You are on page 1of 46

TAJUK:

SEJARAH PENDIDIKAN
NEGARA
1. LATAR BELAKANG

• PENDIDIKAN AWAL - SEKOLAH PONDOK


DAN SEKOLAH ARAB/MADRASAH
contoh: - Pondok Langgar - Pokok Sena,
Kedah
- Pondok Bukit Mertajam,
Seberang Perai
- Pondok Tok Kenali, Kelantan
- Madrasah Al-Masyhor, P. Pinang
- Madrasah Ehya as-Sharif, Gunung
Semanggol, Bagan Serai, Perak
2. ZAMAN PENJAJAHAN BRITISH

• SEKOLAH INGGERIS
Contoh: - King Edward VII, Taiping, Perak
- Clifford School, Kuala Lipis,
Pahang

•SEKOLAH MISSIONARY
Contoh: - St. George, Taiping, Perak
- St. Anne, Labuan
•SEKOLAH VENAKULAR
(Sekolah yang menggunakan bahasa
ibunda dalam pelaksanaan P & P di
sekolah)

SEKOLAH MELAYU
Menggunakan Bahasa Melayu
contoh: Sekolah Melayu Gelugor,
Pulau Pinang
Sekolah Melayu Teluk Belanga,

Singapura
SEKOLAH CINA
- Menggunakan Bahasa
Cina/Mandarin (Kuo Yu) sebagai
bahasa ibunda
- Guru-guru dan buku teks diimport
dari negeri China

Contoh:
SJK (C) Hua Lian, Taiping, Perak
SJK (C) Chung Hwa, Kota Bharu
SEKOLAH TAMIL
- menggunakan bahasa Tamil
sebagai bahasa ibunda
- Guru-guru dan buku teks diimport
dari India

Contoh: SJK(T) Manikavasagam, Tg.


Malim
3. MENJELANG MERDEKA
•ORDINAN PELAJARAN 1952
Ditbuhkan untuk mengkaji pandangan
dalam Laporan Barnes (1949) dan Laporan
Fenn-Wu (1951)
Antara cadangannya ialah:
- Dua jenis sistem sekolah hendaklah
ditubuhkan:
- Satu jenis sekolah menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar
- Pelajaran bahasa Cina dan
bahasa Tamil akan disediakan
jika terdapat 15 orang murid
atau lebih yang ingin belajar
bahasa ibunda mereka
- Bahasa Melayu wajib diajar di
sekolah Inggeris dan bahasa
Inggeris wajib diajar di sekolah
Melayu
4. LAPORAN RAZAK (RAZAK REPORT-1956)

- Pilihanraya 1955 telah dimenangi oleh Parti


Perikatan. Oleh itu untuk menunaikan janji
pilihanraya memberikan satu sistem
pelajaran yang sama bagi semua penduduk
maka kerajaan Perikatan telah munubuhkan
Jawatankuasa Pendidikan 1956 yang
dikenali sebagai LAPORAN RAZAK
4.1 TUJUAN UTAMA:

1. Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa


Kebangsaan
2. Untuk melahirkan perpaduan antara kaum
3. Menyediakan kemudahan pelajaran yang
mencukupi
4. Mewujudkan satu sistem pengurusan
pendidikan yang lebih cekap dan berkesan.
5. Merapatkan jurang antara kaum di Tanah
Melayu
6. Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi,
berdisiplin, terlatih, liberal & progresif
7. Untuk memenuhi keperluan negara yang
merdeka dan memperkembangkan sistem
pendidikan
4.2 SYOR-SYOR:

1. MENTERI PELAJARAN BERTANGGUNGJAWAB


TERHADAP PELAJARAN MENENGAH DAN
LATIHAN PERGURUAN SERTA DASAR
PELAJARAN KEBANGSAAN

2. PIHAK BERKUASA PELAJARAN TEMPATAN


BERTANGGUNGJAWAB BAGI PELAJARAN
RENDAH DAN PERTUKANGAN

3. MENUBUHKAN JEMAAH NAZIR SEKOLAH


4. LEMBAGA PENGELOLA SEKOLAH AKAN
DITUBUHKAN BAGI SEMUA SEKOLAH

5. PENUBUHAN DUA JENIS SEKOLAH SAHAJA


IAITU SEKOLAH RENDAH PERSENDIRIAN ATAU
YANG MENERIMA BANTUAN DAN SEKOLAH
MENENGAH PERSENDIRIAN ATAU YANG
MENERIMA BANTUAN

