Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
22Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
TAYAMMUM – KAEDAH BERSUCI PENGGANTI WUDHU’ DAN MANDI JUNUB

TAYAMMUM – KAEDAH BERSUCI PENGGANTI WUDHU’ DAN MANDI JUNUB

Ratings:

5.0

(2)
|Views: 6,589|Likes:

More info:

Published by: Sektor Pengurusan Akademik JPN Pahang on Apr 21, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See More
See less

12/03/2012

pdf

text

original

 
TAYAMMUM – KAEDAH BERSUCI PENGGANTI WUDHU’ DAN MANDI JUNUB
Tayammum adalah merupakan salah satu nikmat yang paling besar yangdianugerahkan hanya kepada umat Muhammad s.a.w.: “Aku diberi lima kelebihan yang tidak pernah diberikan kepada seorang punsebelumku. Aku diberikan pertolongan di mana musuh berasa gentar (takut) sebulansebelum peperangan, seluruh muka bumi dijadikan bagiku sebagai masjid dan alatuntuk bersuci. Oleh itu, mana-mana umatku yang menepati waktu solat telahmasuk, dia bolehlah terus solat di situ... (Hadis Riwayat Bukahri Dan Muslim)Tayammamu adalah merupakan bentuk pengabdian diri kepada Allah dengankaedah-kaedahnya yang tertentu berdasarkan dalil-dalilnya.Imran bin Hushoin r.a. berkata: “Kami telah musafir bersama Rasulullah s.a.w. Baginda telah mengimami solat.Setelah selesai solat, baginda melihat seorang lelaki tidak solat bersama. Lalubaginda bertanya: apakah yang menghalangmu daripada solat bersamaku?Jawabnya: Aku sedang berjunub dan tidak menemui air. Baginda bersabda: Gunalahdebu tanah, iaitu bertayammum. Ia sudah memadai bagimu.” (Hadis RiwayatBukhari Dan Muslim) ‘Amr bin Syu’aib r.a. berkata, ayahnya pernah mendengar dari[pada datuknyabahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: “Bumi ini dijadikan bagiku sebagai masjid (tempat solat) dan alat untuk bersuci jikatiada air. Oleh itu, di mana saja aku mendapati waktu solat telah masuk, aku akanmenyapu (bertayammum) dan terus solat.” (Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)Huzaifah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: “Kita ada tiga kelebihan berbanding umat yang lain, iaitu saf-saf kita kelihatanseperti saf para malaikat, seluruh bumi boleh dijadikan masjid (tempat solat) dantanahnya boleh dijadikan alat untuk bersuci apabila kita tidak menemui air.” (HadisRiwayat Muslim)Ammar r.a. berkata: “Suatu ketika, aku telah berjunub. Kemudian, aku tidak menemui air lalu akuberguling di atas tanah. Seterusnya, aku menunaikan solat. Setelah menemui Nabis.a.w. aku ceritakan hal itu kepada baginda. Lalu baginda bersabda: Sebenarnya,memadai engkau hanya melakukan begini lalu baginda menepuk tanah dengankedua-dua belah tapak tangannya serta meniup kedua-duanya. Kemudian, bagindamenyapu muka dan tapak tangan hingga ke pergelangan tangannya dengan debuitu.” (Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)
HIKMAH DISYARI’ATKAN BERTAYAMMUM1 – Menghilangkan Kepayahan Dan Kesulitan
 
