You are on page 1of 4

Review artiek journal Odd-Egil O, Grethe M. Lars E, Ingar H, and Roald B. (2005).

Exercise to prevent
lower limb injuries in youth sports [ senaman untuk mencegah kesederaan bahagian bawah badan di
kalangan remaja yang terlibat dalam sukan].
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan program memanaskan badan yang
direka untuk mengurangkan kecederaan bahagian lutut dan buku lali remaja yang melibatkan diri
dalam sukan. Seramai 1837 pemain bola baling dari Norway (808 perempuan dan 150 lelaki)
berumur antara 15 hingga 17 tahun melibatkan diri dalam kajian ini. Daripada jumlah tersebut 879
(778 perempuan dan 101 lelaki)pemain diletakkan dalam kumpulan kawalan. Pengukuran dalam
kajian ini ialah kadar kecederaan akut lutut atau buku lali. Keputusan kajian menunjukkan, semasa
musim permainan 129 kecederaan akut lutut atau buku lali telah direkodkan, 81 kecederaan dikesan
dalam kumpulan kawalan manakala 48 kecederaan lagi dikesan dalam kumpulan kajian. Kesimpulan
kajian menunjukkan, program memanaskan badan yang dirancang dapat mengurangkan kecederaan
lutut dan buku lali di kalangan remaja yang melibatkan diri dalam sukan. Latihan pencegahan ini
perlu diperkenalkan sebagai sebahagian daripada program sukan remaja.
Kesimpulannya kajian ini, telah menambahbaik kajian-kajian yang dijalankan sebelum ini. Ini kerana,
melalui kajian ini kesedaran mengenai pencegahan kecederaan lutut dan buku lali telah bertambah.
Selain itu, kecederaan ini juga telah dapat dikurangkan sekurang-kurangnya sebanyak 50% dengan
program memanaskan badan yang telah direka ini. Keputusan kajian ini juga boleh digunakan kepada
sukan lain yang mempunyai risiko kecederaan lutut dan buku lali yang sama seperti sukan bola
baling.
Namun begitu, program memanaskan badan ini, hanya sesuai untuk digunakan untuk mengatasi
kecederaan lutut dan buku lali yang berpunca daripada pendaratan dan pergerakan sahaja. Selain itu,
program ini hanya sesuai untuk dilaksanakan kepada remaja yang berumur antara 15 hingga 17
tahun sahaja.

Review artikel journal Cynthia R. LaBella, Michael R. Huxford, Joe Grissom, Kwang-Youn Kim, Jie Peng,
and Katherine Kaufer Christoffel. (2011). Effect of Neuromuscular Warm-up on Injuries in Female
Soccer and Basketball Athletes in Urban Public High Schools [kesan memanaskan otot saraf ke atas
kecederaan dalam bola sepak perempuan dan atlet bola keranjang di sekolah tinggi awam kawasan
Bandar]. Arch Pediatr Adolesc Med/Vol 165(11): 1033-1040.
Cynthia R. LaBella, Michael R. Huxford, Joe Grissom, Kwang-Youn Kim, Jie Peng, and Katherine Kaufer
Christoffel, (2011) telah menjalankan kajian mengenai kesan memanaskan otot saraf ke atas
kecederaan dalam bola sepak perempuan dan atlet bola keranjang di sekolah tinggi awam di
kawasan bandar. Kajian ini dijalankan untuk menentukan keberkesanan latihan yang dimula dengan
memanaskan otot saraf untuk mengurangkan kecederaan bahagian bawah badan (LE) di kalangan
athlet wanita yang bercampur etnik dan kebanyakannya penduduk bandar berpendapatan rendah.
Seramai 90 orang jurulatih dan 1492 atlet berjaya menyiapkan kajian ini. Pemilihan sekolah dilakukan
secara rawak untuk menentukan kumpulan kajian dan kumpulan kawalan. Kajian ini mengukur
pendedahan/penglibatan atlet dalam latihan dan pertandingan (AEs) dan punca LE yang
menyebabkan atlet tidak menyertai sesi latihan. Pengukuran ini dilakukan melalui laporan yang
ditulis olej jurulatih pada setiap minggu. Keputusan kajian menunjukkan kumpulan kajian mempunyai
kadar per 1000 AEs yang lebih rendah pada peringkat permulaan LE, akut kecederaan LE yang tidak
melibatkan sentuhan, kecederaan ketegangan buku lali yang tidak melibatkan sentuhan dan
kecederaan LE yang dirawat menggunakan pembedahan. Kesimpulan kajian ini menunjukkan, latihan
yang dimulakan dengan memanaskan otot saraf mengurangkan kecederaan LE yang tidak
melibatkan sentuhan di kalangan pemain bola sepak perempuan sekolah tinggi dan atlet bola
keranjang yang bercampur etnik, dan kebanyakannya penduduk bandar berpendapatan rendah.
Justeru itu kajian ini penting kepada jurulatih untuk memilih langkah pencegahan kecederaan kepada
atlet bola sepak dan bola keranjang. Perkara ini sangat penting kerana apabila kecederaan dapat
dicegah, kos merawat kecederaan dapat dikurangkan dan prestasi atlet dapat ditingkatkan sehingga
mencapai tahap optimum. Namun begitu, kajian ini boleh ditambahbaik dengan menyatakan
pengurangan kecederaan mengikut bangsa. Ini kerana, kajian ini telah melibatkan etnik yang pelbagai
seperti African American, Hispanic, White dan bangsa lain. Dengan itu, data yang dikutip ini akan
menjadi lebih terperinci dan dapat memberikan maklumat yang lebih banyak dan pelbagai.
Kesimpulannya, kajian seperti ini perlu diteruskan dan diperluaskan lagi sebelum satu kesimpulan
dapat dilakukan. Ini kerana, terdapat banyak lagi data yang boleh diperoleh daripada kajian ini.


