You are on page 1of 9

PROGRAM PENANDAARASAN

SEKOLAH CEMERLANG
PENSYARAH AMBILAN 2013

LAPORAN INDIVIDU



NAMA PENSYARAH : HAIROLHAMZI BIN BAHRODDIN

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH SAINS HULU SELANGOR (SEMASHUR)

TARIKH LAWATAN : 26 OGOS 2013










BUKTI KEHADIRAN
YANG DITANDATANGANI
PENGETUA








Latar Belakang Sekolah

Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor atau lebih dikenali sebagai SEMASHUR telah
dibuka dengan rasminya pada 16 Jun 2000. Guru pertama telah melaporkan diri pada
20 Jun 2000 iaitu seramai 25 orang. Pada masa tersebut, hanya mempunyai Penolong
Kanan, Penolong Kanan (HEM) dan 23 orang guru sahaja.

Pada 21 Julai 2000 seramai 180 orang pelajar Tingkatan 1 mula melaporkan diri ke
sekolah ini. Mereka merupakan kumpulan pelajar pertama bagi sekolah ini.

Pada Januari tahun 2001 SEMASHUR menerima pengambilan pertama pelajar-pelajar
tingkatan empat. Matlamat penubuhan SEMASHUR adalah selaras dengan hasrat SBP
iaitu untuk mencapai sasaran kecemerlangan akademik yang tinggi dari segi kuantiti
dan kualiti. Di samping itu, SEMASHUR diharap menjadi wadah dan pemangkin kepada
kecemerlangan akademik di daerah Hulu Selangor.

Pada April 2009, SEMASHUR telah dianugerahkan menjadi sebuah sekolah kluster
kecemerlangan dengan kebitaraan ragbi, unit beruniform dan Matematik. Manakala
pada Disember 2012 pula, SEMASHUR telah menerima anugerah Sekolah Berprestasi
Tinggi.

Visi Sekolah :

Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi yang
unggul di persada antarabangsa.

Misi Sekolah :

Sekolah Menegah Sains Hulu Selangor sebagai wadah melahirkan warganegara yang
terbilang melalui pengurusan sekolah yang berkualiti berasaskan Falsafah Pendidikan
Negara.



Latar Belakang Pengetua


Pengetua SEMASHUR memberi taklimat kepada guru

Nama : Pn Siti Rogayah binti Yahya
Asal : Merlimau, Melaka
Tarikh Lahir : 24 April 1958

Latar Belakang Pendidikan :
1. Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Kimia)
Universiti Kebangsaan Malaysia (1982)
2. Diploma Pendidikan
Universiti Malaya (1984)

Pengalaman kerjaya :
1. Guru akademik (1985)
2. Ketua Panitia (1986 - 1988)
3. Ketua Bidang Sains dan Matematik (1989 - 2000)
4. Penyelia Petang (2001 2002)
5. Penolong Kanan HEM (2003)
6. Penolong Kanan Pentadbiran (2004-2005)
7. Pengetua DG 48 (2006-2008)
8. Pengetua DG 52 (2009-2011)
9. Pengetua Cemerlang DG54 (2012)


Refleksi Kepimpinan Pengetua SEMASHUR

Terdapat beberapa gaya kepimpinan Puan Siti Rogayah bt. Yahya yang telah
dikenalpasti berdasarkan temubual yang dijalankan bersamanya dan beberapa guru
SEMASHUR. Gaya-gaya kemimpinan yang diamalkan oleh beliau adalah berdasarkan
kepada situasi-situasi dan keperluan pada masa tersebut. Antaranya:

Kepimpinan autokratik
Dalam melaksanakan tugasnya sebagai pemimpin nombor satu sekolah, beliau perlu
memastikan guru-guru dan kakitangan sekolah dapat menerima arahannya terutama
ketika beliau perlu membuat keputusan dengan segera. Walau bagaimanapun, beliau
masih mengekalkan persefahaman yang baik bersama subordinatnya ketika
memberikan arahan.

Kepimpinan birokratik
Puan Siti Rogayah merupakan seorang pemimpin yang disegani kerana segala tindak
tanduknya dilakukan secara profesional. Segala urusan perkhidmatannya adalah
berpandukan kepada etika perkhidmatan awam dan berdasarkan kepada perintah-
perintah am dan surat-surat pekeliling perkhidmatan. Dalam erti kata lain, beliau
seorang yang bekerja by the book. Ini adalah penting dalam soal integriti perkhidmatan
awam.