 
Firman Allah s.w.t.: “Allah sama sekali tidak ingin menjadikan sebarang kesulitan bagi kamu (dalammengamalkan agama).” (al-Ma’idah 5: 6)Ibn Jarir at-Thabari r.h. berkata: “Maksud ayat di atas ialah Allah tidak ingin menyusahkan kamu terhadap kewajibanberwudhu’ setiap kali kamu ingin solat dan mandi junub setiap kali kamu berjunub.Tayammum menggunakan debu tanah yang suci ketika kamu tidak mendapati airsupaya tidak menyusahkan kamu, sentiasa beristiqamah mengamalkan syari’atagama walaupun dalam kesempitan supaya kamu tidak sentiasa berada dalamkepayahan.” (Rujuk Jami’ al-Bayan, jil. 10, m/s. 84-85)al-Syanqiti r.h. berkata: “Kalimah (sesutau kepayahan) berbentuk nakirah (umum) pada lafaz pengecualian.Oleh kerana pengecualian berbentuk umum, maka ia merangkumi semua jeniskepayahan.” (Rujuk Adwa’ al-Bayan, jil. 2, m/s. 36)
2 – Menyucikan Jiwa Manusia
 Firman Allah s.w.t.: “Tetapi Allah ingin menyucikan diri kamu.” (Surah al-Ma’idah 5” 6)Ibn Jarir at-Thabari r.h. berkata: “Maksud ayat Allah ingin menyucikan diri kamu ialah dengan cara mewajibkan kamuberwudhu’ daripada hadas, mandi ketika berjunub dan bertayammum ketikaketiadaan air. Melalui cara itu, ia mampu membersih dan menyucikan diri kamudaripada segala dosa.” (Rujuk Jami’ al-Bayan, jil. 10, m/s. 85)
3 – Sempurnakan nikmat
 Firman allah s.w.t.:Untuk menyempurnakan nikmat-Nya ke atas kamu supaya kamu bersyukur.” (al-Ma’idah 5: 6)Ibn Jarir at-Thabari r.h. berkata: “Maksud ayat untuk menyempurnakan nikmat-Nya ke atas kamu ialah (nikmat)kebolehan bertayammum bagi kamu dan menjadikan debu tanah yang suci sebagaialat bersuci. Semua itu sebagai keringanan bagi kamu di samping nikmat-nikmat-Nya yang lain yang dianugerahkan kepada kamu wahai orang-orang yang beriman.” (Rujuk Jami’ al-Bayan, jil. 10, m/s. 9)al-Qurtubi r.h. berkata: “Keringanan yang diberikan kepada kamu untuk bertayammum ialah ketika sakit danmusafir.” (Rujuk al-Jami’ Li Ahkam al-Qur’an, jil. 6, m/s. 108)
 
al-Syaukani r.h. berkata: “Keringanan yang diberikan kepada kamu untuk bertayammum ialah ketikaketiadaan air.” (Rujuk Fath al-Qadir, jil. 2, m/s. 28)
SEBAB-SEBAB YANG MEMBOLEHKAN BERTAYAMMUM1 – Bimbang Dengan Air Boleh Memudharatkan Diri
 Firman Allah s.w.t.:... Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salahseorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan,sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklahkamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih... (al-Ma’idah 5: 6)Ibn Jarir at-Thabari r.h. berkata: “Jika anggota badan kamu sakit, cedera, patah atau mengalami sesuatu yang tidakmampu mandi sedangkan ketika itu berada dalam keadaan bermukim bukannyamusafir, bertayammumlah menggunakan debu tanah yang suci.” (Rujuk Jami’ al-Bayan, jil. 8, m/s. 388) ‘Amru bin al-‘Ash r.a. berkata: “Aku telah bermimpi (hingga keluar air mani) pada suatu malam yang sejuk ketikaberada dalam peperangan Dzat al-Salasil. Aku tidak sanggup mandi kerana jika akumandi, pasti aku jatuh sakit. Lalu aku bertayammum kemudian terus solat subuhbersama para sahabatku.Lalu mereka mengadu kepada Nabi s.a.w. Jawab baginda: Wahai ‘Amru! Apakahkamu mengerjakan solat bersama sahabat-sahabatmu dalam keadaan berjunub?Lalu aku menceritakan keadaan yang menghalangku daripada mandi junub.Kemudian aku berkata: Sesungguhnya aku telah mendengar Allah berfirman dalamsurah al-Nisa’, ayat 29 berbunyi (Janganlah kamu membunuh diri kamu.Sesungguhnya allah amat Mengasihani kamu semua. Lalau Rasulullah s.a.w. ketawatetapi baginda tidak berkata apa-apa (sama ada melarang atau menyuruh).” (HadisRiwayat Bukhari, ahmad dan Ibn Mundzir, Daruquthni, at-Thabari, dan al-Hakim.Dipersetujui oleh az-zhahabi akan kesahihannya, Ibnu Hajar menyatakan bahawasanadnya kuat, dan turut disahihkan oleh al-Albani di dalam al-Irwa’)al-Nawawi r.h. berkata: “Antara pengajaran yang dapat diambil daripada hadis ini ialah pertama, bolehbertayammum bagi sesiapa yang bimbang memudharatkan diri apabilamenggunakan air walaupun dia memiliki air. Kedua, boleh orang yang berjunubbertayammum. Ketiga, tidak perlu mengulangi solat bagi musafir sesiapa yangbertayammum ketika musafir.” (Rujuk al-Majmu’)Ibn Hajar r.h. berkata:

Activity (22)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Zikry liked this
Sufiah Al Jannah liked this
Nithaa Anitaa liked this
shokri2210 liked this
Pulsa Raya liked this
nvnboiz05 liked this
Azizah Mohdnoor liked this
yyam08 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->