Review artikel journal Erik J. T., Alphons G. Kessels., Muriel D. Lezak,, Barry D. Jordan,, and Jaap
Troost. (1999). Neuropsychological Impairment in Amateur Soccer Players [Kemerosotan
neuropsikologikal ke atas pemain bola sepak amatur]. The Journal of American Medical Association,
Vol 282, No. 10.
Erik J. T., Alphons G. Kessels., Muriel D. Lezak,, Barry D. Jordan, and Jaap Troost. (1999) telah
menjalakan satu kajian mengenai kemerosotan neuropsikologikal ke atas pemain bola sepak amatur.
Kajian ini dijalankan kerana, kombinasi tidak sedarkan diri dalam bola sepak dengan bilangan
tandukan mempunyai risiko untuk mengalami kecederaan trauma otak yang kronik (Chronic
traumatic brain injury (CTBI)). Objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan bukti sama ada pemain
bola sepak amatur mempunyai kecederaan trauma otak yang kronik. Seramai 33 orang pemain bola
sepak amatur dan 27 orang atlet amatur (renang dan trek) di Netherlands terlibat dalam kajian ini.
Kajian ini mengukur prestasi pemain bola sepak dalam 16 ujian neuropsikologikal yang mempunyai
27 hasil. Keputusan kajian menunjukkan pemain bola sepak amatur mempunyai kemerosotan
prestasi dalam ujian merancang dan ingatan berdanding kumpulan kawalan. Dalam kalangan pemain
bola sepak tersebut, Sembilan orang pernah tidak sedar diri disebabkan bola sepak dan tujuh orang
pernah mengalami 2 hingga 5 kali tidak sedarkan diri sepanjang kerjaya mereka. Bilangan tidak
sedarkan diri ini mempunyai kaitan ke atas 6 daripada ujian psikologikal tersebut. Kesimpulannya,
kajian ini menunjukkan bahawa penglibatan pemain bola sepak amatur secara umumnya, dan tidak
sedarkan diri khususnya boleh menyebabkan kemerosotan prestasi dalam ingatan dan fungsi
merangcang.
Kekuatan kajian ini adalah, isu utama kajian. Kajian ini adalah mengenai kemerosotan
neuropsikologikal yang berlaku ke atas pemain bola sepak. Bola sepak merupakan sukan yang sangat
popular dan mempunyai jutaan pengikut. Menurut tinjauan yang dilakukan oleh Federation
International Football Association (FIFA) ke atas 207 ahlinya pada tahun 2000 mendapati 265 million
orang yang bermain bola. Ini merupakan satu jumlah yang besar. Jadi adalah penting untuk setiap
orang yang bermain bola sepak mengetahui risiko kecederaan dalam permainan tersebut. Ini boleh
membantu mereka melakukan pencegahan untuk mengelakkan diri dari kecederaan. Ini kerana
mencegah adalah lebih baik daripada merawat.
Selain itu, isu kecederaan neuropsikologikal ini merupakan sesuatu yang penting. Ini kerana, ia boleh
mempengaruhi tiga fungsi system. Pertama ialah intelek, yang memberi maklumat mengenai tingkah
laku. Kedua ialah emosi, yang melibatkan perasaan dan motivasi dan ketiga ialah kawalan iaitu
mengawal tingkah laku. Oleh itu, penting untuk seseorang itu untuk mengetahui factor-faktor yang
boleh menyebabkan kecederaan ini supaya mereka boleh mengelaknya.
Kesimpulannya, kajian ini merupakan kajian yang sangat berguna dan penting kepada bidang sukan
dan perubatan. Justeru itu, kedua-dua pakar dalam bidang ini perlu melakukan kajian mengenai
langkah pencegahan yang boleh diambil, memandangkan bola sepak ini mempunyai pengaruh yang
sangat besar.

