You are on page 1of 10

PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA

(Agensi Dibawah Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia)

IKLAN JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan


berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh lantikan untuk mengisi kekosongan jawatan
berikut di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia:-

BIL. JAWATAN GRED

1. PEREKA B41

2. PEGAWAI EHWAL EKONOMI E41

3. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29

4. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI E27

5. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27

6. JURUTEKNIK J17

7. JURUTEKNIK KOMPUTER FT17

8. PEMBANTU MAKMAL C17

CARA MEMOHON: Permohonan jawatan dan syarat permohonan boleh didapati dengan
melayari laman web Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia www.kraftangan.gov.my
dan laman web Kementerian Sumber Manusia www.jobsmalaysia.gov.my

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat
Pengurusan di talian 03-2162 7459.

TARIKH TUTUP : Tarikh tutup permohonan ialah pada 23 JANUARI 2010 (JUMAAT).

1
1. Jawatan : PEREKA GRED B41

Klasifikasi : Perkhidmatan Bakat dan Seni

Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional

Jadual Gaji Matrik : P1T1 RM 1704.20 - P1T27 RM 4690.34

P2T1 RM 1800.21 - P2T27 RM 4970.00

P3T1 RM 1900.40 - P3T26 RM 5256.78

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-


Mempunyai bakat , kebolehan dan daya kreativiti; dan

(i) mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni
reka dan/atau seni lukis.

(ii) (a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan serta mendapat kepujian dalam subjek Lukisan pada peringkat
peperiksaan tersebut dan mempunyai pengalaman dalam bidang seni reka
dan/atau seni lukis; atau

(b) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan serta mendapat prinsipal dalam subjek Lukisan pada peringkat
peperiksaan tersebut dan mempunyai pengalaman dalam bidang seni reka dan/atau
seni lukis; atau
(c) diploma dalam bidang seni lukis dan seni reka yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya;

dan (iii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

1) KEUTAMAAN DIBERI KEPADA CALON YANG MEMILIKI IJAZAH SARJANA MUDA


(KEPUJIAN) DALAM BIDANG SENI LUKIS DAN SENI REKA.

2) CALON – CALON YANG BERKELAYAKAN DI PERENGGAN 1 HENDAKLAH


MEMPUNYAI PENGALAMAN SEPERTI DI BAWAH :-

1 (ii) (a) - mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun dalam bidang


seni reka dan/atau seni lukis.

1 (ii) (b) - mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 8 tahun dalam bidang


seni reka dan/atau seni lukis.

1 (ii) (c) - mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang


seni reka dan/atau seni lukis.

2
2. Jawatan : PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E41

Klasifikasi : Perkhidmatan Ekonomi

Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional

Jadual Gaji Matrik : P1T1 RM 1693.06 - P1T27 RM 4643.06

P2T1 RM 1787.68 - P2T27 RM 4921.33

P3T1 RM 1886.48 - P3T27 RM 5223.40

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) (i) ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya; atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred E41 : P1T3);

dan (b) lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

[KEUTAMAAN DIBERI KEPADA CALON YANG MEMILIKI IJAZAH SARJANA MUDA


(KEPUJIAN) DALAM BIDANG TEKNOLOGI TEKSTIL ATAU SERAMIK ATAU KIMIA].

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi adalah
layak dipertimbang oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia untuk kenaikan pangkat
secara lantikan ke jawatan Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41, tertakluk kepada kekosongan
jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

(a) (i) mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(a) di atas; atau

(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

3
3. Jawatan : PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED
F29

Klasifikasi : Perkhidmatan Sistem Maklumat

Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan

Jadual Gaji Matrik : P1T1 RM 1544.86 - P1T21 RM 3034.66

P2T1 RM 1615.95 - P2T21 RM 3237.37

P3T1 RM 1690.06 - P3T21 RM 3415.79

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) (i) diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred F29 : P1T1); atau

(ii) diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred F29 : P1T2);

dan (b) lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

[CALON-CALON YANG LAYAK AKAN TURUT DINILAI DALAM KEMAHIRAN


PENGATURCARAAN SEPERTI BAHASA PENGATURCARAAN PHP, JAVA, COLDFUSION
DAN YANG SETARA DENGANNYA. CALON-CALON YANG TIDAK MEMPUNYAI
KEMAHIRAN PENGATURCARAAN TIDAK DIGALAKKAN UNTUK MEMOHON)

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Juruteknik Komputer adalah layak


dipertimbang oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia untuk kenaikan pangkat secara
lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29, tertakluk kepada
kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(a) di atas; dan

