan memastikan modal insan negara kekal relevan dengan kehendak industri dan pasaran semasa, serta mampu berdepan dengan cabaran dan suasana persaingan antarabangsa yang kian rneningkat. Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju pada tahun 2020 (Zoraini 1993). Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk

berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. Tugas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah untuk menyediakan generasi muda Malaysia dengan seluas-luas peluang bagi memperkembangkan potensi diri, melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan membentuk ciri-ciri keperibadian dan perspektif hidup yang membolehkan mereka berjaya dalarn kehidupan dan mampu memajukan lagi negara di mata dunia, selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1986 dalam Abdul Rahman & Zakaria (1994) bahawa pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembanglian lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI), berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Usaha mencapai tahap negara maju menjelang 2020 memerlukan supaya pendidikan memainkan peranan penting untuk melahirkan pekerja berpengetahuan dan berdaya saing bagi memenuhi tuntutan era maklumat (Kartini 2002). Justeru itu, Sekolah Bestari telah diperkenalkan oleh kerajaan dengan objektif untuk mewujudkan satu generasi rakyat Malaysia yang peka terhadap teknologi maklumat, kreatif, inovatif dan bersedia menerajui ekonomi dalam era maklumat ini. Projek ini yang mula dilaksanakan pada tahun 1997 melibatkan 90 buah sekolah iaitu 9 buah sekolah baru dalam pembinaan, dan 81 buah sekolah sedang ditingkatupaya (Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) 200 1). Kesemua sekolah dilengkap dengan peralatan multimedia dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang komprehensif bagi empat buah mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Bahan yang digunakan bukan hanya mengembangkan kurikulum berasaskan rangkaian malah membolehkan pelajar mempelbagaikan keupayaan pembelajaran mereka melalui kadar pembelajaran kendiri. Konsep sekolah bestari, yang merupakan sebahagian daripada agenda kebangsaan teknologi maklumat. Aplikasi teknologi maklumat berlaku dalam semua aspek pendidikan iaitu daripada aspek pentadbiran hinggalah ke aspek

3
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Sebagai kajian rintis, 87 buah sekolah dipilih untuk mengendalikan program ini dengan tujuan untuk menyediakan pemerolehan yang sama pendidikan kepada semua golongan pembelajaran. Konsep ini m t memfokuskan perubahan sistem pendidikan daripada budaya berorientasikan peperiksaan kepada budaya berfikir dan pengetahuan kreatif. Bilik darjah yang terlibat dalam program ini dilengkapi dengan teknologi seperti komputer jenis desktop, makmal komputer multimedia, video conferencing system dan capaian Internet berkelajuan tinggi (Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2001). Pelajar perlu belajar secara berdikari dalam proses pembelajaran untuk membolehkannya bersaing pada masa akan datang. Pelajar boleh membuat keputusan berdasarkan objektif pembelajaran, kandungan dan kemajuan, pilihan terhadap cara dan teknik yang akan digunakan, pemerhatian terhadap prosedur memperoleh pengetahuan dan membuat penilaian yang tepat terhadap apa yang diperlukan (Holec 1981). Bagi melahirkan pelajar berdikari, dalam masyarakat bermaklurnat, sistem pendidikan berasaskan teknologi maklumat diperlukan. Situasi dalam bilik darjah dan bahan-bahan pengajaran konvensyenal sahaja, tidak boleh menampung permintaan pengetahuan yang semakin meningkat dan ini menambahkan masalah dalam proses pembelajaran. Apa yang diperlukan adalah strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan kos yang efisyen seiring dengan keperluan pelajar. Salah sebuah teknik yang digunakan dalam teknologi baru pada era pengetahuan ini ialah pembelajaran maya (virtual learning). Persekitaran pembelajaran maya merupakan persekitaran generasi baru dalam sistem pendidikan berasaskan komputer. Penyelidikan perlu dikendalikan bagi memastikan samada pembelajaran persekitaran maya adalah lebih berkesan berbanding kaedah pembelajaran konvensyenal. Kebanyakan perisian kursus yang dibina untuk persekitaran pembelajaran maya memerlukan imiginasi yang tinggi, kos yang tinggi; melibatkan bahan pembelajaran yang berbahaya dan masa yang terhad. Ini bermakna, kebanyakan pembelajaran di makmal yang melibatkan eksperimen yang sukar dikendalikan secara konvensyenal dan eksperimen yang melibatkan bahan kimia yang berbahaya menggunakan persekitaran pembelajaran maya melalui makmal maya. Makmal maya merupakan sebuah kaedah pendidikan baru yang lebih murah, mudah dan dapat menarik perhatian pelajar untuk terus belajar (Mark & Marris 2006; Morozov et al. 2004). Menurut Morozov et al. (2004) terdapat beberapa konsep makrnal maya yang pernah dilaksanakan seperti pembelajaran menggunakan world wide web (www)
.

4 d m learning by doing. Melalui penggunaan komputer, pelajar boleh melakukan eksperimen seperti berada di dalam makmal sebenar. Pendekatan pembelajaran melalui persekitaran makrnal maya menekankan penggunaan pendekatan konteksual, simulasi, visual dan audio dengan konsep dua hala yang dijangka dapat melahirkan pelajar yang lebih kreatif dan kritis (Dillenbourg 2000). Di samping itu, eksperimen boleh dilaksanakan berulangkali dan bahan pembelajaran dapat dipersembahkan dalam bentuk teks, gambar, animasi, serta berasaskan senario sebenar. Pelajar dapat melaksanakan eksperimen dalam kadar pencapaiannya secara kendiri. Pelajar akan berada dalam dunia maya serta boleh mengubah kedudukan dan orientasi objek. Pelajar juga, boleh menggerakkan dan meletakkan objek serta boleh berinteraksi dengan objekobjek tersebut. Pembelajaran berasaskan makrnal maya ini dijangka akan membuatkan pelajar lebih seFreliant dalam pembelajaran mereka, kerana mereka boleh menentukan kadar pembelajaran serta menentukan arah pembelajaran mereka secara kendiri. Kajian yang dijalankan ini telah mereka bentuk dan membangunkan makrnal maya berasaskan pendekatan kognitivisme, konstruktivisme dan konteksual. Teori kognitivisme merujuk kepada proses pemikiran yang berlaku pada seseorang ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan (Bloom 1992). Ini adalah berkaitan dengan ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Teori ini juga menyarankan bahawa semasa pembelajaran, pelajar membentuk struktur kognitif dalam ingatannya (Reed 2000). Setiap kali pelajar belajar, ia akan mengelolakan segala pengalaman pembelajaran ini dan akan menyimpan segala pengalaman tersebut di dalam ingatannya. Apabila sampai masa pelajar memerlukan maklurnat tersebut, pelajar akan mengeluarkannya kembali untuk membantunya dalam proses pembelajaran (Ee
Ah Meng 2000).

