You are on page 1of 3

PENGENALAN

Sejak kebelakangan ini negara asyik dipamerkan dengan cerita-cerita pembuangan bayi
yang semakin menjadi-jadi.Perkara ini sering dihebah melalui media akhbar dan berita di kaca
televisyen. Punca masalah ini sering kali dikaitkan dengan masalah seks bebas yang semakin
sukar dibendung. Seks bebas merupakan suatu masalah sosial yang bermula daripada satu
hubungan yang tiada ikatakan dan menjurus kepada perbuatan zina. Malah, Islam memandang
berat kesalahan zina kerana mendatangkan pelbagai keburukan kepada pelakunya dan
masyarakat.Kesannya ditanggung dalam tempoh lama, sedangkan nikmatnya sekejap. Pakar
psikologi dan sosiologi turut berpendapat, punca keruntuhan nilai kehidupan manusia ialah
apabila melakukan seks bebas tanpa ikatan perkahwinan.
Impak daripada kenikmatan sementara ini boleh mengakibatkan bencana yang mampu
menghapuskan populasi serta keruntuhan moral kita sebagai penganut agama islam. Melihat
kepada kesan buruk terhadap kesihatan pula, ia akan meninggalkan kesan buruk terhadap
kesan reproduktif khususnya bagi kaum wanita. Contohnya apabila ada wanita berkenaan
mengambil jalan silap dengan melakukan pengguguran haram sama ada melalui kaedah
selamat atau tradisional yang tanpa disedari, mendedahkannya kepada risiko tinggi kematian
akibat pendarahan dan jangkitan pada rahim (Nor Affizar Ibrahim,2007). Selain itu penularan
virus HIV juga adalah berpunca daripada masalah ini.
Selain itu perubahan statistik pembuangan bayi juga menjadi bukti bahawa masalah
seks bebas ini merupakan perkara yang negatif serta perlu diatasi segera. Ini kerana masalah
pembuangan bayi ini telah menimbulkan satu kerisauan pada negara. Ia bermula pada tahun
2004 sehingga 2010 yang dilihat masalah pembuangan bayi yang semakin meningkat
sehinggakan pada tahun 2011 Kabinet memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes
bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu
menerima hukuman berat (Perakini, ). Perkara ini jelas diperakui berpunca daripada aktiviti zina
yang amat berleluasa.
Pada penulisan kali ini, bukanlah berfokuskan kepada kes pembuangan bayi sebaliknya,
ia lebih mencari punca atau gelaja seks bebas boleh berlaku dan langkah-langkah bagi
mengatasi masalah ini agar tidak menyumbang kepada masalah pembuangan bayi dan
penularan kepada masalah kesihatan terhadap masyrakat.

PUNCA SEKS BEBAS.
Pengaruh budaya barat.

Antara punca utamanya ialah pengaruh budaya barat. Remaja pada zaman ini
berpendapat bahawa budaya barat adalah lebih canggih dan lebih moden. Oleh itu, pengaruh
budaya barat yang berfikiran terbuka merupakan dorongan kepada remaja hari ini untuk
menjalin hubungan seks bebas. Perasaan bangga terhadap kelakuan tidak bermoral ini
menyebabkan mereka terbawa-bawa dengan budaya barat sehingga melupakan diri dan
didikan agama. Situasi ini menyebabkan para remaja masa kini tanpa rasa takut terjebak dalam
gejala seks bebas. Golongan remaja ini melakukan hubungan seks bebas dengan sesiapa
sahaja tanpa memikirkan kesannya terhadap diri, keluarga, masyarakat mahupun negara.
Remaja sekarang terpengaruh dengan pemikiran yang menganggap seks bebas seperti
melacur sebagai sesuatu yang agak biasa disebabkan pemikiran mereka yang tercemar akibat
proses keterbukaan serta pengaruh budaya barat menerusi media yang canggih. Masalah seks
bebas dalam proses globalisasi melahirkan masyarakat yang permikirannya kurang sihat jika
tidak ditanggani dengan segera kerana remaja akan menggangap seks babas sebagai
paranoma yang biasa pada masa akan datang.

Institusi keluarga.
Institusi keluarga juga turut mempengaruhi berlakunya gejala seks bebas dalam
kalangan remaja kini. Keluarga terutamanya ibu bapa seharusnya berperanan dalam memberi
didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak mereka. Namun demikian, pada hari ini
kebanyakan ibu bapa terlalu sibuk dengan kerja harian sehinggakan tidak dapat meluangkan
masa bersama anak-anak mereka. Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa
mengambil berat hal anak-anak mereka. Yang paling penting, ibu bapa tahu akan peranan
mereka dan mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak- anak. Ibu bapa seharusnya
mempunyai masa untuk berkomunikasi dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka. Mereka
seharusnya memainkan peranan penting dalam memberi didikan agama dan sosial dari kecil
lagi kerana ibu bapalah yang bertanggungjawab membentuk sahsiah atau keperibadian anak-
anak mereka.
Ibu bapa yang sibuk mencari rezeki dan tidak menumpukan perhatian terhadap kualiti
kehidupan sekeluarga dan anak-anak telah mengabaikan pembentukan sahsiah diri anak
mereka. Anak-anak yang ditinggalkan di rumah tanpa pengawasan akan melakukan jenayah
dan kegiatan tidak sihat di rumah seperti menonton video lucah dan sebagainya. Masalah yang
berlaku dalam rumah juga memberi kesan kepada jiwa anak-anak seperti ibu bapa yang
bercakaran di hadapan mereka. Anak-anak yang kekurangan kasih sayang membentuk
kerapuhan diri dan jiwa anak-anak akan mudah terdedah dengan tarikan sosial negatif di luar

Pengaruh media massa
Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial seperti seks
bebas dalam kalangan para remaja hari ini. Tidak semua yang dipaparkan dalam media massa
itu memberikan pengajaran yang baik. Namun demikian, ada segelintir program-program dan
drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja, program-program
realiti televisyen, serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata
mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya, corak pergaulan
remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup
yang mengikut cara barat. Terdapat juga unsur-unsur lucah dan menghairahkan terdapat
dengan mudah di pasaran sama ada dalam bentuk bercetak, cakera padat atau dalam bentuk
lain-lain serta bahan media ini juga mudah diperolehi.

You might also like