6. GURU-GURU AKAN DILATIH DI BAWAH


RANCANGAN YANG SAMA
7. SEKOLAH RENDAH DITUKAR MENJADI
SEKOLAH UMUM DAN BAHASA MELAYU
SEBAGAI BAHASA PENGANTAR. SEKOLAH
JENIS UMUM MENGGUNAKAN BAHASA
IBUNDA SEBAGAI BAHASA PENGANTAR.
SEKOLAH RENDAH YANG BUKAN UMUM
AKAN TERUS DIBERI BANTUAN OLEH
KERAJAAN DALAM TEMPOH PERALIHAN
8. BAHASA MELAYU DAN BAHASA
INGGERIS DIJADIKAN MATA PELAJARAN
WAJIB DI SEMUA SEKOLAH RENDAH DAN
SEKOLAH MENENGAH

9. PELAJARAN MENENGAH LANJUTAN DAN


SAMBILAN AKAN DIADAKAN. PELAJARAN
TEKNIK DISUSUN SEMULA & DIMAJUKAN
LAGI.
10. PENUBUHAN SATU JENIS SEKOLAH MEN.
KEBANGSAAN (SMK) YANG TERBUKA
KEPADA SEMUA BANGSA DAN
MENGGUNAKAN SATU SUKATAN
PELAJARAN YANG SAMA DAN SATU
KURIKULUM YANG BOLEH DIMASUKKAN
PELAJARAN SEMUA BAHASA DAN
KEBUDAYAAN.
11. PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN
RENDAH DAN SIJIL PELAJARAN
TANAH MELAYU AKAN MULA DIAMBIL
OLEH CALON DARI SEMUA SEKOLAH
MENENGAH.

12. SAIZ SEKOLAH DAN BILIK DARJAH


DIKAWAL DAN SATU PENYELESAIAN
SECARA BERHATI-HATI TERHADAP
MASALAH KANAK-KANAK LEBIH UMUR
DI SEKOLAH
13. DIADAKAN USAHA BAGI
MENGGALAKKAN KEMAJUAN BAHASA
KEBANGSAAN DAN MENAMBAH
PENGETAHUAN MENGENAINYA BAGI
SEMUA PENDUDUK PERSEKUTUAN.

14. BERUSAHA MENJADIKAN SEMUA


SEKOLAH BERORIENTASIKAN TANAH
MELAYU DAN MEMPERKENALKAN
SUKATAN PELAJARAN SERTA JADUAL
WAKTU YANG SAMA BAGI SEMUA SEKOLAH.
4.3 IMPLIKASI LAPORAN RAZAK

1. BANTUAN YANG SAMA KEPADA SEMUA


SEKOLAH TANPA MENGIRA BAHASA
PENGANTAR
2. PERKEMBANGAN PELAJARAN TEKNIK
AKAN MELAHIRKAN PEKERJA YANG
MAHIR

3. PENGGUNAAN SUKATAN PELAJARAN


YANG SAMA BERTUJUAN MEWUJUDKAN
STANDARD PELAJARAN YANG SAMA
4. PELAJARAN BAHASA KEBANGSAAN YANG
DIWAJIBKAN ADALAH UNTUK MELAHIRKAN
ANAK MUDA YANG BERSEMANGAT
KEBANGSAAN DAN MEMUPUK
PERSEFAHAMAN MENDALAM DI KALANGAN
PENDUDUK PELBAGAI KAUM

5. PENDIDIKAN MENENGAH DIBAHAGIKAN


KEPADA MENENGAH RENDAH, MENENGAH
ATAS DAN PRAUNIVERSITI
6. DENGAN PENGAJARAN BAHASA
INGGERIS DI SEMUA SEKOLAH, PELUANG
BAGI PELAJARAN TINGGI ADALAH TERBUKA
KEPADA SEMUA