Menurut Jonassen (1991), pendekatan konstruktivisme membawa maksud pelajar belajar secara membentuk konstruk yang berterusan, membuat tafsiran, dan mengubahsuaikan faharnan mereka berasaskan realiti pengalaman dan hubungan secara terus dengan persekitaran. Manakala menurut Roziah (2004), melalui pendekatan konstruktivisme dalam bilik darjah, pelajar akan terlibat secara aktif dalam proses latar pembelajaran dan mereka diberikan peluang untuk membentuk pengetahuan berasaskan latar belakang masing-masing. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara konteksual pula, merupakan sebuah konsep yang dapat membantu guru menyampaikan

isi kandungan pelajaran berasaskan situasi sebenar ataupun kehidupan sebenar pelajar bagi menghubungkan pengetahuan baru yang diperoleh dengan senario kehidupan seharian sebenar (Sears 1999). Pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara konteksual, mendapati bahawa pelajar dapat menghubungkan konsep dengan kehidupan seharian dengan lebih berkesan (Ketter & Arnold 2003). Pengajaran dan pembelajaran secara konteksual turut menekankan pendekatan amali untuk memberikan pelajar pengalaman menggunakan alat radas serta menggunakan konsep yang dipelajari secara

hands-on (Hardy 2003).


1.2
ANALISIS AWAL KAJIAN

Analisis awal dilaksanakan untuk mengenal pasti masalah kajian dan seterusnya untuk menentukan keperluan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Analisis awal terhadap dokumen Laporan Prestasi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2002, 2003 dan 2004 dilakukan untuk mengetahui tahap masalah pencapaian pelajar dalam mata pelajaran kimia, dan untuk menentukan sama ada topik Asid, Bes dan Gararn memang merupakan topik yang bermasalah untuk para pelajar. Analisis kandungan terhadap dokurnen Laporan Prestasi Pencapaian mata pelajaran kimia untuk peperiksaan SPM (Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia 2002,2003, 2004) telah dilakukan berasaskan prestasi keseluruhan mengikut kategori kurnpulan pelajar seperti berikut:
I.

Kumpulan Pelajar Pencapaian Tinggi Pelajar dalam kumpulan ini dapat memahami soalan yang diberi dalam tugasan dengan sangat baik. Mereka dapat memberikan jawapan mengikut soalan tugasan yang diberikan. Jawapan bagi Bahagian A dijawab dengan jelas, tepat dan padat. Penyarnpaian ayat jelas, tepat dan kemas. Gambar rajah dan graf dilukis dengan amat baik. Semua jawapan bagi soalan yang berkaitan dengan penyelesaian masalah berangka ditunjukkan secara terperinci. Bahagian B juga dijawab dengan baik. Susunan jawapan adalah teratur terutamanya soalan berkaitan dengan eksperimen.

ii.

Kumpulan Pelajar Pencapaian Sederhana Didapati Bahagian A yang diberikan oleh kumpulan pelajar tersebut kurang padat dan tidak begitu tepat. Sementara Bahagian B pula, dijawab dengan

sederhana dan susunan jawapan kurang teratur. Walau bagaimanapun, para pelajar masih mempunyai kemahimn tertentu seperti melukis gambar rajah dan graf, pelajar didapati cuai. Contohnya, skala paksi yang dilukis tidak sesuai dan tidak terdapat label paksi ataupun label tidak lengkap. Pelajar juga tidak rnahir mengimbangkan persamaan tindak balas kimia.

iii.

Kumpulan Pelajar Pencapaian Rendah Didapati masih banyak ruang jawapan dalam Bahagian A yang dibiarkan kosong ataupun dijawab tidak mengikut soalan tugasan. Bahagian B dijawab sebahagian sahaja dan jawapan yang diberikan tidak teratur serta menyeleweng daripada soalan tugasan. Kebanyakan pelajar dalam kumpulan ini menjawab secara umurn sahaja. Kebanyakannya tidak dapat menjawab soalan penghitungan dan tidak dapat menulis persamaan tindak balas kimia. Analisis yang dilakukan hanya mengambil kira kumpulan pelajar yang

mempunyai prestasi sederhana dan rendah sahaja. Jadual 1.1 menunjukkan terdapat beberapa tajuk yang memang menunjukkan prestasi sederhana dan rendah dalam mata pelajaran kimia. Jadual 1.1 Tajuk mata pelajaran kimia yang mempunyai prestasi rendah dan sederhana bagi Kimia Kertas 2 SPM (2002, 2003 dan 2004)
Tahun Bahagian No. Soalan Topik Asid, Bes dan Garam Sebatian Karbon Asid, Bes dan Garam Pengoksidaan dan Penurunan Bahan Buatan Dalam lndustri Bahan Kimia Untuk Pengguna Sebatian Karbon Pengoksidaan dan Penurunan Bahan Kimia Untuk Pengguna Asid, Bes dan Garam Bahan Kimia Untuk Pengguna Elektrolisis, Pengoksidaan dan Penurunan Asid, Bes dan Garam, Formula dan Persamaan hestasi Keseluruhan Mengikut Kumpulan Calon Sederhana Rendah Rendah Sederhana Rendah Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Rendah Sederhana Sederhana Rendah

Berdasarkan hasil analisis terhadap dokurnen tersebut, sebuah instrumen s o d selidik berdasarkan semua topik bagi mata pelajaran kimia tingkatan empat, ditadbirkan kepada pelajar tingkatan lima yang dianggap telah mempelajari tajuk-tajuk tersebut semasa tingkatan empat. Serarnai 100 orang pelajar tingkatan lima dari Sekolah Menengah Kem Terendak, MRSM Terendak, Sekolah Menengah Ghafar Baba dan Sekolah Menengah Dato' Do1 Said di Melaka, terlibat dalam kajian analisis awal ini. Manakala bilangan guru kimia yang terlibat dalam kajian analisis awal ini ialah seramai 14 orang. Responden menandakan kesukaran mengikut skala Likert 4 tahap (1 Mudah, 2
=

