You are on page 1of 2

Makmal Autisma

ukm.my/ptjzon3

Apa itu Autisme?
Autisme bermaksud satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial
dan komunikasi serta tingkahlaku terhad dan berulang-ulang. Simptom ini mula ditunjukkan oleh anak-
anak seawal umur 3 tahun lagi.
Terdapat pelbagai simptom yang berbeza pada kanak-kanak yang mengalami autisme. Terdapat
kanak-kanak yang mempunyai simptom yang ringan dan ada juga kanak-kanak yang mempunyai
simptom yang lebih berat.
Cuba anda bayangkan sekaki payung, Payung itu mewakili Autisme, dimana dibawa payung itu
mengandungi pelbagai simptom yang berbeza. Kanak-kanak autisme boleh mempunyai sebahagian
simptom-simptom ini atau keseluruhannya sekali (turut dikenali dengan terma Autism Spectrum
Disorder).
Diantara kategori-kategori bagi gangguan Autisme ini adalah:
Autistic disorder (juga dikenali sebagai Klasik Autisme)
Sindrom Asperger (juga dikenali sebagai Atypical Autism)
Pervasive Developmental Disorder (tiada spesifikasi tertentu)
*(Pervasive Developmental Disorder can be broken down further to include Childhood Disintegrative
Disorder and Rett syndrome.)Tidak ada ubatan mahupun rawatan bagi mengubati autisme, namun
begitu terdapat beberapa kaedah untuk membantu anak-anak autisme dalam kehidupan seharian
serta memaksimumkan keupayaan pembelajaran.
Tanda-tanda bagi Autisme.
Terdapat tiga jenis kelakuan pada karektor kanak-kanak Autisme:
1) Kanak-kanak Autisme mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial, masalah dalam komunikasi
(lisan dan bukan lisan), tingkah laku berulang dan obsesi melampau.
2) Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda utama dalam autisme. Ibu bapa biasanya akan
menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka melalui gejala ini. Seawal bayi lagi, anak
anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda
dalam jangka masa yang lama. Kanak-kanak yang mempunyai autisme adalah kelihatan seperti anak-
anak yang normal namun mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial.
3) Kanak-kanak Autisme gagal untuk memberi respons apabila nama mereka dipanggil dan tidak mahu
bertentang mata semasa berkomunikasi. Mereka juga mempunyai kesukaran untuk menafsir pemikiran
serta perasaan orang lain, ini kerana mereka kurang sensitif kepada ciri-ciri bersosial seperti intonasi
suara dan ekspresi muka. Mereka juga tidak memandang muka apabila bercakap bagi memahami
tingkahlaku yang sewajarnya.
Mereka kurang untuk memahami perasaan atau emosi orang lain. Kanak-kanak Autisme lebih gemar
untuk melakukan perbuatan yang berulang-ulang seperti menghayun atau memusing-musingkan
badan atau keadaan yang lebih merbahaya seperti menggigit atau memghantuk kepala. Malahan,
mereka juga lambat bertutur berbanding kanak-kanak seusia mereka. Dalam perbualan juga, mereka
lebih gemar untuk membahasakan diri mereka dengan menggunakan nama mereka sendiri berbanding
menggunakkan kata ganti diri saya.
Selain dari itu, kanak-kanak autisme juga tidak pandai untuk berinteraksi dengan kanak-kanak lain
semasa bemain. Ada diantara mereka yang menggunakan melodi lagu ketika bercakap mengenai
sesuatu cerita dan kebanyakkan mereka tidak berminat untuk berkongsi cerita bersama rakan
perbualan mereka. Kebanyakkan kanak-kanak autisme adalah kurang sensitif kepada rasa sakit
namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa). Sifat sensitiviti mereka
yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk.Adakah
suntikan vaksin berhubungkait dengan autisme?
Pada masa dahulu, suntikan vaksin turut dikaitkan dengan autisme, namun kajian menunjukkan
bahawa tiada kesimpulan saintifik yang dapat menyokong teori ini. Pada masa kini, masih terdapat
kajian yang sedang dijalankan berkenaan perkara ini.
Sekiranya, anak anda mahupun saudara mara yang mempunyai anak yang disyaki mempunyai
simptom-simptom autisme, segeralah membawa mereka berjumpa dengan doktor yang berkaitan bagi
mendapatkan penyelesaian terbaik dalam menghadapi situasi ini.

You might also like