7. PENUBUHAN PIHAK BERKUASA PELAJARAN


TEMPATAN BERTUJUAN MENGALAKKAN
LEBIH RAMAI LAGI INDIVIDU TEMPATAN
MENGAMBIL BAHAGIAN MENGGALAKKAN
PELAJARAN RENDAH
8. PENUBUHAN JEMAAH NAZIR BEBAS DAPAT
MEMELIHARA MUTU PELAJARAN

9. EMPAT PEPERIKASAAN UTAMA AKAN


DIDUDUKI OLEH PELAJAR SEKOLAH:
a. PEPERIKSAAN KEMASUKAN SEKOLAH
MENENGAH TANAH MELAYU - pada akhir
peringkat sekolah dasar
b. SIJIL RENDAH PELAJARAN - setelah tiga
tahun di sekolah menengah
c. SIJIL PELAJARAN MALAYSIA - setelah
tamat dua tahun di menengah atas
d. SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN - setelah
tamat pendidikan prauniversiti selama
dua tahun, bagi melayakkan diri
memasuki universiti.
10. APABILA BAHASA MELAYU
DIWAJIBKAN BAGI SEMUA SEKOLAH
RENDAH DAN MENENGAH, MAKA
TERTUBUHLAH:
a. INSTITUT BAHASA DI LEMBAH
PANTAI, KUALA LUMPUR BAGI
LATIHAN GURU BAHASA MELAYU
b. DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
BAGI MENINGKATKAN LAGI
PERKEMBANGAN DAN PENGAJIAN
BAHASA MELAYU
4.4 ANALISIS LAPORAN RAZAK

1. FALSAFAH DAN KANDUNGAN


- Untuk menyatukan budak-budak dari semua
bangsa di bawah sistem pelajaran kebangsaan
yang bahasa pengantarnya bahsa kebangsaan
- Ke arah pembentukan satu sistem pelajaran
kebangsaan
- Semua sekolah ke arah sukatan pelajaran yang
sama dan untuk peperiksaan yang sama, satu
bahasa akan digunakan
2. SATU KOMPROMI DASAR
- mencadangkan satu sistem pendidikan
yang bersifat nasional dari segi ruang
lingkup dan kandungannya
- memberi pengiktirafan bahasa Melayu
sebagai kebangsaan dan dalam masa yang
sama mengekalkan/mempertahankan
pertumbuhan bahasa dan kebudayaan
masyarakat lain yang tinggal di negara ini
- satu hasil daripada dasar manipulasi dan
tolak ansur politik
3. INOVASI STRUKTUR DAN ORGANISASI
- Semua aspek pendidikan diletakkan di
bawah kuasa kerajaan pusat dan Menteri
Pelajaran bertanggungjawab ke atasnya
- Semua sekolah tidak mengira kategori
tertakluk kepada pemeriksaan kerajaan.
Tindakan ini menamatkan dasar autonomi
yang dinikmati oleh sekolah yang
dahulunya bebas daripada bantuan dan
kawalan kerajaan
- Sekolah rendah dibahagikan kepada dua
jenis: sekolah standard yang bahasa
pengantarnya bahasa kebangsaan dan satu
lagi sekolah jenis standard bahasa
pengantarnya bahasa Cina. Tamil dan
Inggeris
- Tiga jenis kursus dicadangkan di sekolah
menengah iaitu akademik, vokasional dan
teknikal
- Kandungan kurikulum dan jadual waktu
yang sama bagi semua sekolah
4. NEOKOLONIALISME
- Laporan Razak memperakukan sekolah
rendah standard bahasa pengantarnya
adalah bahasa kebangsaan. Bahasa Inggeris
adalah mata pelajaran wajib dalam pelajaran
[di sekolah tersebut]

