You are on page 1of 2

PERMAINAN TRADISIONAL

Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang


dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan
permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang
kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara
permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu
bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh
kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah , congkak,
wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain.
Thursday, March 22, 2007
Permainan Batu Seremban
Pengenalan

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering
dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan
sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan
seramai dua hingga empat orang atau lebih.

Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-
ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima
biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.


Cara Bermain
Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa
peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat
pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai
buah satu hinggalah kepadaperingkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas
dinamakan buah tujuh.
Posted by bib at 6:08 PM 9 comments:
Permainan Gasing
Pengenalan
Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan.
Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring
atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing
Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Kanak-kanak lebih gemar dengan
gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.

You might also like