Review artikel journal Marc A. S, and Thomas M.B. (2004). A Comparison of 2 Rehabilitation
Programs in the Treatment of Acute Hamstring Strains [Perbandingan 2 program pemulihan dalam
rawatan kekejangan akut hamstring]. Orthop Sports Phys Ther. Vol 34. No 3. March 2004: 116-125
Kajian ini dilakukan untuk menilai dua program pemulihan dalam rawatan kecederaan akut
hamstring. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan dua program pemulihan kekejangan
hamstring beradasarkan penilaian masa yang diambil dan kadar kecederaan berulang bagi tempoh
dua minggu pertama dan satu tahun kemudian selepas melibatkan diri semula dalam sukan. Tujuan
lain ialah untuk menyiasat hubungan antara fungsi ujian prestasi dan masa untuk kembali melibatkan
diri dalam sukan dan kadar kecederaan berulang selepas kembali melibatkan diri dalam sukan.
Seramai 24 orang atlet menyertai kajian ini. Atlet dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan
pertama mengandungi 11 atlet yang menjalani regangan static, pembangunan progresif hamstring
senaman ketahanan dan rawatan ais (STST Group). Manakala 13 atlet menjalani pembangunan
progresif kelenturan senaman kestabilan bahagian atas dan rawatan ais (PATS group). Keputusan
menunjukkan kumpulan STST mengambil masa 37.4 - 27.6 hari manakala kumpulan PAtS mengambil
masa 22.2 - 8.3 hari. Dalam tempoh dua minggu pertama selepas kembali melibatkan diri dalam
sukan, seramai enam orang atlet dari kumpulan STST mengalami kecederaan hamstring berulang
selepas dan tiada seorang pun yang mengalaminya bagi kumpulan PATS. Kecederaan hamstraing
berulang dalam tempoh satu tahun selepas kembali melibatkan diri dalam sukan pula ialah seramai
tujuh orang bagi kumpulan STST dan hanya seorang bagi kumpulan PATS. Kesimpulannya program
pemulihan rawatan kecederaan akut hamstring kumpulan PATS lebih berkesan berbanding kumpulan
STST dalam kembali melibatkan diri dalam sukan dan mengelak kecederaan kekejangan akut
hamstring berulang semula bagi atlet.
Kesimpulannya, kajian ini sangat berguna sebagai panduan untuk jurulatih dan atlet memilih rawatan
yang berkesan bagi merawat kecederaan kekejangan hamstring. Ini kerana, melalui program
pemulihan rawatan kecederaan yang betul dan tepat akan dapat membantu atlet untuk kembali
melibatkan diri dalam sukan dengan risiko kecederaan berulang yang rendah. Namun begitu kajian
klinikal seterusnya perlu juga dilakukan untuk melihat potensi program pembangunan progresif
kelenturan senaman kestabilan bahagian atas dan rawatan ais untuk menghalang kecederaan
hamstring semasa bersukan perlu dilakukan.



