You are on page 1of 12

NOTA

PENYELIDIKAN (RESEARCH)
Mengapa kita perlu membuat penyelidikan?

Kes Contoh 1:
Persatuan mahasiswa USM mahu pihak HEP membenarkan pelajar membawa
motosikal dan memansuhkan penggunaan bas didalam kampus. Ini adalah kerana
persatuan mahasiswa USM berpendapat bahawa penggunaan bas membawa kesulitan
kepada pelajar-pelajar. Untuk membuktikan kesnya, pihak mahasiswa USM
menjalankan kajian soal selidik.
Kes Contoh 2:
Persatuan Ibubapa dan guru-guru (PIBG) mahukan pihak pentadbiran Tadika Minden
menyediakan sarapan pagi kepada murid-muridnya. Ini kerana guru-guru tadika di
sekolah tersebut berpendapat bahawa ramai murid-murid datang ke tadika tanpa
mengambil sarapan pagi. Akibatnya, murid kelihatan lesu dan prestasi pembelajaran
terbantut. Sesetengah ibubapa berpendapat bahawa masaalah ini adalah masaalah
ibubapa dari golongan berpendapatan rendah. Sesetengah ibubapa pula berpendapat
bahawa ini adalah masaalah disiplin kanak-kanak dari golongan berpendapatan tinggi.

Antara tujuan-tujuan utama penyelidikan ialah untuk:
Mengenal pasti sesuatu masaalah supaya penyelesaiannya boleh dirangka;
Memahami sesuatu fenomena dengan lebih jelas;
Menggumpul pendapat pengguna tentang sesuatu isu ataupun produk;

PROSES-PROSES DALAM MENJALANKAN PENYELIDIKAN MENGGUNAKAN
KAEDAH SOAL SELIDIK (SURVEY)
1. Mengenal pasti maklumat yang dikehendaki dan sumbernya.

2. Mengumpul data
Memilih teknik penyelidikan yang bersesuaian.
Mendefinisikan soalan-soalan (varaibles).
Menentukan sampel.
Menjalankan soal selidik.

3. Menganalisa data
Mengumpul dan mengemaskinikan data soal selidik
Menganalisa pengagihan jawapan bagi setiap soalan (variable)
Menganalsia kaitan antara soalan-soalan (variables).
Mentafsirkan analisis yang telah dijalankan.

1. MENGENAL PASTI MAKLUMAT YANG DIKEHENDAKI DAN SUMBERNYA.
Tujuan soal selidik - Mengenal pasti isu yang hendak di selidiki.
Jenis maklumat yang dikehendaki dan kegunaannya.
Liputan soal selidik contohnya: samada beberapa negeri atau seluruh
Malaysia
Mengenal pasti sumber (orang) yang dapat menjawab isu tersebut

2. MENGUMPUL DATA
Terdapat dua kategori data:
Data primer - data/maklumat yang diperolehi secara terus dari sumber yang asal
samada secara temubual atau pemerhatian.

Data sekunder data yang telah sedia ada. Ia telah di kumpul oleh pihak lain
dan data ini boleh digunakan bagi tujuan penyelidikan (contohnya:
statistik/perangkaan banci, statistik kemalangan jalanraya dsb).
TEKNIK-TEKNIK PENGUMPULAN DATA
Soal-seldik (Self-Surveys)
Ia dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik yang dihantar samada
melalui pos, dikepilkan bersama surat khabar atau majalah.

Temubual (Interviews) -
Ia dijalankan secara berhadapan (face-to-face) atau melalui telefon.

Pemerhatian (Observation) -
Pemerhatian secara terus (Direct observation)
Kaedah ini melibatkan pemerhatian secara lansung seperti pengiraan
jumlah kenderaan yang melalui sesebuah jalaraya.
Teknik ini biasanya tidak melibatkan komunikasi dengan manusia.

Pemerhatian melalui penglibatan (Participant-observation)
Kaedah ini berasal dari bidang antropologi (kajian tentang kehidupan
masyarakat).
Penyelidik biasanya melibatkan diri dengan masyarakat yang hendak
dikajinya untuk memahami dengan jelas sesuatu isu yang berkaitan dengan
masyarakat tersebut.

REKABENTUK SOAL SELIDIK
Rekabentuk soal selidik biasanya akan mempunyai sekurang-kurangnya dua bahagian
1. Bahagian data demografi (umur, jantina dsb)
2. Bahagian topik yang dikaji.