Agak Sukar, 3

Sukar, 4

Sangat sukar) bagi setiap hasil pembelajaran

untuk semua tajuk yang dicatatkan. Perincian tentang soal selidik tersebut dapat dilihat dalam Larnpiran A. Jadual 1.2 menunjukkan min kesukaran tajuk mengikut persepsi responden. Tajuk Asid, Bes dan Garam didapati mempunyai min kesukaran yang tinggi dimana topik Asid, Bes dan Garam merupakan topik yang paling sukar mengikut persepsi pelajar (min = 3.00) dan dari persepsi guru (min = 2.82) bagi subtopik Analisis Kualitatif Garam. Jadual 1.2 Min Kesukaran Tajuk Berasaskan Persepsi Pelajar dan Guru
Bab 1 Tajuk Pelajar(n=100) Min S.L Guru Min (n=l4) S.L

Pengenalan kepada Kimia a. Memahami Kimia b. Kepentingan Kimia c. Kaedah Saintifik 2 Struktur Atom a. Jirim b. Struktur Atom c. Isotop d. Susunan Elektron 3 Formula dan Persamaan Kimia a. Jisim Atom Relatif dan Jisim Molekul Relatif b. Bilangan Mol dan Bilangan Zarah c. Bilangan Mol dan Jisim d. Bilangan Mol dan Isi Padu Gas e. Formula Kimia f. Persamaan Kimia Jadual Berkala Unsur 4 a. Analisis Jadual Berkala Unsur b. Kurnpulan 18 c. Kurnpulan I d. Kumpulan 17 e. Kala

bersambung ...

...sambungan
5 f. Unsur Peralihan lkatan Kimia a. Pembentukan Sebatian b. lkatan Ion c. lkatan Kovalen d. Sifat Sebatian Ion d m Sebatian Kovalen ElektroKimia a. Elektrolit d m Bukan Elektrolit b. Elektrolisis Sebatian Lebur c. Elektrolisis Larutan Akueus d. Proses Elektrolisis dalam Industri e. Sel Kimia E Siri ElektroKimia a. Asid dan Bes b. Asid Kuat, Asid Lemah, Alkali Kuat d m Alkali Lemah c. Peneutraland. Garam e. Analisis Kualitatif Garam Bahan Buatan dalam Industri a. Asid Sulfurik b. Ammonia c. Aloi d. Polimer Sintetik e. Kaca dan Seramik Jadual Berkala Unsur a. Analisis Jadual Berkala Unsur b. Kumpulan 18 c. Kumpulan 1 d. Kumpulan 17 e. Kala f. Unsur Peralihan

S.L - Sisihan Lazim

Seterusnya, untuk mengukuhkan lagi hasil dapatan tersebut, satu set soalan telah diberikan kepada 91 orang pelajar dari ke empat-empat sekolah terlibat. Perincian bagi set soalan tersebut dapat dilihat dalam Lampiran B. Soalan tersebut merangkumi 15 soalan objektif yang melibatkan semua subtopik Asid, Bes dan Gararn. Jawapan daripada responden dianalisis untuk mengetahui subtopik berkaitan Asid, Bes dan Garam yang paling sukar iaitu, di mana paling ramai pelajar membuat kesilapan. Jadual

1.3 menunjukkan hasil pembelajaran sama ada pelajar berupaya menjawab soalan yang
merangkumi semua subtopik Asid, Bes dan Garam. Berasaskan analisis data yang dilakukan: topik Asid, Bes dan Garam dijadikan kandungan asas dalarn makrnal maya VLab-Chem, yang dibina. Manakala subtopik Analisis Kualitatif Garam seperti Ujian pengesahan gas, kesan haba ke atas garam karbonat, kesan haba ke atas gararn

nitrat, ujian pengesahan anion dalam larutan akueus, mengenal pasti kation dengan rnenggunakan larutan natrium hidroksida dan larutan ammonia dan ujian pengesahan ion ferum (11), ion ferum (III), ion plumbum (11), dan ion ammonium merupakan eksperimen yang dimuatkan ke dalam makmal maya VLab-Chem, yang mana pelajar boleh menjalankan eksperimen secara maya. Lampiran C menunjukkan peta konsep keseluruhan topik Asid, Bes dan Garam. Jadual 1.3 Peratus Kesukaran Hasil Pembelajaran Mengikut Pencapaian Pelajar
No. Soalan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Hasil Pernbelajaran Menganalisis konsep asid dan bes Mensintesiskan konsep asid kuat, asid lernah, alkali kuat, alkali lernah Mensintesiskan analisis kualitatif garam Mensintesiskan analisis kualitatif gararn. Mensintesiskan garam Mensintesiskan konsep asid kuat, asid lernah, alkali kuat, alkali lernah Mensintesiskan gararn Mensintesiskan analisis kualitatif gararn. Mensintesiskan konsep asid kuat, asid lernah, alkali kuat, alkali lernah Menganalisis kepekatan asid dan akali. Menganalisis peneutralan Mensintesiskan analisis kualitatif gararn. Menganalisis peneutralan Menganalisis peneutralan Mensintesiskan analisis kualitatif gararn. Jawapan Pelajar Betul (%) Salah (%) 67.0 33.0 80.2 31.9 16.5 47.3 54.9 45.1 25.3 35.2 40.7 42.9 13.2 37.4 37.4 14.3 19.8 68.1 83.5 52.7 45.1 54.9 74.7 64.8 59.3 57.1 86.8 62.8 62.6 85.7

1.3

PERNYATAAN MASALAH KAJIAN

Pembelajaran kimia di makmal konvensyenal terdedah dengan penggunaan pelbagai bahan kimia yang berbahaya. Di samping itu, persediaan awal perlu dilakukan bagi penyediaan peralatan serta radas dan bahan untuk melakukan eksperimen. Proses penyediaan ini lazimnya, melibatkan kos dari segi masa, peralatan dan bahan eksperimen jika berlaku pengulangan eksperimen akibat kegagalan memperoleh hasil yang sepatutnya. Menurut surnber Utusan Malaysia (2005) yang dapat dirujuk dalam Lampiran D, seorang pelajar tingkatan lima lumpuh sebelah kiri badan dan hilang keupayaan untuk bercakap setelah terbabit dalam satu kemalangan semasa menjalankan

