You are on page 1of 1

SEJARAH SABAH DAN SARAWAK 1941- 2000 [SJH3053] 850624-13-5650

1

1.0 PENGENALAN
Usia Malaysia baharu mencecah 51 tahun apabila menjelangnya tarikh
16 September. Sudah 5 dekad
1
lamanya Semenanjung Tanah Melayu kekal
bergabung bersama negeri Sabah dan Sarawak, yang mulanya dikenali
dengan nama Persekutuan Malaysia.

Mungkin generasi alaf 21 tidak ramai yang tahu, terdapat banyak
lipatan sejarah yang menghiasi dalam mendirikan asas Malaysia yang ada
sekarang. Antaranya ialah, pada tahun 16 September 1963, Persekutuan
Malaysia merupakan gabungan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan
Singapura. Namun begitu, pada 9 Ogos 1965, Singapura disingkirkan dari
Malaysia apabila Tuanku Abdul Rahman menjangkakan mengekalkan
Singapura dalam Malaysia bakal mengundang rusuhan perkauman yang lebih
dashyat lagi dari Rusuhan Kaum Singapura 1964.
2


Kita kenali pula dua buah negeri yang bersekutu dengan Tanah
Melayu sehingga sekarang, iaitu Sabah dan Sarawak. Kedua- dua negeri ini
terletak di Pulau Borneo, iaitu pulau ketiga yang terbesar di dunia. Sarawak
dipisahkan sejauh 600Km dari Semenanjung Malaysia oleh Laut Cina Selatan
di sebelah barat dan bersempadan dengan negeri Sabah di timur laut,
kesultanan Brunei di utara dan Kalimantan, Indonesia di sebelah timur.

Negeri Sabah adalah salah satu daripada 13 negeri yang terdapat di
Malaysia dan merupakan negeri kedua terbesar. Sabah dikenali sebagai
Negeri di Bawah Bayu kerana kedudukan negeri tersebut yang sangat
strategik di bawah laluan angin monsun. Manakala, Negeri Sarawak dikenali
dengan gelaran Bumi Kenyalang merupakan salah satu daripada 14 negeri.
Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Sarawak merupakan
satu daripada dua negeri yang mendirikan Malaysia Timur.

1
Dewan Bahasa dan Pustaka. Pusat Rujukan Persuratan Melayu: Kamus Bahasa Melayu (Kamus Online). Diakses pada 15
Ogos 2014, atas talian http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=dekad Dekad didefiniskan sebagai jangka masa sepuluh tahun
atau dasawarsa.

2
Rusuhan Kaum ini berlaku semasa perayaan menyambut Hari Kelahiran nabi Muhammad. Ia tercetus apabila seseorang
membaling botol ke arah perarakan dan rusuhan ini berlaku pada 21 Julai 1964. Perintah berkurung bermula 23 Julai, dan
hanya ditarik semula sepenuhnya pada 2 Ogos, iaitu selepas 11 hari. Namun begitu, seramai 45 orang melanggar perintah
berkurung tersebut telah dipenjarakan. Seramai 23 orang terbunuh dan 460 orang lagi cedera.

You might also like