- Bagi sekolah rendah jenis standard yang


bahasa pengantarnya ialah bahasa Cina,
Tamil dan bahasa kebangsaan, maka bahasa
Inggeris wajib diajar [di sekolah tersebut]
- Sebagai kesimpulan Laporan Razak masih
mengekalkan jurang persekolahan kerana
masih terdapat empat aliran bahasa di
sekolah rendah. Ini bermakna ia masih
mengekalkan status-quo bahasa-bahasa lain
dalam sistem pendidikan rendah dan
merupakan satu ciri yang diwarisi dari sistem
penjajahan Inggeris.
4.5 REAKSI LAPORAN RAZAK

1. ORANG MELAYU
- Tidak puas hati dan syak wasangka
kerana Laporan Razak tidak cukup berani
dalam erti kata sanggup menentang
kedudukan bahasa Inggeris di sekolah
- UMNO Johor menentang Laporan Razak
kerana beranggapan membahayakan
bangsa Melayu
- Kesatuan Persekutuan Guru-Guru Melayu
Semenanjung (KPGMS) menentang
Laporan Razak kerana berasa terhina
apabila Laporan Razak ditulis dalam
bahasa Inggeris.
2. ORANG CINA & INDIA
- Penentangan LR berkaitan dengan
bahasa pengantar di sekolah
- Kesatuan Guru-Guru Sekolah Cina dan
akhbar berbahasa Cina membuat
tentangan awal terhadap Laporan Razak
khususnya berhubung Perenggan 12
yang memperakukan bahawa objektif
akhir dasar pelajaran kebangsaan ialah
menjadikan bahasa kebangsaan
[bahasa Melayu] sebagai bahasa
pengantar utama di sekolah.
- Kesatuan Guru-Guru Sekolah Tamil
menentang LR kerana takut dengan
terlaksananya Laporan tersebut,
kemajuan sekolah Tamil akan terencat
3. PANDANGAN PARTI POLITIK

- PAS : Menetang LR kerana tiada jaminan


dibuat bahawa bahasa Melayu akan
dijadikan bahasa kebangsaan atau bahasa
rasmi dalam masa 10 tahun negara
mencapai kemerdekaan. Kedua LR
membenarkan bahasa lain di jadikan
bahasa pengantar di sekolah bermakna
bahasa tersebut secara tidak langsung
diiktiraf sebagai bahasa rasmi negara.
Ketiga LR tidak memberi apa-apa perakuan
bahawa taraf bahasa Inggeris akan
diturunkan
- PPP: mendesak bahasa pengantar di sekolah
diberi dalam bahasa ibunda, layanan yang
sama kepada semua institusi pendidikan dan
peluang pekerjaan yang sama bagi semua
murid dari sekolah yang diiktiraf.

- MCA: menggesa supaya kerajaan menerima


bahasa Cina sebagai bahasa rasmi negara,
memberi layanan yang sama kepada sekolah-
sekolah Cina.
5.0 LAPORAN RAHMAN TALIB (1960)

- BERPERANAN MENGKAJI SEMULA LAPORAN


RAZAK YANG DIKETUAI OLEH EN. ABDUL
RAHMAN TALIB, MENTERI PELAJARAN
KETIKA ITU.

SYOR-SYOR (TERMAKTUB DALAM AKTA


PELAJARAN 1961)
1. Pelajaran rendah percuma untuk semua
kanak-kanak bermula pada tahun 1962
2. Semua sekolah rendah bantuan akan
ditukar menjadi sekolah kebangsaan (SK) dan
sekolah rendah jenis kebangsaan (SRJK)
3. Umur berhenti sekolah dinaikkan kepada
15 tahun dengan mengadakan sekolah
pelajaran lanjutan. Ini membolehkan murid-
murid menyambung pelajaran selama tiga
tahun lagi dengan penekanan pelajaran seni
perusahaan

4. Murid-murid dinaikkan darjah secara


automatik dengan syarat diadakan
peperiksaan sekurang-kurangnya sekali
sepenggal dan peperiksaan tahunan
5. Bantuan separuh kepada sekolah
menengah (yang tidak mematuhi) akan
ditamatkan mulai 1 Januari 1962. Sekolah
swasta dibenarkan terus berfungsi dengan
syarat yang ditetapkan