10 sebuah eksperimen sains di sekolahnya. Menurut Peplow & Marris (2006) "...the death of a French professor in a laboratory explosion at the National Institution of Higher Learning in Chemistry (ENSCMu) on 24 March, 2006 was a shocking reminder that research can be a risky business." Eksperimen yang dikendalikan secara konvensyenal di sekolah, tidak dapat dijalankan secara individu kerana kos bahan yang tinggi (Allwright 1991). Ini bermakna, eksperimen terpaksa dilakukan secara berkumpulan. Menurut Azwan & Rozita (2002) dan Alexiou et al. (2004), kemajuan canggih dalam persekitaran pembelajaran maya, kini yang mampu menjimatkan masa dan penggunaan tenaga malah memudahkan pemindahan dan tranfonnasi maklumat ini yang boleh berlaku dalam maya. Persekitaran maya kini semakin menjadi realiti dalam dunia pendidikan di Malaysia. Manakala menurut Mohd. Arif et al. (2006), pengintegrasian teknologi adalah tentang penggunaan komputer secara berkesan dalam sesuatu kurikulum yang membenarkan pelajar belajar mengaplikasikan kemahiran komputer dalam cara yang bermakna. Menurut Norizan & Raja Maznah (2004) pelajar yang mengintegrasikan teknologi dalarn pembelajaran mereka akan mencari, menganalisis dan menilai maklumat; menjadi pengguna maklumat; melakukan penyelesaian masalah dan dapat membuat keputusan dengan menggunakan alat-alat produktiviti secara kreatif dan berkesan. Mereka akan menjadi rakyat bermaklumat, bertanggungjawab dan dapat menyumbang kepada pembangunan negara (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-20 10,2007). Hasil temu bual yang dikendalikan dengan para guru kimia semasa analisis awal, mendapati bahawa topik Asid, Bes dan Garam adalah sukar dan mempunyai banyak subtopik yang perlu difahami oleh pelajar. Guru terpaksa mempercepatkan pengajaran bagi menghabiskan silabus. Ini bermakna, guru memilih eksperimen yang penting sahaja. Menurut Mohd. Arif et al. (2006) sebagai contoh dalam kimia, terdapat dua bab yang memerlukan pembacaan seperti bab tentang Bahan Kimia dalam Industri dan Bahan Kimia Untuk Pengguna. Terdapat juga bab-bab yang sukar dan perlu banyak hafalan seperti Asid, Bes dan Garam dan juga ElektroKimia. Menurut De Jong et al. (1998), pelajar menghadapi masalah untuk proses pembelajaran yang memerlukan mereka menjana hipotesis, mereka bentuk uji kaji, menginterpretasikan data dan membuat kesimpulan Roziah (2004). Analisis awal yang dilakukan terhadap pelajar-

11 pelajar tingkatan lima di Daerah Alor Gajah, Melaka mendapati bahawa topik Asid, Bes dan Garam merupakan salah satu topik yang sukar dikuasai oleh para pelajar. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi dipengaruhi oleh kebolehan guru mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam pengajarannya serta kemampuan pelajar mengakses dan belajar dari bahan yang disediakan. Menurut Roziah (2004) kesediaan guru dan pelajar juga, merupakan faktor yang mempengaruhi kejayaan pelajar dalam menggunakan ICT. Menurut Mohd. Arif et al. (2006), peranan guru menjadi lebih penting dalam pengaplikasikan pengajaran berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi. Menurut Schramrn (1977), pembelajaran lebih dipengaruhi oleh sesuatu kandungan dan strategi pengajaran yang dirancang melalui sesuatu media dan bukannya dipengaruhi oleh media tertentu semata-mata. Menurut Yusup (2003) pula, guru hams mempunyai kemahiran dalam reka bentuk berarahan untuk menyampaikan pelajaran secara berkesan semasa menggunakan ICT. Bagi mengatasi pelbagai masalah pengajaran dan pembelajaran kimia yang dibincangkan, kajian yang dijalankan melibatkan reka bentuk dan pembangunan makmal maya yang membolehkan para pelajar melakukan eksperimen berbahaya seberapa banyak yang diperlukan mengikut kadar kemampuan mereka sendiri. Makmal maya tersebut juga, mampu rnengaitkan pembelajaran mereka dengan keadaan sebenar melalui video supaya pelajaran kimia menjadi lebih bermakna dan berkesan.
1.4

TUJUAN KAJIAN

Tujuan utarna kajian ini ialah membangunkan makmal maya bagi mata pelajaran kimia berasaskan pendekatan kognitivisme, konstruktivisme dan konteksual (VLab-Chem). Kajian ini terbahagi kepada dua komponen seperti berikut : i. Membangunkan makmal maya VLab-Chem untuk pengajaran kimia, bagi topik Asid, Bes dan Garam, tingkatan empat. Ini melibatkan aspek seperti berikut: (a) Mengenalpasti dan mereka bentuk metodologi pembangunan makmal maya VLab-Chem, topik Asid, Bes dan Garam sesuai untuk pelajar kimia tingkatan empat.

12

(b)

Mereka bentuk dan membangunkan model reka bentuk berarahan (Model ID) bagi makmal maya VLab-Chem.

(c) Membangunkan prototaip makmal maya VLab-Chem dalam Bahasa Inggeris. (d) Menghasilkan Laporan Elektronik dan Helaian Kerja berasaskan pendekatan kognitivisme, konstruktivisme dan konteksual bagi mata pelajaran kimia tingkatan empat. (e) Mereka bentuk dan membangunkan modul-modul makmal maya VLabChem bagi topik Asid, Bes dan Garam. ii. Menguji kepenggunaan makmal maya VLab-Chem berasaskan satu kajian kes dalarn kalangan pelajar kimia di sebuah sekolah di kawasan Alor Gajah, Melaka. Pengujian kepenggunaan makmal maya VLab-Chem melibatkan aspek-aspek seperti berikut: (a) Menilai aspek keberkesanan penggunaan makmal maya VLab-Chem berasaskan pencapaian pelajar melalui penggunaannya, berbanding dengan kaedah konvensyenal. (b) Menilai aspek kebolehbelajaran makmal maya VLab-Chem berbanding dengan kaedah konvensyenal. (c) (d) (e)
(f)

Menilai aspek kemudahgunaan makmal maya VLab-Chem berbanding dengan kaedah konvensyenal. Menilai aspek keanjalan makmal maya VLab-Chem berbanding dengan kaedah konvensyenal. Menilai aspek sikap pelajar terhadap makmal maya VLab-Chem berbanding dengan kaedah konvensyenal. Mengenalpasti kesan penggunaan makmal maya VLab-Chem untuk menerapkan proses sains dalam mata pelajaran kimia.