Review artikel Marc A.S., Thomas M.B., Amy S., Darryl G.T., Bryan C.H. (2011). Hamstring Strains:
Basic Science and Clinical Research Applications for Preventing the Recurrent Injury [kekejangan
hamstring: Asas Sains dan Kajian Aplikasi Klinikal untuk mencegah kecederaan berulang]. Strength
and Conditioning Journal. Vol 33(11) No 3.
Satu kajian yang telah dijalankan oleh National Collegiate Athlectic Assiciation Injry Surveilance
System menunjukkan bahawa 62% atlet lelaki kolej mudah mendapat kecederaan hamstring
berdanding atlet wanita. Oleh itu, Marc A.S., Thomas M.B., Amy S., Darryl G.T., Bryan C.H. (2011)
telah menulis satu artikel bertajuk kekejangan hamstring: Asas Sains dan Kajian Aplikasi Klinikal untuk
mencegah kecederaan berulang. Tujuan artikel ini adalah untuk menunjukkan saiz dan skop
kekejangan hamstring ini melalui pelbagai jenis kemalangan dalam sukan dan kesukaran untuk
kembali melibatkan diri tanpa mengalami kemerosotan prestasi dan risiko kecederaan berulang.
Atrikel ini menunjukkan risiko untuk mendapatkan kecederaan hamstring adalah melalui tahap
persaingan atlet dan umur. Selain itu kecederaan hamstring laying lama juga menjadi penyumbang
risiko kecederaan berulang. Artikel ini juga menjelaskan bahawa hamstring selalu terjadi ketika
berlari. Kecederaan ini selalu berlaku disepanjang sambung otot tendon. Ini menyebabkan tisu
disekitar kawasan tersebut rosak.. oleh itu, satu program pemulihan yang melibatkan latihan
memanaskan badan dinamik dan latihan menguatkan bahagian atas badan perlu dilakukan. Selain
itu, pengambilan sarcomeres juga digalakkan supaya tendon dan otot boleh bekerja lebih lama dan
meningkatkan magnitude kelenturan.

Kesimpulannya artikel ini sangat berguna untuk mengatasi masalah kecederaan hamstring yang
selalu berlaku di kalangan atlet. Melalui artikel ini atlet boleh melakukan program latihan bagi
memulihkan kecederaan ini dan mengelakkannya berulang semula. Ini seterusnya membantu
meningkatkan prestasi atlet ke tahap optimum.


Review artikel journal Hassan I and Dorani B.J (2001). Sports related fractures in children in north
east England [Kepatahan berkaitan sukan di kalangan kanak-kanak di selatan utara England]. Emerg
Med J 2001;18:167-171.
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menerangkan epidemiologi kepatahan di kalangan kanak-
kanak yang berkaitan sukan yang boleh dilihat di hospital awam bahagian kemalangan dan
kecemasan. Kajian ini dijalankan ke atas kanak-kanak yang berumur 5 hingga 10 tahun yang
mengalami kepatahan berkaitan sukan daripada 1 September 1997 hingga 31 Ogos 1998. Keputusan
menunjukkan, seramai 255 orang kanak-kanak berumur 5 hingga 15 tahun mengalami kepatahan
berkaitan sukan sepanjang tempoh kajian dijalankan. Secara keseluruhannya, bola sepak, kasut roda,
basikaldan bola jaring merupakan penyebab utama berlaku patah. Tempat paling tinggi berlakunya
kecederaan ialah kawasan perumahan. Kebanyakkan kepatahan ini berlaku di bahagian atas anggota
badan. Kesimpulan kajian ini ialah, kanak-kanak kelima yang mengalami kecederaan berkaitan sukan
ialah kepatahan. Pelbagai factor boleh mendorong kepada peningkatan kemalangan berkaitan sukan
yang menyebabkan kepatahan ini.
Kesimpulannya, kajian ini boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa dan jurulatih mengenai sukan
yang boleh mendatangkan risiko kepatahan kepada kanak-kanak. Selain itu ibu bapa juga boleh
membantu mengurangkan jumlah kanak-kanak yang mengalami kepatahan ini dengan memberi
tumpuan kepada aktivti yang dilakukan mereka semasa berada di rumah. Ini kerana kajian
menunjukkan kawasan perumahan merupakan tempat utama berlakunya kecederaan.

You might also like