Kepimpinan Karismatik
Puan Siti Rogayah adalah seorang pemimpin yang berwawasan dan sentiasa inginkan
perubahan yang positif dalam organisasi yang dipimpin olehnya. Ini dibuktikan dengan
kejayaan-kejayaan beliau melakukan perubahan di semua organisasi sekolah yang
pernah dipimpinnya dan sentiasa mendapat pujian atas daya usaha, wawasan dan
karisma yang ditunjukkan kepada semua guru dan kakitangan sekolah. Sebagai contoh,
beliau sama-sama terlibat secara langsung dalam memohon dana-dana bagi
menjayakan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah.




Kepimpinan Demokratik
Dalam membuat keputusan penting di sekolah, Puan Siti Rogayah sentiasa
mengamalkan konsep musyawarah bersama-sama semua guru dan kakitangan yang
terlibat dengan sesuatu aktiviti. Beliau mengambil kira dan mendengar pandangan
semua yang terlibat sebelum sesuatu keputusan dibuat. Sebagai contoh, beliau akan
memanggil semua penolong kanan beliau dan melibatkan mereka ketika ingin membuat
keputusan.

Kepimpinan Berorientasikan Tugas (Task-oriented)
Dalam memastikan aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah berjalan ancar, Puan Siti
Rogayah sentiasa terlibat dengan aktif apabila melaksanakan tugasan tersebut. Beliau
akan membuat perancangan yang teliti bagi mengelakkan pembaziran masa, wang dan
sumber manusia. Pada masa sama segala tugasan yang diberikan olehnya kepada
guru-guru dan kakitangan sangat berstruktur agar semua tugasan dapat diselesaikan
dengan cepat dan berkesan.

Kepimpinan Transformasional
Puan Siti Rogayah merupakan salah seorang pengetua yang terkenal dan sangat
disegani di negeri Selangor. Beliau sentiasa berusaha keras untuk mengubah sekolah
kepada situasi yang lebih baik. Perubahan pertama yang akan dilakukan oleh beliau
setiap kali ditugaskan di tempat baru ialah membuat penambahbaikan dari aspek fizikal
dan keceriaan organisasi tersebut.

Di SEMASHUR, Puan Siti Rogayah berusaha membuat penambahbaikan dari segi
pembangunan fizikal bangunan dan bilik-bilik khas. Bagi beliau, faktor fizikal bangunan
mencerminkan imej sesebuah organisasi. Di samping itu, ia memberikan persekitaran
yang memuaskan kepada semua ahli organisasi. Pembaikan telah dilakukan terhadap
bumbung dan blok bangunan sekolah yang mengalami kerosakan. Bagi menambahkan
keselesaan pelajar di asrama aspek keceriaan diberikan penekanan. Bilangan


pancuran mandi ditambah bagi mengurangkan kesesakan penggunaan bilik mandi
pada waktu puncak.

Rumusan / Penutup

Lawatan Penandaarasan (Best Practises) ke sekolah-sekolah berprestasi tinggi dan
kluster kecemerlangan merupakan suatu program yang dirancang oleh Jabatan
Pembangunan Staf, Pusat Pembangunan Organisasi untuk pensyarah-pensyarah
ambilan 2013. Antara objektif program ini diadakan adalah untuk memberi peluang
kepada pensyarah baharu untuk menambahkan ilmu serta pengalaman bagi
menyediakan diri sebagai pensyarah IAB yang lebih kompeten.

Program ini telah berjaya memberikan pengalaman berharga kepada pensyarah untuk
melihat keadaan sebenar gaya kepimpinan seseorang pemimpin sekolah. Melalui
aktiviti ini, pelbagai pengalaman dan input baharu akan diperoleh di samping
memperkayakan lagi ilmu, kemahiran dan soft skill pensyarah.

















Gambar Sekitar Lawatan SEMASHUR


Bersama Penolong Kanan Pentadbiran dan Ketua Pembantu Tadbir



Piala-piala kemenangan SEMASHUR









Formula 1 Bidang Kebitaraan SEMASHUR



Bersama Puan Pengetua SEMASHUR

You might also like