(g) Mengenalpasti perbezaan prestasi pelajar semasa menggunakan makrnal maya VLab-Chem berbanding dengan kaedah konvensyenal. 1.5

PERSOALAN KAJIAN
SI Apakah metodologi pembangunan makmal maya VLab-Chem bagi pengajaran kimia Topik Asid, Bes dan Garam yang sesuai digunakan dalam kalangan pelajar sains tingkatan empat?

Bagi mencapai tujuan kajian, beberapa soalan utama kajian telah dibina seperti berikut:

~2 s3

~ ~ a k model reka bentuk berarahan (Model ID) yang sesuai bagi makmal a h maya VLab-Chem berasaskan topik kimia Asid, Bes dan Garam? Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam aspek-aspek kepenggunaan makmal maya VLab-Chem berbanding kaedah konvensyenal? S3i. Adakah terdapat perbezaan dalam aspek keberkesanan makmal maya VLab-Chem berbanding kaedah konvensyenal? S3ii. Adakah terdapat perbezaan dalam aspek kebolehbelajaran makmal maya VLab-Chem berbanding kaedah konvensyenal? S3iii.Adakah terdapat perbezaan dalam aspek kemudahgunaan makrnal maya VLab-Chem berbanding kaedah konvensyenal? S3iv. Adakah terdapat perbezaan dalam aspek keanjalan dalam pembelajaran makmal maya menggunakan VLab-Chem berbanding kaedah konvensyenal? S3v. Adakah terdapat perbezaan dalam aspek sikap pelajar terhadap makmal maya VLab-Chem berbanding kaedah konvensyenal? S3vi. Adakah terdapat hubungan signifikan di antara kepenggunaan makmal maya VLab-Chem dengan prestasi pelajar dalam mata pelajaran kimia berbanding kaedah konvensyenal?

S4

Adakah terdapat perbezaan pencapaian dari segi kemahiran berfikir aras tinggi di antara pelajar yang menggunakan kaedah makmal maya VLab-Chem berbanding dengan pelajar yang menggunakan kaedah makmal konvensyenal? S4i. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian pelajar berdasarkan ujian pra dan pasca bagi Kumpulan Kawalan dalam tajuk Asid, Bes dan Garam? S4ii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian pelajar berdasarkan ujian pra dan pasca bagi Kumpulan Eksperimen dalam tajuk Asid, Bes dan Garam? S4iii.Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalarn pencapaian antara pelajar dari Kumpulan Eksperimen yang menggunakan makrnal maya berasaskan pendekatan kognitivisme, konstruktivisme dan konteksual berbanding dengan pelajar dari Kumpulan Kawalan yang menggunakan makmal konvensyenal?

s5

terdapat perbezaan dari segi pencapaian keseluruhan di antara pelajar yang menggunakan kaedah makmal maya VLab-Chem berbanding dengan pelajar yang menggunakan kaedah konvensyenal? S5i. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara markah ujian pra dan pasca bagi topik Asid, Bes dan Garam dalam kalangan para pelajar dalam Kumpulan Eksperimen? SSii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara markah ujian pra dan pasca bagi topik Asid, Bes dan Garam dalam kalangan para pelajar dalam Kumpulan Kawalan? S5iii.Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian keseluruhan antara pelajar yang mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran melalui makmal maya kimia (Asid, Bes dan Garam) berbanding dengan pelajar yang mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran secara makmal konvensyenal bagi topik Asid, Bes dan Gararn?

S6

Adakah makmal maya VLab-Chem berkesan dalarn menerapkan kemahiran proses sains? Kerangka teoritis kajian menunjukkan profil bertingkat iaitu: Analisis (I), Reka

bentuk (11), Pembangunan (111), Implementasi (IV) dan Penilaian (V) bagi makrnal maya VLab-Chem bagi pengajaran kimia. Model kerangka teoritis kajian dibina seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 1.1 Model Kerangka Teoritis Kajian juga memperlihatkan bagaimana persoalan-persoalan kajian dijangka ditangani.
1.6 KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN KAJIAN

Dapatan kajian ini dapat memberikan input kepada para pendidik serta pembangun dan pereka bentuk perisian multimedia berbentuk virtual dari aspek; reka bentuk pengajaran yang sesuai bagi perisian sains, teknik ataupun strategi pengajaran dan pembelajaran berasaskan perisian; serta pendekatan kognitivisme, konstruktivisme dan konteksual. Buku Pembangunan Pendidikan Tahun 2001 hingga 2010 (Kementerian Pendidikan Malaysia 2006) telah menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan memastikan tenaga pengajar merupakan kumpulan profesional terlatih,

16
bertanggungawab dan berupaya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan seda mampu menggunakan pedagogi terkini berasaskan teknoIogi maklumat dan komunikasi (ICT). KPM menghadapi cabaran yang besar untuk memastikan semua guru dapat mengintegrasikan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak kira apa mata pelajaran sekalipun (Kementerian Pendidikan Malaysia 2006). Kajian ini juga dapat memberi input yang berguna kepada pihak pelaksana dasar sekolah bagi penggunaan makmal maya pada masa akan datang dalam menyediakan keperluan tenaga pengajar, dan kesediaan pelajar untuk menggunakan sumber ilmu berasaskan persekitaran pembelajaran maya. Menurut Roziah (2004) pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan aplikasi pakej perisian kursus multimedia akan menggabungkan penggunaan perisian multimedia dan pengajaran dan pembelajaran secara amali di makmal sains. Menurut kajian oleh Alessi & Trollip (1991) mendapati selain daripada masalah kekurangan komputer untuk keperluan semua pelajar, guru menghadapi masalah untuk memilih perisian kunus multimedia yang berkualiti dalam bilik darjah: Menurut Nurfirdawati et al. (2006), pedagogi yang berkonsepkan "chalk and talk" kurang berkesan pada semua situasi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Menurut Wan Abdul Kadir (1998), kemunculan komputer bukan sahaja dapat pada tahun 1980an, memperluaskan penyediaan maklumat dalam konteks bagi memenuhi keperluan objektif pengajaran dan pembelajaran

perpustakaan tetapi juga dianggap sebagai sebuah alat pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan teknologi canggih yang dapat membuatkan pembelajaran lebih berkesan. Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) merupakan salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sangat berkesan pada masa kini kerana ianya merupakan salah satu cara untuk mengoptimumkan keberkesanan proses ~engajaran pembelajaran. dan