Rekabentuk soalan yang baik haruslah:
mudah difahami,
tepat,
tidak mengandungi dua soalan yang digabungkan
jika boleh, dapat dijawab dalam jangka masa yang singkat,
menerangkan definisi atau takrifan teknikal, contohnya isi rumah,
menggunakan masa yang optima untuk menjawabnya,

KATEGORI SOALAN TERBUKA ATAU TERTUTUP
Soalan terbuka
Merupakan soalan dimana pilihan jawapannya tidak diberikan terlebih dahulu.
Biasanya melibatkan soalan berbentuk pendapat.
Contohnya: Apakah pendapat anda tentang USM?
..

Soalan tertutup
Pilihan jawapannya diberi. Contohnya:
Berapakah umur anda?
Kurang dari 5 tahun
6 hingga 20 tahun
21 hingga 67 tahun
68 keatas

Soalan tertutup adalah mudah untuk dianalisa menggunakan komputer (SPSS dsb)
manakala jawapan soalan terbuka perlu di kategorikan sebelum ianya boleh dianalisa.

MENDEFINASIKAN SOALAN-SOALAN (VARIABLES)
Setiap soalan yang ditanya adalah satu petunjuk tentang variasi di dalam populasi
yang di kaji.
Variable-variable ini boleh dibahagikan kepada tiga skala utama:

Skala nominal
Ia merupakan variable yang mana kategorinya tidak mengikut ranking.

Contoh:
Jenis variable Kategori
Warna biru, merah, hijau
Negara Malaysia, Indonesia, Singapura
Jantina lelaki, perempuan
Variable yang mempunyai dua kategori (dichotomous) adalah nominal:

Skala ordinal
Varaible yang boleh disusun mengikut ranking adalah termasuk dalam kategori ini.
Perbezaan antara kategori tidak boleh diukur secara matematik.
Contoh:
Jenis variable Kategori
Jenis perumahan kos tinggi, kos sederhana, kos rendah
Kelas pengijazahan kelas pertama, kedua tinggi, kedua rendah, ketiga
Pendapat (opinion) sangat setuju, setuju, kurang setuju, tidak setuju

Skala interval
Varaible yang boleh disusun mengikut ranking dan perbezaan antara setiap kategori
tersebut adalah sama dan boleh diukur secara matematik.

Contoh:
Jenis variable Kategori
Pendapatan 1 ribu, 2 ribu, 3 ribu, dsb
Umur 1 tahun, 2 tahun, 3 tahun, dsb
Markah peperiksaan 36, 44, 57, 69, dsb

PENSAMPELAN
Pemilihan sampel boleh dibahagikan kepada:
Persampelan berkebarangkalian (dipilh secara rawak), iaitu:
Sampel rawak mudah
Sampel sistematik
Sampel berstrata
Sampel berkelompok

Persampelan tidak berkebarangkalian (tidak dipilih secara rawak), iaitu:
Sampel kuota
Sampel bola salji
Sampel pertimbangan

Sampel kebarangkalian
Pensampelan rawak mudah (Simple Random Sampling)
Ia merupakan teknik pensampelan yang asas.
Ia memerlukan senarai kesemua calon yang berkemungkinan di pilih.
Setiap individu mempunyai kebarangkalian yang sama untuk di pilih berbanding
calon lain.
Nama calon yang telah dipilih tidak akan dimasukkan semula kedalam senarai
pencalonan.
Masaalah dengan teknik ini ialah apabila senarai kesemua calon tidak ada atau
tidak lengkap


Contohnya: Pilih satu nombor dari nombor-nombor berikut:
2 3 1 7 6 9 45 32 4 56 22 89
(kebarangkalian bagi setiap nombor dipilih ialah 1/12)

Pensampelan sistematik (Systematic sampling)
Sistem ini juga memerlukan senarai kesemua calon yang berkemungkinan untuk
dipilih.
Pemilihan calon adalah dibuat dengan memilih setiap k sampel dari senarai
tersebut (dimana k adalah: senarai calon sampel yang diperlukan).

Contoh cara pengiraan:
Senarai calon = 100 orang
Sampel yang di perlukan = 20 orang, maka, k = 5
Untuk mencari calon pertama, pilih satu nombor secara rawak dari 1 hingga 5.
Contohnya, jika nombor 3 dipilih, maka nombor seterusnya adalah 3+5 = 8 (dan nombor
seterusnya adalah 8+5, 13 +5, dsb).