6. Semua peperiksaan am di sekolah menengah


akan diadakan dalam salah satu bahasa rasmi
sahaja

7. Sistem Lembaga Pelajaran Tempatan


ditamatkan. Sistem Jemaah Pengurus/
Pengelola akan diteruskan
5. Bantuan separuh kepada sekolah
menengah (yang tidak mematuhi) akan
ditamatkan mulai 1 Januari 1962. Sekolah
swasta dibenarkan terus berfungsi dengan
syarat yang ditetapkan

6. Semua peperiksaan am di sekolah menengah


akan diadakan dalam salah satu bahasa rasmi
sahaja

7. Sistem Lembaga Pelajaran Tempatan


ditamatkan. Sistem Jemaah Pengurus/
Pengelola akan diteruskan
8. Kenaikan pangkat guru-guru yang dibuat
oleh Jemaah Pengurus hendaklah disahkan
oleh Menteri Pelajaran

9. Jemaah Penasihat Pelajaran Negara dan


Negeri hendaklah ditubuhkan

10. Sekolah Menengah Pertukangan dan


Sekolah Menengah Teknik hendaklah didirikan

11. Bilangan sekolah vokasional kampung yang


menyediakan pelajaran vokasional hendaklah
ditambah dan dibuka kepada murid lelaki dan
perempuan
12. Bilangan guru terlatih yang mengajar
mata pelajaran vokasional dan bahasa
Melayu hendaklah ditambah

13. Pelajaran agama Islam hendaklah


disediakan di semua sekolah bantuan yang
menunyai murid Islam tidak kurang 15 orang.
Pendidikan akhlak juga hendaklah
ditingkatkan

14. Belanja pengajaran di sekolah rendah


ditanggung oleh kerajaan persekutuan dan
kerajaan negeri dan di sekolah menengah
bantuan perbelanjaan ditanggung oleh
kerajaan persekutuan
15. Jemaah Nazir Persekutuan hendaklah
diteruskan dan Jemaah Nazir Tempatan
dibentuk

16. Kedudukan bahasa kebangsaan


hendaklah diperkukuhkan dalam sistem
pelajaran negara.
KESAN PELAKSANAAN SYOR LAPORAN
RAHMAN TALIB

1. Umur berhenti sekolah 15 tahun yang


dicadangkan memberi ruang kepada
pelajar lebih bersedia dari segi mental,
fizikal dan emosi untuk menjawat
pekerjaan

2. Pendidikan sekolah rendah percuma


membolehkan setiap kanak-kanak
berpeluang untuk belajar di sekolah
3. Penubuhan sekolah kebangsaan dan
sekolah jenis kebangsaan dapat
memperkasakan kedudukan bahasa
kebangsaan dan dalam masa yang sama
memelihara bahasa dan budaya kaum yang
lain

4. Sistem naik kelas secara automatik di


sekolah rendah dan menengah menjamin
pelajar tidak tercicir daripada sistem
persekolahan terlalu awal. Peperiksaan
tahunan yang diadakan adalah untuk
menjamin mutu P&P
5. Bantuan separuh kepada sekolah
menengah yang tidak mematuhi peraturan
adalah untuk menjamin pencapaian
matlamat pendidikan kebangsaan

6. Semua peperiksaan di sekolah menengah


diadakan dalam bahasa kebangsaan atau
bahasa Inggeris. Matlamatnya untuk
mewujudkan perpaduan

7. Penubuhan sekolah menengah pertukangan


dan sekolah teknik adalah untuk memenuhi
kehendak murid yang berbeza dari segi
pencapaian akademik
8. Penubuhan sekolah lanjutan kampung
yang menyediakan pelajaran vokasional
akan memberi peluang pelajaran bagi
penduduk luar bandar

9. Bilangan guru terlatih bagi pelajaran


vokasional dan bahasa Melayu akan menjamin
mutu pelajaran vokasional dan bahasa
kebangsaan

10. Pelajaran Agama Islam dan Pendidikan


Moral akan memelihara akhlak dan moral
murid-murid

You might also like