Menurut Criswell et al. (1998), Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) didefinisikan sebagai penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dengan melibatkan pelajar secara aktif serta membolehkan maklum balas yang serta merta. Menurut Siti Fatimah & Nor Sakinah (2000) PBK semakin popular dalam kalangan pensyarah mahupun guru kerana ianya begitu mudah untuk dikendalikan dan

17 berjaya rnenarik perhatian pelajar. Manakala menurut Nufirdawati et al. (2006) komputer boleh dianggap sebagai tutor ataupun guru dalam proses pengajaran sebenar di bilik dajah, yang mana gum berperanan sebagai pengajar, penerang dan pemudahcara. Semua peranan ini boleh diambil alih oleh komputer menurut Bushro (2008). Menurut Baharudin et al. (2001) pengajaran PBK dapat meningkatkan pencapaim pelajar dan juga menghasilkan pelajar yang bersikap positif terhadap mata Pelajaran yang diajar. Selain itu, hasil kajian ini dijangka dapat membantu Penggubal kurikulum serta pengubal dasar Pendidikan negara. Prasarana yang sesuai bagi penggunaan pelajar pada peringkat menengah atas dapat disediakan. Penggubal kurikulum pula, dapat membuat penyesuaian dalam kurikulum sains bagi

mengaplikasikan makmal maya dalam pengajaran dan pembelajaran amali bagi mata pelajaran sains amnya dan mata pelajaran kimia khasnya. Cabaran terkini berkaitan perkembangan sains dan teknologi canggih, ledakan maklumat tanpa sempadan dan kemunculan ekonomi Malaysia yang berteraskan pengetahuan, mendorong KPM untuk menyemak semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Menurut Mohd. Arif et al. (2006), KBSM yang disemak semula mempakan kesinambungan KBSM yang lalu di mana beberapa penyesuaian dibuat terhadap kandungan sedia ada serta strategi dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan. Justeru itu, KBSM yang disemak semula pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara bersepadu digunakan dalam proses pemerolehan pengetahuan dan penguasaan kemahiran, dengan memanfaatkan kecerdasan pelbagai pelajar. Pendekatan ini meliputi pendekatan konstruktivisme, pembelajaran aktif, penggunaan kemahiran berfikir, pengoperasian kemahiran proses dan pengaplikasian kemahiran manipulatif di samping pembentukan sikap saintifik dan nilai murni. Adalah menjadi hasrat KPM untuk melaksanakan KBSM yang telah disemak semula ini dengan jayanya. Ini bermakna, gum masih memainkan peranan utama sebagai agen perubahan yang berkesan bagi merealisasikan hasrat ini (Orientasi Sains 2001) bagi memastikan pengaplikasian persekitaran pembelajaran maya digunakan secara berkesan. Secara keseluruhannya, kajian ini juga dapat memberikan beberapa sumbangan seperti berikut: i. Membangunkan sebuah model metodologi pembangunan makmal maya bagi mata pelajaran kimia yang digelar Model Kitar Hayat Kognitivisme-

Konstruktivisme-Kontekstual ( K H K ~ - v L ~ ~ - c ~ ~ ~ ) .

18

ii.

Mereka bentuk model reka bentuk berarahan (Model ID) makmal maya berasaskan pendekatan kognitivisme, konstruktivisme dan konteksual dalam bidang kimia (VLab-Chem).

iii.

Membangunkan modul-modul makmal maya VLab-Chem untuk pendekatan kognitivisme, konstruktivisme dan konteksual.

iv. v. vi. vii. viii.

Membangunkan prototaip makmal maya VLab-Chem untuk pembelajaran maya. Mengenal pasti metodologi eksperimen separa bagi menguji kepenggunaan makmal maya VLab-Chem. Membina instrumen senarai semakan penilaian makmal maya VLab-Chem. Mereka bentuk instrumen soal selidik untuk pelajar dan guru kimia bagi mengetahui topik yang sukar dalam pengajaran kimia tingkatan empat. Menghasilkan data tentang pengujian kepenggunin makrnal maya VLab.Chem berasaskan pendekatan kognitivisme, konstruktivisme dan konteksual berasaskan lima konstruk: keberkesanan, kebolehbelajaran, kemudahgunaan, keanjalan dan sikap pelajar terhadap pembelajaran melalui VLab-Chem.

ix.

Menghasilkan data tentang keberkesanan penggunaan makmal maya VLabChem berbanding dengan pengajaran makmal kimia secara konvensyenal.

1.7

BATASAN KAJIAN

Kajian ini terbahagi kepada dua komponen iaitu: pembangunan makmal maya VLabChem berasaskan pendekatan kognitivisme, konstruktivisme dan konteksual dan pengujian kepenggunaan VLab-Chem berasaskan sebuah kajian kes di sebuah sekolah di Daerah Alor Gajah, Melaka, menggunakan teknik eksperimen separa. Kajian ini hanya melibatkan para guru mata pelajaran kimia dan para pelajar yang mengambil mata pelajaran kimia di tingkatan empat sahaja. Penilaian keberkesanan makmal maya VLab-Chem akan hanya melibatkan prototaip yang dibangunkan. Hasil analisis adalah terbatas kepada satu topik sahaja dalam sukatan mata pelajaran kimia iaitu Asid, Bes dan Garam.

Makmal maya VLab-Chem yang dibangunkan boleh diguna oleh para pelajar secara perisian pengguna tunggal (stand alone) melalui compaq disk (CD) ataupun boleh menggunakannya secara web-based melalui Local Area Network (LAN). Selain

r1.8
1.9

19

itu, hanya segolongan pengguna yang terpilih sahaja dapat menggunakan makmal maya

v~ab-Chem kerana mereka perlu mendaftarkan diri kepada pelayan komputer. Makmal

mays VLab-Chem dibangunkan untuk kegunaan semua pelajar sains tingkatan empat

dan lima. Pengujian kepenggunaan yang dijalankan hanya terbatas kepada sebuah

sekolah sahaja di daerah Alor Gajah, Melaka.