Masaalah teknik ini akan timbul apabila:
tiada senarai calon yang lengkap,
terdapat trend pada senarai yang boleh menyebabkan bias,

Pensampelan berstrata (Stratified Samping)
Teknik ini membahagikan sampel mengikut kumpulan terlebih dahulu sebelum
pemilihan sampel dibuat.
Kaedah ini digunakan bagi memastikan sampel yang dipilih diwakili secukupnya
oleh sesebuah golongan spesifik atau golongan minoriti yang dikehendaki.

Contoh 1,
Pecahan kaum bagi 10,000 penduduk adalah 80% melayu, 18% cina dan 2% india.
Pemilihan 100 sampel menggunakan kaedah rawak mudah mungkin tidak akan
mendapat calon yang mewakili kaum india.

Penyelesainnya:
Pecahkan senarai penduduk mengikut kaum dan pilih 100 calon berdasarkan pecahan
tersebut.
Pilih 80 orang melayu dari 8,000 penduduk,
Pilih 18 orang cina dari 1800 penduduk,
Pilih 2 orang india dari 200 penduduk.
Contoh 2
Sebuah penyelidik ingin mengkaji pendapat pengguna tentang aspek perancangan
keselamatan. Objektif utama adalah untuk mengkaji perbezaan antara jantina. Dengan
itu, kajian boleh dijalankan dengan mengambil pendapat 2 kumpulan pengguna iaitu
lelaki dan perempuan.

Pensampelan berkelompok (cluster sampling)
Kaedah ini hampir serupa dengan Pensampelan berstrata.
Ia dapat menjimatkan wang dan masa bagi kawasan kajian yang kedudukan
geografinya jauh antara satu sama lain
SYARAT PERSAMPELAN BERKELOMPOK: Tiada perbezaan antara kumpulan-
kumpulan tersebut
Contohnya:
Mengambil 3 blok perumahan daripada 12 blok yang mana populasi penduduknya
sama.
Mengambil sampel 2 ibu negeri dari 13 negeri.

Sampel tak berkebarangkalian

Sampel kuota
Jumlah yang dikehendaki ditentukan terlebih dahulu
Pemilihan sampel bergantung kepada kehendak penyelidik tanpa
mempertimbangkan ahli sampel

Contohnya: Kajian mengambil 50 lelaki dan 50 perempuan untuk menguji syampoo
keluaran baru.

Sampel Bola Salji
Sampel ini bermula daripada rakan sekumpulan orang. Rakan berkenaan akan
mendapat rakan mereka yang lain.
Contohnya:
Penyelidik ingin mengetahui perasaan mereka yang suka menunggang motor
Harley Davidson.

Sampel pertimbangan
Penyelidik memilih unit sampel dengan sifat tertentu
Cara ini murah dan unit sampel mudah diperolehi kerana sampel hanya meliputi
mereka yang mahir dalam satu topil tertentu.

PENENTUAN SAIZ SAMPEL
Saiz sampel yang kecil tidak dapat memberi maklumat yang mewakili penduduk
berkenaan.
Semakin besar saiz sampel semakin tepat data yang diperolehi dengan syarat
tiada bias didalam pemilihan sampel.
Saiz sampel yang besar pula memerlukan kos yang tinggi.

Antara faktor-faktor penting yang perlu diambil kira:
Kos
Masa
Tenaga kerja
Kemudahan
Ketepatan yang dikehendaki atau objektif penyelidikan

MENJALANKAN SOAL SELIDIK
Sebelum sesebuah kajian soal selidik dijalankan, adalah amat penting untuk
membuat survey rintis / pilot test.

Survey rintis merupakan satu survey kecil yang dijalankan untuk menguji, mengesan
dan mengatasi masaalah perancangan soal selidik.

Fungsi pilot test:
Menguji kelengkapan rangka sampel.
Memastikan semua soalan dapat difahami dengan tepat dan tiada kekeliruaan.
Memastikan susunan layout soal selidik yang baik.
Menguji kod-kod jawapan yang di berikan, iaitu lengkap dan saling ekslusif.
Memastikan masa yang diambil oleh responden untuk menjawab borang soal
selidik adalah seperti yang dijangkakan.
Mengangarkan kos yang terlibat.

3. MENGANALISA DATA
Data yang dikumpul (raw data) boleh dianalisa secara:
Manual (jika ianya tidak begitu kompleks)
Menggunakan program-program khusus seperti SpSS, SAS dsb.
back to menu

You might also like