You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

TUGASAN PROJEK


TAJUK PROGRAM : PISMP

NAMA PELAJAR :




KOD DAN NAMA KURSUS:
PKB 3113 ISU DAN TRENDA DALAM
PENDIDIKAN KHAS


SEMESTER : 6


TARIKH MULA

28/7/2014

TARIKH AKHIR

05/9/2014


Hasil Pembelajaran Kursus

1. Menjelaskan pertimbangan yang perlu diambil dalam Pendidikan Murid-Murid Masalah
Pembelajaran.
2. Membuat perbandingan perkembangan Murid-Murid Masalah Pembelajaran dengan
kanak-kanak normal.
3. Menjelaskan ciri-ciri dan punca masalah Murid-Murid Masalah Pembelajaran serta
pendidikan yang sesuai.
4. Menganalisis isu-isu dan trenda-trenda yang berkaitan dengan pendidikan Murid-Murid
Masalah Pembelajaran.
5. Menghuraikan program-program Masalah Pembelajaran yang dilaksanakan di sekolah
/ institusi kerajaan, swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.

Kerja Kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 1, 4 dan 5



Objektif Projek


1. Menganalisis isu-isu dan trenda-trenda yang berkaitan dengan pendidikan Murid-Murid
Masalah Pembelajaran disebuah sekolah.
2. Menghasilkan satu kajian kualitatif terhadap seorang murid masalah pembelajaran di
sebuah sekolah .






Tugasan Projek

Kajian berasaskan bilik darjah merupakan salah satu usaha ke arah meningkatkan
profesionalisme guru Pendidikan Khas. Tujuan utama guru Pendidikan Khas mengetahui isu-isu
dan trenda dalam program Pendidikan Khas dan menjalankan kajian kualitatif terhadap murid
yang dikendalikan akan dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan juga kemahiran ke arah
melaksanakan satu pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.


Berdasarkan pernyataan di atas anda dikehendaki:

1. Menyediakan instrumen senarai semak berhubungkait dengan isu-isu dan trenda-trenda
murid pendidikan khas di sebuah sekolah yang anda pilih.
(Tugasan Kumpulan 30%)

2. Menghasilkan satu kajian berbentuk kualitatif (kes /tindakan) berkaitan dengan isu-isu dan
trenda yang anda pilih.
(Tugasan Individu 70%)

Panduan Pelaksanaan Projek

1. Tugasan ini adalah tugasan individu dan berkumpulan ( 2 orang bagi setiap kumpulan)

2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.

3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :

3.1 Muka depan hendaklah mengikut templat terkini
3.2 Font Arial
3.3 Saiz huruf ialah 11
3.4 Langkau satu setengah baris
3.5 Rujukan mengikut APA

4. Panjang tugasan anda tidak kurang 20 muka surat.

5. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan muka surat

6. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

7. Tugasan ini membawa markah 100 dan wajaran 50 %



Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut :

1. Penguasaan kandungan yang meliputi aspek berikut :
- ketepatan isi
- kesesuaian penggunaan konsep/teori yang berkaitan
- liputan skop yang luas dan menyeluruh
- menunjukkan penguasaan prosedur
- menunjukkan kemahiran kandungan
- mencerakinkan isi dengan jelas
- dapat menunjukkan perkaitan dengan ilmu yang dipelajari

2. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda
hendaklah dikemukakan.

3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulinan dengan sokongan ilmiah

5. Format jelas dan koheren

6. Penulisan harus menunjukkan kematangan berhujah, kefasihan bahasa, laras
bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan tanda baca dan ejaan.
7. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta memenuhi
kehendak tugasan.





Tugasan disediakan oleh Disemak oleh:

............................................................ ............................................................
(HJH. SATARIAH BT. KAMIS) (DR. MOHD. ANUAR BIN ABDULLAH)
Pensyarah Pakar Bidang (SME) Pendidikan Khas
Unit Pendidikan Khas
IPG Kampus Ipoh



Disahkan oleh:


......................................................
( ZULKUFLI BIN MAHYUDDIN )
Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Ipoh

You might also like