SKOP KAJIAN

Kajian ini hanya terhad kepada reka bentuk dan pembangunan makmal maya VLabChem untuk mata pelajaran kimia, khusus bagi tajuk Asid, Bes dan Garam. Makmal maya yang akan dibangunkan ini akan menggunakan pendekatan kognitivisme, konstruktivisme dan konteksual. Makrnal maya VLab-Chem ini terdiri daripada modul pengajaran. Modul pengajaran merangkumi Modul Induction, Modul Experiment, Modul Electronic Report, Modul Revision, Modul Mind Test, Modul Glossaiy, dan Modul Concept Map.

Kajian kepenggunaan yang dilaksanakan pula, merupakan sebuah kajian kes yang hanya melibatkan pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Do1 Said, Alor Gajah, Melaka dan guru tingkatan empat yang mengajar di sekolah tersebut. Kajian ini hanya merangkumi mata pelajaran kimia di bawah eksperimen Analisis Kualitatif Garam sahaja. Makmal maya VLab-Chem yang dibangunkan ini menggunakan perisian Macromedia Flash UX, Zinc 5.6, Notepad, Microso$ Office Access XP, Adobe Photoshop 6.0 dan Sony Sound Forge 7.0.

KERANGKA KONSEPSI KAJIAN

Kerangka konsepsi kajian adalah untuk mengkaji pembangunan dan kepenggunaan makmal maya VLab-Chem bagi topik Asid, Bes dan Garam. Kerangka ini dapat dilihat dalam Rajah 1.2 yang terbahagi kepada tiga peringkat seperti berikut:

I.

Peringkat I: Mengenalpasti Masalah Kajian Peringkat 11: Pembangunan Makmal Maya VLab-Chem Peringkat 111: Pengujian Kepenggunaan Makmal Maya VLab-Chem

11.

..

iii.

1.9.1 Peringkat I: Mengenalpasti Masalah Kajian


peringkat ini melibatkan analisis awal untuk mengenal pasti masalah kajian. Ini dilakukan dengan mengadakan temu bual dengan guru dan pelajar untuk mengetahui topik yang sukar dalam mata pelajaran kimia, tingkatan empat. Seterusnya, analisis kandungan dilakukan terhadap dokumen ke atas Laporan Prestasi SPM bagi mata pelajaran kimia. Analisis kandungan dokumen tersebut telah mengenal pasti prestasi keseluruhan dalarn mata pelajaran kimia mengikut prestasi kumpulan pelajar: kumpulan tinggi, sederhana dan rendah. Maklumat yang diambil kira ialah hanya pelajar dalam kumpulan sederhana dan rendah sahaja bagi topik Asid, Bes dan Garam.

Pada peringkat ini juga, instrumen soal selidik diedarkan kepada 14 orang guru kimia dan 100 orang pelajar tingkatan lima dari empat buah sekolah sekitar daerah Alor Gajah, Melaka iaitu Maktab Rendah Sains MARA, Terendak (Luar Bandar), Sekolah Menengah Kern Terendak (Luar Bandar), Sekolah Menengah Ghaffar Baba (Bandar), dan Sekolah Menengah Dato' Do1 Said, Alor Gajah, Melaka (Bandar). Soal selidik tersebut adalah untuk mengenal pasti tahap kesukaran topik dan subtopik bagi mata pelajaran kimia tingkatan empat. Data daripada soal selidik tersebut telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 1 1 .O. Analisis menunjukkan purata yang tinggi terhadap topik Asid, Bes dan Garam manakala subtopiknya ialah Analisis Kualitatif Garam.

1.9.2 Peringkat 11: Pembangunan Makmal Maya VLab-Chem Peringkat 11 melibatkan pembangunan makmal maya VLab-Chem Asid, Bes dan

Garam. Peringkat tersebut melibatkan senibina makmal, reka bentuk pembangunan, dan model reka bentuk berarahan (Model ID). Makmal maya VLab-Chem dibangunkan menggunakan teori-teori pembelajaran kognitivisme, konstruktivisme, kontektual serta berasaskan domain kognitif dalam Taksonomi Bloom, untuk mengukuhkan kemahiran kognitif para pelajar tingkatan empat. Makmal maya VLab-Chem ini juga akan menggabungkan kaedah konvensyenal dengan pendekatan teknologi maklumat dalam mempelajari kimia bagi tajuk Asid, Bes dan Garam.

Soal selidik dan tahap kesukaran subtopik kepada guru kimia dan pelajar tingkatan lima dan ujian.

.............................
I
Analisis Tugas Analisis data soal selidik dan ujian untuk mengetahui topik dan subtopik yang sukar Tentukan masalah topik yang sukar Tentukan subtopik dari Peta Konsep Asid, Bes dan Garam. Menulis objektif Analisis Arahan Dapatkan hasil pembelajaran bagi Asid, Bes dan Garam. Kenalpasti h a i l pembelajaran yang dapat di prah-ikkan dan yang boleh diukur. Ubahsuai hasil pembelajaran yang tidak boleh diterima. Huraikan tingkahlaku yang dapat dipraktikkan dan tingkahlaku yang dapat diukur. Mengenalpasti elemen pembelajaran atau elemen pengetahuan mengikut Taksonomi Bloom.