(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

4
4. Jawatan : PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E27

Klasifikasi : Perkhidmatan Ekonomi

Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan

Jadual Gaji Matrik : P1T1 RM 1204.55 - P1T26 RM 3027.10

P2T1 RM 1274.13 - P2T26 RM 3213.25

P3T1 RM 1346.73 - P3T26 RM 3405.26

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan; atau

(ii) diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred E27 : P1T5); atau

(iii) diploma ikhtisas dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi- institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred E27 : P1T6)

dan (b) lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

[KEUTAMAAN DIBERI KEPADA CALON YANG MEMILIKI DIPLOMA DALAM BIDANG


PENGURUSAN PERNIAGAAN, PEMASARAN ATAU PELANCONGAN].

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Ehwal Ekonomi dan Pengajar
Kraf adalah layak dipertimbang oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia untuk
kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E27,
tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(a) di atas; atau

(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

5
5. Jawatan : PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27

Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran & Sokongan

Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan

Jadual Gaji Matrik : P1T1 RM 1204.55 - P1T26 RM 3027.10

P2T1 RM 1274.13 - P2T26 RM 3213.25

P3T1 RM 1346.73 - P3T26 RM 3405.26

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1T1); atau

(ii) diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diktiraf oleh kerajaan daripada institusi-
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1T5); atau

(iii) diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1T6);

dan (b) kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi),


Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) dan Pembantu Tadbir (Kewangan) adalah layak
dipertimbang oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia untuk kenaikan pangkat secara
lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, tertakluk kepada kekosongan
jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(a) di atas; atau

(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

6
6. Jawatan : JURUTEKNIK GRED J17

Klasifikasi : Perkhidmatan Kejuruteraan

Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan

Jadual Gaji Matrik : P1T1 RM 843.06 - P1T26 RM 2325.37

P2T1 RM 896.00 - P2T26 RM 2452.46

P3T1 RM 950.45 - P3T26 RM 2583.95

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik – politeknik
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred J17 : P1T9);

dan (b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

[KEUTAMAAN DIBERI KEPADA CALON YANG MEMILIKI KELAYAKAN DALAM


BIDANG MEKANIKAL DAN UKUR BAHAN].

7
7. Jawatan : JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT17

Klasifikasi : Perkhidmatan Sistem Maklumat

Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan

Jadual Gaji Matrik : P1T1 RM 843.06 - P1T26 RM 2325.37

P2T1 RM 896.00 - P2T24 RM 2452.46

P3T1 RM 950.45 - P3T24 RM 2583.95

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) sijil dalam bidang teknologi kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf
oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred FT17: P1T9);

dan (b) lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.

8
8. Jawatan : PEMBANTU MAKMAL GRED C17

Klasifikasi : Perkhidmatan Sains

Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan

Jadual Gaji Matrik : P1T1 RM 824.91 - P1T24 RM 2155.88

P2T1 RM 876.34 - P2T24 RM 2277.03

P3T1 RM 929.28 - P3T24 RM 2402.48

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
serta lulus dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains pada
peringkat Peperiksaan tersebut;

dan (b) lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

9
TARAF JAWATAN : TETAP

SYARAT – SYARAT PERMOHONAN

1. Permohonan jawatan dan syarat permohonan boleh didapati dengan melayari laman web
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia www.kraftangan.gov.my dan laman web
Kementerian Sumber Manusia www.jobsmalaysia.gov.my

( TARIKH TUTUP PERMOHONAN IALAH PADA 23 JANUARI 2010 )

2. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-Badan
Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing
mengikut Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan
Perkhidmatan) 2005 dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan
yang dikemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini hendaklah dibawa
bersama semasa menghadiri temuduga;

3. Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut semua syarat di atas akan
ditolak;

4. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga; dan

5. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (06) bulan dari tarikh tutup
iklan adalah dianggap tidak berjaya.

6. Pihak Pengurusan Kraftangan Malaysia tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala
perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.

CARA MEMOHON

1. Semua permohonan perlu dibuat secara `on-line’ melalui laman web www.jobsmalaysia.gov.my

2. Calon-calon yang berjaya disenaraipendek untuk panggilan temuduga perlu membawa


sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil
persekolahan, kelulusan akademik, transkrip keputusan peperiksaan semua semester dan
dokumen-dokumen lain yang telah diakui sah.

3. Bagi jawatan di bil. 1 (Pereka Gred B41) dan bil.3 (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
Gred F29), calon-calon yang berjaya disenaraipendek akan menjalani ujian. Hanya calon-
calon yang berjaya dalam sesi ujian tersebut sahaja akan dipanggil temuduga.

10

You might also like