Reka bentuk Bina senibina makmal maya kimia Bina model ID makmal maya kimia Bina modul-modul pengajaran dan pembelajaran makmal maya kimia

Pembangunan Pembangunan makmal maya, Laporan Elektronik dan Helaian Kerja Implementasi Bina prototaip makmal maya

I
1

Penilaian Penilaian formatif dan penilaian sumatif

............................................................................................. ...................................................................
Peringkat 111: Pengujian Kepenggunaan

Makmal Maya "Lab-Chem

Memilih pelajar dari segi kemahiran kognitif dan literasi komputer. Beri pelajar ujian pr

Tahap Pencapaian

Kepenggunaan
T

.
I

KUMPULAN KAWALAN Pendekatan Konvensyenal


& T

KUMPULAN EKSPERIMEN Pendekatan Makmal Maya VLab-Chem

Beri pelajar ujian pasca

Konstruk Keberkesanan ' KOnstruk KebOlehbelajaran -( Konstruk Kemudahgunaan Konstruk Keanjalan Konstruk Sikap

Rajah 1.2 Kerangka Konsepsi Kajian

22 Pada peringkat ini juga, pembangunan makmal maya VLab-Chem adalah berasaskan hasil pengajaran yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Kimia. Beberapa perkara yang diambil kira pada peringkat pembangunan ini adalah seperti berikut: Isi kandungan yang menepati hasil pembelajaran yang ingin dicapai. Hasil pembelajaran yang boleh diukur. Strategi penyarnpaian isi kandungan yang terbaik. Kebolehan pelajar menilai pencapaian kendiri. Kebolehan pelajar mengaitkan dan mengaplikasikan sumber ilmu yang diperoleh melalui makrnal maya VLab-Chem.

(i) (ii) (iii) (iv) (v)

1.9.3

Peringkat 111: Pengujian Kepenggunaan Makmal Maya VLab-Chem

Peringkat 111 melibatkan pengujian kepenggunaan.makma1 maya VLab-Chem. Antara konstruk yang digunakan bagi pengujian kepenggunaan makmal maya VLab-Chem adalah seperti berikut: (i) (ii) (iii) (iv)
(v)

Keberkesanan Kebolehbelajaran Kemudahgunaan Keanjalan Sikap pelajar terhadap makmal maya VLab-Chem

1.1 0

1STILAH KAJIAN

Bebera~a istilah pengoperasian kajian ini dijelaskan seperti berikut:

I.

Persekitaran Pembelajaran Maya Menurut Dillenbourg (2000) dan Tetko & Tanchuk (2003), persekitaran pembelajaran maya tidak merujuk kepada pendidikan berasaskan halaman web di Internet. Ramai pengkaji menggangap persekitaran pembelajaran maya terarah kepada teknologi berasaskan 3D ataupun realiti maya. Ini adalah tidak tepat, kerana sesetengah persekitaran tersebut mempunyai antara muka yang tidak canggih dan hanya dilakukan berasaskan teks. Bagi Dillenbourg, matlamat

23 utama bukanlah menentukan persekitaran yang sesuai untuk persekitaran pembelajaran maya, tetapi menyediakan persekitaran yang mengaplikasikan strategi yang dapat membantu pemahaman. Kini penggunaan persekitaran pembelajaran maya tidak terarah kepada ruang maklumat yang berstruktur, tetapi isi kandungan disediakan dalam keadaan dimana guru-guru juga terlibat dalam persekitaran pembelajaran maya. Ini bermakna, kaedah bagi

menghubungkan hngsian di antara penstrukturan kandungan dan persembahan dan bagaimana kandungan tersebut boleh berinteraksi dalam aktiviti maya yang disediakan.

Bagi Tracey et al. (2007) dan Yaron et al. (2004a) pula, persekitaran pembelajaran maya jelas menunjukkan wuj udnya pembelajaran secara

kerjasama dengan membangunkan peralatan untuk membantu para guru memantau dan membantu kumpulan untuk mengawal kumpulan masing-masing bagi melahirkan persekitaran pembelajaran maya yang interaktif dan produktif.

Morozov et al. (2004) pula menyatakan, "...in the Collaborative Learning Environment for physics virfual laboratory, student work together to accomplish the task.". Bagi kajian ini, istilah persekitaran pembelajaran maya diertikan sebagai penggunaan animasi dan simulasi dalam bentuk 2 Dimensi. Pelajar boleh menjelajah bilik makrnal kimia dan seterusnya melakukan eksperimen serta memperoleh hasil daripada eksperimen tersebut. Pelajar juga dapat membina laporan eksperimen melalui inferens berasaskan pemerhatian yang dilakukan terhadap eksperimen. Hasil pemerhatian dan inferens dicatatkan ke dalam modul Laporan Elektronik. Seterusnya pelajar boleh menyunting dan mencetakkan laporan tersebut. Pelajar boleh berbincang bersama pelajar lain ataupun guru bagi menghasilkan Helaian Kerja yang disediakan.

ii.

Makmal Maya Menurut Morozov et al. (2004:605), "...virtual labs and simulafion is a powerful can tool to engage students in active learning. Virtual laboratories simulate real-world behavior in an engaging and intuifive graphic

environment to help students acquire new knowledge and skills through learning by doing."

24

Mercer et al. (1 990: 149) pula menyatakan,

". ..the virtual loboratory is

an interactive environment for creating and conducting simulated experiments: a playground jbr experimentation. It consists of domain-dependent simulation programs, experimental units called objects that encompass datafiles, tools that operate on these objects."

Menurut Dalgarno et al. (2003:90):

..virtual laboratory can

be

used

to

acquaint

students

with

laboratory techniques and procedures prior to their laboratory sessions, so that they can be better prepared to conduct the same or similar experiments in a real-liJe chemical laboratory. It also allows students to study the items of apparatus, collecting and assembling items of the apparatus, techniques familiarize and themselves with Iaboratory novices,. ..
Bagi kajian ini, makmal maya didefinisikan sebagai penyediaan persekitaran makrnal maya seolah-olah pelajar berada di dalam makrnal sebenar menggunakan teknologi 2 Dimensi. Pelajar boleh berinteraksi dengan bahan dan radas serta dapat melihat tindak balas yang berlaku terhadap sesuatu bahan kimia semasa melakukan eksperimen. Bahan dan eksperimen dipersembahkan melalui animasi dan simulasi yang dibina. Pelajar juga dapat melihat pengaplikasian sebenar bahan kimia yang dipelajari melalui video yang boleh diperoleh daripada modul Induksi dalarn makrnal tersebut.

procedures. It should be

emphasized that virtual chemistry experiments are safe even for

iii.

Anirnasi 2 Dimensi ( 2 ~ ) Jamalludin et al. (2001) berpendapat bahawa, animasi 2D akan mengambil turutan imej yang tidak bergerak (statik) dan mempamerkannya dalam bentuk pergerakan. Lazimnya, animasi 2D dimulakan secara tradisi dengan lakaran pensil, susunan demi susunan rangka gambar untuk mencipta satu watak ataupun objek. Watak ataupun objek tersebut kemudiannya akan melalui proses

You might also like